bahagian pembangunan dan penilaian kompetensi …skserkamdarat.edu.my/attachments/319_manual...

Post on 29-Aug-2019

231 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSIKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MANUAL PENILAIAN BERSEPADU

PEGAWAI PERKHIDMATANPENDIDIKAN

© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia.

MANUAL PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Diterbitkan oleh:

Bahagian Pembangunan dan Penilaian KompetensiKementerian Pendidikan MalaysiaAras 1, Blok 2250, Century Square 2,Off Persiaran Multimedia Cyber 6,63000 CyberjayaSelangor.

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PENGENALAN 2

2.1 PUNCA KUASA PELAKSANAAN 4

2.2 MATLAMAT PBPPP 4

2.3 OBJEKTIF PBPPP 4

2.4 KONSEP PENILAIAN 5

2.5 KOMPONEN INSTRUMEN 5

2.5.1 Komponen Generik 6

2.5.2 Komponen Fungsional 6

2.5.3 Komponen Keberhasilan 7

2.6 KONSEP INSTRUMEN 7

2.7 ARAS PENCAPAIAN 9

2.8 SISTEM E-PRESTASI 10

2.9 TEMPOH PENILAIAN 10

2.10 FASA PENILAIAN 11

2.10.1 Prapenilaian 11

2.10.2 Semasa Penilaian 11

2.10.3 Pascapenilaian 12

3.0 JAWATANKUASA PBPPP 13

3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA 13

3.2 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 14

3.3 PERANAN JAWATANKUASA 15

4.0 PEGAWAI PENILAI 17

4.1 PELANTIKAN PP 17

4.2 TANGGUNGJAWAB PP 18

5.0 PEGAWAI YANG DINILAI 20

5.1 KRITERIA PYD 20

5.2 TANGGUNGJAWAB PYD 21

6.0 PENUTUP 22

SOALAN LAZIM PBPPP 25

AKRONIM 35

GLOSARI 36

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN

Manual Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) disediakan sebagai panduan kepada semua warga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang terlibat dengan pelaksanaan PBPPP. Kandungan manual ini meliputi:

Pengenalan PBPPP secara ringkas mengenai kronologi pembangunan instrumen, matlamat, objektif, konsep penilaian, konsep instrumen, aras pencapaian, sistem e-Prestasi, tempoh dan fasa penilaian PBPPP.

Struktur, tanggungjawab dan peranan Jawatankuasa PBPPP Organisasi.

Syarat pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Penilai (PP).

Kriteria dan tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai (PYD).

Soalan-soalan lazim tentang PBPPP.

Akronim dan glosari.

a.

b.

c.

d.

e.

f.

1

2

2.0 PENGENALAN

PBPPP adalah penilaian baharu yang memberi fokus kepada elemen pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Pembangunan instrumen PBPPP bermula daripada pemansuhan Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) pada Oktober 2010. Selepas pemansuhan PTK, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mula mengorak langkah dengan mengadakan Persidangan Penilaian Kompetensi BPPK dan JPN pada Disember 2010, Persidangan Pegawai Kanan KPM pada Januari 2011 dan Persidangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada Februari 2011 untuk mendapat input dan idea bagi menghasilkan penilaian kompetensi yang boleh diterima oleh semua pihak. Pada tahun 2011, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mula diperkenalkan dan BPPK menggunakan keputusan persidangan yang telah dianjurkan dalam membangunkan Instrumen Penilaian Kompetensi dan Potensi (PROSPEK).

Pada Februari 2012, SBPA dibatalkan manakala pelaksanaan PROSPEK ditangguhkan, namun pembangunan penilaian ini tidak terhenti kerana pada April sehingga Mei 2012, Makmal Government Transformation Programme 2.0 (GTP 2.0) telah membangunkan instrumen bersepadu (Unified Instrument) untuk guru berasaskan kerangka instrumen PROSPEK dan kajian terhadap instrumen tersebut telah dilaksanakan kepada semua guru di Negeri Sembilan.

Pada 15 Disember 2012, Mesyuarat Pelarasan New Teacher’s Charter (NTC) bersama BPPK, Delivery Management Office (DMO) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah bersetuju supaya BPPK membangunkan Instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Pembangunan instrumen yang bermula pada tahun 2013 telah menetapkan format instrumen penilaian yang akan digunakan.

Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025Foreword

Pada peringkat awal, sebanyak 20 instrumen dibangunkan mengikut kumpulan bidang tugas. Namun begitu, pemetaan semula instrumen dilaksanakan dengan 5 kumpulan bidang tugas iaitu Kumpulan PdP, PT(A), PT(B), Fasilitator dan Jurulatih.

Pembangunan instrumen PBPPP selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Mentransformasi

Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/ output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi.

Berfokus kepada penilaian terhadap pegawai mengikut tanggungjawab dan bidang tugas.

ANJAKAN

MentransformasiProfesion keguruan menjadi profesion pilihan

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi & prestasi mulai 2016

Memperluaskan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, & pakar bidang khusus menjelang 2016

Memperkukuh kriteria pemilihan & proses perancangan penggantian bagi pengetua/ guru besar mulai 2013.

Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan & kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.

a.

b.

c.

PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut:

Pembangunan instrumen PBPPP selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan) dan Anjakan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan di Setiap Sekolah).

3

44

55

4

PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20 November 2015. Pelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan pemimpin sekolah bermula pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula pada tahun 2016. Pelaksanaan PBPPP ini menggantikan semua penilaian prestasi termasuk LNPT kepada semua PPP di KPM.

Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi.

Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP.

Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.

2.1 PUNCA KUASA PELAKSANAAN

2.2 MATLAMAT PBPPP

2.3 OBJEKTIF PBPPP

a.

b.

c.

Matlamat PBPPP adalah seperti berikut:

Menilai kompetensi dan potensi PPP.

Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.

Mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan. Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan.

Mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP.

a.

b.

c.

d.

Objektif PBPPP adalah seperti berikut:

4

2.5 KOMPONEN INSTRUMEN

PBPPP merupakan suatu penilaian yang fleksibel kerana tidak terikat hanya pada satu kaedah, masa dan tempat penilaian. Penilaian boleh dilaksanakan oleh PP mengikut kesesuaian kaedah, masa dan tempat berdasarkan tugas yang dijalankan oleh PYD.

Instrumen PBPPP terdiri daripada tiga komponen iaitu Generik, Fungsional, dan Keberhasilan.

2.4 KONSEP PENILAIAN

fleksibilitikep

elba

gaian

kaed

ahkesesuaian

masa

tempatkesesuaian

GENERIK

FUNGSIONAL

KEBERHASILAN

G

F

K Dinilai berdasarkan peningkatan dan/atau pencapaian hasil kerja berasaskan bidang tugas PPP.

Dinilai berdasarkan pengetahuan dankemahiran mengikut tugas dan tempatbertugas PPP.

Dinilai berdasarkan keperluan kompetensi umum perkhidmatan awam.

5

2.5.1 Komponen GenerikKomponen Generik bertujuan untuk menilai tahap profesionalisme dan penglibatan PPP. Semua warga PPP di KPM dinilai menggunakan komponen generik yang sama tanpa mengira bidang tugas.

2.5.2 Komponen FungsionalKomponen Fungsional bertujuan untuk menilai pengetahuan dan kemahiran PPP mengikut bidang tugas yang dijalankan.

Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu PdP, PT(A), PT(B), Fasilitator, dan Jurulatih.

PT

(A)

PT

(B)

Pengajaran dan Pembelajaran - PPP yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan bawah kelolaan KPM (Sektor Pelajaran)

Pengajaran dan Pentadbiran (A) - PPP di peringkat pengurusan di sekolah dan institusi pendidikan bawah kelolaan KPM yang terlibat dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran• Kepimpinan Sekolah• Kepimpinan Institusi Pendidikan

Pengurusan dan Pentadbiran (B) - PPP di peringkat pengurusan dan pentadbiran di organisasi KPM yang terlibat hanya berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanpa pengajaran dan pembelajaran.• Pegawai di Bahagian KPM, Institusi Pendidikan, JPN dan PD

FASI

LITA

TOR

JUR

ULA

TIH

PPP yang bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara• Guru Bimbingan Kaunseling, Kaunselor Bahagian, JPN, PPD, & IPG, SISC+, SIPartners+ dan FasiLINUS & Pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan (3PK)

PPP yang mengisi jawatan khusus untuk memberikan latihan dalam bidang sukan dan seni di Sekolah Sukan & Sekolah Seni sahaja.• Jurulatih Sukan dan Seni

KA

TEG

OR

I KU

MP

ULA

N Pd

P

6

2.5.3 Komponen KeberhasilanKomponen Keberhasilan bertujuan menilai peningkatan dan/ atau pencapaian sasaran kerja serta usaha yang dilaksanakan berasaskan bidang tugas PPP yang telah dirancang sepanjang tempoh penilaian.

