ctu 101 (bab 3)

Post on 08-Aug-2015

1.057 Views

Category:

Documents

43 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

uitm

TRANSCRIPT

3. SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

FIQH

DEFINISIKeilmuan atau kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalilnya yang terperinci

4 bidang besar: Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan Fiqh Jinayat [Jenayah]

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

HUKUM

Khitab atau mesej Allah S.W.T. yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui kaedah wahyu (terkandung dalam al-Quran & al-Sunnah)

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

UNDANG-UNDANG

Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan

Segala hukum iaitu syariah Islam datang daripada Allah S.W.T.

CIRI-CIRI PERUNDANGAN

ISLAM

KEISTIMEWAAN SYARIAT ISLAM BERBANDING UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA

Segala prinsip dan hukum hakamnya terpelihara daripada kelemahan, kesilapan dan kekurangan. Ia didorong oleh sifat penciptaNya yang suci dari sebarang kelemahan - undang- undang ciptaan manusia tidak sunyi dari sebarang kelemahan kerana ia lahir dari pemikiran insan

Ia bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan hukum Allah S.W.T. - keadilan sebenar sukar ditemui dalam undang-undang ciptaan manusia kerana masing-masing mempunyai kecenderungan serta kepentingan tertentu

Segala hukum mempunyai roh keagamaan yang bersifat muqaddas melahirkan rasa taqwa, patuh & hormat pada diri - undang-undang ciptaan manusia tiada roh agama, ia hanya dipatuhi kerana takutkan hukuman atau denda, bukannya dosa

Memberi kelonggaran atau rukhsah dalam pelaksanaan hukum Islam apabila ada kesukaran atau dharurat

Sumber-sumber perundangan Islam selain daripada al-Quran & al-Sunnah juga menerima ijma', qiyas dan lain-lain sebagai rujukan hukum menjadikan ia bersifat alami, ideal & realistik - berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat teritory tertentu, masa tertentu serta kelompok atau bangsa tertentu

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

NAS [DALIL SYARIAH]

Ayat al-Quran atau hadith Rasulullah s.a.w. yang digunakan sebagai hujah dalam menentukan sesuatu hukum

ISTILAH LAIN YANG BERKAITAN SYARIAH

MASADIR [SUMBER SYARIAH]

Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma dan Qiyas

MAQASID SYARIAH

KONSEP MAQASID SYARIAH:Menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan

menghindarkan kemudharatan atau keburukan yang mungkin menimpa manusia

MAQASID SYARIAH

MAQASID SYARIAH

MEMELIHARA KESUCIAN & KEPERCAYAAN BERAGAMA

Perkara UTAMA yang ditegaskan dalam hierarki maqasid syariah

Membebaskan minda & kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, munafik & syirik

Mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T., melaksanakan ketaatan kepadaNya di samping tidak melupakan prinsip dakwah &

jihad di dalam Islam

DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESUCIAN & KEPERCAYAAN BERAGAMA

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kamu semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kamu tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kamu mengambil akan sebahagian dari kamu mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka; Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

(Ali Imran (3): 64)

MENJAMIN KESELAMATAN NYAWA dan ANGGOTA TUBUH

BADAN MANUSIA

Mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing & melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESELAMATAN NYAWA & ANGGOTA TUBUH BADAN MANUSIA

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya”.

(Al-Furqan (25): 68)

MENJAGA KEMURNIAN FIKIRAN & KEWARASAN AKAL

Akal & kekuatan berfikir merupakan anugerah istimewa Allah S.W.T. kepada manusia - melayakkan manusia menjadi khalifah di muka bumi

Tuntutan Islam agar manusia menguasai ilmu pengetahuan & mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan

Mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MENJAMIN KEMURNIAN FIKIRAN & KEWARASAN AKAL

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga”.

(Riwayat Muslim)

MENJAMIN KEHORMATAN & MARUAH DIRI

Membentuk peribadi & tidak mengaibkan diri sendiri serta keturunan kepada orang lain - menghindarkan manusia jatuh ke lembah kehinaan

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MENJAMIN KEHORMATAN & MARUAH DIRI

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tiada seorang hamba pun yang menutupi cela seseorang hamba yang lainnya di dunia melainkan ia akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat”.

(Riwayat Muslim)

MENJAGA USAHA PEMILIKAN & PENGUASAAN HARTA

kepentingan mencari harta yang halal daripada nikmat dan anugerah Allah S.W.T. di muka bumi

tidak mengambil riba, perjudian, rasuah & pengurangan atau penipuan dalam timbangan - semuanya diharamkan dalam Islam

mewajibkan zakat kepada harta-harta tertentu, digalakkan bersedekah & pemberian hadiah dalam keadaan-keadaan tertentu

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MENJAMIN USAHA PEMILIKAN & PENGUASAAN HARTA

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.....”.

(Al-Qasas (28): 77)

PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM:Meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan. Ia ditumpukan kepada pengoptimum kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial yang tidak terpisah - mewujudkan kehidupan yang selesa & sejahtera bagi manusia

PENDEKATAN PEMBANGUNAN MENURUT

ISLAM

PEMBANGUNAN UMMAH

PEMBANGUNAN FIZIKAL [JASMANI]

PEMBANGUNAN KOGNITIF

PEMBANGUNAN KEROHANIAN

PEMBANGUNAN SOSIAL

PEMBANGUNAN EMOSI

PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

i. MENDIDIK MANUSIA - membimbing manusia menghadapi ujian & dugaan daripada Allah - bukti keimanan kepada Allah S.W.T. - Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Kahfi (18): 7 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagi Nya kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya".

ii. MEMELIHARA LIMA PERKARA ASAS DALAM KEHIDUPAN (agama, nyawa, akal, maruah & keturunan, harta)

iii. MENEGAKKAN KEADILAN - mendidik, mengasuh dan membangunkan manusia supaya mereka selamat di dunia & di akhirat - merangkumi hubungan dengan Allah, sesama manusia & alam sekitar - melalui ibadat, kekeluargaan, memakmurkan bumi dan sebagainya

iv. MENGAJAR MANUSIA HIDUP MENURUT HUKUM & PERATURAN - kehidupan lebih teratur - hukum & peraturan perlu berlandaskan al-Quran & al-Sunnah

top related