budaya ilmu, perkhidmatan perpustakaan dan cabaran ...€¦ · sekadar kecintaan dan penguasaan...
Post on 14-Oct-2019
30 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
BUDAYA ILMU, PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
DAN CABARAN PUSTAKAWAN DI ERA IT
Faridah Hj. Md. Amin
Ketua Pustakawan UTeM
faridah@utem.edu.my
ABSTRAK
Kita harus bersedia untuk menghadapi realiti baru ini, di mana pendekatan yang boleh
diambil bagi menangani cabaran-cabaran melalui transformasi perkhidmatan
perpustakaan yang holistic, bersturktur dan strategik agar hasilnya nanti dapat kita
menyumbang kepada pencapaian matlamat untuk meletakkan Negara kita sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan yang akhirnya berupaya mengeluarkan modal insan
bermentaliti kelas pertama. Maka mahu tidak mahu proses penggunaan sumber
rujukan dan pencarian maklumat yang tepat sudah semestinya menyokong secara
langsung kepada pemangkin dalam menjayakan ekonomi beasaskan kepada
pengetahuan. Maka itu peranan dan sumbangan pustakawan dalam membantu
pengguna sudah pastinya mendorong mereka khususnya dikalangan pelajar untuk
memilih, menilai, menganalisa dan membuat keputusan yang tepat berdasarkan
maklumat yang sesuai supaya pelajar dapat bertindak sebagai pengguna maklumat
yang efektif, kritikal dan beretika dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang
mencintai ilmu pengetahuan seterusnya dapat menyuburkan budaya ilmu, amalan
intelektual, kreatif dan inovatif dalam memajukan Negara.
Katakunci:
Maklumat yang efektif, kritikal dan beretika dan mencintai ilmu pengetahuan.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Budaya Ilmu
Universiti tidak boleh dipisahkan dengan perkembangan ilmu. Dengan ilmu juga
seseorang itu akan mengetahui kelemahan dan kejahilan sehingga membolehkan
untuk kita terus menimba ilmu sepanjang hayat. Inilah faktor kemajuan dan kejayaan
sesebuah bangsa yang gemilang sehingga menghasilkan tamadun besar bersifat
sejagat yang menjadi tonggak kemantapan dan kekuatan sesebuah bangsa dan
peradapan (Zaini Ujang, 2009). Menurut Prof Wan Mohd Nor Wan Daud „pembinaan
budaya ilmu yang bersepadu dan jitu‟ merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi
kejayaan, kekuatan, dan kebahagian seseorang dan sesuatu bangsa. Menurut Prof
Dato‟ Dr. Zaini Ujang dalam konteks budaya ilmu, kita perlu berusaha membaca
bahan penulisan yang mempunyai taraf keilmuan yang tinggi serta berwibawa sarjana
seiring dengan harapan Y. Bhg. Datuk Seri Khaled Nordin di Forum pengajian Tinggi
Global (2009) menyatakan bahawa ahli-ahli akademik di seluruh dunia perlu
bekerjasama bagi menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan di peringkat
global secara berterusan.
Maka itu, sudah tentunya budaya ilmu yang hendak disubur-segarkan bukan hanya
sekadar kecintaan dan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, tetapi
ianya juga perlu di lihat dalam konteks ilmu dan manfaatnya kepada kemajuan diri,
bangsa, negara dan dunia samada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Dalam
konteks ini, perpustakaan berperanan penting sebagai jambatan menuju kepada
penguasaan ilmu pengetahuan. Perpustakaan masa kini bukan sahaja di definisikan
sebagai deretan koleksi tetapi lebih kepada pusat untuk mendapat serta mengakses
semua bentuk maklumat yang terdapat dalam perbagai format samada di simpan
dalam perpustakaan yang dirujuk atau melebari pencarian ke perpustakaan lain
dengan menggunakan kemudahan teknologi masa kini, malah perpustakaan juga
merupakan salah satu prasarana pelestarian bahan pustaka sebagai hasil budaya
yang mempunyai fungsi sebagai sumber informasi ilmu pengetahuan, teknologi dan
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
kebudayaan dalam rangka mencerdaskan kehidupan bangsa dan menunjang
pelaksanaan pembangunan nasional.
Perpustakaan sebagai salah satu pusat informasi, sumber ilmu pengetahuan,
penelitian, rekreasi, pelestarian khazanah budaya bangsa. Peranannya sebagai
wahana untuk mencerdaskan bangsa supaya menjadi masyarakat yang terdidik.
Perpustakaan sebagai tempat „pelestarian‟ hasil budaya dan catatan rekod perjalanan
sejarah manusia, telah mampu melebur dan memasyarakatkan kehidupan sejagat.
