belajar membuat kek ais krim vanila
Post on 10-Feb-2016
70 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RAHEL Blogspot.com
Jumaat, 22 Mac 2013
Salam...
Bahan-bahan:1 1/2 liter ais krim vanilakek span coklat----->>>>sila lihat resepi DI SINI450g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental (soft peak)chocolate rice-untuk toppingchocolate syrup-untuk topping (boleh guna syrup Hershey atau pun syrup Hoko,VanHouten)
Cara Penyediaan Kek Ais Krim Vanila:1.Adunan kek span coklat dibahagi kepada dua.Satu adunan di bakar dalam Loyang bulat9" & satu adunan dibakar dalam Loyang 10 1/2" x 7 1/2 " (lihat gambar di bawah).
Belajar Membuat Kek Ais Krim Vanila
2.Setelah kek span masak,keluarkan dari oven kemudian biarkan ia sejuk sepenuhnya (lihatgambar di bawah). Setelah itu kek 9" dibahagi kepada dua bahagian yang nipis untuk diguna sebagai dasardan penutup.Kek span yang empat persegi dipotong memangjang mengikut tinggi loyang.
3.Guna loose tin 9".Letakkan satu lapisan kek span coklat di dasar loyang,kemudian letakjuga potongan kek yang panjang di tepi loyang,letak dengan kemas agar ais krim tak mudahmeleleh. (lihat gambar di bawah yang berbentuk perigi)
4.Setelah itu,ambil ais krim vanilla dan sudukan ke dalam bekas tadi.Buat kemas-kemasyea. (lihat pada gambar di bawah).Pastikan ais krim yang kita guna tu tak cair sangat agar kek ais krim kita nantinya tidak keras macam batu.
5.Bila semua ais krim sudah diisi penuh ke dalam bekas.Ambil satu lapisan kek lagi dantutuplah adunan ais krim itu (lihat pada gambar di bawah).
6.Kek kita sudah hampir siap.Tutup kemas yea (lihat gambar di bawah).Kemudian simpankek ais krim dalam peti sejuk bahagian beku selama 5 jam atau semalaman.
7.Bila kek ais krim dah betul-betul beku.Keluarkan dari peti sejuk.Tanggalkan loyang. Sapu seluruh permukaan dan tepi kek dengan whipping cream.Kemaskan. Tabur chocolate rice di atasnya,kemudian paipkan syrup coklat sesuai kreativiti masing2. Kemudian,kembalikan kek ais krim vanilla ke dalam peti sejuk bahagian beku yea.Biarkan kek betul-betul beku selama 1 malam baru siap dihidang..kalau tak hiding tunggulahpembeli datang dan angkut balik rumahnya.
Pesan: *Jika ada sesiapa yang mencuba resepi Kek Ais Krim Vanila ini,sila hantarkan gambar kektersebut.Rahel akan abadikan gambar tersebut dalam blog I LOVE CAKE.Terima kasih jugakepada En.Samat kerana sudi mengoder Kek Ais Krim Vanila.Semoga berpuas hati dengankerja Rahel. Selamat mencuba..semoga sukses.
rahel di 2:05 PTG
2
30 ulasan:
micasamawar 22 Mac 2013 2:50 PTG
ermm...tak sabar Nor nak membuatnya.cuma sdg mncari waktu yg sesuai.terima kasih share-kan resepinya (^_^)
Balas
Ryo Azhar 22 Mac 2013 2:50 PTG
Ok....tergudaaaaaa sgt!ini melampau..memang melampau..betul2melampau.............grrrrrrr.....sis Rahelll bikin panas lagiii.huuuuuuu :'(
Balas
EmbunRosaliza 22 Mac 2013 3:14 PTG
Assalam rahel,cantiknya kek ais krem, tq berkongsi resipi rahel,bukan semua org nak kongsiresipi n tips ni
Balas
Acik Erna 22 Mac 2013 3:15 PTG
Rahel..kalau dekat acik pun nak order je..macam susah je nak buat
Balas
Sheila Shafeareen 22 Mac 2013 3:46 PTG
Assalamualaikum waduhh sdp tu mkn kek ada sekerim dlm nya....mcm terasa2 di tekak...tq dgncara2 nye...cantik dan kemas sukaaaaaaaaaaaa
Balas
JaSSNaNi 22 Mac 2013 4:15 PTG
macam susah je nak wat.... tapi kalau dah teror tu.. petik jari je kan rahel.. ye la.. rahel mmgpandai wat kek dan skill2 yang menarik... :) ade lagi tak? nak mintak sepotong.. ehhh dah abis?cik samad yg punya...? hihi..
