bentuk komputer riba adalah amat modular

Post on 02-Aug-2015

237 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Bentuk komputer riba adalah amat modular. Setiap satu komponen boleh dibeli secara berasingan dan dipasang dengan mudah. Seseorang yang mempunyai pengetahuan aras sederhana dalam pemasangan komputer boleh mengubah suai tatarajah perkakasan komputer dengan mudah tanpa merujuk pakar.

Berikut adalah komponen-komponen yang biasa dijumpai dalam komputer riba:

Kipas - untuk menyejukkan komputer tersebut. Kipas dipasang pada pemproses, bekalan kuasa dan, jika ada, kad grafik.

Papan induk - menyambung semua komponen lain dan mengurus laluan data.

Cakera keras - boleh menyimpan data meskipun komputer dimatikan.

Pemacu cakera optik - boleh membaca cakera padat atau DVD. Unit pemprosesan pusat - otak komputer. Ingatan capaian rawak atau RAM - boleh menyimpan data jangka

masa pendek dan dikosongkan apabila komputer dimatikan. Kad grafik - memproses data grafik dan menghantarnya ke

monitor. Kad fizik - melakukan pengiraan fizik untuk permainan komputer. Kad bunyi - memproses data bunyi dan menghantarnya ke

pembesar suara. Pembesar suara - mengeluarkan bunyi. Modem - membolehkan perhubungan dengan komputer lain

melalui talian telefon. Digunakan untuk membuat sambungan Internet dailan.

Kad rangkaian - membolehkan perhubungan dengan jaringan komputer di mana komputer tersebut boleh memindahkan maklumat kepada komputer-komputer lain. Juga digunakan untuk membuat sambungan Internet jalur lebar.

Unit bekalan kuasa - membekalkan kuasa elektrik kepada semua bahagian komputer.

Pemacu cakera liut - untuk membaca dan menulis pada cakera liut.

top related