Segala sesuatu yang sedang terjadi saat ini, dirakam dan dibukukan untuk disimpan
dan dilestarikan di perpustakaan seterusnya dimanfaatkan secara bersama-sama bagi
kehidupan seluruh umat manusia. Sebagaimana sumbangan Perpustakaan
Iskandariah di Mesir (Bibliotheca Alexandrina) yang merupakan perpustakaan
pertama di dirikan pada awal abad ke-3 SM oleh pemerintah Mesir iaitu Ptolemy II
dan terbesar di dunia masa kini telah berjaya membawa Mesir menuju peradaban
yang tinggi dan masyarakat yang pengetahuan dan berhikmah pada masa dan ketiga
itu.
Dalam desakan perkembangan zaman dan era ledakan maklumat yang akan
berterusan ini, menuntut perpustakaan lebih ke hadapan dalam menyediakan
kemudahan khusunya dalam mengakses gudang maklumat melalui capaian internet.
Namun begitu menurut Prof Dr. Wan Mohd Nor tidak semua maklumat dan
pengetahuan akan memberi manfaat kepada diri atau masyarakat. Malah fenomena
ledakan maklumat yang semakin tidak terkawal ini boleh juga menimbulkan
kekeliruan dan kesengsaraan yang memerlukan pemahaman dan pelaksanaannya
yang betul lagi tepat.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Budaya Ilmu dan Perpustakaan
Seiring dengan berjalannya waktu, ilmu pengetahuan akan terus berkembang dan
menjadi makin tak terbatas. Kita pula sentiasa dituntut untuk tidak pernah kehabisan
akal dalam mengejar ilmu pengetahuan. Buku merupakan salah satu sumber ilmu
pengetahuan. Buku menghadirkan berbagai wawasan yang diperlukan oleh
pembacanya yang pelbagai bidang bagi menyangkut kelangsungan hidup manusia
termasuk perpustakaan sebagai media mencerdaskan bangsa. Dengan adanya
hubungan ini diharapkan akan tumbuh kesedaran untuk mencintai dan
mengakrabkan perpustakaan sebagai medium pengembangan masyarakat.
Jauh pada abad-abad sebelumnya baik di dunia barat mahu pun di luar barat begitu
meyakini dan mempercayai bahawa ilmu pengetahuan di masa mendatang akan
mempengaruhi perkembangan dan mengubah pola pemikiran suatu bangsa. Revolusi
industri I, II dan III yang dipelupori oleh negara Perancis cukup membuat gerakan
baru bagi pertumbuhan dunia yang sehingga kini masih dirasai kenikmatan hasilnya.
Hari ini, Perpustakaan akademik merupakan jantung bagi para pelajar dan
warganya. Oleh itu warga perpustakaan perlu ke arah proaktif dengan menawarkan
perkhidmatan dan bimbingan literasi maklumat mengikut kehendak dan keperluan
pelajar bagi memastikan perpustakaan akan terus kekal relevan sebagai pemangkin
kesarjanaan. Menurut Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Raja Abdullah Yaacob dalam
melahirkan generasi berbudaya ilmu dan berkemahiran dalam pencarian dan
penggunaan maklumat yang tepat seiring dengan keperluan pembelajaran, pengajaran
dan penyelidikan, ianya perlu disokong dengan persekitaran perpustakaan yang
kondusif.
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
Perubahan tingkah laku pengguna telah memberi cabaran baru kepada perpustakaan
khususnya kepada pustakawan (Storey, 2007). Dengan itu perpustakaan perlu melihat
dan menilai semula pendekatan dan proses penyaluran perkhidmatan seiring dengan
keperluan pengguna yang hendak disediakan. Konsep „maklumat dihujung jari‟ perlu
direalisasikan dalam memenuhi keperluan golongan ini. Hari ini dikalangan Net-Gen
lebih kepada perkongsian pengalaman dan maklumat secara terbuka dengan
masyarakat umum melalui aplikasi teknologi terkini yang berasaskan teknologi
internet yang kini berjaya menyalurkan maklumat secara kolaboratif, di antara sistem
yang kita sedia maklum adalah seperti blog, rich site summary, wikipedia dan
sebagainya. Dapatan menunjukkan sehingga November 2011 pengguna facebook telah
mencapai sehingga 11,631,380 juta orang, Wikipedia seramai 1,729,032 juta orang,
pengguna twitter pula seramai 4,564,593 juta orang dan Youtube pula seramai
2,604,172 juta orang. Perkhidmatan ini sememangnya popular dikalangan pengguna
remaja masa kini yang menjadikan teknologi internet ini sebahagian daripada
keperluan hidup mereka (Storey, 2007).
Dengan itu, perpustakaan di Institusi Pengajian Tinggi yang menyediakan sumber
rujukan dan maklumat perlu menilai kembali konsep perkhidmatan yang disediakan
kepada pengguna bagi menarik minat pelajar-pelajar ini yang rata-ratanya adalah
remaja untuk terus menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Contohnya melalui
perkongsian kandungan dalam persekitaran pendidikan melalui konsep dan aplikasi
Web 2.0 yang boleh dilihat pada perkhidmatan Amazon.com, Facebook, Youtube,
Google Maps dan sebagainya. Melalui perkhidmatan ini pengguna dapat
menyumbangkan kandungan dan seterusnya memperkayakan sumber maklumat.
