batu amali
Post on 14-Apr-2018
501 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 1/17
LAPORAN PRAKTIKAL 2 : Mengenal Pasti Batu-batuan
TAJUK : BATUAN
TUJUAN : Mengenalpasti dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut
spesifikasi.
a) Batu Igneous
b) Batu Sedimen
c) Batu Sedimentary
d) Batu Metamorfik
PENGENALAN :
Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini
berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air,
cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi
yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan
tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka
perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat
dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-
tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan
tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-
batan yang terdapat di sekeliling kita.
Batuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu batuan igneus, batuan endapan dan
batuan metamorf. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan
(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
(a) Batuan igneus;
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma
dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 2/17
dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan
kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi
lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai
batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda
warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam
warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan
magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada
dua jenis iaitu :
Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan
dan batu-batu nisan yang berukir.
(b) Batuan Sedimen;
Batu Sedimen terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan
perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat
dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh
sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza
dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau
berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang
membentuk batuan Sedimen ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai,
glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan Sedimen tidak berhablur dan
seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-
hidupan halus. Batuan Sedimen inilah yang paling berbeza sekali cara
kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan Sedimen dapat
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 3/17
dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi
dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan.
c) Batuan metamorfik.
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-
batuan, baik batuan igneus mahupun batuan Sedimen akan bertukar menjadi
batuan metamorfik. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-
kuasa tersebut di atas tadi terutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat
kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh,
batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi
gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian.
Batuan metamorfik seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia.
Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh
didapati di kawasan pergunungan di Sarawak.
Batuan metamorfik ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal
dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan
kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan
komposisi mineral batuan. Batuan metamorfik mungkin berasal daripada batuan
igneus, batuan Sedimen atau batuan metamorfik yang lain. Suhu yangdiperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100°C hingga
800°C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan
yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur
dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi
batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 4/17
mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas
mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah
rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan
metamorfik. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan
slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku
secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi
yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan
metamorfik seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat
jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi.
Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mengalami proses
penghabluran semula.
Batuan metamorfik mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan
metamorfik mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfik mempunyai
mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral
yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah
batuan metamorfik mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat
tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi
lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfik yang
berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari.
Batuan metamorfik berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu
mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga
terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu
membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis.
Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfik
tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada
beberapa lapisan.
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 5/17
BAHAN : 10 jenis batu
RADAS : Berus, kanta pembesar, piring petri, bikar, silinder penyukat,
penimbang elektronik
PROSEDUR :
1. Sampel batu dikutip dari kawasan-kawasan perumahan. Sampel batuan dilabel;
tarikh dan tempat dijumpai.
2. Kemudian, semua batu-batu itu diberus dengan berhati-hati untuk membuang segala
kotoran.
3. Semua batu-batu itu diperhatikan dengan menggunakan kanta pembesar. Batu-batu
itu disusun berdasarkan persamaan yang dikenalpasti.
4. Seterusnya, setiap jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenis mineral yang
terdapat dalam batuan tersebut. Jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenisnya dan
diberi nama kemudian dilabelkan.
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 6/17
KEPUTUSAN / HASIL DAPATAN :
Sampel A Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
Lapisan
Textur
Corak
: Igneous
: Hitam
: 5.92 g
: 2 cm³
: Pudar
: Keras
: Tiada
: Kasar
: Tidak sekata
Sampel F Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
Lapisan
Textur
Corak
: Igneous
: Kelabu
: 7.99 g
: 2 cm³
: Berkilat
: Keras
: Tiada
: Licin
: Sekata
Sampel B Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
Lapisan
Textur
Corak
: Igneous
: Perang
: 13.59g
: 5 cm³
: Pudar
: Keras
: Berlapis
: Kasar
: Tidak sekata
Sampel H Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
Lapisan
Textur
Corak
: Igneous
: Hitam
keperangan
: 5.64 g
: 2 cm³
: Pudar
: Keras
: Berlapis
: Kasar
: Tidak sekata
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 7/17
Sampel C Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
LapisanTextur
Corak
: Igneous
: Perang
kemerahan
: 30.51 g
: 15 cm³
: Pudar
: Keras: Berlapis
: Kasar
: Tidak sekata
Sampel H Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
LapisanTextur
Corak
: Igneous
: Kelabu
: 17.66 g
: 10 cm³
: Pudar
: Keras
: Berlapis: Kasar
: Tidak sekata
Sampel D Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
Lapisan
Textur
Corak
: Igneous
: Kelabu
: 54.56g
: 20 cm³
: Berkilat
: Keras
: Tiada
: Licin
: Sekata
Sampel I Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
Lapisan
Textur
Corak
: Igneous
: Putih
: 5.90 g
: 2 cm³
: Berkilat
: Keras
: Berlapis
: Licin
: Tidak sekata
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 8/17
Sampel E Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
LapisanTextur
Corak
: Igneous
: Kelabu
: 54.56g
: 20 cm³
: Berkilat
: Keras
: Tiada: Licin
: Sekata
Sampel J Jenis batu
Warna
Berat
Isipadu
Kegilapan
Kekerasan
LapisanTextur
Corak
: Igneous
: Kelabu
: 5.58 g
: 3 cm³
: Pudar
: Keras
: Tiada: Licin
: Tidak sekata
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 9/17
Mengenalpasti ketumpatan setiap jenis batu
Perkara
Sampel
Jisim
g
Isipadu
cm³
Ketumpatan
g/cm³
A 5.92 2 2.96
B 13.59 5 2.72
C30.51 15 2.03
D 54.56 20 2.73
E 14.04 5 2.81
F 7.99 2 3.99
G 5.64 2 2.82
H 17.66 10 1.77
I 5.9 2 2.95
J 5.58 3 1.86
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 10/17
PERBINCANGAN :
10 jenis batu telah dikumpul di kawasan pantai dan perumahan mempunyai
struktur dan kategori yang berbeza. Hampir 70 peratus batu yang dikumpul dan dikaji
ialah merupakan batu igneous, 20 peratus sedimen dan selebihnya merupakan batu
metamorfik.