2.6 KONSEP INSTRUMENKomponen generik dan fungsional dalam instrumen PBPPP mempunyai struktur yang terdiri daripada Dimensi, Elemen dan Aspek.

Dimensi

Elemen

Aspek

Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen

Pemboleh ubah bagi sesuatu Dimensi (Konstruk)

Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai

7

8

Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrument dan pencapaian PYD diberikan mengikut aras penilaian berdasarkan rubrik yang ditetapkan.

Struktur Instrumen

Rubrik dan Skor Penilaian

DIMENSIELEMEN

DAN ASPEKKOD DESKRIPSI

Keupayaan pengawal untuk:

mengetahui, memahami, menghayatidan mempamerkan:

● etika kerja penjawat awam● semangat patriotisme, non-partisan, neutrality dan mematuhi tata kelakuan sebagai penjawat awam● etika kerja keguruan

PROFESIONALISMED1

NILAI PROFESIONALE1

AMALAN PROFESIONALA1.1

DIMENSI ELEMEN ASPEK

ARAS PENILAIAN

CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

4 3 2 1

Mengetahui,memahami dan menghayati semuaetika kerja yang berkaitan serta jelas

Mengetahui, danmemahami semua etika kerja yang berkaitan sertamempamerkan

Kurang mengetahui,dan kurang memahami etika kerja yang berkaitandan

Kurang mengetahui,dan tidak memahami etika kerja yang berkaitan dan tidak

ARAS PENILAIAN RUBRIK

9

Prestasi Rendah

0-59.99%

Prestasi Sederhana

60-79.99%

Prestasi Tinggi

80-89.99%

Prestasi Cemerlang

90-100%

2.7 ARAS PENCAPAIANPPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.

Prestasi pencapaian PYD dalam PBPPP dibahagikan kepada empat kategori iaitu Cemerlang, Tinggi, Sederhana dan Rendah.

GK

F+1 2

Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

Sistem ini boleh diakses oleh Ahli Jawatankuasa dan PP sahaja. Walau bagaimanapun, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun daripada laman sesawang tersebut.

Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim yang dikeluarkan KPM.

Penilaian melalui sistem e-Prestasi mestilah dilaksanakan dua kali setahun.

2.8 SISTEM E-PRESTASI

2.9 TEMPOH PENILAIAN

https://eprestasi.moe.gov.my

10

2.10.1 Prapenilaian

Sepanjang tempoh setahun penilaian, terdapat tiga fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.

Menerima takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa.

Taklimat pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi.

Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi dan pengesahan.

Pelantikan PP dan pengesahan.

Perancangan jadual pelaksanaan penilaian peringkat organisasi.

a.

b.

c.

d.

e.

2.10 FASA PENILAIAN

11

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.

PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.

PP1 dan PP2 membuat penilaian melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun.

PP berbincang dengan PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan.

PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama.

PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama.

PP mengisi, menyimpan dan menghantar skor PYD dalam secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

2.10.2 Semasa Penilaian

12

a.

b.

c.

h.

g.

Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan bagi perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2.

Jawatankuasa perlu menghantar markah akhir PYD yang telah diselaraskan melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

PYD boleh mendapatkan (mengakses) markah prestasi PBPPP bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS.

PP membuat salinan borang markah dan menyerahkan sesalinan kepada PYD bagi setiap penilaian yang dilaksanakan.

Jawatankuasa PBPPP organisasi perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan.

2.10.3 Pascapenilaian

13

Jawatankuasa PBPPP ditubuhkan untuk melancarkan pelaksanaan PBPPP pada peringkat organisasi masing-masing. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memastikan PBPPP dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan.

Keanggotaan Jawatankuasa PBPPP Organisasi terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, tiga orang Ahli Jawatankuasa dan seorang Urus Setia. Walau bagaimanapun, bilangan ahli jawatankuasa boleh dilantik melebihi tiga orang di luar sistem e-Prestasi.

