ex post fakto

Post on 27-Jan-2016

82 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PENYELIDIKAN

TRANSCRIPT

EX POST FACTO

(PERBANDINGAN PUNCA)

UKP6013 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM

PENDIDIKAN

PENGENALAN

Dikenali juga sebagai ex-post facto.

Kadangkala dianggap sebagai kajian deskriptif kerana ia memberi gambaran keadaan- keadaan yang wujud.

PENGENALAN

Ia juga berusaha mencari sebab dan punca bagi keadaan semasa fenomena yang dikaji.

Sejenis kajian yang berbeza daripada kajian yang lain

BAGAIMANA DILAKSANAKAN ?

Penyelidik menentukan punca / sebab yang menyebabkan perbezaan dalam kelakuan /

status kumpulan.

Penyelidik mengkaji dengan merenung balik sejarah

PENDEKATAN PERBANDINGAN PUNCA YANG ASAS

CONTOH :

Penglibatan pada peringkat pra sekolah dikatakan

sebagai faktor utama yang menyumbang kepada

perbezaan ketara dalam aspek kebolehan

menyesuaikan diri dalam kalangan murid-murid

Tahap Satu.

PENDEKATAN PERBANDINGAN PUNCA YANG ASAS

Bermula dengan satu akibat dan mencari kemungkinan punca-puncanya.

Variasi biasanya bermula dengan satu punca dan kemudiannya mengkaji kesannya pada satu pemboleh ubah.

PENDEKATAN PERBANDINGANPUNCA YANG ASAS

Kajian sebegini berkaitan soalan-soalan yang menjawab persoalan utama “Apakah kesan X?”

CONTOH :

Penyelidik ingin mengkaji kesan jangka panjang kegagalan naik ke tahap tujuh ke atas konsep kendiri pelajar.

PENDEKATAN PERBANDINGANPUNCA YANG ASAS

Ada 2 pendekatan asas iaitu :

1. Retrospektif (bermula dengan kesan dan kemudian mengkaji punca).

2. Prospektif ( bermula dengan punca dan kemudian mengkaji kesan).

TUJUAN

Cuba mengkaji hubungan sebab – akibat dan melibat 2 atau lebih kumpulan dan satu pemboleh ubah tak bersandar.

Kajian ini melibatkan perbandingan yang bertujuan membentuk hubungan sebab – akibat.

Digunakan bagi menggantikan kajian eksperimental.

CIRI-CIRI UTAMA

Penyelidik memerhatikan akibat dan kemudian menentukan sebabnya.

Kumpulannya dalam kajian hubungan sebab – akibat terbentuk dan mempunyai pemboleh ubah tak bersandar yang berlainan.

Kumpulan itu mungkin mempunyai pengalaman dan ciri-ciri yang berbeza dengan kumpulan yang lain.

KEBAIKAN KAJIAN PERBANDINGAN PUNCA

Dapat mengenalpasti hubungan yang mungkin

membawa kepada kajian eksperimental.

Dapat meramalkan keputusan daripada kajian

eksperimental.

KEBAIKAN KAJIAN PERBANDINGAN PUNCA

Tidak membabitkan kos yang tinggi.

Mempunyai reka bentuk yang agak mudah.

Mempunyai variasi teknik statistik yang lebih

luas berbanding jenis-jenis kajian yang lain.

KELEMAHAN KAJIAN PERBANDINGAN PUNCA

Hanya mencari perhubungan, bukan puncanya yang sebenar.

Tidak dapat mencari punca dengan tepat.

REKABENTUK KAJIAN PERBANDINGAN PUNCA

Mempunyai reka bentuk yang agak mudah

Melibatkan pemilihan 2 kumpulan yang berbeza

dalam beberapa pemboleh ubah tak bersandar

dan melibatkan perbandingan kedua-dua kumpulan

ini dari segi pemboleh ubah bersandar.

CONTOH KAJIAN :

KUMPULAN PEMBOLEHUBAH

TAK

BERSANDAR

PEMBOLEHUBAH

BERSANDAR

EKSPERIMEN

KAWALAN

PROSEDUR

Definisi dan pemilihan kumpulan perbandingan

adalah bahagian yang penting.

Sifat / pengalaman yang membezakan

kumpulan-kumpulan yang dibandingkan mesti

didefinisikan dengan jelas dan operasional

kerana setiap kumpulan mewakili populasi

yang berlainan.

PROSEDUR

Cara kumpulan-kumpulan perbandingan didefinisikan

memberi kesan kepada keputusan secara umumnya.

CONTOH :

Apabila penyelidik ingin membandingkan kumpulan

pelajar yang mempunyai kehidupan rumah yang

stabil dengan kehidupan di rumah yang tidak stabil.

PROSEDUR

Istilah-istilah stabil dan tidak stabil mestilah ditakrifkan

secara operasional.

Pemilihan secara rawak digunakan apabila memilih

sampel daripada populasi yang didefinisikan.

Dalam sampel yang mewakili populasi masing-masing

dan sama daripada aspek pemboleh ubah yang

penting dalam kajian,selain pemboleh ubah tak sandar.

PROSEDUR KAWALAN

Beberapa kelemahan dalam reka bentuk perbandingan

berpunca daripada kurangnya pemilihan rawak,

manipulasi, serta kawalan ke atas data yang diperolehi

daripada pembolehubah bersandar.

PROSEDUR KAWALAN

Punca sebenar yang mewujudkan perbezaan

antara kumpulan-kumpulan adalah kerana wujudnya

pemboleh ubah asing selain daripada

pemboleh ubah – pemboleh ubah yang dikenal pasti

ketika penyelidikan dijalankan.

Disediakan Oleh:Saadah KhalidWong Siew SinMadihaturrahmah bt AminuddinNor Azila Bt Mohd Lazim

Terima Kasih

top related