Setelah dianalisis satu persatu batuan ini, saya mendapati setiap batuan ini
mempunyai jisim yang berbeza, tekstur yang berbeza, kekilatan yang berbeza Cuma
apa yang sama adalah dari segi kekerasan.
Secara teorinya dapat dikupaskan bahawa proses batuan ini adalah terjadi
daripada percikkan letusan gunung berapai yang meletus. Percikkan ini membuat
batuan yang kadar ketumpatan yang rendah di luahkan ke luar dari gunung berapi
melalui proses tekanan yang kuat ketika letusan berlaku. Percikkan ini yang kita dapat
di kawasan pantai, perumahan dan sebagainya.
Dari sini akan terdapat batuan yang telah diluluhawakan, hakisan dan mendapan
menjadi batu-batu yang boleh dikategorikan sebagai sedimen, igneous dan metamorfik.
KESIMPULAN :
Melalui proses ini maka dapat disimpulkan bahawa mineral memainkan peranan
utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada
masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan
bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi tinggi.
Sesungguhnya tanpa mineral masyarakat moden tidak akan wujud kerana ianya
sebagai penyumbang kerangka asas pengeluaran industri.
Selain daripada itu batu-batuan ini menjadi penting kepada ahli-ahli geologi
terutamanya dalam menentukan umur bumi.
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 11/17
BIBLIOGRAFI :
1. Micheal A.Seed. 2008/2007.Foundations of Astronomy. Thomson Brook/Cole.
http://geology.about.com/library/bl/blrockident_tables.htm
http://geology.com/rocks/igneous-rocks.shtml
http://geology.com/rocks/sedimentary-rocks.shtml
http://geology.com/rocks/metamorphic-rocks.shtml
http://csmres.jmu.edu/geollab/fichter/IgnRx/Introigrx.html
https://reader009.{domain}/reader009/html5/0420/5ada1bd5e5e74/5ada1bdceabea.jpg
http://inani.tripod.com/batu.htm
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 12/17
BACAAN LEBIH LANJUT
http://inani.tripod.com/batu.htm
PELBAGAI JENIS BATUAN
[ Batuan igneus Batuan enapan Batuan metamorfosis ]
Bagaimana batuan di kelaskan ?
Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini
berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air,
cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli
geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli
Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan
yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga
menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis
tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu
mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita.
Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan
(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
(a) batuan igneus;
(b) batuan enapan;
(c) batuan metamorfosis.
Batuan Igneus
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-
bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka
batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis
asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 13/17
lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti
besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh
dikelaskan kepada dua jenis iaitu :
l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di
bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal.
Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi
akibat daripada proses gondolan dan hakisan.
2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang
telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan
cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.
Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu
basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-
setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui
rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan
sil yang datar.
Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan
batu-batu nisan yang berukir.
Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan.
Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada
batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini
disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter
hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga
lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah
diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan
tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhandan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara
kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan
berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka
waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat
pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 14/17
kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan
kandungannya iaitu :
l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada
pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir
merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya
sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan
membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal
sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya
sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat)
dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat
yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu
kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.
2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkaihidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang
telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu
yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur
dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini
terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat
di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan
tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.
Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini
sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.
3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan
kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada
lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau
kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut
Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan
cara yang sama.
Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan,
baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan
metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa
tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 15/17
dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur
menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal
menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan
metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu
marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di
kawasan pergunungan di Sarawak.
Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan
kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang
dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral
batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan
atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses
metamorfisma ialah antara 100°C hingga 800°C. Pada suhu ini batuan masih lagi
berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi
susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan
bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan
yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma
panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah
rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis.
Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik
terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-
besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah
mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan
gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi
mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi
menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula.
Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan
metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai
mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang
hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan
metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang
dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan
isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai
mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula
atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai
kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur
ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis.
Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 16/17
pecah kepada beberapa lapisan.
[....MENU UTAMA....] [....TAMAT....]
GEO Wacana Ngangsuh Kaweruh
Home
About me
Batuan-batuan di bumi (Jenis dan terbentuknya)
Bagian luar bumi tertutupi oleh daratan dan lautan dimana bagian dari lautan lebih besar
daripada bagian daratan. Akan tetapi karena daratan adalah bagian dari kulit bumi yang
dapat kita amati langsung dengan dekat maka banyak hal-hal yang dapat pula kita ketahui
dengan cepat dan jelas. Salah satu diantaranya adalah kenyataan bahwa daratan
tersusun oleh beberapa jenis batuan yang berbeda satu sama lain. Dari jenisnya batuan-batuan tersebut dapat
digolongkan menjadi 3 jenis golongan. Mereka adalah : batuan beku (igneous rocks), batuan sediment
(sedimentary rocks), dan batuan metamorfosa/malihan (metamorphic rocks). Batuan-batuan tersebut berbeda-
beda materi penyusunnya dan berbeda pula proses terbentuknya.
Batuan beku atau sering disebut igneous rocks adalah batuan yang terbentuk dari satu atau beberapa mineral
dan terbentuk akibat pembekuan dari magma. Berdasarkan teksturnya batuan beku ini bisa dibedakan lagi
menjadi batuan beku plutonik dan vulkanik. Perbedaan antara keduanya bisa dilihat dari besar mineral
penyusun batuannya. Batuan beku plutonik umumnya terbentuk dari pembekuan magma yang relatif lebih
lambat sehingga mineral-mineral penyusunnya relatif besar. Contoh batuan beku plutonik ini seperti gabro,
diorite, dan granit (yang sering dijadikan hiasan rumah). Sedangkan batuan beku vulkanik umumnya terbentuk
dari pembekuan magma yang sangat cepat (misalnya akibat letusan gunung api) sehingga mineral
penyusunnya lebih kecil. Contohnya adalah basalt, andesit (yang sering dijadikan pondasi rumah), dan dacite
Batuan sediment atau sering disebut sedimentary rocks adalah batuan yang terbentuk akibat proses
pembatuan atau lithifikasi dari hasil proses pelapukan dan erosi yang kemudian tertransportasi dan seterusnya
7/29/2019 Batu Amali
http://slidepdf.com/reader/full/batu-amali 17/17
terendapkan. Batuan sediment ini bias digolongkan lagi menjadi beberapa bagian diantaranya batuan sediment
klastik, batuan sediment kimia, dan batuan sediment organik. Batuan sediment klastik terbentuk melalui proses
pengendapan dari material-material yang mengalami proses transportasi. Besar butir dari batuan sediment
klastik bervariasi dari mulai ukuran lempung sampai ukuran bongkah. Biasanya batuan tersebut menjadi
batuan penyimpan hidrokarbon (reservoir rocks) atau bisa juga menjadi batuan induk sebagai penghasil
hidrokarbon (source rocks). Contohnya batu konglomerat, batu pasir dan batu lempung. Batuan sediment kimia
terbentuk melalui proses presipitasi dari larutan. Biasanya batuan tersebut menjadi batuan pelindung (seal
rocks) hidrokarbon dari migrasi. Contohnya anhidrit dan batu garam (salt). Batuan sediment organik terbentuk
dari gabungan sisa-sisa makhluk hidup. Batuan ini biasanya menjadi batuan induk (source) atau batuan
penyimpan (reservoir). Contohnya adalah batugamping terumbu.
Batuan metamorf atau batuan malihan adalah batuan yang terbentuk akibat proses perubahan temperature
dan/atau tekanan dari batuan yang telah ada sebelumnya. Akibat bertambahnya temperature dan/atau
tekanan, batuan sebelumnya akan berubah tektur dan strukturnya sehingga membentuk batuan baru dengan
tekstur dan struktur yang baru pula. Contoh batuan tersebut adalah batu sabak atau slate yang merupakan
perubahan batu lempung. Batu marmer yang merupakan perubahan dari batu gamping. Batu kuarsit yang
merupakan perubahan dari batu pasir.Apabila semua batuan-batuan yang sebelumnya terpanaskan dan
meleleh maka akan membentuk magma yang kemudian mengalami proses pendinginan kembali dan menjadi
batuan-batuan baru lagi.
Proses-proses tersebut berlangsung sepanjang waktu baik di masa lampau maupun masa yang akan
datang. Kejadian alam dan proses geologi yang berlangsung sekarang inilah yang memberikan gambaran
apa yang telah terjadi di masa lampau seperti diungkapkan oleh ahli geologi “JAMES HUTTON” dengan
teorinya “THE PRESENT IS THE KEY TO THE PAST”
Referensi :
AAPG – www.aapg.org
Bahan pelajaran dari University of North Dakota – http://volcano.und.edu
top related