e disiplin
Post on 03-Apr-2018
267 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 e Disiplin
1/20
e-DisiplinKonsep dan Operasi
Disediakan oleh
Mohammad Bin Harun
-
7/28/2019 e Disiplin
2/20
e-DisiplinSenarai Kandungan
1. KONSEP
2. VISI
3. MISI
4. SENARIO SEDIA ADA
- TUMPUAN TINGKAH LAKU
- PENGURUSAN DISIPLIN
5. SENARIO SEPATUTNYA- TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA
- PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA- PENYIMPANAN REKOD
6. KAEDAH
- SALAH LAKU
- JENIS SALAH LAKU
- MARKAH
- HUKUMAN
- AMARAN DISIPLIN PERTAMA (AD1)
- AMARAN DISIPLIN KEDUA (AD2)- HUKUMAN GANTUNG SEKOLAH (AD3)
- AMARAN DISIPLIN AKHIR (AD4)
- HUKUMAN BUAG SEKOLAH (AD5)
- HUKUMAN ROTAN
- AMARAN LISAN
- PEMULIHAN
- KERJA AMAL
- JENIS KERJA AMAL- MARKAH KERJA AMAL
- BIMBINGAN DAN KAUNSELING
-JENIS KAUNSELING
- PROGRAM LAIN (Sokongan)7. PERANAN PERSONEL
- PERANAN GURU BESAR / PENGETUA
- PERANAN GPK HEM
- PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN
- PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING- PERANAN GURU- PERANAN MURID
- PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
- PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
- PERANAN JABATAN PELAJARAN
- PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK
8. OPERASI SISTEM
- TERAS OPERASI
- KEUPAYAAN SISTEM- AMARAN DISIPLIN
- TANDA RUJUKAN KAUNSELING
- MENCETAK BAHAN
a. Laporan Bulananb. Laporan Tahunan
c. Laporan lengkap disiplin seseorang murid
d. Senarai pelajar bermasalah
e. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)f. Statistik disiplin
g. Senarai murid untuk rujukan kaunseling
h. Surat Akuan sahsiah murid
IMPORT / EKSPORT
9. PENUTUP
2
-
7/28/2019 e Disiplin
3/20
e-Disiplin
1. KONSEP
Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku murid
Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modalinsan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2. VISI
Modal Insan Murid Terbilang
3. MISI
Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplinyang mantap dan berkesan.
4. SENARIO SEDIA ADA
Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah
mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi
dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa.
4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU
Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadaptingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangarperaturan yang ada).
4.2 PENGURUSAN DISIPLIN
Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalahdisiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga
mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah
disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan.
Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal
dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat ataumengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin.
5 SENARIO SEPATUTNYA
e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin.
5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA
e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif.
Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan
3
-
7/28/2019 e Disiplin
4/20
diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah
ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesibimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.
5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA
e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin. Manakala Setiausaha
Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang
minimum, keadaan ini akan dapat dicapai.
Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru.
Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin.
5.3 PENYIMPANAN REKOD
e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan
mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan
sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.
6 KAEDAH
e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah lakumurid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan.
6.1 SALAH LAKU
6.1.1 JENIS SALAH LAKU
Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku
Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut.
Kod
KesalahanKesalahan
TINGKAH LAKU JENAYAH
A01 BERJUDI
A02 MENCURI
A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU
A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN
A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID
A06 PERAS UGUTA07 GENGSTERISME
A08 BAWA SENJATA MERBAHAYA
A09 MENCABUL KEHORMATAN
A10 MENCEROBOH
A11 TUNJUK PERASAAN
A12 MERUSUH
A13 MEMBUNUH
A14 MEROGOL
4
-
7/28/2019 e Disiplin
5/20
A15 BERGADUH
PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN
B01 MEMILIKI / MENYIMPAN
B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
B03 MENJUAL / MENGEDAR
B04MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM /
MENGHIDU
B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN
BULI
C01 BULI BAHASA
C02 BULI FIZIKAL
C03 BULI ISYARAT
C04 BULI PERHUBUNGAN
ROKOK
D01 MEMILIKI / MENYIMPAN
D02 MEMBEKAL / MENAWARKAND03 MENJUAL DAN MENGEDAR
D04 MENGHISAP
1. Kali Pertama (1 Rotan)
2. Kali Kedua (2 Rotan)
3. Kali Ketiga ( 3 Rotan)
4. Kali Keempat (Gantung)
5. Kali Kelima (Buang)
PONTENG
E01
PONTENG SEKOLAH
1. 3 hari berturur-turut atau 10 hari tidak berturur-turut
2. 10 hari berturur-turut atau 20 hari tidak berturur-turut
3. 17 hari berturur-turut atau 40 hari tidak berturur-turut
4. 31 hari berturur-turut atau 60 hari tidak berturur-turut
E02 PONTENG KELAS
E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM
E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN
E05 PONTENG PREP
E06 PONTENG ASRAMA
E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH
E08 PONTENG PERHIMPUNAN
TINGKAH LAKU LUCAH
F01 BERCUMBUAN
F02 BERKHALWAT
F03 BAWA BAHAN LUCAH
5
-
7/28/2019 e Disiplin
6/20
F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH
F05 MENGINTAI
F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH
F07 MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH
F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH
F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA
F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK
TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP
G01 BIADAP KEPADA GURU
G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN
G03 BIADAP KEPADA TETAMU
G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID
G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID
G06
MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR
MINUMAN YANG MEMABUKKAN
G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA
G08 INGKAR ARAHAN GURU
G09 INGKAR ARAHAN PENGAWASG10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA
KESALAHAN VANDALISME
H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA
H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS
H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN
H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAHH07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA
H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT
H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN
H10
MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA /
GURU / KAKITANGAN
H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID
TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
J01 PECAH AMANAH
J02 BERBOHONGJ03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
J04 TIDAK JUJUR
KENAKALAN
K01MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH
K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA
6
-
7/28/2019 e Disiplin
7/20
K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN
K04MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
K05TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-
TOLAK
K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN
K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK
K08
KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA
KEBENARANK09 BERMAIN DALAM DORM
K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA
TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
L01 LEWAT KE SEKOLAH
L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN
L03 LEWAT MASUK KELAS
L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM
L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA
KEKEMASAN DIRI
M01 BERKUKU PANJANG
M02 MEWARNA KUKU / BERINAI
M03 BERAMBUT PANJANG
M04 RAMBUT BERFESYEN
M05 BERMISAI / BERJANGGUT
M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN
M07 PAKAI BARANG KEMAS
M08 MENCUKUR BULU KENINGM09 MEMAKAI ALAT SOLEK
PENGLIBATAN POLITIK
N01
PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN
POLITIK
N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA
N03
MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA
POLITIK
7
-
7/28/2019 e Disiplin
8/20
6.1.2 MARKAH
Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;
a. Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan.
Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10
bermaksud salah laku yang berat.
b. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.
6.2 AMARAN DISIPLIN
Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;
6.2.1 Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) (AD1)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.
Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.2 Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) (AD2)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini jugahanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.3 Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) (AD3)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun,Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini,
apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin
Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantungsekolah adalah seperti berikut;
a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)
b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuanc. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.
d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu)Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan.
f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung
6.2.4 Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) (AD4)
Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya
dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.5 Buang Sekolah (AD5)
Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga
dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah
seperti berikut;
8
-
7/28/2019 e Disiplin
9/20
g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
i. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.
j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu)
Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.
l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.
6.2.6 Amaran-Amaran Lisan
Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.
6.2.7 Hukuan Rotan Kes Merokok
Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.
6.3 PEMULIHAN
6.3.1 KERJA AMAL
Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-
Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.
Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan
b. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja / kakitangansekolah.
c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid
d. Dikawal selia oleh gurue. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah
6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL
Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;
KERJA AMAL
KA01 MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH
KA02
KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK
BUNGA DLLKA03 KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT
KA04 KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS
KA05 KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN
KA06 KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH
KA07 RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU
KA08 MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS
KA09 MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS
9
-
7/28/2019 e Disiplin
10/20
KA1O MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
KA11 MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH
KA12
MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA
SEKOLAH
KA13 AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)
KA14 AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
KA15
PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI
SEKOLAH
KA16
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-
NILAI MURNI
6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL
Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah 5
bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.
Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.
6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah.
Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang
dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.
6.3.2.1 JENIS KAUNSELING
Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya kaunseing individu dankaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah. Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti
lain juga boleh dilaksanakan seperti Kem Waja Diri.
6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)
Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan pemulihan. Setelah
mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil
secara lebih drastik. Sebagai contoh, masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus
untuk murid-murid yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan olehpihak sekolah.