Menyediakan saluran komunikasi yang efektif dan mempromosikan sumber maklumat
antara perpustakaan dan komuniti.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Konsep Web 2.0 yang diintegrasikan dengan sistem OPAC yang sedia ada telah dilihat
oleh negara-negara maju dalam meningkatkan perkhidmatan yang diberikan melalui
wikipedia, penghantaran mesej dan mengintegrasikannya dengan perkhidmatan
rangkaian sosial termasuk penggunaan Google Maps. Mungkin boleh difikirkan
bersama melalui kaedah ini di mana pengguna boleh berbicara dan berbincang dengan
pengguna lain untuk berkongsi tentang buku yang dibaca dan seterusnya membuat
kupasan, cadangan dan sebagainya yang menjadikannya lebih interaktif.
Kemudahan santai juga perlu dilihat agar pengguna merasa perpustakaan sebagai
one-stop centre seperti menyediakan lebih banyak ruang perbincangan, kemudahan
kafe, kemudahan Wi-fi bagi melayari maklumat di internet. Walaupun menurut Prof
Diraja Ungku Aziz beranggap bahawa internet dan telivisyen adalah musuh kepada
buku kerana ianya menghakis budaya membaca dikalangan masyarakat di Malaysia
khususnya. Sekira sesuatu maklumat yang diperlukan tidak terdapat melalui internet,
maka ia akan diabaikan begitu sahaja dan ini sangat merugikan masyarakat. Beliau
berpendapat melalui pembacaan, seseorang akan mempunyai minda yang terbuka dan
berupaya memperkatakan mengenai pelbagai perkara.
Pustakawan hari ini juga mungkin dapat memberi nilai tambah kepada pengguna
perpustakaan dengan memperluaskan pengaksesan maklumat yang di pelbagaikan
kaedahnya. Antaranya pustakawan lebih mendekati dan memahami keperluan
pengguna bagi tujuan untuk memberi bimbingan tentang kemudahan perpustakaan
terutamanya untuk mengakses pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan.
Seterusnya pustakawan mungkin boleh memikirkan untuk menjadikan perpustakaan
sebagai pusat informasi komuniti yang membenarkan pengaksesan maklumat secara
meluas, cepat dan tepat.
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
Peranan dan Perkhidmatan Perpustakaan
Perkhidmatan perpustakaan dan maklumat telah melalui pelbagai perubahan dalam
menyediakan perkhidmatan bagi memastikan perpustakaan dapat berperanan secara
pro-aktif sebagai pusat penjanaan maklumat khususnya di perpustakaan akademik.
Pelaksanaan perkhidmatan perpustakaan sudah pastinya menuntut kepada satu
perancangan yang transformasi kerana persekitan pengajaran, pembelajaran,
penyelidikan yang menggalakan dan sering sokong menyokong antara satu sama lain.
Melalui pembacaan perpustakaan akademik boleh dikatakan sebagai penyumbang
secara tidak langsung dalam melahirkan graduan yang ideal iaitu dalam memiliki
kemahiran berfikir, keupayaan berhujah, kesantaian berkomunikasi mengikut
pelbagai dimensi dan perspektif, warga budiman, minda lestari dan berbudaya tinggi.
Menurut Prof Dato‟ Dr. Zaini Ujang aspek yang menjurus kepada pembinaan minda
kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, „kegilaan membaca dan
menulis‟ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi asset yang
penting di universiti. Persoalannya mengapa?
Pustakawan masa kini, secara idealnya hendaklah seorang yang bukan sahaja terlatih
dalam bidang kepustakawanan seperti mengesan dan memperolehi buku serta
memprosesnya. Tetapi merupakan seorang ilmuan yang mampu menguasai bidang-
bidang ilmu-ilmu lain serta berupaya memberi nasihat yang berkesan kepada
penyelidik. Berkemahiran mengarang artikel dan buku serta mempunyai kemahiran
memelihara buku di perpustakaan. Justeru itu bagaimanakah pustakawan melihat
dan mentransformasikan peranan perpustakaan di mata pengguna perpustakaan yang
kini telah berubah menjadi pengguna informasi.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Peranan pustakawan haruslah mempunyai ciri-ciri seperti ‘visibility’ dan ‘vitality’.
Dalam kata lain pustakawan dapat mengintegrasikan keperbagaian aktiviti di
institusi dan juga masyarakat. Seorang pustakawan harus mampu memberikan
informasi-informasi yang mampu mengubah selera masyarakat terhadap sesuatu hal
hingga menjadi daya tarikannya. Minat, kebiasaan dan budaya membaca dalam
masyarakat akan terbentuk jika hubungan yang harmonis antara perpustakaan dan
masyarakat tercipta secara utuh dan menyeluruh. Kunci dari hubungan yang
harmonis ini adalah informasi dan komunikasi yang efektif, yang akan membuka dan
memperlebarkan pengaksesan di antara keduanya. Justeru itu dalam konteks hari ini
pembangunan teknologi maklumat dianggap sebagai satu langkah penstrukturan
perkhidmatan perpustakaan sebagai sumber malah boleh dikatakan sebagai ilmu
pengetahuan yang kritikal kerana mampu memenuhi apa yang dianggap sebagai real-
time learning.
