edu3073 | kaunseling kelompok (bimbingan & kaunseling)
Post on 25-Jul-2015
293 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KAUNSELING KELOMPOK
BIL TAJUK
1. Jenis – Jenis Kelompok
2. Proses Kaunseling Kelompok
DEFINISI KELOMPOK
(Webster’s Third New World International Dictionary)
KELOMPOK
beberapa orang individu yang terikat dengan minat, tujuan atau fungsi yang
sama
( Association for Speacialists in Group Work )
KELOMPOK
“proses yang melibatkan pemberian bantuan serta pencapaian matlamat
dalam seting kelompok”
JENIS – JENIS KELOMPOK
KATEGORI UMUM KELOMPOK
Berpusatkan krisis
Berpusatkan masalah
Berpusatkan pertumbuhan
KELOMPOK BERPUSATKAN KRISIS
KELOMPOK BERPUSATKAN KRISIS
• Ditubuhkan sebagai respons kepada satu masalah yang perlu diselesaikan
• Contohnya trauma akibat bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir, kematian dan sebagainya
• Biasanya bilangan sesi sebanyak 5 kali di mana penamatan dibuat apabila situasi menjadi stabil
LAPORAN
“Saya masih ingat lagi satu kelompok berpusatkan krisis yang pernah saya kendalikan dua tahun yang lalu. Pada hari berkenaan, seorang lelaki yang kurang siuman telah masuk ke sekolah saya, lalu menyerang kanak – kanak Tahun 5 yang berada di kantin. Dalam serangan itu, 3 orang kanak – kanak terbunuh. Apabila keadaan huru – hara pulih menjadi seperti biasa, saya pun menjemput 5 orang kanak – kanak, sahabat karib kepada 3 mangsa tadi ke bilik kaunseling saya. Saya juga membentuk kelompok kedua dengan kanak – kanak yang telah menyaksikan pembunuhan tadi. Saya berjumpa dengan kedua – dua kelompok secara berasingan sebanyak lima sesi bertujuan untuk membantu mereka memproses perasaan marah dan sedih yang wujud.”
KELOMPOK BERPUSATKAN MASALAH
KELOMPOK BERPUSATKAN MASALAH
• berfokuskan kepada satu masalah umum
• Masalah yang timbul tidak memerlukan tindakan segera
• Kelompok yang asalnya dibentuk boleh meneruskan perjumpaan secara kelompok berpusatkan masalah setelah tamat krisis
• dibentuk untuk menyelesaikan masalah kanak – kanak di sekolah (tingkahlaku, akademik)
• Kelompok ini mengalami masalah yang sama
• Kesan positif selalunya diperoleh melalui sokongan dalam kalangan ahli
LAPORAN
“ Di sekolah saya, terdapat ramai kanak – kanak berpencapaian rendah yang tinggal dengan datuk nenek kerana ibu bapa bekerja di luar negara. Pada peringkat awal saya merancang membantu mereka dalam masalah akademik. Lama – lama saya sedar masalah sebenar ialah berhubung dengan kehilangan, perpisahan, perasaan terbiar, ketakutan, dan marah. Dalam sesi yang berlangsung, ahli – ahli memproses perasaan yang tersimpan dan terpendam di dalam hati mereka. Nampaknya, saya tidak perlukan satu pelan tindakan yang terancang.”
KELOMPOK BERPUSATKAN PERTUMBUHAN
• Berbeza dengan dua kelompok sebelum ini
• Dibentuk untuk menguruskan keperluan perkembangan kanak – kanak
• Juga dikenali sebagai kelompok bimbingan
• Tajuk perbincangan : persahabatan, paras rupa, kemasukan asrama penuh
LAPORAN
“ Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah, saya menyedari bahawa masalah ponteng sekolah mempunyai perkaitan dengan transisi sekolah menengah. Sepanjang tahun ini saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti dengan murid Tahun 6 sebagai pendedahan kepada sekolah menengah. Kami berbincang tentang kerumitan yang bakal timbul dari segi peribadi, pelajaran, emosi dan sosial. Cadangan ahli – ahli merupakan resos penting dalam usaha menghadapi kerumitan tersebut. “
JENIS KELOMPOK
Bimbingan/Psikopendidikan
Kaunseling/Menyelesaikan
Masalah Interpersonal
Terapi/Penstrukturan
Semula Personaliti
KELOMPOK BIMBINGAN/PSIKOPENDIDIKAN
• Aktiviti – aktiviti kelompok yang terancang