10
-
7/28/2019 e Disiplin
11/20
Jadual pemarkahan e-Disiplin
FORMULA TANPA KERJA AMAL
TAMBAHAN JUMLAH KAUNSELING
MATA MARKAH TINDAKANKERJAAMAL BAKI (MIN)
3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 0 20 110 31 - 40 AD2 0 30 1
41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 3
30 60 - 70AD3
(GANTUNG) 0 60 1
71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 2
20 80 - 90 AD4 (T/S) 0 80 1
20100 AD5 (BUANG)
100 5 9
FORMULA DENGAN KERJA AMAL
TAMBAHAN JUMLAH KAUNSELING
MATA MARKAH TINDAKANKERJAAMAL BAKI (MIN)
3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 (-)20 0 1
30 31 - 40 AD2 (-)20 10 1
41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 4
50 60 - 70AD3
(GANTUNG) (-)20 40 1
71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 3
40 80 - 90 AD4 (T/S) (-)20 60 1
90 - 100 3
11
-
7/28/2019 e Disiplin
12/20
40100 AD5 (BUANG)
180 100 5 80 14
7 PERANAN PERSONEL
e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan disiplin sekolah
7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA
1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)3. Mengarah siasatan kes salahlaku.
4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.
5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.6. Mengarah murid menjalani kaunseling.
7. Mengarah murid membuat kerja amal.
8. Menandatangani surat pertuduhan.9. Menandatangani surat tunjuk sebab
10. Menandatangani surat hukuman
11. Menjatuhkan hukuman
12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin
7.2 PERANAN GPK HEM
1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk
sebab.2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin.
4. Mengarah murid membuat kerja amal.
5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.
7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.
8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.
7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN
1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.2. Menyiasat kes salahlaku.
3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.
5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia Petang/PK
HEM.
6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.
8. Mengemaskini/simpan BSL.
12
-
7/28/2019 e Disiplin
13/20
9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.
10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.11. Menyelaras program disiplin sekolah
7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menjalankan sesi kaunseling individu.
2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.
3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi
5. Membuat lawatan ke rumah murid .
6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain.7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin
8. Menyelaras program disiplin sekolah
7.5 PERANAN GURU
1. Memantau salahlaku di kalangan murid.2. Memberi bimbingan kepada murid
3. Mengisi BSL.4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.
5. Membantu tugas SU Disiplin.6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.
7.6 PERANAN MURID
1. Berkerjasama dengan semua guru.
2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU DisipinSekolah.
3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.
4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.
6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku
7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah
7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila
pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak
sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.
3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anakmereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.
4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses
menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman GantungSekolah.
5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan
Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah keatas anak mereka.
13
-
7/28/2019 e Disiplin
14/20
7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
1. Membuat siasatan kes-kes khas.
2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin
7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN
1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.
7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK
1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan
3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing
4. Mengatur program berkaitan motivasi diri
8 OPERASI SISTEM
8.1 TERAS OPERASI
Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah;
8.2 Maklumat murid (Diimport dari data SMM)
8.3 Maklumat guru
8.4 Maklumat salah laku (Borang Saman)8.5 Maklumat kerja amal
8.6 Maklumat respon penjaga
8.7 Maklumat sesi kaunseling8.8 Maklumat akujanji
8.9 KEUPAYAAN SISTEM
8.9.1 AMARAN DISIPLIN
Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin. Berikut ialah tindakandisiplin yang disediakan oleh sistem
a. Amaran Disiplin Pertama (AD1)
b. Amaran Disiplin Kedua (AD2)c. Gantung Sekolah (AD3)
d. Amaran Akhir (AD4)
e. Buang Sekolah (AD5)f. Hukuman rotan (Kes menghisap rokok)
8.9.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING
14
-
7/28/2019 e Disiplin
15/20
Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk kepada kaunseling.
8.9.3 MENCETAK BAHAN
Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak;
i. Laporan Bulanan
i. Laporan kes disiplin
ii. Laporan jenis kesiii. Laporan mengikut tingkatan
iv. Laporan penglibatan guru
v. Laporan tindakan disiplinvi. Laporan kerja amal
vii. Laporan sesi kaunseling
viii. Laporan respon penjaga
j. Laporan Tahunan
i. Laporan kes disiplinii. Laporan jenis kes
iii. Laporan mengikut tingkataniv. Laporan penglibatan guru
v. Laporan tindakan disiplinvi. Laporan respon penjaga
vii. Laporan kerja amal
viii. Laporan sesi kaunselingix. Laporan ponteng sekolah
x. Laporan pergerakan murid
xi. Laporan disiplin berdasarkan lokasik. Laporan lengkap disiplin seseorang murid
l. Senarai pelajar bermasalah
m. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)n. Statistik disiplin
o. Senarai murid untuk rujukan kaunseling
p. Surat Akuan sahsiah murid
8.9.4 IMPORT / EKSPORT
Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport dan mengimport data.
9 PENUTUP
Pelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan masalah disiplin, danmewujudkan iklim sekolah yang lebih baik.