Perpustakaan yang merupakan sumber informasi bagi tujuan pembelajaran dan
pengajaran, penyelidikan dan penyimpanan khazanah budaya bangsa di samping
sebagai tempat rekreasi yang bermanfaat. Maka sudah sewajarnya pelaksanaan
perkhidmatan berpakej seperti IR di peringkat universiti dapat diperkemaskan agar
maklumat yang dicari mengenai organisasi dapat diperolehi secara tetap untuk diolah
dan seterusnya disebarkan kepada individu dan kumpulan tertentu dalam organisasi.
Dalam menghasilkan satu impak yang besar dalam pengajaran pembelajaran,
penyelidikan dan seterusnya menyumbang kepada sebarang bentuk keputusan yang
hendak dibuat.
Kebanyakan perpustakaan akademik terbabit secara aktif dalam membina institusi
repositori bagi semua penghasilan organisasi seperti buku, kertas kerja dan sebarang
terbitan lain yang boleh didigitalkan oleh institusi. Menurut Gartner (2002)
pengurusan pengetahuan ini adalah merupakan satu disiplin yang melibatkan
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
integrasi pengenalpastian pengaksesan maklumat yang diperolehi melalui pangkalan
data, dokumen, polisi, prosedur, malah melalui pengalaman, kemahiran serta
kepakaran pada setiap individu boleh dikongsi bersama. Dalam menguruskan
pengetahuan menurut Ruggles (2002) adalah perlu dilihat beberapa kompenen seperti
di peringkat pembangunan, pelaksanaan, pemantapan dan infrastruktur kerana
mana-mana universiti sudahpastinya ingin tersenarai dalam top 100 dalam World
Institutional Repository dalam versi Webometrics.
Perpustakaan sebagai jambatan yang berfungsi untuk menghubungkan sumber
informasi dan ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan dengan
pengguna-pengguna perpustakaan. Seterusnya melalui pelbagai aktiviti dan
perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan seperti kemudahan pinjaman,
kemudahan pengaksesan maklumat, menyediakan kemudahan sumber elektronik,
pautan pantas, kemudahan ruang, keahlian luar, sesi kemahiran maklumat,
perkhidmatan akademik dan penyelidikan, pinjaman antara perpustakaan,
pembekalan dokumen dan sebagainya. Perkhidmatan yang ditawarkan di
perpustakaan akademik hari ini lebih fleksibel dan boleh digunakan sepanjang masa
tanpa batasan waktu opersi akan dapat membantu dalam melahirkan masyarakat
dan bangsa yang berilmu.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Manakala pustakawan pula sebagai fasilitator, moderator, dan motivasi bagi mereka
yang ingin mencari dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Juga
sebagai pendidikan tidak formal kerana belajar meneliti dan memanfaatkan sumber
informasi dan seterusnya sebagai pembimbing kepada pengguna yang akhirnya
membawa kepada ukuran kemajuan bangsa. Contohnya bagaimana pustakawan
membantu menunjukkan pengaksesan pangkalan data, e-book, tempahan buku, proses
pulangan secara on-line, pinjaman, tutorial, akses patron pengguna dan sebagainya.
Diantara Perkhidmatan Yang Disediakan oleh Perpustakaan UTeM
Rajah 1 : Contoh Paparan Muka „Facebook‟ Perpustakaan UTeM
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
Rajah 2: Contoh Paparan Muka „Facebook‟ Perpustakaan UTeM
Aplikasi Facebook adalah merupakan platform yang menjadi kegemaran pengguna.
