fpk

Post on 14-Dec-2015

220 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TRANSCRIPT

PEMBENTUK AKHLAK & PENDIDIK

KEMAHIRAN ASAS

Pembentuk Akhlak

• Seorang insan yang cemerlang perlu memiliki personaliti unggul yang menguasai ilmu naqli & aqli.

• Personaliti unggul juga memaparkan akhlak yang sempurna seperti yang telah digariskan oleh al-Quran & sunnah.

• Antara ajaran utama & paling awal diturunkan Allah SWT kepada manusia ialah ajaran berhubung akhlak kerana sifat kejadian insan yang dicipta oleh Allah SWT dengan fitrah akhlak yang cukup sempurna & suci.

• Akhlak yang mulia yang menepati kehendak & ajaran Tuhan merupakan salah satu kriteria utama dalam pembinaan modal insan.

Abd Rahman Al-Basyar

Akhlak – ialah ilmu tentang kaedah menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji &

menjauhi sifat-sifat yang keji.

Oleh itu, pembinaan modal insan perlu ditunjangi dengan akhlak. Hal ini demikian kerana akhlak :

Melengkapkan diri seseorang insan dengan disiplin yang tinggi.

Menghayati rasa tanggungjawab tanpa banyak berdalih.

Berhati luhur & ikhlas.

Memiliki semangat kental yang mampu bersaing .

Berdaya tahan yang tinggi.

Imam al-Ghazali

Akhlak tertanam di dalam jiwa seseorang akan mendorong

perlakuan yang baik tanpa ragu-ragu, tanpa teragak-agak dan

perbuatan baik itu berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan dan

amalannya.

Semua agama menekankan aspek akhlak & moral.

Ajaran Buddha misalnya mengajarkan nilai-nilai moral yang dikenali sebagai Pancasila kepada manusia.

Nilai-nilai yang diajarkan oleh Buddha seperti mengelakkan diri daripada melakukan pembunuhan, pencurian, pembohongan serta memakan makanan yang merosakkan diri sendiri.

Dalam ajaran Kristian, Jesus juga ialah seorang guru kepada umat sezaman dengannya.

Sebagai seorang yang ditugaskan untuk mengajak manusia kepada jalan yang benar, Jesusu menurut kepercayaan Kristian sentiasa menyampaikan khutbahnya (kuliah) dalam memastikan manusia dapat menjalani kehidupan yang sempurna & bermoral.

Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin Juz Ш menjelaskan bahawa tanda-tanda kebaikan akhlak :

Berbuat Baik

Rajin bekerja

Banyak bersabar

Benar ketika berbicara

Berterima kasih

Mengawal kemarahan

Pemurah

Tidak mencari

kesalahan orang lain

Berkasih sayang

Tidak bersikap mengadu

domba

Tidak pendengki

Penekanan akhlak dalam pembangunan Malaysia membuktikan bahawa Malaysia sangat menitikberatkan soal akhlak yang menunjangi setiap pembangunan modal insan.

Dalam menuju Wawasan 2020, kita dapati salah satu cabaran yang dikemukakan adalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh dengan ciri-ciri moral dan etikanya.

Di mana setiap warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 ---- menekankan sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak serta jati diri murid yang akan terangkum bersama-sama dalam setiap perancangan pendidikan di KPM.

Aspek nilai merentas kurikulum menjadi satu pendekatan yang telah dipraktikkan selama ini melalui KBSR & KBSM.

Melalui kurikulum baharu, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), aspek nilai menjadi salah satu tunjang di mana tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai menjadi salah satu tunjang daripada 6 tunjang yang terkandung dalam KSSR.

Setiap guru perlu menerima tanggungjawab ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan & strategi bagi memastikan pembinaan akhlak murid seiring dengan pembinaan modal insan.

Kepentingan akhlak sebagai asas dalam pembinaan modal insan perlu diberi perhatian berat oleh setiap guru.

Berilmu pengetahuan sahaja belum pasti menjamin seseorang individu itu memiliki akhlak yang mulia.

Modal insan datang dalam bentuk satu pakej :

Ilmu pengetahuan + berakhlak mulia

Tanpa akhlak, seseorang yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi sanggup melakukan kemusnahan dalam masyarakat & negara.

Pelbagai masalah sosial pasti akan berlaku akibat ketiadaan akhlak.

Guru harus sedar bahawa mereka perlu bertanggungjawab dalam membina akhlak murid demi pembinaan modal insan, antaranya dengan perkara-perkara berikut :

1.Guru sebagai contoh tauladan oleh sebab itu, akhlak guru perlu dimantapkan dengan mengamalkan nilai-nilai profesionalisme yang tinggi, akauntabiliti dan integriti yang tidak goyah, dengan memiliki sikap penyayang & penyatuan yang tebal.

2. Mendekati murid & prihatin terhadap perkembangan diri murid.

3. Sentiasa belajar untuk meningkatkan ilmu dalam pelbagai perkara & sentiasa belajar & mengkaji bab akhlak (Rujuk bab Akhlak dari Kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali).

4. Sentiasa bermuhasabah diri dengan membetulkan akhlak sendiri bagi mempamerkan akhlak yang mulia kepada murid untuk menjadi ikutan.

5. Tegas & mampu membetulkan perlakuan murid dengan berkesan sehingga murid menyedari akan kekurangannya.

6. Mencari pendekatan & strategi untuk membina akhlak murid tanpa murid teragak-agak menuruti ajaran guru.

7. Tidak mengabaikan sama sekali ajaran akhlak

kepada murid walaupum sibuk menghabiskan

sukatan pelajaran yang terdapat dalam kurikulum

yang ditetapkan.

8. Membina akhlak murid pada setiap masa dengan sikap penyayang & lembah lembut.

9. Berhati-hati dalam setiap tindakan.

top related