15
-
7/28/2019 e Disiplin
16/20
Panduan e-Disiplin
1. Setup
i. Masukkan CD ke dalam Pemacuii. Klik ikon e-Disiplin 2 kali
iii. Klik Setup
iv. Klik Next / Yes untuk semua paparan
2. Menukar Logo
i. Scan logo sekolah dalam format bitmap imejii. Save fail dalam drive C, Program File, e-Disiplin.
iii. Namakan file sebagai Logo
3. Masuk ke Sistem
i. Ada dua cara untuk masuk ke system
A) Melalui butang Start, All Program, e-Disiplin.B) Melalui ikon e-Disiplin pada desktop
ii. Masukkan Kod ID: KPMiii. Masukkan Kod Rahsia: SKE-D, dan klik OK
iv. Paparan berikutnya, masukkan Kod Pegawai yang memasukkan data, dan tekan Enter
4. Kemas Kini Maklumat Asas
i. Klik menu Kemas Kini Maklumat Asas
ii. Delete maklumat yang dipaparkan dan masukkan maklumat yang sesuai dengan sekolah
5. Memasukkan Maklumat Guru
i. Klik Menu Maklumat Guru
ii. Masukkan Maklumat semua guru yang bertugas di sekolahiii. PERHATIAN
a. Setiap maklumat guru yang telah dikey in tidak boleh didelete
b. Pastikan setiap guru mempunyai kod tersendiri, yang tidak boleh menyamai gurulain
c. Sekiranya guru berkenaan berpindah sekolah, biarkan maklumat tersebut dalam
system
6. Memasukkan Maklumat Murid (Bilangan Kecil)
i. Klik menu Maklumat Murid
ii. Masukkan Maklumat yang dikehendaki dalam boring
iii. PERHATIANa. Borang ini digunakan untuk memasukkan maklumat murid dalam bilangan yang
kecil
b. Untuk maklumat murid secara borong gunakan disket SMM
16
-
7/28/2019 e Disiplin
17/20
7. Memasukkan Maklumat Murid Secara Borong
i. Gunakan disket SMM.
ii. Buka disket, Data HEM, dan copy TMurid dan Tlbsek.iii. Pastekan di luar Data HEM.
iv. Masuk ke e-Disiplin
v. Klik menu Maklumat Murid
vi. Klik menu Import Data HEMvii. Pilih / Klik pemacu A
viii. Klik Yes untuk semua paparan berikutnya.
8. Memasukkan Maklumat Salah Laku
i. Klik menu Borang Salah Laku untuk memasukkan data / maklumat borang samanii. Masukkan No Kad Pengenalan, dan Enter. Nama pelajar akan dipaparkan. Sekiranya tiada
paparan nama pelajar, ada kemungkinan No Kad Pengenalan tersalah, atau mungkin
maklumat pelajar berkenaan belum ada dalam systemiii. Masukkan tarikh dalam format HH/BB/TTTT. Contoh 16, Enter, 01, Enter, 2008, Enter
iv. Masukkan Kod Salah Laku (Cetak senarai kod salah laku untuk memudahkan rujukan)v. Masukkan markah, sama ada 3 (untuk kesalahan yang dianggap ringan), 5 (untuk kesalahan
yang dianggap sederhana), dan 10 (untuk kesalahan yang dianggap berat)vi. Masukkan waktu kes dilakukan
vii. Masukkan tempat kes dilakukan
viii. Masukkan Kod Guru yang menyaksikan kesix. Masukkan keterangan yang lengkap berkaitan kes. Contoh:
a. Bahawa kamu telah dengan sengaja ponteng kelas Bahasa Melayu
b. Bahawa kamu telah dengan sengaja mencuri wang Ahmad bin Abu berjumlahRM 10.00 yang disimpan oleh Ahmad bin Abu di dalam beg sekolahnya
c. Bahawa kamu telah menghisap rokok jenama Dunhill bersama-sama Ali bin
Hassan. Bukti sebahagian rokok Dunhilld. Bahawa kamu telah bermain daun terup dengan pertaruhan wang bersama-sama
Osman bin Samad dan Yusuf bin Harun. Bukti: Daun terup dan wang tunai
berjumlah RM 10.00
x. PERHATIAN:a. Perhatikan menu-menu yang mungkin timbul semasa anda memasukkan
maklumat salah laku
b. Ikuti / Klik menu-menu yang timbul untuk langkah / tindakan seterusnya.