Maka itu perpustakaan UTeM telah menyediakan kemudahan ini sebagai salah satu
medium komunikasi di antara pihak perpustakaan dengan pengguna. Kebanyakan
pertanyaan yang diajukan melalui facebook ini adalah berbentuk soalan pendek yang
dijawab oleh pustakawan (moderator). Sehingga kini terdapat 962 yang telah menjadi
fans kepada Facebook ini. Di antara objektif adalah untuk :
Mempromosikan perkhidmatan yang sedia ada dan memaklumkan
perkhidmatan baru
Memaklumkan berita atau peristiwa semasa di Universiti, fakulti dan lain-lain
Maklumbalas aduan pengguna
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Senarai jurnal/majalah berdasarkan kepada permohonan mengikut fakulti
Rajah 3 : Contoh Paparan Senarai Jurnal/Majalah Mengikut Fakulti
‘Journal/magazine collection’ pada paparan rajah 3 adalah merupakan perkhidmatan
yang disediakan oleh pustakawan. Dengan menyediakan senarai bahan jurnal/majalah
bercetak yang dilanggan oleh Perpustakaan. Pada senarai tersebut disediakan
maklumat seperti judul jurnal, tajuk perkara (subjek heading), no. panggilan serta
maklumat lokasi jurnal atau majalah berkenaan samada terdapat di Perpustakaan
Induk, di Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar atau Perpustakaan Cawangan
Kampus Industri. Capaian terhadap jurnal dan majalah ada yang berfokus khusus
kepada dokumen teks penuh yang terdapat di dalam pangkalan data yang diindeks
dan diakses melalui URL, namun penggunaannya terhad kepada mereka yang
mendaftar di perpustakaan sahaja. Maklumat jurnal dan majalah ini dikategorikan
mengikut fakulti dan diikuti dengan jabatan yang terdiri daripada;
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
1. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
2. Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
4. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
5. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
6. Fakulti Teknologi Kejuruteraan
7. Jabatan-jabatan lain
Koleksi Media
Rajah 4 : Contoh Paparan Koleksi Media Mengikut Fakulti
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Rajah 5 : Contoh Paparan Koleksi Media Mengikut Fakulti
‘Media Collection’ adalah merupakan senarai koleksi media yang terdiri daripada
bahan CD sahaja. Senarai tersebut mengandungi maklumat seperti judul (title), no.
panggilan, abstrak dan foto (image) mengenai bahan berkenaan. Ianya dikategorikan
mengikut fakulti dan jabatan yang terdiri daripada:
1. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
2. Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
4. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
5. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
6. Fakulti Teknologi Kejuruteraan
7. Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
Rajah 6 : Contoh Paparan „Quick references‟
‘Quick Reference’ merupakan perkhidmatan rujukan segera yang mengandungi 14
bahan rujukan untuk kegunaan pengguna. Ianya meliputi bahan rujukan seperti
almanac, kamus, encyclopedia, biography, thesaurus dan format citation. Senarai
bahan rujukan adalah seperti berikut:
1. Biography.com
2. Biographical Dictionary
3. Cyberlaw Encyclopedia
4. Encyclopedia.com
5. Kamus Dewan Bahasa
6. Legal Dictionary
7. Legal Encyclopedia
8. Merriam-Webster Online
9. Roget's Internet Thesaurus
10. SpaceRef Almanac
11. Webopedia
12. Wikipedia
13. MLA Citation Style
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Cabaran Pustakawan
Perkhidmatan perpustakaan semakin diperlukan terutama diwaktu kebanjiran
maklumat seperti sekarang, akibat daripada kekurangan kemahiran bermaklumat
dan kesuntukan masa di kalangan pengguna. Pustakawan pula mengalami tekanan
oleh persekitaran maklumat yang semakin dinamik akibat daripada perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat. Di mana penyaluran informasi
menggunakan protokol elektronik melalui jaringan komputer dengan cepat, tepat dan
global. Cabaran pustakawan bermula apabila salah satu resolusi untuk menjawab
tanggapan ini adalah dengan membangun perpustakaan digital. Justeru itu antara
cabaran yang sering dihadapi dikalangan pustakawan adalah seperti :
1.0 Perkembangan Pengetahuan
Pustakawan perlu meningkatkan kemampuan untuk melihat dan
memanfaatkan pelbagai potensi teknologi maklumat sebanyak mungkin.
Penekanan yang konstruktif dalam meningkatkan kecekapan pengurusan
khususnya berhubung dengan intektual, inovasi dan kreatif. Transformasi
pustakawan harus selaras atau melebihi keupayaan pengguna itu sendiri.
1.1 Bagi menyokong perkhidmatan yang efektif, seorang pustakawan
hendaklah merupakan „knowledge worker‟ kepada organisasi tersebut, agar
semua staf dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam
membantu menghasilkan keputusan yang berkesan, menghasilkan inovasi
dalam perlaksanaan tugas dan dalam masa yang sama akan mampu
mencipta serta berkongsi pengetahuan dengan pihak yang berkaitan.
1.2 Pustakawan juga diseru agar dapat menjana atau harus berupaya
membangunkan minda yang kritis, kreatif dan inovatif dalam menyumbang
secara tidak langsung kepada kemajuan masyarakat dan negara dalam
persaingan global. Maka itu persoalannya bagaimanakah seseorang
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
pustakawan boleh mampu mempercepatkan proses pertukaran ilmu
pengetahuan ini kepada satu bentuk “kekayaan” demi kebaikan
masyarakat.
1.3 Pustakawan adalah dituntut agar mereka lebih bersifat pro-aktif dan tidak
pasif dengan berusaha untuk mengenalpasti peluang-peluang baru yang
membolehkan mereka dapat bekerjasama dengan staf di bahagian-bahagian
lain dalam organisasi atau fakulti sebagai pegawai pengantara disamping
memberikan nilai tambah kepada pengguna. Menurut David Skyrme (1999)
antara elemen penting yang boleh dilaksanakan oleh pustakawan adalah
dengan :
a. Mengenalpasti sumber penting dikalangan ahli akademik di peringkat
dalam organisasi.
b. Dapat mengenalpasti capaian pengaksesan maklumat yang cekap dan
berkesan.
c. Dapat memantapkan repositori institusi (bank pengetahuan).
d. Perpustakaan sebagai one-stop shop dalam memenuhi keperluan segera
dan semasa pengguna.
e. Sebagai penasihat kepada pengguna dalam perolehan sumber rujukan
mengikut kesesuaian bahan dan organisasi.
