esei reflektif kurikulum muzik

Post on 15-Jan-2016

36 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

ESEI REFLEKTIF

Aktiviti muzik yang telah saya pilih ialah aktiviti nyanyian tahun 3. Berdasarkan Dokumen

Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Muzik tahun 3, murid akan mempelajari

teknik dan cara untuk menyanyikan pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan. Antara

subtopik yang terkandung dalam pembelajaran nyanyian ini adalah mendemontrasi warna ton

bunyi seperti bunyi alam semula jadi, haiwan, aktiviti harian dan kenderaan. Seterusnya,

menyanyi dengan postur dan pernafasan yang betul seperti postur duduk, postur berdiri,

pengambilan nafas dan pengeluaran nafas, menyanyi solfa do, re, mi contohnya menyanyi solfa

dalam pelbagai corak irama, menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat, mengaplikasi

dinamik dalam nyanyian seperti lembut (p) dan kuat (f). Akhir sekali, subtopik dalam

pembelajaran nyanyian ialah menyanyi dengan sebutan huruf vokal a, e, i, o, u.

Oleh itu, berdasarkan lagu yang disediakan untuk KSSR tahun 3, saya telah memilih

lagu yang bertajuk ‘Hei Kawan – kawan’. Lagu ini merupakan lagu vokal untuk KSSR tahun 3

dan mempunyai dua bahagian. Lagu ‘Hei Kawan – kawan’ menggunakan meter 24

dan tanda

nada F Major pada bar 1 hingga bar 16 pada bahagian pertama manakala pada bahagian

kedua tanda nada ditukarkan kepada G Major. Aktiviti menyanyikan lagu ‘Hei Kawan-kawan’ ini

dapat memberi pengetahuan kepada murid tentang cara-cara teknik nyanyian contohnya teknik

pernafasan, sebutan dan postur yang betul dan juga murid dapat mempelajari aplikasi dinamik

dalam nyanyian.

Pada permulaan aktiviti nyanyian, saya akan memberi peluang kepada murid untuk

mendengar audio lagu ini (CD 1 Track 05) agar murid dapat mendengar keseluruhan lagu dan

memudahkan murid untuk mengetahui bunyi lagu ‘Hei Kawan-kawan. Selepas itu, saya akan

mengedarkan lembaran kertas lirik lagu kepada murid-murid dan menyanyikan lagu tersebut

bersama-sama.

Bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam aktiviti nyanyian ini, saya telah

pencapaian tahap murid dalam aktiviti ini dengan menggunakan skala kadar. Skala Kadar

adalah darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala dapat diukur secara

angka atau gred. Semasa merancang guru perlu menentukan tajuk, kemahiran, tingkah laku

dan aktiviti dinyatakan dengan jelas, penerangan skala dinyatakan dan skala kadar boleh

digunakan secara individu, kelas atau berkumpulan.

Petunjuk Item

Skor Kriteria

(Tahap Penguasaan)

A Amat Baik

B Baik

C Sederhana

D Perlu Bimbingan

top related