fakulti pendidikan dan bahasa mei / 2012 hbsl...
Post on 11-Feb-2018
228 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NO. MATRIK : 820815115030001
NO KAD PENGENALAN : 820815115030
NO TELEFON : 013-9431771
E-MAIL : hasnizayani@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : KELANTAN LEARNING CENTRE
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI / 2012
HBSL 1203
PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Allah swt yang maha bijaksana lagi berkuasa telah menciptakan manusia ini berbeza
antara seorang individu dengan individu yang lain, malahan kembar sekalipun. Menurut
Kasnani Ab Karim et. al (2006), perbezaan ini wujud walaupun di antara dua kembar seuri.
Terdapat perbezaan yang sangat ketara seperti saiz badan, jantina, bangsa, budaya, dan
sebagainya. Di samping itu Kasnani Ab Karim et. al (2006), menyatakan terdapat juga
perbezaan yang tidak ketara seperti ciri-ciri personaliti dan reaksi emosi, latar belakang
keluarga, gaya hidup dan sebagainya.
Borich dan Tombari dalam Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006),
berpendapat perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli
satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan
dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), perbezaan individu boleh
ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan samada
daripada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain
aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu
Menurut Kasnani Ab Karim et. al (2006), perbezaan individu ialah kelainan-kelainan
yang terdapat pada seseorang individu yang disebabkan warisan dan persekitaran.
Perbezaan individu boleh dirumuskan sebagai, perbezaan yang boleh dilihat pada seseorang
individu atau kumpulan tertentu dari berbagai-bagai aspek, samada dari segi fizikal, mental,
sosial, emosi dan sebagainya lagi.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDU
Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam menimbulkan perbezaan individu.
Bagaimanapun faktor-faktor tersebut boleh digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu faktor
baka dan faktor persekitaran.
1.) Faktor Baka
Menurut Ee Ah Meng (2005), baka memainkan peranan yang penting dalam
menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna mata, warna rambut, tinggi atau rendah seseorang
itu. Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang
cerdas juga. Perangai seorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh faktor baka. Ibu bapa yang
cepat hilang akal, akan melahirkan anak yang tidak stabil emosinya.
Kasnani Ab Karim et. al (2006), pula berpendapat setiap orang akan mewarisi sebahagian
besar paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa,
gaya hidup, sikap dan minat. Baka diperturunkan oleh ibu bapa melalui percantuman 23
kromosom ibu dan 23 kromosom bapa.
2.) Faktor Persekitaran
Kasnani Ab Karim et. al (2006), berpendapat faktor persekitaran yang mempengaruhi
perbezaan antara individu ialah seperti, kebudayaan, masyarakat, pengalaman, rakan sebaya,
media massa, suasana keluarga, taraf ekonomi keluarga, dan pemakanan.
Ee Ah Meng (2005), pula berpendapat keadaan kelahiran, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu
bapa, rakan sebaya, kebudayaan dan norma, kemudahan-kemudahan pembelajaran, serta
jantina adalah faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perbezaan individu.
Ringkasnya faktor persekitaran adalah perkara-perkara yang bukan genetik yang
mempengaruhi perbezaan individu.
ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU
Seseorang individu berbeza dari aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan rohani. Bagaimana
individu berbeza dari aspek-aspek tersebut ?
1.) Perbezaan Kognitif atau mental
Seseorang individu mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan mental, keupayaan berfikir,
mengingat, menaakul, kebolehan berbahasa, mengira, berfikiran logis, dan berimaginasi.
Seseorang individu juga berbeza dari segi memproses rangsangan-rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara yang berlainan.
2.) Perbezaan sosial
Kebolehan untuk berinteraksi juga bergantung kepada sifat seseorang individu, sekiranya
seseorang itu bersifat ekstrovert maka individu tersebut lebih mahir bersosialisasi atau
bercampur gaul berbanding dengan seseorang introvert.
3.) Perbezaan Fizikal
Seseorang individu itu adalah berbeza dari segi tinggi, berat badan, jantina, warna kulit, paras
rupa, dan sebagainya. Pada amnya seorang lelaki lebih kekuatan fizikalnya berbanding
perempuan.
4.) Perbezaan Emosi
Seseorang individu mempunyai tahap emosi yang berlainan seperti mudah mesra, kawalan
perasaan, ketabahan dan toleransi, rasa marah, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana
seseorang itu berasal dari keluarga yang mempunyai tahap sosio emosi yang berlainan.
5.) Perbezaan Rohani
Biasanya seseorang individu akan mengikut agama ibu bapa mereka dan sesuatu bangsa
mengamalkan kepercayaan beragama yang sama.
Sebenarnya aspek perbezaan individu bukanya terbatas kepada lima aspek yang telah
disenaraikan di atas. Masih terdapat berbagai-bagai aspek yang lain seperti, bangsa, bahasa,
lokasi tempat tinggal, fahaman politik, status ekonomi, aspirasi dan motivasi, kesihatan dan
seumpamanya.