Balas
Shiela 22 Mac 2013 4:45 PTG
Tq for sharing darling.. Insyaallah nk cuba juga nanti..
Balas
ady 22 Mac 2013 5:54 PTG
as-salamLook nice and delicious...
Balas
MaDiHaA a.k.a Ratna 22 Mac 2013 9:18 PTG
Kemas sgt hasil tgn rahel..
Balas
ibundo 22 Mac 2013 9:20 PTG
tq rahel for the tutorial. Sebelum ni bundo buat main belasah je. Patut tak menjadi.
Balas
MaDiHaA a.k.a Ratna 22 Mac 2013 9:23 PTG
Kemas sgt hasil tgn rahel..
Balas
Sury Abil 23 Mac 2013 12:07 PG
Ngencess...tq for sharing...sgt2 teliti skli..kemas je...:-)
Balas
Rohah 23 Mac 2013 2:38 PG
tq Rahel, bagi skill..akak mmg tringin nak buat..meter ku bagai nak laju..
Balas
Nooriah Abdullah 23 Mac 2013 7:50 PG
cantik sangat2 Rahel belum berani kak noor buat kek ni lagi hahaa
Balas
Bbwana adienia 24 Mac 2013 4:06 PTG
bagusnya ada step by step cara buat kek ni..tq rahel..
Balas
lovely 10 April 2013 10:11 PG
wah.. bestnyer.saya mesti cuba. mesti..hehhe.
Balas
Anim Zulkfly 1 Mei 2013 8:58 PTG
Nk tanya. Kek aiskrim ni tahan berapa lama? Simpan dlm freezer je kan?
Balas
Z.i.l .a.h 14 Mei 2013 12:44 PTG
nampk sangt sedap.. thank.kongsi resepi .. :)
Balas
Balasan
Balas
Rima 23 Mei 2013 9:05 PG
Rahel.. Walau pun dah basi.. Ku nak comment jugak.. Hardly has the time to walk walk.. Dahlama tak jalan jalan.. I did ice cream cake bef but not like this.. Wait u got time I will try ur way..Tks for sharing!
Balas
Mardiana 8 Julai 2013 11:15 PTG
Selamat Berkenalan Rahel, saya telah mencuba kek aiskrim ini..dan saya sudah email kangambar untuk perkongsian..terima kasih atas ilmu yang bermanfaat dan sangat2berguna..semoga sukses selalu..:-)
Balas
Mardiana 8 Julai 2013 11:19 PTG
rahel..email ni masih aktif ke? mary.rahel@yahoo.com. saya cuba hantar tapi tk berjaya.
Balas
rahel 16 Julai 2013 11:21 PTG
Mardiana,dah aktif balik emel tu,tq.
Balas
Oven Mari Sini 22 Ogos 2013 5:32 PTG
nak cuba buat lah..macam best..hehe
Balas
ikin alim 28 September 2013 5:46 PTG
Try jer .. nti pos pic tu .. huhuu
ikin alim 28 September 2013 5:45 PTG
Mcm best jer kan ...
Balas
salwa ya 25 Oktober 2013 10:27 PG
Sgt berminat nk mencuba,peti beku kecik..kne clear stok dulu..
‹ ›Laman utama
Papar versi web
Masukkan ulasan anda...
Ulas sebagai: Akaun Google
Terbitkan
Pratonton
Balas
farah idayu :) 27 Disember 2013 8:59 PTG
nk tnye..klo kek d ltak kt bhgn frozen,kek 2 x keras o rosak ke?nk wat tp tkut x jd..phm smue steptp part ltak kt bhgn frozen 2 was2 ckt..
Balas
Mardiana 15 Januari 2014 9:23 PTG
@farahidayu: aah..saya dah cuba buat dan memang letak kt freezer..sbb klu tk ice cream nyacair.. Rasanya kek dia tak ada masalah.. Guarantee habis hehe :-)
Balas
yasmin iskendar 15 April 2014 10:33 PG
salam sis, boleh share tak macammana nak dapat permukaan kek yg cantik macam tu, dia takmerekah
Balas
midahresipi 20 April 2014 1:48 PG
salam sis...mcm sedap jer kek ais cream ni,sya pasti akan membuatnyer...
Balas
top related