borang pengesahan status tesis · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses...
Post on 03-Aug-2019
217 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN SAINS SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN DI SEKOLAH BERTARI.
SESI PENGAJIAN : 2004/2005 SHAIDA ISMA BINTI ZAINAL ABIDIN
(HURUF BESAR)
Saya
mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF. DR. NOOR AZLAN B. AHMAD ZANZALI
Nama Penyelia
Tarikh : 21 OKTOBER 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : 3149/1 QRTS PUSAT LATIHAN PERTANIAN SUNGAI UDANG, 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA. Tarikh : 21 OKTOBER 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI
Tarikh : 21 OKTOBER 2004
PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN SAINS
SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN
DI SEKOLAH BESTARI
SHAIDA ISMA BINTI ZAINAL ABIDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : SHAIDA ISMA BT. ZAINAL ABIDIN
Tarikh : 21 OKTOBER 2004
iii
DEDIKASI
Kurangkum syukur kehadrat-Mu Yang Maha Esa di atas anugerah dan limpah
rahmat-Mu kerana mengurniakan kemudahan bagiku
dalam setiap urusanku,
Hormat dan sekalung terima kasih buat Bonda dan Ayahanda tercinta
kerana kasih sayang dan pengorbanan yang tidak
berbelah bagi untukku,
Adindaku sekalian, kalian amat besar ertinya
dalam hidupku,
Di dasar ingatan kusimpan budimu guru-guru sekalian, jasamu akan
ku kenang hingga ke akhir hayat,
Cebisan kenangan dikala kita bersama mengutip ilmu wahai sahabat
pasti akan terus menjadi memori indah buatku..
terima kasih sahabat,
Semoga kalian sentiasa dirahmati serta diredhai Illahi
dunia dan akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera…
Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
dan izin-Nya projek sarjana muda ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali, pensyarah Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia selaku penyelia projek sarjana muda di
atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses menyiapkan
projek ini.
Terima kasih juga ditujukan kepada warga sekolah yang terlibat, kakitangan
Perpustakaan Sultan Zanariah, pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan
individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung kerana sudi
meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek
ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan yang
dihulurkan.
Akhir sekali, penghargaan juga dirakamkan buat keluarga tercinta
terutamanya kedua ibubapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anakanda dan atas
dorongan yang tidak berbelah bagi kepada anakanda. Sesungguhnya jasamu amat
dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat.
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati segala usaha kita semua
selama ini. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kekerapan penggunaan aplikasi
Internet. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah pengetahuan
pelajar, kemahiran, masa, atau kemudahan penggunaan menjadi masalah kepada
pelajar dalam menggunakan Internet di sekolah. Kajian ini dijalankan khusus ke atas
pelajar tingkatan dua dalam pembelajaran Sains di Sekolah Bestari. Sampel kajian
ini terdiri daripada 119 orang pelajar tingkatan dua dari dua buah Sekolah Bestari di
negeri Melaka. Instrumen kajian, merupakan set soal selidik yang mengandungi 40
soalan. Hasil analisis kajian mendapati hanya tiga aplikasi Internet berada pada
tahap penggunaan yang kerap digunakan, di mana, yang paling kerap ialah World
Wide Web (WWW), diikuti dengan Elektronik mail (e-mail) dan Protokol
pemindahan fail (Download). Sementara itu, dua lagi aplikasi Internet berada pada
tahap penggunaan yang tidak kerap. Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar
menghadapi masalah masa dan kemudahan penggunaan Internet di sekolah.
Sebaliknya pula, pelajar tidak menunjukkan sebarang masalah dalam pengetahuan
atau kemahiran penggunaan Internet di sekolah. Di akhir kajian, telah diutarakan
beberapa cadangan kepada sekolah, guru dan pelajar untuk mempertingkatkan tahap
penggunaan aplikasi Internet dalam pembelajaran Sains di sekolah. Beberapa kaedah
turut dicadangkan untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti.
vi
ABSTRACT The purpose of this study is to investigate student level of frequency of the
use of the Internet applications. In addition, the study also examined other problem,
such as knowledge, skills, time or facilities faced by students in Internet usage. The
sample of this study was 119 form two students from two Smart Schools in Malacca.