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Teori Ekologi Bronfenbrenner menyatakan individu berbeza-beza kerana konteks sosial
yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Menurut Teori Ekologi
Bronfenbrenner perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi. Antara
lima sistem yang mempengaruhi teori ekologi adalah seperti berikut:-
1. Sistem mikro
• Individu yang menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarga,
rakan sebaya ( di sekolah dan kawasan persekitaran tempat tinggal )
• Mereka berinteraksi secara langsung dan bertimbal balik dengan orang lain
• Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan penting di dalam
perkembangan kanak-kanak.
2. Sistem Meso
• Melibatkan perhubungan antara sistem mikro
• Pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah. Contonhya
murid yang dipingirkan keluarga, akan sukar menjalinkan hubungan positif
dengan guru dan rakan sekelas.
• Menurut Bronfenbrenner, kanak-kanak yang diberi peluang berinteraksi dan
berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik
daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
3. Sistem Ekso
• Pengalaman dalam satu sesi pembelajaran ( murid tidak aktif ) mempengaruhi
pengalaman murid dan guru dalam konteks yang langsung.
• Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil tersebut memberi
kesan kepada kanak-kanak tersebut.Misalnya sekolah dengan pasar raya.
Kaedah pengurusan kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan
oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi
perkembangan sosial kanka-kanak tersebut.
4. Sistem Makro
• Melibatkan budaya yang lebih luas, di mana guru dan murid tinggal,
termasuklah nilai dan adat resam masyarakat.
• Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-
norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan ( Santrock, 208 ). Di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
5. Sistem Krono
• Sosio sejarah perkembangan seseorang murid.
• Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada
permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada
zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama
lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu
pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.
TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON
Teori Perkembangan Psikososial Erikson ini dipelopori oleh Erik Homburger
Erikson yang dilahirkan di Frankfurt, Jerman pada tahun 1902. Teori tersebut digelar
psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan
individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh
(2006), perkembangan kendiri dan sosial manusia berlaku dalam satu siri perkembangan yang
berperingkat dan setiap peringkat ada matlamat, kebimbangan, perkembangan, pencapaian
dan bahayanya yang tersendiri.
Menurut Ee Ah Meng (2005) pula, Erikson percaya manusia berpotensi untuk
mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesulitan yang
timbul dari semasa ke semasa pada peringkat-peringkat perkembangan yang tertentu.
Teori Perkembangan Psikososial Erikson berpendapat individu berbeza dalam usaha
mereka mengatasi krisis pada setiap tahap peringkat perkembangan. Terdapat lapan ( 8 )
tahap peringkat perkembangan tersebut.
1. Umur bayi di antara 0 hingga 18 bulan ( peringkat percaya lawan tidak percaya )
• Bayi yang mendapat penjagaan yang baik timbul rasa percaya pada
persekitaran, manakala,
• Bayi yang tidak mendapat penjagaan yang sempurna akan wujud perasaan
tidak percaya pada orang lain.
2. Umur di antara 18 bulan hingga 3 tahun ( autonomi lawan rasa malu atau sangsi )
• Kanak-kanak mula makan sendiri, berpakaian sendiri, dilatih ke tandas sendiri
• Ibu bapa perlu memberi galakan kepada kanak-kanak.
3. Umur di antara 3 hingga 6 tahun ( ainisiatif lawan rasa bersalah )
• Kanak-kanak bereinisiatif meneroka sesuatu untuk memenuhi naluri ingin
tahu.
• Ibu bapa yang selalu mengkritik dan mendenda akan menyebabkn kanak-
kanak mempunyai rasa bersalah.
4. Umur di antara 6 hingga 12 tahun ( industri lawan rasa rendah diri )
• Guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat.
• Berupaya membuat transformasi dan pertalian antara 2 situasi.
• Jika selalu dimarahi dan dikritik akan menjadikan kanak-kanak itu rasa rendah
diri.
5. Umur di antara 12 hingga 20 tahun ( identiti lawan kekeliruan peranan )
• Remaja mula mencari identiti diri.
• Jika gagal mereka meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat
6. Umur di antara 20 hingga 40 tahun ( kemesraan lawan pengasingan diri )
• Mula membentuk hubungan yang rapat dengan rakan berlainan jantina.
• Berfikir tentang percintaan dan perkahwinan.
• Jika gagal mereka mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian.
7. Umur di antara 40 hingga 60 tahun ( generativiti lawan pemusatan kendiri )
• Mula memikirkan tentang keluarga, mengambil berat tentang orang lain dan
mula memberi sumbangan pada masyarakat.
• Hidup lebih bermakna jika anak-anak berjaya.
8. Umur 60 tahun ke atas ( kesepaduan lawan rasa putus asa )
• Memikirkan apa yang berlaku dalam hidup sebelum ini.
• Jika berjaya dalam tahap sebelum ini akan melahirkan rasa kesepaduan.
• Jika gagal sebelum ini akan menimbulkan rasa putus asa.
