folio sivik : adat kematian india 2008
Post on 06-Jun-2015
6.419 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3
ADAT RESAM MASYARAKAT MALAYSIA
ADAT KEMATIAN KAUM INDIA
KEMATIAN
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan
kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke
alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk
melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
MATLAMAT PROJEK
Matlamat projek ini ialah untuk
- Membolehkan para remaja mempelajari dan
mendapatkan pengalaman
- Memberikan peluang untuk para remaja bekerja sama
- Membolehkan generasi muda mewujudkan hubungan
yang baik dengan generasi yang lebih tua
- Menggerakkan inisiatif remaja untuk bekerja secara
berkumpulan dan bertanggun jawab antara satu
dengan yang lain
- Meningkatkan tahap penghayatan warisan budaya
dalam kalangan generasi muda
- Memupuk sikap bertanggungjawab antara para pelajar
OBJEKTIF PROJEK
Objektif projek ini ialah untuk
- Memahami dan mengenali dengan lebih mendalam
tentang adat kematian kaum India
- Mendedahkan generasi muda kepada kekayaan
warisan adat kematian kaum India
- Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang adat
kematian orang India
SENARAI AHLI KUMPULAN
NAMA : Muhammad Safwan
TARIKH LAHIR :29.10.1993
TEMPAT LAHIR :Alor Star, Kedah
NAMA : Muhammad Aizuddin Fitri
TARIKH LAHIR :25.3.1993
TEMPAT LAHIR :Alor Star, Kedah
NAMA : Muhammad Amir
TARIKH LAHIR :9.2.1993
TEMPAT LAHIR :Kangar, Perlis
NAMA : Sayuti binti zaleha
TARIKH LAHIR :25.3.1993
TEMPAT LAHIR :Alor Star, Kedah
Semasa Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci
amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih
pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol
ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan
sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat
dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat.
Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata
untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang
ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan
kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar
supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung
diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu
suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan
sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau
halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati
sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai,
perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan
ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air
tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk
memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk
disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli
keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk
menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya.
Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si
mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti
bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu
sebagai langkah menghormati tetamu.
Upacara Menanggalkan Thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah
kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh
ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si
isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat
suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian
bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia
dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil
mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali.
Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi
minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-
olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya
akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.
Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.
Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut
mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan
inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut
mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran
kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke
kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain
putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan
oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang
turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka
dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah
obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan
kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut
dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti
kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa
ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri
disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali
sebagai tanda penghormatan.
Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat
pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.
Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk
ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa
kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup
lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau
misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan
bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan
tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.
Pengebumian
Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung.
Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara
sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum
menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian
kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang
berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi
Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang
dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke
dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur
sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan
oleh semua yang berada di situ.
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali
menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti
dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga,
pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap
mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu
persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah
mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan
dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang
memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu
ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke
rumah.
Selepas Kematian
Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan.
Membersihkan Rumah
Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak
dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga
dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan.
Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan
dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan
rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan.
Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi
sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk
mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang
membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti.
Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh
masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.
Mengumpul Abu Mayat
Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih
dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian
kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke
dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan
disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di
kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam
kain kuning dan dilepaskan ke laut.
Berkabung
Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya
sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas
kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan
sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah
tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk
dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau
dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut
pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang
dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama
nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.
Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari
bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati
dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-
bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam
periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air
mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara
mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang
dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para
tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang
yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari
berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput
akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam
keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan
upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah
upacara karumaati.
top related