9. Memasukkan Maklumat Kerja Amal
i. Klik menu Borang Kerja Amalii. Masukkan maklumat yang dikehendaki dalam boring tersebut
10. Memasukkan Maklumat Sesi Kaunseling
i. Klik menu Borang Sesi Kaunseling untuk memasukkan maklumat pelajar yang telah
menjalani sesi kaunselingii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii. Klik / tandakan ruang yang berkenaan dalam borang tersebut
17
-
7/28/2019 e Disiplin
18/20
11. Memasukkan Maklumat Respon Penjaga
i. Klik menu Borang Sesi Penjaga untuk memasukkan maklumat perhubungan dengan penjaga
sama ada penjaga hadir ke sekolah, atau melalui telefon.
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut.
12. Menyisih Rekod
i. Klik menu Sisih Rekod untuk menukar status pelajar sekiranya pelajar tersebut telahberpindah sekolah, berhenti dan sebagainya.
ii. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar untuk menyisihkan rekod seorang pelajar.
iii. Untuk menyisihkan rekod ramai pelajar (borong) klik 2 angka awal No Kad Pengenalan dandiikuti butang *. Contoh 90*, dan tekan Enter
iv. Tukarkan status pelajar pada ruang yang berkenaan.
13. Borang Pertukaran Sekolah
i. Klik menu Borang Tukar Sekolah untuk mencetak borang tukar sekolah para pelajar.ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang
iii. Klik menu Cetak Borang untuk mencetak borang tersebut
14. Borang Akur Janji
i. Klik menu Borang Akur Janji untuk memasukkan maklumat pelajar yang menandatanganiSurat Akur Janji
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii. PERHATIAN: Pelajar perlu menandatangani borang bercetak (hard copy) untuk simpanan /fail.
15. Amaran Disiplin
i. Ada dua cara untuk mengeluarkan Amaran Disiplin
a. Melalui menu yang timbul semasa memasukkan maklumat salah laku
b. Melalui menu Amaran Disiplinii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii. Cetak Surat Amaran Disiplin
iv. PERHATIAN.
A) Sila patuhi carta aliran kerja yang dicadangkan.B) Amaran Disiplin yang dikeluarkan mestilah dari Amaran Pertama, Kedua, Ketiga dan
serusnya.
C) Seboleh-bolehnya elakkan dari melangkau Amaran Disiplin.
16. Membuat Pembetulan / edit Kes Salah Laku
i. Klik menu Borang Salah Laku
ii. Klik menu Semak
iii. Cari maklumat yang ingin dibetulkan dan buat pembetulan, atau delete maklumat tersebut.
18
-
7/28/2019 e Disiplin
19/20
17. Import Data (e-Disiplin)
i. Klik menu Import / eksport Data
ii. Klik menu Import Dataiii. Pilih dan klik pemacu yang sesuai
iv. Klik Yes untuk semua paparan yang muncul
18. Eksport Data
i. Klik menu Import / eksport Data
ii. Klik menu Eksport Dataiii. Pilih / Klik pemacu yang sesuai dengan penggunaan anda
19. Mencetak Laporan
i. Laporan BulananUntuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes,
Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.
ii. Laporan Tahunan
Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes,Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.
iii. Kad disiplin pelajar Untuk melihat / mencetak Kad Laporan Disiplin Seseorang pelajar
iv. Senarai Pelajar bermasalahUntuk melihat kumpulan pelajar yang dianggap bermasalah berserta kes-kes yang dilakukan.
Menu ini sesuai untuk Guru Kaunseling merancang tindakan / bimbingan
v. Laporan disiplin semasaUntuk melihat senarai pelajar, markah merit dan amaran-amaran yang dikeluarkan
vi. Senarai Pengurusan disiplinUntuk melihat / menyemak senarai guru yang ada dalam system
vii. Senarai pelajar
Untuk melihat / menyemak senarai pelajar yang ada dalam system
viii. Kod Salah laku
Untuk membuat rujukan kod-kod kes salah laku
ix. Kod kerja amal
Untuk membuat rujukan Kod-kod Kerja Amal
x. Statistik
Untuk melihat rumusan data-data disiplin semasa dan tahunan
19
-
7/28/2019 e Disiplin
20/20
xi. Penggunaan systemUntuk melihat laporan pegawai-pegawai yang mneggunakan system.
xii. Borang-borangUntuk mencetak pelbagaai borang bagi kegunaan system
xiii. Akuan sahsiah
Untuk mencetak Sijil Akuan Sahsiah para pelajar. Hanya pelajar yang ada melakukankesalahan, dan atau melakukan kerja amal sahaja aka nada sijil ini.
xiv. Rujukan kaunselingUntuk memudahkan Guru Kaunseling mendapatkan klien.
Disediakan oleh
MOHAMMAD BIN HARUN
0199228343 / 0139838843
20
top related