dikir barat
Post on 15-Apr-2017
372 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MZU3117 Muzik Malaysia
TAJUK 3 Muzik Ensembel Sosial Popular – Dikir Barat
SinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Dikir Barat.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan sejarah asal usul Dikir Barat
2. Menganalisis repertoire muzik dari segi tekstur, melodi dan rentak.
3. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan.
Kerangka Tajuk
32
Dikir BaratTeksturMelodiRentak
MZU3117 Muzik Malaysia
3.3.2 Pengenalan
Permainan Dikir Barat adalah suatu teater tradisional yang paling digemari
oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Patani di selatan Thai. Secara umumnya,
permainan ini lebih popular sebagai muzik rakyat. Di dalam persembahan dikir
barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut dan tok juara
. Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan diikuti oleh awok-
awok(chorus) sebagai suara latar yang kuat dan lantang. Menurut Tan dan
Matusky (1998), Dikir barat merupakan sebuah persembahan muzik instrumental
dan puisi dinyanyikan.
Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun pertandingan.
Dalam masyarakat dahulu, permainan ini dimainkan selepas musim menuai padi,
majlis perkahwinan, majlis perasmian dan majlis berkhatan. Di samping itu,
pertandingan sering diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, jabatan-
jabatan kerajaan. Dikir barat adalah permainan baru jika dibandingankan dengan
teater tradisional lain.
3.2 Konteks (Dikir barat)
Mengikut gaya lama, persembahan dikir barat mengutamakan tema yang
melibatkan kehidupan seharian orang tempatan dengan unsur-unsur lucu. Tema
masakini masih mengekalkan unsur tempatan tetapi memaparkan topik semasa
mengenai ekonomi, politik, pendidikan dan perpaduan sosial. Lazimnya dikir barat
yang dipersembahkan di televisyen mendidik masyarakat tentang kebajikan,
kesihatan dan isu sosial. Contohnya tema kesihatan yang mengisahkan tentang
bahaya nyamuk aedes, penyakit denggi atau penyakit sosial.
33
MZU3117 Muzik Malaysia
3.2.1 Watak-watak dalam Dikir barat
Permainan dikir barat adalah permainan kolektif di antara Juara( Tok Juara),
Tukang karut dan Awok-awok serta pemain ensemble. Mereka adalah ibarat satu
badan yang saling bergantung antara satu sama lain. Jika satu anggota tidak dapat
berfungsi dengan sempurna , seluruh badan tidak dapat berfungsi dengan
berkesan . Tanpa kerjasama yang jitu, persembahan itu tidak akan berjaya,
menurut Omar (1989).
Tukang karut adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting
dalam sesuatu persembahan. Baik atau buruk sesuatu perse bahan itu
bergantungkepada tukang karutnya. Seorang tukang karut yang baik mesti
mempunyai kemahiran mencipta lirik, menyusun idea spontan yang sesuai dengan
tema. Kebolehan seseorang tukang karut melagukan sesuatu melodi dan tema
yang tertentu akan menetapkan mereka dengan identiti yang tersendiri misalnya
Seman bin mamat dapat membawakan lagu karut Wau Bulan dengan baik dan
berkesan, dan dia terkenal dengan gelaran Seman Wau Bulan.
Tukang Karut memerlukan idea spontan semasa menyanyi
34
MZU3117 Muzik Malaysia
Nama-nama besar tukang karut yang lain ialah Dolah Kulat Malam, Awang
Ikan Duyung. Terdapat juga tukang karut yang menggunakan gelaran berdasar
tempat asal mereka seperti Pak leh Tapang, Daud Bukit Abal, Pak Mat Burma dan
Ripin Belimbing. Transisi dikir barat telah menwujudkan generasi baru yang
mempusakai kemahiran mengarut ini seperti Cikgu Sulizi, arwah Cikgu Naim, Jen
Endoro, Meli Tumpok dan ramai lagi. Dalam kajian dan artikel yang ditemui,
terdapat juga tukang karut wanita sekitar tahun 70an seperti Faridah Bobby, Esah
sayonara, Semah Anak Tiong dan Khaltom. Generasi tukang karut wanita terkini
ialah Ayu Rosalinda, Adik Wani, Rohaya dan Zainun. Mereka ini sebenarnya lebih
kepada ‘menyanyi’ dari menjadi tukang karut.
Tok Jora (Juara) adalah watak kedua penting dalam persembahan. Juara
adalah orang yang memulakan nyanyian dalam persembahan. Juara jugalah yang
menentukan tema persembahan melalui lagu awalnya. Selain itu juga juara
merupakan pemimpin kumpulan. Di antara juara yang terkenal adalah Yusof kelong
dan Salleh Jambu. Pada waktu yang tertentu, juara juga terpaksa mengarut swaktu
menunggu ketibaan tukang karut.