3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA

3.0 JAWATANKUASA PBPPP

PENGERUSI

AH

LI JAWATANKUASA 1 A

HLI JAWATANKUASA

2 AH

LI JAWATANKUASA 3

SETIAUSAHA

URU SETIA

Dalam kes-kes tertentu, Jawatankuasa PBPPP Organisasi boleh terdiri daripada minimum tiga orang.

Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian di peringkat organisasi.

Menetapkan senarai PP dan PYD di organisasi mengikut kriteria yang ditetapkan.

Mengesahkan senarai jawatankuasa dan PP yang dikemukakan oleh organisasi yang diselia.

Merancang dan melaksanakan latihan dalaman PBPPP kepada warga organisasi.

Memastikan pelaksanaan PBPPP mengikut takwim yang telah ditetapkan.

Memastikan pengurusan dokumen terperingkat peringkat TERHAD mengikut garis panduan Arahan Keselamatan.

Memastikan PP membuat penilaian dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Memastikan semua PYD dinilai.

Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa.

Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian di peringkat organisasi.

Membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak tekal (perbezaan markah melebihi 10 antara PP1 dengan PP2).

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

j.

k.

3.2 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

14

Menubuh dan melantik Jawatankuasa.

Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan mesyuarat pelarasan markah.

Menyampaikan taklimat di peringkat organisasi.

Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa.

a.

b.

c.

d.

PENGERUSI

Menjadi penyelaras kepada Jawatankuasa.

Menghadiri mesyuarat.

Menyediakan minit mesyuarat.

Menyediakan jadual pelaksanaan.

Mengurus taklimat kepada PP dan PYD.

Menyediakan senarai cadangan PP.

Memberi latihan dalaman kepada PP.

Memantau status pelaksanaan penilaian.

Menjadi perantara organisasi dengan agensi yang berkaitan/ KPM.

Memastikan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP) disediakan oleh urus setia.

Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa.

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

j.

k.

SETIAUSAHA

3.3 PERANAN JAWATANKUASA

15

Mengurusetiakan mesyuarat.

Menyedia dan menguruskan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP).

Memantau status pelaksanaan penilaian.

Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa.

URUS SETIA

a.

b.

c.

d.

Menghadiri mesyuarat.

Mencadangkan PP.

Memantau pelaksanaan PBPPP.

Memantau status pelaksanaan penilaian.

Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa.

a.

b.

c.

d.

e.

AHLI JAWATANKUASA

16

4.0 PEGAWAI PENILAI

Syarat-syarat pelantikan PP adalah seperti berikut:

Pegawai Penilai (PP) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Jawatankuasa PBPPP organisasi dan telah disahkan pelantikan.

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

4.1 PELANTIKAN PP

PP mesti mempunyai hubungan kerja dengan PYD.

PP yang dilantik terdiri daripada: • sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada PYD; atau • Ketua Organisasi atau Penyelia kepada PYD.

Sekiranya kriteria PP di atas tidak dapat dipenuhi maka PP boleh dilantik mengikut kekananan/ lama tempoh berkhidmat dalam gred semasa/ ditentukan oleh jawatankuasa PBPPP organisasi.

PP tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan (suami, isteri, anak, adik beradik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras) dengan PYD.

PP menyelia PYD sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) pada tahun semasa.

Sekiranya tiada PP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang dari 6 bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah dilakukan oleh penyelia yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Bagi kes-kes tertentu, tempoh minimum ialah 3 bulan.

Sekiranya PP berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjang, maka PP masih boleh menjadi penilai di jabatan sebelum jika perlu.

PP boleh dilantik dalam kalangan pegawai yang berlainan skim perkhidmatan.

Sekiranya penilaian tidak diselesaikan oleh PP yang telah bersara, meninggal dunia, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, maka Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu melantik PP baharu bagi PYD tersebut.

17

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

j.

4.2 TANGGUNGJAWAB PPTanggungjawab PP adalah seperti berikut:

PP perlu dilantik dalam organisasi yang sama (Job-Based & Work Place) kecuali bagi kumpulan kepimpinan organisasi, PP dilantik dalam kalangan pegawai dari organisasi yang menyelia. Contohnya, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dinilai oleh Pegawai di PPD.

PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian.

PP mesti memastikan penggunaan instrumen yang betul mengikut bidang tugas PYD bawah seliaannya.

PP hendaklah menyelia PYD melalui pengawasan dan bimbingan yang berterusan berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun yang dinilai.