1.4 Pengetahuan pustakawan mengenai nama-nama pengarang buku yang
biasa digunakan atau dirujuk oleh staf akademik mereka. Ini amat penting
terutama dalam menyediakan dan memberi laporan hasil penerbitan bagi
staf akademik dan juga laporan penerbitan berdasarkan fakulti atau
institut dan Pusat Tanggungjawab yang lain.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
2.0 Berkemahiran
Teknologi digital adalah merupakan faktor penggerak dari revolusi teknologi
maklumat khususnya di perpustakaan yang menuntut kaedah komunikasi
yang semakin canggih. Saperti yang semua sedia maklum „perpustakaan
digital” (digital library atau electronic library atau virtual library) adalah
merupakan perpustakaan yang mempunyai koleksi buku sebagian besar dalam
bentuk format digital dan maklumatnya boleh diakses melalui capaian internet
dengan menggunakan komputer. Keterbukaan kemudahan perkhidmatan ini
memberi ruang dan peluang lebih ramai pengguna untuk mengakses dan
memanfaatkan ilmu pengetahuan dan teknologi secara cepat dan optimal.
Perpustakaan seharusnya melakukan inovasi dengan berkembangnya teknologi
informasi masa kini. Perpustakaan dituntut menyediakan sumber-sumber
informasi dalam bentuk elektronik, sehingga pengguna mendapatkan kepuasan
layanan ke atas perkhidmatan yang relevan, cekap, cepat dan tepat. Dengan
kata lain right users, right information, right now, and free di perpustakaan ke
era millennium di waktu yang akan datang. Di luar negeri open publication
fulltext karya ilmiah merupakan hal yang sangat wajar ditemui pemanfaatan
teknologi dengan cara kreatif sehingga menghasilkan produk (informasi) yang
bermanfaat. Diantara cabaran yang dihadapi oleh pustakawan di sini adalah :
2.1 Kemahiran menggunakan sumber indeks dan abstrak seperti Scopus, ISI
dan lain-lain indeks yang berkaitan. Hanya dengan mempunyai kefahaman
yang betul dan juga mempunyai kemahiran yang tepat, statistik yang benar
bagi institusi dan juga bagi staf akademik dapat dihasilkan. Dengan data
yang tepat, keputusan dan perancangan boleh dibuat dengan berkesan.
Contohnya ada sumber maklumat seperti bilangan makalah, petikan yang
komprehensif bagi IPT Malaysia tidak terkumpul setempat. Terdapat
penerbitan kakitangan akademikyang tidak diindeks oleh ISI dan SCOPUS.
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
Ini jelas dengan bilangan jurnal yang di indeks oleh ISI dan Scopus sangat
sedikit berbanding dengan jurnal yang ada di Malaysia terutama di IPT dan
institusi penyelidikan. Ini yang sering menjadi rungutan di kalangan staf
akademik. Bagaimana hal ini boleh di atasi oleh Perpustakaan dan juga
IPT. Bagi mengatasi cabaran ini, contohnya seperti di Thailand beberapa
IPT telah membuat indeks petikan mereka sendiri melalui „Thai
JournalCitation Index’. Persoalannya sekarang adakah kita di Malaysia
sudah bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan penerbitan Malaysian
Citation Index, tepuk dada tanyalah diri.
2.2 Pustakawan juga mungkin boleh melihat kepada pentingnya perpustakaan
itu dalam konteks elemen utama kemahiran insaniah antaranya
“pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat”. Sesetengah
pengguna ingin mengetahui kaedah mendapatkan maklumat seperti di
manakah mereka boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan,
berkemahiran mendapatkan fakta dan data. Ini penting menurut Prof Dato‟
Dr. Zaini Ujang (2009) dalam mewujudkan budaya bangsa yang berilmu, ia
harus diikuti dengan pengamalan budaya membaca yang berterusan dan
konsisten.
2.3 Pustakawan juga dilihat sebagai pembimbing yang proaktif dan kreatif
kepada pengguna bagi memastikan mereka menggunakan kemahiran dan
kaedah yang betul dan tepat dalam mencari sumber maklumat melalui
sumber rujukan dalam era ledakan maklumat hari ini. Kemahiran ini
penting dan perlu bagi mengelakkan dari kegiatan plagiat apabila
menggunakan sumber rujukan yang sahih dan kreadibiliti.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
3.0 Ketrampilan Staf
3.1 Pustakawan harus berinovasi dalam memberikan perkhidmatan khususnya
di perpustakaan akademik di mana bila kita menyebut sahaja universiti,
gambaran pertama adalah sebagai gedung ilmu yang diamanahkan
kepada seluruh warga untuk menjana, membina dan seterusnya
menyebarkan ilmu untuk kebaikan manusia sejagat.