A set of questionnaire consisting of 40 questions was used as a instrument in this
study. The data collected was analyzed using Statistical Package for Social Sciences
Windows version 10.0 and Microsoft Excel software. The results showed that only
three of the Internet applications were used at a high frequency level. The most
frequently used application was World Wide Web (WWW), followed by Electronic
mail (e-mail) and File Transfer Protocol (Download). The other two of Internet
applications were rated at a low level. Results also showed that most of the students
had problems in term of using Internet and in term of facilities when using the
Internet. Students have adequate knowledge and skills to use the Internet. At the
end of the report, suggestions were made to schools, teachers and students to
improve the level of usage of the Internet applications in science lessons at school.
Several suggestions were also made to enhance usage of Internet applications in
school.
vii
ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Lampiran xiii
Senarai Singkatan xiv
BAB I PENDAHULUAN 1 1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Terminologi 8
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN 10 2.0 Pengenalan 10
2.1 Internet 11
2.2 Aplikasi-Aplikasi Internet 12
2.2.1 World Wide Web 12
2.2.2 Mel Elektronik 13
2.2.3 Sembang Berganti-ganti Internet 13
2.2.4 Protokol Pemindahan Fail 14
2.2.5 Log Masuk Jarak Jauh 14
2.2.6 Perbincangan Dalam Kumpulan 14
2.2.7 Mailing List 15
2.3 Keberkesanan Penggunaan Internet 16
2.4 Masalah Dalam Penggunaan Internet 18
2.5 Sekolah Bestari 20
2.6 Konsep Pengajaran & Pembelajaran 21
Sekolah Bestari
2.6.1 Kurikulum 21
2.6.2 Pedagogi 22
2.6.3 Penilaian 22
2.6.4 Bahan Pengajaran &
Pembelajaran 23
2.7 Kesimpulan 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN 24 3.0 Pengenalan 24
3.1 Rekabentuk Kajian 24
3.2 Sampel Kajian 25
3.3 Instrumen Kajian 26
3.4 Prosedur Kajian 28
3.5 Kajian Rintis 29
3.6 Analisis Data 29
ix
3.7 Kesimpulan 31
BAB IV ANALISIS DATA 32 4.0 Pengenalan. 32
4.1 Ciri-Ciri Demografi. 32
4.1.1 Jantina. 33
4.1.2 Pendapatan Ibubapa/ penjaga. 34
4.1.3 Pengalaman Menggunakan Internet. 35
4.2 Kemudahan Internet Responden. 35
4.2.1 Kemudahan Pusat Yang
Menyediakan Internet di rumah. 36
4.2.2 Kemudahan Internet di rumah. 36
4.2.3 Sambungan Internet di rumah. 37
4.3 Analisis Statistik Berkaitan Masalah
Penggunaan Internet. 37
4.3.1 Pengetahuan. 38
4.3.2 Kemahiran. 40
4.3.3 Masa. 42
4.3.4 Kemudahan. 44
4.3.5 Perbandingan Nilai Purata dan Peratus
Keseluruhan Masalah Penggunaan
Internet dalam Pembelajaran Sains
di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. 46
4.4 Analisis Statistik Berkaitan Kekerapan
Penggunaan Internet. 47
4.5 Kesimpulan. 51 BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 52 5.0 Pengenalan. 52
5.1 Perbincangan. 53
5.1.1 Apakah pelajar menghadapi
x
masalah pengetahuan
dalam menggunakan Internet? 53
5.1.2 Apakah pelajar menghadapai
masalah kemahiran dalam
menggunakan Internet? 53
5.1.3 Apakah pelajar menghadapi
masalah masa dalam
menggunakan Internet? 54
5.1.4 Apakah pelajar menghadapi
masalah kemudahan penggunaan
dalam menggunakan Internet? 54
5.1.5 Apakah kekerapan penggunaan
aplikasi Internet dalam
proses pembelajaran? 55
5.2 Kesimpulan. 56
5.3 Cadangan. 56
5.3.1 Peranan Sekolah Untuk
Meningkatkan Penggunaan Internet
Dalam Sesi Pembelajaran
Sains di Sekolah. 56
5.3.2 Peranan Guru Untuk Meningkatkan
Penggunaan Internet Dalam Sesi
Pembelajaran Sains di Sekolah. 59
5.3.3 Peranan Pelajar Untuk Meningkatkan
Penggunaan Internet Dalam Sesi
Pembelajaran Sains di Sekolah. 60