PP hendaklah berbincang dengan PYD mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi membuat pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja.

PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).

PP perlu memasukkan skor PYD ke dalam talian (online) melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

PP perlu memastikan penilaian dilaksanakan tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahun sebelumnya atau faktor yang boleh dianggap sebagai unsur-unsur pilih kasih yang boleh mencemarkan nilai integriti.

PP1 dan PP2 boleh mengadakan perbincangan berkaitan prestasi PYD namun tidak boleh berbincang dalam penetapan pemberian skor PYD.

18

i.

j.

k.

l.

m.

n.

o.

PP membuat penilaian dengan keyakinan bahawa PYD merupakan aset penting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa.

PP melaksanakan penilaian tanpa tergesa-gesa atau dilakukan pada saat akhir.

PP melaksanakan penilaian tanpa mengambil jalan mudah dengan memberikan skor dalam lingkungan pertengahan sahaja.

PP menilai tanpa memberikan perhatian yang lebih kepada perkara yang baru berlaku, sama ada bersifat positif atau negatif yang boleh mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang pegawai.

PP perlu memaklumkan skor yang diperoleh PYD mengikut aspek yang dinilai.

PP perlu menyimpan salinan Borang Markah dan menyerahkan satu salinan kepada PYD.

PP perlu menjaga kerahsiaan skor PYD sepanjang masa.

19

Kriteria PYD yang terlibat dalam PBPPP adalah seperti berikut:

Pegawai yang dinilai merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

5.0 PEGAWAI YANG DINILAI

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

j.

k.

5.1 KRITERIA PYD

PPP yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak di KPM dan agensi bawah seliaan.

Melibatkan hanya PPP Gred 54 ke bawah, Gred Khas C dan B (VK).

PPP kumpulan JUSA (VU), guru pinjaman dan kader tidak dinilaI menggunakan PBPPP.

PPP mesti berkhidmat di tempat bertugas melebihi 6 bulan (180 hari).

PPP yang baru dilantik pada tahun penilaian semasa perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) sebelum dinilai.

Jika tempoh berkhidmat pada tahun penilaian semasa tidak mencukupi, PYD akan dinilai setelah genap 6 bulan (180 hari) berkhidmat pada tahun berikutnya.

Sekiranya PYD berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjang, maka penilaian hendaklah dilaksanakan di jabatan semasa.

PYD yang akan bersara pada tahun penilaian semasa tetapi berkhidmat melebihi 6 bulan (180 hari) perlu dinilai.

Bagi jawatan tertentu, PYD boleh dinilai oleh seorang PP sahaja seperti jawatan Pegawai Khas dan Ketua Sektor di JPN (WP Labuan dan WP Kuala Lumpur).

Pegawai interim/ lantikan secara pentadbiran perlu dinilai di tempat bertugas semasa.

PPP status POOL perlu dinilai berdasarkan syarat tempoh penilaian.

20

Tanggungjawab PYD adalah seperti berikut:

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

5.2 TANGGUNGJAWAB PYD

PYD perlu mengetahui PP1 dan PP2 yang dilantik untuk menilainya.

PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama PP1 dan PP2 bagi tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian.

PYD perlu memastikan instrumen yang betul mengikut bidang tugas digunakan untuk menilainya.

PYD perlu mendapat pengawasan dan bimbingan yang berterusan berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun yang dinilai oleh PP.

PYD perlu berbincang mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi membuat pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja dengan PP.

PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama dengan PP1 dan PP2 bagi tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).

PYD perlu memastikan PP memaklumkan skor yang diperoleh mengikut aspek yang dinilai.

PYD perlu memastikan PP memberi salinan Borang Markah penilaian bagi setiap sesi penilaian.

PYD perlu menyimpan salinan Borang Markah.

21

Manual ini diharap dapat membantu pelaksana PBPPP di organisasi untuk merancang pelaksanaan dengan terancang dan tersusun seperti yang dihasratkan.

Selain sebagai sumber rujukan bagi pelaksanaan PBPPP, manual ini dapat memberi kefahaman tentang penilaian dan skop tugas serta tanggungjawab individu-individu yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pelaksanaan penilaian.

Pelaksanaan penilaian yang dibuat secara tersusun dapat memberikan impak untuk meningkatkan kebolehpercayaan sistem penilaian yang digunakan dan membantu meningkatkan prestasi dan potensi PPP di organisasi.

