buruj t5

Post on 27-Dec-2015

77 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Maksud buruj, jenis-jenis buruj dan kepentingan buruj

TRANSCRIPT

MENYIASAT BUMI & ALAM SEMESTA

BURUJSAINS TAHUN 5

APA ITU BURUJ?

Buruj adalah kumpulan bintang yang

membentuk pola atau corak tertentu seperti bintang atau benda. 

Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj. 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut Zodiak. 

BURUJ

PARI BIDUK

SKORPIO BELANTIK

JENIS – JENIS BURUJ

Empat buruj ini merupakan yang paling terang

berbanding buruj-buruj lain. Kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu

masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu

untuk muncul di ruang angkasa langit. Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa

berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikut peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya. 

BURUJ

PARI

 Sekumpulan empat bintang yang membentuk

corak pedang. Dikenali sebagai buruj yang paling kecil tetapi

paling mudah dikenali. Satu bintang yang paling terang pada kaki Pari

biasanya menunjukkan arah  selatan. Pari hanya dapat dilihat pada hemisfera selatan. Pari dapat dilihat antara bulan April hingga Jun,

antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

PARI (SOUTHERN CROSS)

BIDUK

Sekumpulan tujuh bintang yang membentuk corak

seperti pencedok air. Dua biji bintang pada muncung pencedok itu

sentiasa menunjukkan ke arah utara Biduk  boleh dilihat di hemisfera utara. Biduk dapat dilihat antara bulan April dan Julai

antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

BIDUK (BIG DIPPER)

SKORPIO

 Sekumpulan bintang yang membentuk corak

seekor kala jenking Skorpio dapt dilihat di hemisfera selatan. Skorpio dapat dilihat antara bulan Jun dan Ogos

antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

SKORPIO (SCORPION)

BELANTIK

Sekumpulan bintang yang membentuk corak seperti

seorang pemburu. Belantik adalah buruj yang terbesar di alam semester. Garisan yang menyambungkan bintang di tengah tali

pinggang ke kepala sentiasa menunjukkan ke arah utara.

Belantik boleh dilihat di hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Belantik dapat dilihat antara bulan disember hingga februari antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

BELANTIK (ORION)

Digunakan untuk menunjukkan arah

KEPENTINGAN BURUJ

PARI SELATAN

BIDUK UTARA

BELANTIK UTARA

Sebelum wujudnya kalender, buruj digunakan

secara meluas dalam pertanian oleh petani untuk mengenal pasti musim menanam tanaman dan menuai.

Kini, ahli astronomi menggunakan buruj sebagai rujukan untuk mengkaji kedudukan dan mengenal pasti bintang-bintang di alam semester.

KEPENTINGAN BURUJ

top related