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan. 61
5.5 Kesimpulan. 62 RUJUKAN 63 LAMPIRAN A-E 67
xi
SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Taburan Sampel di Kedua-dua Buah Sekolah. 25
3.2 Bahagian-bahagian Dalam Soal
Selidik Mengikut Item. 27
3.3 Skala ala Likert Untuk Item Soalan
Dalam Bahagian C. 27
3.4 Skala ala Likert Untuk Item Soalan
Dalam Bahagian D. 28
3.5 Skala ala Likert Menunjukkan Kecenderungan
Memusat Analisis Data Bahagain C. 30
3.6 Skala ala Likert Menunjukkan Tahap
Kekerapan Penggunaan Item Bahagian D. 31
3.7 Darjah Penilaian Terhadap Responden. 31
4.1 Taburan Jantina Pelajar. (N=119). 33
4.2 Taburan Pendapatan Ibubapa/penjaga Pelajar
Sebulan (N=119). 34
4.3 Taburan Pengalaman Pelajar Menggunakan
Internet (N=119). 35
4.4 Taburan Pelajar yang Mempunyai Kemudahan
Pusat (N=119).yang Menyediakan Akses
Internet di Kawasan Rumah (N=119). 36
4.5 Taburan Pelajar yang Mempunyai
Kemudahan Mengakses Internet
di Rumah (N=119). 36
4.6 Taburan Jenis Sambungan Internet
di Rumah Pelajar (N=68). 37
xii
4.7 Masalah Pengetahuan Penggunaan Internet
Responden dan Taburannya. (N=119). 38
4.8 Masalah Kemahiran Penggunaan Internet
Responden dan Taburannya. (N=119). 40
4.9 Masalah Masa Penggunaan Internet
Responden dan Taburannya. (N=119). 42
4.10 Masalah Kemudahan Penggunaan Internet
Responden dan Taburannya. (N=119). 44
4.11 Perbandingan Nilai Purata Min dan Peratus
Keseluruhan Masalah 46
4.12 Taburan Aplikasi Internet yang Sering
digunakan Pelajar Semasa Sesi
Pembelajaran di Sekolah. (N=119). 47
4.13 Tahap Penggunaan Aplikasi Internet
Berdasarkan Purata. 48
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Set Soal Selidik yang Di gunakan Dalam Kajian. 67-72 B Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia. 73-74
C Surat Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan
Sampel Kajian di Sekolah-Sekolah di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia Daripada
Jabatan Pendidikan Melaka. 75-76
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah
Menengah Daripada Jabatan Pendidikan Melaka. 77
E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. 78
xiv
SENARAI SINGKATAN KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistic Package for Social Science
N - Jumlah Responden
Bil - Bilangan
LAN - Local Area Network
ARPANET - Agensi Projek Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
NSFNET - National Science Foundation Network
Tmnet - Telekom Malaysia
JARING - Joint Advanced Research Intergrated Networking
E-mail - Electronic mail
IRC - Internet Relay Chat
FTP - File Transfer Protocol
WWW - World Wide Web
HTTP - Hiperteks Transfer Protocol
BBS - Bulletin Board Service
MSC - Multimedia Super Corridor
IT - Information Technology
RM - Ringgit Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Perdana Menteri Malaysia dalam satu petikan menyatakan bahawa kerajaan
telah merancang dan akan melaksanakan kemudahan komputer di semua sekolah.
Semua sekolah akan di rangkaikan melalui Internet dalam menghadapi era teknologi
maklumat. Perancangan penggunaan Internet dalam pendidikan telah dimulakan
seawal tahun 1997. Perubahan yang berlaku dalam teknologi komputer seperti
penurunan kos komputer, keupayaan kelajuan komputer mikro yang semakin
meningkat, peningkatan penggunaan sistem rangkaian setempat Local Area Network
(LAN), perolehan perisian yang lebih userinterface, kemudahan globalisasi melalui
Internet, World Wide Web dan kemudahan penyimpanan dan capaian maklumat
secara mudah merupakan antara faktor yang menyebabkan ledakan yang pantas
dalam era teknologi maklumat (Wan Salihin, Mohd Yusof, 1995).
