ciri-ciri masyarakat agraria di china pada abad ke-16.pptx

Post on 15-Dec-2015

200 Views

Category:

Documents

42 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA PADA ABAD

KE-16 – 17M. 

SUKOSENSEI

• Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya, penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan subur seperti lembah sungai.

• Masyarakat agraria di China hanya menurut segala arahan golongan pembesar dan tiada sistem pemberian gaji kepada masyarakat tani.

• Masyarakat agraria di China melaksanakan tanggungjawab sebagai petani atas tanggungjawab kepada pemerintah

• Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja.

• Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China. Negara China sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana dengan mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk.

• Keadaan ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman. Negara China masih mampu mengeluarkan makanan untuk penduduk dan untuk dieksport ke negara luar.

• Zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.

• Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia.

• Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat agraria di China

• Tanah di negara China semua dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah).

• Tanah merupakan satu aset berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu.

• Tuan-tuan tanah ini akan memberikan tanah kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan.

• Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara bersama dan tidak mengutamakan hak individu. Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian secara tradisional dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan tanah.

• Namum, hasil yang diperolehi hanya cukup untuk menampung keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan untuk menghadapi saat kecemasan seperti kemarau, banjir dan lain-lain.

• Mereka akan meneruskan kehidupan dengan mencari hasil hutan dan menjual anak-anak perempuan sebagai hamba. Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat agrarianya cekap bercucuk tanam, namum mereka masih hidup dibelenggu dengan kemiskinan.

• Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain turut diusahakan seperti menanam kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain.

• Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

• Masyarakat agraria China mula mengalami perubahan di zaman Dinasti Ming apabila wujudnya hubungan dengan negara-negara luar seperti selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan persisir pantai timur Afrika. Hubungan ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China dengan pedagang-pedagang dari luar terutama di pelabuhan Canton, China

• Kedatangan pedagang luar ini telah menyebabkan negara China menerima pelbagai pengaruh dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintahan Dinasti Ming telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian dan ini akan meningkatkan lagi ekonomi negara China.

• Seterusnya, membolehkan negara China menikmati kemakmuran dan kekayaan dari hasil pertanian dan pertambahan penduduk.

• Semasa pemerintahan Dinasti Ming, China telah berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian mereka dengan memperkenalkan sistem pengairan, mengamalkan tanaman giliran mengikut musim, memperkenalkan peralatan pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan pertanian dan penggunaan baja.

• Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawan tanah tinggi yang kekurangan air.

• Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung yang dibawa dari Asia Barat. Tanaman baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria.

• Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

• Industri porselin memberi sumbangan dalam pendapatan negara China dan bandar Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluran porselin utama. Soochow pula sebagai bandar pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluaran kain kapas. Tanaman kapas menjadi tanaman penting di zaman Dinasti Ming. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada ekonomi masyarakat agraria di China.

• Pentadbiran kerajaan memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi masyarakat agrarian. Kerajaan akan dibantu oleh golongan bangsawan dan golongan bangsawan akan menjadi penguasa kawasan luar bandar dan para petani.

• Golongan bangsawan menjadi perwakilan dalam kerajaan pusat dan menyelia kerja-kerja awam. Ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat agraria, hubungan antara raja dengan rakyat adalah penting kerana ekonomi dikawal oleh raja.

• Semasa pemerintahan Dinasti Ching (1644-1911), maharaja China hanya membiarkan ekonomi berada di tangan golongan bangsawan. Golongan ini hanya mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif) untuk mengawal kaum petani. Manakala di zaman Kang-hsi, ekonomi China berlaku pemulihan dan hasil pengeluaran pertanian bertambah.

• Masyarakat agraria China juga turut menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian modal dan sama-sama bertanggungjawab memajukan perusahaan ini. Mereka akan bergabung mengikut wilayah menjadi satu kesatuan peniaga yang akan disertai oleh kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan peniaga emas. Persatuan berperanan sebagai badan yang akan mengawal harga barangan, menetapkan nilai barangan, dan menyelesaikan segala masalah atau pertikaian antara ahli-ahli persatuan.