Tok Juara berbaju biru sedang menyanyi sambil duduk
35
MZU3117 Muzik Malaysia
Awok-awok adalah sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan dikir
barat. Kebiasaannya awok-awok terdiri dari pemuda-pemuda belasan tahun dan
kerana faktor usia inilah mereka digelar ‘ budok-budok dikir’. Secara praktikalnya
orang dewasa juga tergolong sebagai awok-awok dewasa ini. Gelaran awok-awok
ini adalah sempena nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah bot
yang diketuai oleh seorang juragan. Tugas awok-awok ini ialah mengikut atau
mengulangi lagu secara beramai-ramai disambil bertepuk tangan dan membuat
formasi badan. Dalam seni muzik barat suara awok-awok ini dikenali sebagai ‘
korus’. Dalam kumpulan dikir barat, bilangan awok-awok terhad bilangannya iaitu
12 hingga 40 orang. Ini bergantung kepada suasana persembahan. Awok-awok
tidak boleh diambil sembarangan, mereka yang tidak cekap dan kurang
berpengalaman akan memberikan kesan yang negatif kepada kumpulan.
Awok-awok dalam kumpulan
36
MZU3117 Muzik Malaysia
3.2.1 Asal-usul
Sejarah permaian ini tidak pernah didokumentasikan oleh pengiat-pengiat seni
pada era terdahulu . Setiap kumpulan dikir akan mempercayai tentang asal-usul
permainan ini melalui yang apa yang diperturunkan oleh gurunya.
Terdapat lima pendapat asal usul Dikir Barat:
a) Berasal dan Selatan Siam Mengikut orang Kelantan, “barat” bermakna “Negeri Siam”. Sebabnya ialah Negeri Kelantan pernah di perintahkan oleh Kerajaan
Siam dan rakyat kedua-dua negeri selalu berulang-alik. Akibatnya dikir barat di bawa masuk dan di terima dan diubah suai
oleh masyarakat tempatan dari segi loghat dan persembahannya.
b) Berasal dari Pulau Kerengga Pulau Kerengga – satu daerah dalam jajahan Narathiwat di Selatan
Siam. Keterangan oleh Nik Abd. Rahman b. Nik Dir (Pah Nik Man) yang
bertugas sebagai Pegawai Kastam yang telah menangkap seorang yang bernama Pak Sa yang telah masuk tanpa pasport dan menyeludup barang-barang.
Pak Sa telah dipenjarakan dan selepas setahun telah memperkenalkan dikir barat kepada rakyat Kelatan.
Oleh kerana Pak Sa berasal dari Pulau Kerengga, maka pendapat-pendapat mengatakan dikir berasal dari sana.
Dari sini timbul Permainan Dikir Barat.
c) Berasal dari ilham budak-budak penjaga lembu Dalam tahun 1930-an, terdapat banyak pencuri berkeliaran di padang
ragut.. Untuk menghilangkan rasa takut, sekumpulan budak penjaga lembu
telah duduk berkelompok dan berdikir beramai-ramai. Mereka menyanyi dan berpantuk sindir menyindir sesama mereka
untuk menghiburkan hati dan melupakan rasa takut.
d) Berasal dari Pulau Tebu Pengasasnya Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari Pulau
Tebu. Ketika diperkenalkan beliau, orang ramai menganggap dikir barat
sebagai hasil seni yang baru sebab irama boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.
37
MZU3117 Muzik Malaysia
e) Berasal dari ciptaan Mak Leh Tapang Diasaskan oleh Hj.Mat Salleh bin Hj. Ahmad, anak jati Tapang. Nama dikir barat ini diambil dari singkatan nama beliau (Mat Leh) dan
nama kampungnya. Beliau mengakui yang dikir barat berasal dari Negeri Siam tetapi
digubah permainan dengan menambahkan dengan pantun-pantun.
3.2.2 Persembahan
Dalam persembahan dikir barat ensembel instrumental memperkenalkan
sesuatu lagu dengan memainkan dan mengulangi rentak yang pendek dan rancak
serta tepukan tangan oleh anggota-anggota korus. Tok juara terus mula menyanyi
pantun serta baris melodi tertentu dengan irama yang tidak bermeter dan tempo
yang perlahan. Baris melodi vokal ini berbunga sederhana sahaja . Tok Juara
menyanyi secara tanpa iringan.
Pada permulaan lagu Tok Juara akan menyanyi tanpa meter
38
MZU3117 Muzik Malaysia
Pada penghujung baris melodi dan pantun itu, awok-awok meneruskan
persembahan dengan mengulangi teks pantun yang telah dinyanyikan oleh Tok
Juara, tetapi kali ini nyanyian korus diiringi dengan alat muzik dan tepukan tangan
serta gerak-geri lengan, tangan dan badan. Nyanyian dan gerak-geri korus
dikendalikan secara unison. Korus dan Tok Juara biasanya berselang-seli
menyanyikan senikata pantun rangkap demi rangkap. Bentuk strofik digunakan.