Melalui pembelajaran secara tradisional pelajar memainkan peranan pasif
sebagai penerima ilmu manakala guru sebagai sumber dan penyampai maklumat dan
tidak berlaku unsur interaksi dua hala di antara guru dan pelajar. Berdasarkan unsur
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran sains, pelajar sebenarnya telah
mempunyai idea awal tentang sesuatu fenomena berkaitan sains berdasarkan
pengalaman harian. Melalui pendekatan konstruktivisme, konsep atau idea pelajar
ini cuba diselaraskan dengan konsep sains sebenar mengikut konsep sains oleh
tokoh- tokoh sains sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran sains harus dilihat
sebagai pencetusan idea pelajar dan penstrukturan semula idea-idea atau konsep oleh
2
guru yang bertindak sebagai fasilitator bagi membantu perubahan minda pelajar
(Wan Salihin, Mohd Yusof, 1995).
Tiga tunjang dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari ialah
akses kendiri, kadar kendiri, dan terarah kendiri. Akses kendiri merujuk kepada
proses pelajar mendapatkan maklumat dengan meneroka sendiri tajuk melalui
kemudahan teknologi maklumat atau Internet. Manakala terarah kendiri pula
memberikan alternatif kepada pelajar untuk meneroka tajuk tanpa terikat dengan
kurikulum yang rigid dan bantuan guru. Di sini peranan guru adalah sebagai
fasilitator dan bukan lagi sumber maklumat yang utama.
1.1 Latar Belakang Masalah
Penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di negara kita telah
dimulakan pada tahun 1969 di institusi–institusi pengajian tinggi. Manakala di
peringkat sekolah pula penggunaannya telah diperkenalkan pada tahun 1983 dan
terdapat 70 buah sekolah dalam bandar yang mula menggunakan komputer
(Zulkifli,1995). Kos yang tinggi untuk membeli dan membina kelengkapan
komputer pada sekitar tahun 80-an menyebabkan penempatannya di sekolah terhad.
Namun kini dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 buah komputer beroperasi di
sekolah-sekolah seluruh Malaysia (Zulkifli, 1995).
Walaubagaimanapun anggaran ini tidak releven lagi kini kerana jumlah
komputer di sekolah-sekolah seluruh Malaysia sudah dipertingkatkan bilangannya.
Perubahan ini berikutan penurunan kos komputer. Ini bermakna pelajar telah melalui
pendedahan dunia pengkomputeran lima belas tahun yang lalu. Pendedahan
penggunaan ini mula dititikberatkan oleh kerajaan apabila Perdana Menteri
menyarankan pemilikan satu komputer di setiap rumah.
Walupun begitu, penggunaan komputer kini bukan lagi sekadar alat
pemprosesan maklumat. Ia telah berubah kepada sebuah sistem rangkaian yang
3
mampu menghubungkan dunia. Ini dapat dilakukan dengan Internet atau perkataan
asalnya Internetworking. Internet merupakan sebuah kombinasi teknologi komputer
dan telekomunikasi melalui talian telefon. Sejarah Internet bermula seawal tahun
1969 apabila Agensi Projek Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat membangunkan
ARPANET, yang merupakan sebuah rangkaian ketenteraan Amerika Syarikat
(Norazah, 1998). Namun penggunaannya di peringkat antarabangsa dibuka oleh
National Science Foundation Network (NSFNET) pada tahun 1990.
Sistem capaian maklumat secara global ini cuba diserapkan dalam sistem
pendidikan negara. Secara langsung ia mempengaruhi sistem pendidikan melalui
usaha kerajaan dalam projek Multimedia Super Corridor (MSC). Melalui projek ini,
pendedahan penggunaan Internet mula diperkenalkan di sekolah kira-kira tujuh tahun
lalu.
Pada Disember 1996, bilangan pengguna Internet di Malaysia berbanding
populasi penduduk dianggarkan diantara 200,000 hingga 250,000 orang seperti yang
dilaporkan oleh Telekom Malaysia (TM net) dan Joint Advanced Research
Integrated Networking (JARING) (New Straits Times, Jan 6,1997). Nisbah ini jauh
lebih rendah berbanding bilangan 20 juta populasi penduduk Malaysia. Kenyataan
ini membuktikan bahawa hanya sebilangan kecil daripada penduduk Malaysia yang
menggunakan teknologi maklumat tanpa sempadan ini.