• Masyarakat agraria China turut menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina dan rendah tarafnya di negara China. Namum kegiatan ini sebenarnya memberi pulangan yang cukup besar kepada negara dan masyarakatnya.

• Aktiviti perdagangan berkembang dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan yang baik iaitu sungai sebagai jalan perhubungan yang utama seperti Sungai Yangtze, Sungai Peiho dan Sungai Kuning. Manakala terusan turut dibina untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar (menganjur dari Peking ke Hangchow di selatan Sungai Yangtze) dan terusan-terusan kecil di bahagian tengah dan selatan China. Sistem perhubungan darat masih primitif iaitu masyarakat masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utamanya.

• Aktiviti perdagangan China bukan hanya tertumpu kepada perdagangan dalam negara dan kawasan Asia sahaja tetapi turut berlaku dengan pedagang dari negara Barat terutama di abad ke-16 dan 17. Kekayaan negara China dengan hasil perlombongan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan perak telah menarik ramai pedagang dari Barat ini. Pada abad ke-16, pedagang dari Portugal, Sepanyol, Belanda, Rusia dan British telah mula berdagang dengan China.

• Pada tahun 1532, aktiviti perdagangan dengan pedagang Portugal telah bermula di pelabuhan Macau dan dibenarkan berdagang di Canton pada masa-masa tertentu sahaja dengan dipantau ketat oleh pembesar China. Melalui aktiviti perdagangan ini China dapat membeli barangan perak dari Portugal dan pedagang Portugal pula membeli sutera (barangan mewah) untuk dibawa ke Eropah.

• Pada tahun 1575, pedagang Sepanyol telah tiba di China dan diikuti boleh pedagang Belanda pada tahun 1604. Rusia pula telah menghantar wakilnya untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan China pada tahun 1654. Seterusnya pedagang British pula tiba di China pada tahun 1639 untuk berdagang dengan China. Aktiviti perdagangan ini telah menyebabkan pengaliran keluar wang perak China dengan banyak dan ini telah mengakibatkan China berada di ambang inflasi kerana ketidakstabilan pengaliran mata wang perak. Keadaan ini menyebabkan ketidakstabilan ekonomi China dan menjadi faktor utama kejatuhan Dinasti Ming.

• Oleh itu di zaman Dinasti Ching, kerajaan China telah mula mengamalkan dasar pengasingan dan dasar tutup pintu terhadap aktiviti perdagangan dan hanya membuka pelabuhan Canton sahaja untuk aktiviti perdagangan, itupun dikawal ketat oleh peraturan negara China. Tambahan pula, masyarakat China menganggap perdagangan sebagai pekerjaan yang paling hina. Hal ini pernah disebut oleh Confucius bahawa pedagang adalah golongan yang tidak menghasilkan barangan tetapi lebih kepada memeras golongan petani sahaja.

• Dasar tutup pintu ini juga kerana pemerintah Dinasti Ching tidak mahu menerima ancaman dari golongan penentang yang menyokong Dinasti Ming. Mereka bimbang jika pelabuhan dibuka, pihak penentang akan meminta bantuan dari kuasa Barat.

• Pedagang-pedagang Barat mula tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan China dalam aktiviti perdagangan ini kerana bertentangan dengan amalan prinsip atau konsep perdagangan bebas yang diamalkan oleh Barat. Pedagang Barat juga menentang campur tangan kerajaan China yang mengenakan tarif dan peraturan monopoli. Wakil-wakil Barat terutama British telah dihantar untuk berunding dengan kerajaan China tetapi semuanya menemui kegagalan.

• Kegagalan ini akhirnya telah mencetuskan ketegangan hubungan dan telah membawa kepada Perang Inggeris-China 1 (Perang Candu 1) tahun 1839 hingga tahun 1842.

top related