Perbezaan individu mempunyai perhubungan yang rapat dengan persekolahan dan
pembelajaran kanak-kanak. Kesan perbezaan individu ke atas kemajuan persekolahan
kanak-kanak dapat dihuraikan seperti di bawah ini.
v Kesediaan untuk belajar
Umur merupakan faktor yang penting dalam menentukan kesediaan untuk kanak-kanak
belajar. Kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan
belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang
keluarga dan juga pengamalan persekolah seperti sekolah rendah.
v Kebolehan kecerdasan yang berbeza di antara kanak-kanak
Manusia berbeza dalam kecerdasan dan kebolehan. Berbagai jenis cara dapat dilakukan untuk
mengukur darjah kecerdasan kanak-kanak boleh diuji dengan menggunakan pengkelasan
Binet. Murid yang bijak boleh dijangka akan mencapai kemajuan yang baik dalam
persekolahannya. Tetapi sikap dan latar belakang keluarga seseorang murid itu tetap
mempengaruhi kemajuannya. Murid yang telah mengetahui akan nilai pendidikan akan lebih
bermotivasi dalam menimba ilmu.
v Kebolehan psikomotor
Kanak-kanak pada sebarang peringkat umur berbeza dalam kebolehan mereka untuk
melaksanakan kegiatan yang melibatkan psikomotor. Pada amnya penyelarasan psikomotor
dan kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan jayanya dengan kemahiran psikomotor yang
lebih kompleks bertambah dengan meningkatnya umur. Peningkatan umur akan membawa
bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian, penyelarasan otot, kepantasan, ketetapan
kawalan dan penentangan kepada kelesuan. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus
menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira.
v Perbezaan jantina
Dalam kebanyakan lapangan belajar, perlakuan kanak-kanak lelaki dan perempuan
menunjukkan sedikit perbezaan kecuali sebagai minat atau peluang individu untuk belajar
yang mungkin mempengaruhi kemajuan persekolahan mereka. Perbezaan pada kebolehan di
antara jantina masih belum lagi dapat dikaji dengan secukupnya untuk merumuskan satu
kesimpulan am yang boleh dikatakan sempurna.
v Perbezaan latar belakang
Kita selalu mendengar bahawa setengah sekolah mendapatkan keputusan peperiksaan umum
yang lebih cemerlang dan lebih baik. Ibu bapa pun mahu menghantarkan anak-anak mereka
ke sekolah yang terkenal itu. Sebenarnya murid-murid di “sekolah terkenal” adalah
bergantung kepada latar belakang keluarga mereka. Kebanyakkan mereka memberikan
tuisyen dan pengajaran tambahan di rumah. Latar belakang yang dialami oleh seseorang
murid boleh didapati yang menolong atau melambatkan pencapaian persekolahan murid.
Minat individu, sikap terhadap sekolah dan terhadap mata pelajaran dan guru yang tertentu
disuburkan hasil dari sikap di rumah, kebolehan atau kesanggupan untuk menumpukan
perhatian kepada pelajaran tetap mempengaruhi kesan persekolahan kanak-kanak.
v Kemudahan sekolah dan sikap guru
Kajian menunjukkan bahawa kemudahan sekolah dan sikap guru terhadap murid-murid dan
pekerjaannya akan mempengaruhi kesan kemajuan persekolahan kanak-kanak. Kita pernah
mendengar pendapat dan pujian terhadap jasa baik sekolah dan guru daripada bekas murid
dan sebagainya.
KEPENTINGAN MENGUASAI ILMU PERBEZAAN INDIVIDU
Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi
pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah:
1. Memahami perbezaan murid
Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi.
Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang
sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.
2. Memahami tingkah laku murid
Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik
di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan
bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang
berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang
diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.
3. Meramal tingkah laku murid
Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu
situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam
kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar?
Bagaimana cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang
mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat
diandaikan dan dijawab oleh guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
4. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat
mengesan gaya kognitif dan gaya belajar murid-muridnya yang berbeza¬beza. Ada yang suka
belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global
dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-
bahan pembelajaran yang bersesuaian.
5. Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran
Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan murid, dalam merangka objektif
pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid.
Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang
berbeza keupayaan, supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak
berasa bosan.
6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,
untuk melayan murid yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana
pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti
secara kumpulan, murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah
bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan
bahan yang sesetengah murid tidak dapat menggunakannya.
8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan
Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak
berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid
yang cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak
bosan pembelajaran.
9. Merancang Aktiviti Alternatif
Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat
sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa
melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang
digunakan kurang sesuai dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan
menyebabkan guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika
guru telah merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan
pengajaran, dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.
10. Sentiasa bertolak ansur
Guru harus memahami bahawa setiap murid itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga
haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para muridnya dalam apa jua keadaan. Misalnya,
guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling
bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun
masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi
ada di kalangan muridnya ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru
melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar
melayani karenah anak muridnya.
RUJUKAN
Prof Dr Mansor Fadzil dan Prof Madya Dr Widad Othman (2010). HBSL1203 Psikologi
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.
Ee Ah Meng (2005). Psikologi Pendidikan I : Psikologi Perkembangan. Shah Alam : Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ee Ah Meng (2005). Ilmu Psikologi : Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kasnani Ab Karim [et. al.] (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2005). HBEF2103
Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan
Untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
top related