Melodi tidak berubah walaupun senikata baru dinyanyikan pada setiap rangkap.
Selepas pantun yang akhir dihabiskan oleh korus, seorang tukang karut
berdiri di atas pentas dan menyambut semua orang yang menghadiri
persembahan. Tukang karut ini mencipta senikata yang berbentuk pantun secara
spontan. Pantunnya menengahkan tema tempatan tertentu atau berasaskan tema
pantun Tok Juara tadi. Nyanyian tukang karut diikuti oleh nyanyian awok-awok
mengikut melodi dan gaya nyanyian yang digunakan oleh tukang karut. Pada waktu
itu tempo beransur-ansur menjadi rancak.
Dalam persembahan dikir barat, tumpuan diberikan pada senikata yang
terang dan melodi yang tidak kompleks. Ini adalah supaya lagu-lagu mudah
difahami dan dapat menarik minat penonton.
TeksturTekstur muzik dikir barat adalah berbentuk polifonik, vokal solo dan korus
yang membawa melodi. Ensemble muziknya terdiri dari sepasang rebana,
39
MZU3117 Muzik Malaysia
sepasang canang, marakas dan sepasang tetawak (gong) menghasilkan beberapa
rentak.
Alat muzik asas yang masih digunakan ialah dua alat muzik rebana
mengikut saiz yang dipanggil rebana ‘ibu’ dan rebana ‘anak’. Kedua genre
‘membranofon’ mengikut Van Bostel (1994), diletakkan menegak dan kulitnya
dipukul dengan kedua-dua belah tangan pemain. Timbre asas yang dihasilkan oleh
pemain rebana ialah ‘tak’ dan ‘dung’. Alat rebana ibu dan anak menghasilkan
rentak tertentu. Pemain rebana ibu memainkan rentak utama sementara pemain
rebana anak memainkan rentak yang ‘meningkah’ rentak rebana ibu.
.
MelodiMelodi dalam dikir barat berasaskan skel heptatonik. Struktur jeda menyerupai
mod miksolidian. Puast pic lagu dalam contoh 19 adalah pic 5 skel heptatonik.
Setiap frasa melodi, terdapat bit rehat pada penghujungnya.
Barisan melodinya juga dibungakan (ornamentation) secara sederhana,
melismetik. Gaya nyanyiannya berbentuk silabik dan melodinya bergerak secara
bertingkat
Contoh keratan permulaan oleh Tok Juara (free tempo)
40
MZU3117 Muzik Malaysia
Contoh keratan Tok Juara menamatkan pantun dan disambung oleh awok-awok
dan iringan alat muzik.
41
MZU3117 Muzik Malaysia
Rentak
Rentak yang dihasilkan oleh rebana ibu dan rebana anak dimainkan secara
bertingkah untuk mendapatkan rentak yang kontras.
42
MZU3117 Muzik Malaysia
Alat ‘idiofon’yang digunakan dalam ensemble ialah ‘tetawak’ . Tetawak
merupakan gong besar yang berbusut (knobbed gong). Gong ini digantung dan
pukul pada busut dengan pemukul yang berbalut dengan getah. Tetawak
dimainkan pada setiap bit yang ke 4. Canang iaitu alat gong-chime, terdiri daripada
dua buah gong kecil yang berbusut yang menghasilkan satu pic tinggi dan satu pic
rendah. Alat ini dipukul dengan sepasang kayu yang berbalut getah.
Marakas ialah yang dipinjam daripada muzik popular barat. Alat idiofon ini
terdiri dari sebuah labu yang berisi kekacang yang akan menghasilkan bunyi
apabila alat itu digoncangkan . Biasanya sepasang marakas dimainkan oleh
seorang pemain. Canang dan marakas menghasilkan bit berterusan.
a) Rebana Anak : Berperanan memainkan rentak dikir barat dan saling bertingkah dengan rebana ibu.
b) Rebana Ibu : Berperanan memainkan rentak dikir barat dan saling bertingkah dengan rebana anak. Rebana ibu selaku alat muzik utama dan selalu melakukan ‘ adlib’.
c) Gong : Sebagai penanda masad) Canang : Memberikan warna kepada rentak dikir barat, memainkan bit yang
berterusan.e) Marakas: Menambahkan warna kepada rentak dikir barat, memainkan bit
berterusan dan juga boleh dimainkan untuk nilai not yang panjang atau penghujung lagu.
43
MZU3117 Muzik Malaysia
Bincangkan dalam kumpulan secara OLL
Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.
RUJUKAN
Jasman Ahmad dan Siti Zainon (1996). Ghazal dan Dondang Sayang, Penerbit Setiamas, Petaling Jaya.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.
44
top related