3.2 Perpustakaan perlu memainkan peranan proaktif di mana pustakawan
seharusnya mampu membuat penyelidikan bibliometrik terutama berkaitan
penerbitan IPT masing-masing. Pustakawan perlu melengkapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran bagi memastikan tugas ini dijalankan dengan
lebih berkesan.
4.0 Cabaran Kos
Projek pendigitalan secara besar-besar sedang dijalankan di Google. MSN dan Yahoo
pula fokus kepada projek sejuta buku (Million Book Project). Dan seterusnya menurut
McCarthy (2000) peningkatan yang berterusan penghasilan e-books dan e-jurnal.
Maka itu, pustakawan menghadapi cabaran utama untuk melaksanakan aktiviti
pendigitan akibat keterbatasan kos walaupun keperluan untuk mengadaptasikan
perkembangan teknologi dilaksanakan bagi memastikan peningkatan kualiti
perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Ini adalah kerana bahan bercetak
perlu di „scan‟ untuk dipindahkan ke format PDF. Seterusnya proses penyuntingan
akan dilaksanakan dengan cara memberikan password, watermark, catatan kaki,
daftar isi, hyperlink, dan sebagainya. Proses „uploading‟ pula adalah proses pengisian
(input) metadata dan mengupload semula dokumen ke dalam bentuk digital. Akhirnya
„full text‟ dapat diakses oleh seluruh pengguna di dalam Local Area Network (LAN).
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
4.0 Persekitaran
Masyarakat dunia kini menempatkan maklumat dan ilmu pengetahuan sebagai aset
yang terpenting untuk meraih kelangsungan kecemerlangan bangsa. Namun begitu
secara realitinya persekiran kita hari ini tidak mendorong dan menarik kepada
perlumbaan tentang aktiviti pembacaan yang konsisten walaupun kemunculan
pelbagai istilah seperti „information society‟, „knowledge society‟, e-library, e-jurnal, e-
learning dan sebagainya.
Perpustakaan Akademik di sekeliling kita : Apakah cabaran dikalangan
pustakawan
Antara hasil karya sasterawan Mesir
dahulu
Bibliotheca Alexandrina Egypt
Bibliotheca Alexandrina Egypt Mitchell Library, Sydney The State
Library of New South Wales, Australia
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Ruang tamu di perpustakaan Prague National Library of Finland
National Library of Singapore National Library of Singapore
Perpustakaan Awam Negeri Selangor
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
Perpustakaan Di masa Depan
Perpustakaan masa depan mampu mengubah masyarakat kita menjadi masyarakat
yang melakukan upload sehingga melahirkan masyarakat pencipta, bukan
masyarakat pengguna yang suka mendownload dan „copy paste’. Dengan teknologi
informasi dan anti plagiatism, harapan ini dapat menjadi kenyataan dalam mengubah
konsep perpustakaan konvensional menuju perpustakaan yang berwawasan teknologi.
Perpustakaan yang dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat tanpa sempadan
sebagai wahana pendidikan, penelitian, pelestarian, informasi dan rekreasi untuk
meningkatkan kecerdasan dan keberdayaan bangsa. Perubahan tidak selalu membawa
kemajuan. Tetapi kemajuan selalu membutuhkan perubahan.
Mungkin juga peranan pustakawan akan datang adalah sebagai „network navigator‟
iaitu membantu pengguna mengakses, menterjemahkan dan memasarkan maklumat
di luar dari bangunan perpustakaan. Maka itu seorang pustakawan juga seharus
dapat mengetahui mengenai konsep dan aplikasi internet, web dan juga fungsi Telnet
dan FTP.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Pustakawan harus proaktif untuk melihat keinginan dan keperluan pengguna
contohnya daripada pengguna datang mendapatkan maklumat di perpustakaan
kepada maklumat terus disalurkan kepada pengguna dengan menggunakan
kemudahan teknologi maklumat yang terkini sesuai dengan waktu yang diperlukan.
Mungkin dikalangan pustakawan boleh membincangkan kaedah yang bagaimana?
Mungkin juga suatu masa pustakawan boleh dijadikan sebagai pegawai penyelidik di
peringkat universiti dan pihak university tidak perlu lagi mengeluarkan kos tambahan
untuk melantik pegawai atau pembantu penyelidik. Dengan ini akan menjadikan
perpustakaan itu semakin dekat dihati pengguna dan ini akan memberi imej yang baik
dan positif kepada pengguna kita. Dalam masa yang sama akan meningkatkan
hubungan dua hala yang baik di antara fakulti dengan pihak perpustakaan
Pustakawan di perpustakaan akademik juga boleh meningkatkan fungsi informasi
dari seorang yang menunjukan dokumen kepada seorang fasilitator yang bertindak
sebagai menyediakan maklumat kepada pengguna-pengguna perpustakaan. Sejarah
telah membuktikan bahawa Sahal ibn Harun dan Sa‟id ibn Harun yang menerajui Bayt al-
Hikmah di Baghdad, Ibn Miskawayh yang merupakan sejarawan ulung adalah ketua pustakawan
Perpustakaan Ray (dinamakan “Rumah Buku”) yang manuskripnya dibawa oleh 400 ekor unta.