6.0 PENUTUP

22

SOALAN LAZIMPBPPP

a.

b.

c.

Apakah PBPPP?

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu bentuk kaedah bersepadu untuk menilai kompetensi, potensi dan keberhasilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place).

Apakah punca kuasa pelaksanaan PBPPP?

PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20 November 2015. Pelaksanaan PBPPP ini menggantikan semua penilaian prestasi sedia ada termasuk LNPT kepada semua PPP di KPM.

Apakah matlamat PBPPP?

Matlamat PBPPP adalah seperti berikut:

Apakah objektif PBPPP?

Objektif PBPPP adalah untuk:

meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi.

penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP.

mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.

1.

2.

3.

4.

a.

b.

c.

d.

menilai kompetensi dan potensi PPP.

menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.

mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan.

mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP.

25

Siapakah kumpulan sasaran PBPPP?

PPP yang telah dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan. Melibatkan PPP dari Gred Khas C dan B, Gred 54 dan ke bawah.

Siapakah PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP?

PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP ialah:

Bagaimanakah PBPPP dilaksanakan?

Penilaian dilaksanakan melalui e-Prestasi berasaskan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place) dengan menggunakan instrumen PBPPP oleh dua orang pegawai penilai.

Bilakah penilaian dijalankan?

Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh setahun. Penilaian melalui sistem e-Prestasi mesti dilaksanakan dua kali setahun.

Apakah bentuk keputusan penilaian yang akan dikeluarkan?

Keputusan penilaian akan dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan yang mengandungi peratus markah pencapaian keseluruhan dan Aras Pencapaian selepas markah akhir dimuktamadkan oleh BPSM KPM melalui aplikasi Sistem HRMIS.

Apakah tanggungjawab JKPBPPP?

Rujuk Topik 3.2 dalam Manual PBPPP.

Apakah tanggungjawab PP dalam PBPPP?

Rujuk Topik 4.2 dalam Manual PBPPP.

a.

b.

c.

d.

PPP yang bercuti tanpa gaji melebihi 180 hari dalam tahun penilaian.

PPP yang cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari.

PPP yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh atau cuti belajar separuh gaji melebihi 180 hari dalam tahun penilaian semasa.

PPP yang dipinjam keluar dari KPM.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

26

Apakah tanggungjawab PYD dalam PBPPP?

Rujuk Topik 5.2 dalam Manual PBPPP

Sejauh manakah bidang kuasa JKPBPPP dalam pengoperasian PBPPP?

JKPBPPP bertanggungjawab menentukan pemilihan dan pelantikan pegawai penilai, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian serta membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak tekal (perbezaan markah melebihi 10 antara PP1 dan PP2).

Bagaimanakah penentuan pelarasan markah dibuat oleh JKPBPPP?

Pelarasan markah yang dibuat oleh JKPBPPP haruslah berada antara markah maksimum dengan minimum yang diberikan oleh PP1 dan PP2.

Bagaimanakah keanggotaan JKPBPPP di sekolah bagi Sekolah Kurang Murid?

Perlantikan JKPBPPP Sekolah Kurang Murid ialah Guru Besar sebagai Ketua Organisasi manakala Guru Penolong Kanan lantikan sekolah boleh dilantik sebagai Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa. Minimum ahli jawatankuasa adalah 3 orang (Pengerusi, Setiausaha, Seorang Ahli).

Apakah yang perlu dilakukan oleh Pegawai Penilai (PP) sebelum bertukar/ bersara?

PP bertanggungjawab menyelesaikan penilaian kepada setiap PYD dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Apakah yang perlu dilakukan jika PP meninggal dunia?

JK PBPPP perlu membuat pengemaskinian semua PYD bawah seliaan PP berkenaan.

Adakah PYD dapat melihat skor penilaian yang diberikan oleh PP?

Boleh. PYD berhak mendapat sesalinan Borang Markah daripada kedua-dua PP bagi setiap sesi penilaian.

Adakah PP dan PYD dapat melihat markah akhir penilaian?

Tidak. PP dan PYD hanya dapat mengetahui skor penilaian bagi setiap aspek seperti dalam Borang Markah.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

27

Bagaimanakah proses pelarasan markah dilakukan?