Internet membekalkan beberapa kemudahan penting seperti e-mail, World
Wide Web, kumpulan perbincangan dan pertukaran fail. Aspek yang paling inovatif
berkaitan Internet ialah ia merupakan sebuah rangkaian sumber pengetahuan yang
sangat besar. Kajian telah menunjukkan bahawa Internet amat berguna dalam
membantu proses pengajaran dan pembelajaran sains (Harris, 1993 dan 1995).
Sebagai contoh, pembelajaran dan pengajaran sains menerusi Internet boleh
berlaku dalam situasi seperti penukaran dan pengumpulan maklumat, penyelesaian
masalah secara kolaboratif dan sebagainya. Penggunaan Internet dalam pengajaran
4
dan pembelajaran sains secara sistematik mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti
pembelajaran jika ia diaplikasikan dengan baik.
1.2 Pernyataan Masalah Fokus baru pendekatan pembelajaran adalah melalui pengalaman,
pembelajaran secara bebas dan pembelajaran penjelajahan. Komputer boleh
memenuhi pendekatan ini dalam pelbagai cara dan kaedah. Salah satu kaedah yang
kini digunakan secara meluas ialah Internet. Penggunaan komputer berasaskan
teknologi Internet telah dilaksanakan di dalam sistem pendidikan negara, namun
bagaimanakah pelaksanaan dan penggunaannya di sekolah?
Pertambahan kemahiran komputer dan kebolehan menggunakannya untuk
peningkatan pembelajaran, produktiviti dan pelaksanaan, teknologi literasi, telah
menjadi asas dalam mengenalpasti kebolehan individu melayarinya dalam
masyarakat (Tie Fatt Hee, 1999). Namun bagaimanakah kemahiran penggunaan ini
dapat dicerap oleh pelajar-pelajar di sekolah? Mungkinkah kemahiran ini terbina
sendiri sekiranya pelajar kerap melayari dan menerokainya sendiri?
Menurut Menurut Serim dan Koch (1996), Internet sebagai sumber dan alat
komunikasi membolehkan pelajar mencari informasi terkini dan berkomunikasi
dengan pakar dan individu lain di seluruh dunia. Seperti yang telah dinyatakan
sebelum ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Internet sebagai alat
komunikasi secara global. Dalam dunia pendidikan negara ia cuba diaplikasikan,
tetapi apakah tedapat sebarang masalah dalam menggunakan Internet ? Adakah para
pelajar lebih cenderung menggunakan satu, dua atau semua kemudahan aplikasi yang
terdapat dalam Internet? Penyelidik cuba menyenaraikan dengan lebih jelas
berkaitan masalah kajian ini dalam persoalan kajian.
5
1.3 Persoalan Kajian
Oleh yang demikian penyelidik ingin melihat bagaimanakah penggunaan
Internet dalam mata pelajaran sains dilaksanakan di sekolah–sekolah sebagai sumber
pembelajaran bagi pelajar. Persoalan kajian adalah seperti berikut,
1.3.1 Apakah pelajar menghadapi masalah pengetahuan dalam menggunakan
Internet?
1.3.2 Apakah pelajar menghadapi masalah kemahiran dalam menggunakan
Internet?
1.3.3 Apakah pelajar menghadapi masalah masa dalam menggunakan Internet?
1.3.4 Apakah pelajar menghadapi masalah kemudahan menggunakan Internet?
1.3.5 Apakah tahap kekerapan penggunaan aplikasi Internet dalam proses
pembelajaran?
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah terdapat masalah
dalam penggunaan Internet oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran sains dalam
aktiviti pembelajaran di sekolah. Berikut dinyatakan objektif kajian ini.
1.4.1 Mengenalpasti adakah pengetahuan merupakan masalah dalam menggunakan
Internet.
1.4.2 Mengenalpasti adakah kemahiran merupakan masalah dalam menggunakan
Internet.
1.4.3 Mengenalpasti adakah masa merupakan masalah dalam menggunakan
Internet.
top related