Mereka ini bukan sahaja profesional dalam pengurusan bahkan juga pakar dalam bidang
kesusasteraan, bahasa, falsafah dan sebagainya. Kepengarangan Ibn Miskawayh seorang
pustakawan yang telah menghasilkan kitab terulung Tajarib al-umam wa-ta'aqub al-himam
yang menjadi sumber rujukan untuk sejarah Islam yang digunakan sehingga sekarang. Ibn
Nadim memulakan kariernya sebagai pustakawan sehingga mampu menghasilkan sebuah
katalog terulung bertajuk al-Fihrist (Juhani, 2004).
Justeru itu sama-sama untuk pustakawan renungi agar hasil kepakaran dan terbitan ilmiah
negara dalam berbagai bidang dapat dikumpulkan dan dipusatkan. Seterusnya disebar luaskan
bagi tujuan perkongsian maklumat dan juga bagi meningkatkan kadar visibiliti kepakaran ini ke
peringkat antarabangsa sebagai pengiktirafan kepada ilmuan Negara. Perpustakaan sebagai pusat
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
serenti maklumat pakar dan hasil kepakaran ini akan membantu melonjakkan Negara mencapai
hub kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini.
Contoh tutorial: How to access journals through the University of Toronto
libraries in Sente
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2011
Kesimpulan
Walau apa pun perubahan teknologi, peranan dan perkhidmatan perpustakaan akan terus
berkembang mengikut masa seperti kata Steele (1995) „the heat is being felt by libraries and
their staff but he networked „greenhouse effect‟ will force and may evolve new information
species‟. Ianya boleh diibaratkan ilmu sebagai darah dalam tubuh di mana tubuh ini adalah
institusi pengajian tinggi, maka sudah tentulah perpustakaannya seumpama jantung. Sakit
badan maka sakitlah jantungnya dan lemahlah pengaliran ilmu pengetahuannya, kerana
proses pengajaran (teaching process) di dewan kuliah dan pelengkapnya adalah proses
pembelajaran (learning process) yang sepatutnya berlaku di perpustakaan. Dengan itu
pustakawan harus dapat melihat dan menerima perubahan dengan melaksanakan lonjakan
berinovasi dan kreatif dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna di samping
memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Justeru itu pembudayaan ilmu dalam melahirkan insan cemerlang yang berketrampilan harus
berpusat kepada mengembalikan semula orientasi IPT, awam dan swasta, kepada agenda
pembangunan insan dan kepentingan perpaduan dan kesejahteraan negara khususnya, dan
dunia umumnya.
Faridah Hj. Md. Amin. Budaya Ilmu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Cabaran Pustakawan di Era IT
___________________________________________________________________________________________________
Sumber Rujukan
1. Arham Abdullah, Baharin Mesir, Ahmad Muhaimin Mohamad (2006). National Student
Development Conference (NASDEC). Kuala Lumpur.
2. Abu Bakar Maidin. (2008). Peranan Perpustakaan Dalam Analisis Penerbitan IPT:
Pengalaman Perpustakaan UKM. Bengkel analisis jurnal terindeks. Bangi.
3. Dzulkifli Abdul Razak (2003). Out of the box : memimpin dan memaknakan sebuah
university penyelidikan dalam era K-ekonomi. Pulau Pinang : USM
4. Huzili Hussin, Azman Bin Zakaria & Muhammad Shukri Salleh (2008).
Memperkasakan mahasiswa menerusi penerapan kemahiran insaniah (Soft skills).
International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in
Eengineering (ICOHSE08).
Pg. 583-596.
5. Noraziah Hj. Abdul Aziz, Juhana Salim. Perkhidmatan pempakejan maklumat pakar
(PPMP) inovasi perlaksanaan perkhidmatan perpustakaan khusus dalam konteks
pengurusan pengetahuan. Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan. ms 51-63.
6. Storey, T (2007). Libraries and social networking. NextSpace, September, p. 4-10
7. Wan Mohd Nor Wan Daud. (2010). Budaya ilmu dalam konteks pembinaan Negara
maju. Menjana Negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020 : Centre for Glocal
Concerns.
8. Wan Ali Wan Mamat, Fazli Omar. (2011). Ke arah memperkasakan pustakawan dan
kepustakawanan Islam di Malaysia. Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik.
Kota Bharu, Kelantan.
9. Zaini Ujang (2009). Menghayati budaya ilmu : faham ilmu, amalan dan panduan.
Skudai: UTM
top related