JK PBPPP organisasi perlu mengadakan mesyuarat pelarasan untuk menyelaras dan memuktamadkan markah PYD yang tidak tekal. Markah akhir dihantar melalui Sistem e-Prestasi.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem e-Prestasi?

Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi tujuan pelaksanaan PBPPP dapat dibuat secara dalam talian.

Siapakah yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi?

Pada masa ini, hanya pegawai yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa, dan penilai sahaja yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi.

Bagaimanakah pegawai yang terlibat boleh mengakses Sistem e-Prestasi?

Pegawai boleh mengakses laman web e-Prestasi melalui laman web di https://eprestasi.moe.gov.my.

Bolehkah Sistem e-Prestasi dicapai menggunakan medium lain selain daripada komputer?

Boleh. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan medium lain seperti tablet dan telefon pintar.

Adakah Sistem e-Prestasi hanya boleh dicapai menggunakan pelayar internet tertentu sahaja?

Tidak. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan semua pelayar internet yang ada seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome dan juga Safari.

Perlukah pengguna mendaftar untuk menggunakan Sistem e-Prestasi?

Tiada pendaftaran pengguna diperlukan. Pengguna boleh log masuk menggunakan kod organisasi ataupun nombor kad pengenalan pengguna sebagai ID Pengguna.

Bolehkah pengguna menukar kata laluan setelah log masuk kali pertama?

Boleh. Pengguna digalakkan untuk menukar kata laluan.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28

Semakan nombor kad pengenalan, nama penuh seperti dalam kad pengenalan, gred, jawatan dan tempat bertugas.

Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi.

Penetapan PP1 dan PP2 oleh JK PBPPP.

Proses Penilaian oleh PP1 dan PP2.

Pelarasan markah oleh JK PBPPP.

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna?

Pengguna boleh menghubungi pengerusi dan setiausaha JK PBPPP di peringkat organisasi masing-masing untuk set semula kata laluan.

Adakah organisasi (sekolah) boleh mendaftar serta mengemas kini maklumat guru di sekolah dalam Sistem e-Prestasi?

Tidak. Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat dalam e-Operasi.

Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna bagi memastikan data serta maklumat guru telah dikemas kini dalam e-Prestasi?

Sumber maklumat serta data guru di sekolah diperoleh daripada sistem e-Operasi. Oleh yang demikian, sebarang pertambahan serta pengemaskinian data guru perlu dilakukan pada sistem e-Operasi.

Apakah langkah-langkah berkaitan dengan Sistem e-Prestasi yang perlu dilakukan sepanjang pelaksanaan PBPPP?

Terdapat 5 peringkat utama yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang terlibat dengan PBPPP iaitu:

Siapakah yang boleh menetapkan Pegawai Penilai 1 (PP1) dan Pegawai Penilai 2 (PP2) bagi kumpulan kepimpinan sekolah dan kumpulan guru?

Bagi kumpulan kepimpinan sekolah, PP1 dan PP2 akan ditetapkan oleh pihak PPD/ Bahagian. Manakala JKPBPPP sekolah boleh menetapkan PP1 dan PP2 bagi semua guru di sekolah tersebut.

28.

29.

30.

31.

32.

a.

b.

c.

d.

e.

29

Apakah punca yang menyebabkan data bagi PP1 dan PP2 bagi guru kosong (hilang) apabila selesai menghantar penetapan PP1 dan PP2?

Hal ini terjadi disebabkan ketika mengisi maklumat PP1 dan PP2 guru pada setiap helaian paparan tidak disimpan.

Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi kehilangan data setelah penetapan PP1 dan PP2 dihantar?

JKPBPPP organisasi perlu menghubungi pegawai penyelaras di PPD/ JPN/ Bahagian untuk membuka semula penetapan PP1 dan PP2. JKPBPPP organisasi perlu menyimpan (klik simpan) setiap helaian paparan ketika mengisi PP1 dan PP2 bagi setiap data guru.

Sekiranya jawatankuasa sekolah telah menghantar pelantikan PP1 dan PP2 kepada PPD/ JPN/ Bahagian tetapi terdapat kesalahan atau ingin menukar Penilai, apakah tindakan yang perlu diambil?