• Bekalan maklumat berbentuk pendidikan, vokasional, peribadi atau sosial
• Tujuan: meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan dan mencegah masalah
• Contoh: Penerokaan kerjaya, kemahiran belajar
KELOMPOK KAUNSELING/MENYELESAIKAN
MASALAH INTERPERSONAL
• Pengalaman penyesuaian / perkembangan dalam seting kelompok
• Berfokuskan kepada sokongan interpersonal & kaedah menyelesaikan masalah
• Bertujuan untuk pertumbuhan dan pemulihan
• Contoh: Modifikasi tingkah laku, kemahiran personal dan interpersonal, sikap, nilai
KELOMPOK TERAPI/PENSTRUKTURAN SEMULA PERSONALITI
• Membekalkan pengalaman penuh perasaan• Berfokuskan kepada masalah peribadi yang
serius/penyakit mental (kebimbangan, kemurungan)
• Bertujuan untuk mencapai pemulihan melalui pembasmian psikologikal
• Contoh: Penguasaan tugas, perkembangan, kemahiran penyesuaian
6 JENIS KELOMPOK TAMBAHAN
Kelompok Latihan
Kemahiran Hidup
Kelompok Saling
Berkongsi
Kelompok Pertumbuhan
Kelompok Keluarga
Kelompok Perbincangan
Kaunseling Online
Jacobs, Harvill & Masson (Nystul, 2003)
PROSES KAUNSELING KELOMPOK
ASPEK PROSES KAUNSELING KELOMPOK
Proses kelompok Penapisan Pra Kelompok
Tahap – Tahap Kaunseling Kelompok
PROSES KELOMPOK
PROSES KAUNSELING KELOMPOK
• Burlingame & Fuhriman (Nystul, 2003) menggariskan 4 aspek:
Penglibatan
Fokus berpusatkan kelompok lawan
berpusatkan individu
Fokus kepada kini–dan–di-sini
Matlamat Kelompok
PENGLIBATAN
Aspek ini merujuk kepada kesanggupan ahli untuk berkongsi perasaan sesama mereka. Melalui perkongsian itu, kejelekitan dan kesejagatan kelompok meningkat.
FOKUS BERPUSATKAN KELOMPOK VS. BERPUSATKAN INDIVIDU
Walaupun masih belum wujud konsensus mengenai fokus yang perlu diberi keutamaan, kedua – dua fokus ini harus diberi perhatian dalam satu masa.
FOKUS BERPUSATKAN KELOMPOK VS. BERPUSATKAN INDIVIDU
Walaupun masih belum wujud konsensus mengenai fokus yang perlu diberi keutamaan, kedua – dua fokus ini harus diberi perhatian dalam satu masa.
FOKUS KEPADA KINI-DAN-DI-SINI
Dikatakan dapat membantu ahli – ahli untuk mengenali diri dengan lebih mendalamlagi, melalui pendedahan kendiri dan maklumbalas, sambil mereka berinteraksi antara satu sama lain.
MATLAMAT KELOMPOK
Menentukan perjalanan sesi kelompok di mana kelompok yang dibentuk mampu meningkatkan hubungan interpersonal.
PENAPISAN PRA KELOMPOK
Couch (Nystul, 2003) menjelaskan bahawa sesi penapisan pra kelompok adalah seperti:
• Mengenalpasti keperluan, jangkaan dan komitmen ahli
• Mencabar mitos dan miskonsepsi mengenai kaunseling kelompok
• Menyampaikan maklumat• Membuat penapisan
TAHAP – TAHAP KAUNSELING KELOMPOK
Tahap 1: Permulaan (Orientasi)
Tahap 2: Transisi
Tahap 3: Bekerja
Tahap 4: Penamatan
TAHAP 1 : PERMULAAN (ORIENTASI)
Isu – isu penting yang dibincang bersama bakal – bakal ahli :
• Tujuan & matlamat kelompok• Maklumat prosedur kelompok, peraturan• Kesesuaian kelompok• Kebimbangan ahli• Maklumat mengenai pendidikan, latihan dna kelayakan• Limitasi & had unsur kerahsiaan
TAHAP 2 : TRANSISI
Pada tahap ini, ahli – ahli kelompok akan meneruskan pembinaan kepercayaan antara satu sama lain.
– Kesanggupan ahli mendengar– Kesanggupan ahli member maklumbalas yang
wajar
TAHAP 3 : BEKERJA
Ahli – ahli sudah mula bebas untuk meneroka pemikiran dan perasaan masing – masing. Pada tahap ini, ahli – ahli akan mengemukakan isu – isu peribadi yang sanggup mereka kerjakan, memberi dan menerima maklumbalas, aplikasi dalam kehidupan seharian dan memberi sokongan kepada ahli lain.
TAHAP 4 : PENAMATAN
Kadangkala, penamatan boleh menyebabkan ahli rosot kembali, sedih atau melahirkan perasaan yang tidak diingini. Oleh itu, adalah penting pemudahcara menyediakan ahli – ahli menerima hakikat tersebut.
top related