fatwa

Post on 18-Dec-2015

226 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

FATWA: KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH YANG MEMBAWA KEPADA FITNAH TAKFIR.

TRANSCRIPT

  • FATWA: KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH YANG MEMBAWA

    KEPADA FITNAH TAKFIR PIHAK BERWAJIB WAJIB SEMAK SEMULA SILIBUS AKIDAH

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat

    dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para

    sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam; 1. Adalah menjadi satu kerisauan yang amat besar

    apabila penulis melihat ajaran Tauhid ala Wahhabi dan Taymiyyah telah diserap masuk ke dalam

    silibus dan pembelajaran agama di Malaysia. 2. Mengikut ajaran ala Wahhabiyyah dan Taymiyyah,

    Tauhid dibahagikan kepada tiga bahagian: Pertama: Tauhid Rububiyyah, kedua: Tauhid Uluhiyyah

    dan ketiga: Tauhid Asma dan Sifat. Ramai yang tidak sedar atau tahu tentang hakikat ini. Tauhid

    Rububiyyah menyatakan bahawa orang musyrik itu bertauhid astaghfirullah. Tauhid Uluhiyyah

    buat mengkafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya

    dan awliya. Astaghfirullah. Tauhid Asma dan Sifat menjadikan ayat-ayat mutashabihat sebagai

    asas tauhid dan meletakkan tashbih dan tajsim sebagai tauhid. Nauzubillah. Insya-Allah, pihak al-

    Ashairah akan menerangkan kebathilan setiap satu tauhid versi Taymiyyah dan Wahhabi ini di masa

    akan datang. Sebenarnya telah banyak penulisan ulama mengenai perkara ini. Di Malaysia, tuan-

    tuang boleh lihat senarai karangan Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. 3. Namun begitu,

    apabila ada pihak yang berusaha agar pihak berkuasa agama dan pusat pengajian menyemak semula

    kemasukan ajaran Tauhid Tiga ini ke dalam silibus pengajian agama di Malaysia, terdapat pihak-pihak

    yang kurang mengerti membantah dan menolak. Penulis berpendapat penolakan ini bukanlah

    berdasarkan kefahaman yang nyata. 4. Kalaulah kebenaran itu tidak jelas bagi mana-mana pihak,

    baiklah dia berdiam dan berkecuali. Kalau tersilap sokong, termasuk dalam golongan ahli bidah pula.

    5. Dan Alhamdulillah pihak Darul Ifta Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir) telah menjelaskan

    bahawa pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah ini adalah TAUHID GOLONGAN

    KHAWARIJ dan MENYEBABKAN FITNAH TAKFIR (KAFIR MENGKAFIR SESAMA MUSLIM). 6. Diharapkan

    agar pihak berkuasa agama dan institusi pengajian dapat menyemak semula silibus aqidah yang

    diajar ditempat masing-masing. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti. 7. Penulis

    masih teringat bahawa di satu seminar anjuran INFAD Pusat Fatwa, USIM (dulu KUIM) pada tahun

    2005 yang telah dihadiri oleh Sheikh Muhammad Saed Ramadhan al-Bouthi. Beliau ditanya tentang

    pembahagian Tauhid Tiga ini, maka beliau menjawab: INILAH

    BIDAH (ISTILAHIYYAH SEBENARNYA) YANG DILAKUKAN OLEH IBNU TAYMIYYAH. Penulis

    mendengar kata-kata ini daripada mulut beliau sendiri. 7. Berikut adalah sebahagian daripada

    terjemahan kami bagi Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pusat Fatwa Mesir berkaitan kesesatan

    Pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah. Oleh kerana fatwanya agak panjang maka

    kami pilih yang sesuai dan bagi sesiapa yang boleh berbahasa Arab, silalah merujuk ke:

    http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623 TERJEMAHAN: Dan pembahagian Tauhid

    kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah daripada pembahagian yang baru yang tidak datang

    daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang pertama yang menciptanya mengikut pendapat yang

    masyhur ialah Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmati beliau), Melainkan beliau

    membawanya kepada had yang melampau sehingga menyangkakan bahawa Tauhid Rububiyyah

    semata-mata tidak cukup untuk beriman, dan bahawa sesungguhnya golongan Musyrikin itu

    bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan sesungguhnya ramai daripada golongan umat Islam

    daripada Mutakallimin (ulama tauhid yang menggabungkan naqal dan aqal) dan selain daripada

    mereka hanyalah bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan mengabaikan Tauhid Uluhiyyah. Dan

    pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk

    menentukan keimanan adalah pendapat yang bidah dan bertentangan dengan ijma umat Islam

  • sebelum Ibnu Taymiyyah Dan pemikiran-pemikiran takfir ini sebenarnya bersembunyi dengan

    pendapat-pendapat yang rosak ini dan menjadikannya sebagai jalan untuk menuduh umat Islam

    dengan syirik dan kufur dengan menyandarkan setiap kefahaman yang salah ini kepada Sheikh Ibnu

    Taymiyyah (semoga Allah merahmatinya) adalah daripada tipu daya dan usaha menakutkan yang

    dijalankan oleh pendokong-pendokong pendapat luar (yang bukan daripada Islam ini) untuk mereka

    memburuk-burukkan kehormatan umat Islam. Dan inilah sebenarnya hakikat mazhab golongan

    Khawarij dan telah banyak nas-nas Syariat menyuruh agar kita berhati-hati daripada terjebak ke

    dalam kebathilannya. Kesimpulannya: Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah.

    Pembahagian atau pemisahan ini mula dilakukan oleh Ibnu Taymiyyah. Pembahagian tauhid seperti

    ini bukanlah pembahagian yang bersesuaian dengan tauhid generasi Salafus Soleh. Menyatakan

    bahawa Tauhid Rububiyyah sahaja tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang yang

    beriman adalah bertentangan dengan ijma. Fitnah takfir (kafir-mengkafir) yang timbul daripada

    pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengkafirkan orang yang

    bertawassul). Wassalamu alaikum. Sejahteralah ke atas mereka yang mengikut petunjuk daripada

    Tuhannya.

top related