Sekolah boleh menghubungi PPD/ JPN/ Bahagian untuk membuka Penetapan Semula PP1 dan PP2. Walau bagaimanapun, sekiranya penilaian sudah dilakukan, sekolah perlu menghantar e-mel aduan kepada BPPK (aduan.eprestasi@moe.gov.my) dan memberikan justifikasi untuk penukaran tersebut.

Bilakah Pegawai Penilai yang telah dilantik dibenarkan log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi?

Penilai boleh log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi selepas penetapan PP disahkan oleh PPD/ JPN/ Bahagian.

Adakah pelarasan perlu dilakukan bagi semua keputusan penilaian?

Tidak. Hanya PYD yang mendapat perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2 sahaja yang perlu dibuat pelarasan markah.

Bilakah pelarasan markah boleh dilakukan?

Pelarasan markah boleh dilakukan selepas proses penilaian pada akhir tahun semasa terhadap semua PYD di organisasi tersebut selesai dilakukan dan tempoh penilaian tamat.

Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pelarasan markah dalam Sistem e-Prestasi?

Semua JKPBPPP dibenarkan untuk menguruskan pelarasan markah tetapi hanya Pengerusi sahaja yang dibenarkan menghantar markah akhir.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

30

40. Bagaimanakah pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan Sistem e-Prestasi?

Sekiranya pengguna menghadapi masalah dan ingin menyalurkan aduan, pengguna boleh mengemukakan aduan serta pertanyaan ke alamat e-mel aduan.eprestasi@moe.gov.my.

Maklumat aduan perlu lengkap dengan nombor kad pengenalan, tempat bertugas dan isu yang dihadapi untuk memudahkan pengurusan aduan.

31

AKRONIM&

GLOSARI

AKRONIMSINGKATAN MAKSUD

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

Anggota Kumpulan Pelaksana

Bahagian Pendidikan Guru

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Program Pembangunan Profesional Berterusan

Delivery Management Office

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Program Transformasi Kerajaan 2.0

Institut Pendidikan Guru

Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri

Kolej Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

New Teacher’s Charter

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan

Pengajaran dan Pembelajaran

Pegawai Penilai

Pegawai Penilai 1

Pegawai Penilai 2

Pejabat Pendidikan Daerah

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Penilaian Kompetensi dan Potensi

Pengajaran dan Pentadbiran bagi Pentadbir di Sekolah dan Institusi Pendidikan

Pengurusan dan Pentadbiran bagi PPP di PPD, JPN dan Bahagian-bahagian di KPM

Penilaian Tahap Kecekapan

Pegawai Yang Dinilai

Saraan Baru Perkhidmatan Awam

School Improvement Partners

School Improvement Specialist Coaches

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

3PK

AKP

BPG

BPPK

CPD

DMO

GBK

GTP 2.0

IPG

JKPBPPP

JPN

KM

KPM

LNPT

NTC

PBPPP

PdP

PP

PP1

PP2

PPD

PPP

PPPM

PROSPEK

PT(A)

PT(B)

PTK

PYD

SBPA

SIPartners+

SISC+

SPP

35

GLOSARIPERKATAAN MAKSUD

Pegawai dalam organisasi yang dilantik menganggotai Jawatankuasa PBPPP Organisasi.

Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen

Dokumen yang mengandungi skor PYD bagi setiap aspek penilaian yang dicetak daripada Sistem e-Prestasi.

Keterangan yang menggambarkan perkara yang diperhatikan dan diukur.

Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai.

Bahan rasmi kerajaan seperti sulit, terhad, rahsia dan lain-lain seperti yang terkandung dalam Arahan Keselamatan.

Pembolehubah bagi sesuatu dimensi (konstruk)

Ciri-ciri khusus mengikut kumpulan bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Ciri-ciri umum yang khusus untuk PPP.

Alat penilaian dalam bentuk dokumen.

Perihal berhasil atau tercapai sesuatu matlamat, rancangan, tujuan dan usaha.

Perihal sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa orang yang tertentu sahaja.

Perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2.

Kebolehan untuk melakukan sesuatu setelah diukur terhadap satu piawaian.

Dimensi manusia yang ingin dinilai bagi melihat kompetensi dan potensi seseorang PPP dalam tempoh tertentu. Konstruk bersifat konkrit ataupun abstrak dan boleh diukur.

Mempunyai nilai kejujuran, ketelusan, keutuhan dan seumpamanya.

Merujuk kepada Sekolah/ PPD/ JPN/ Institusi Pendidikan/ Bahagian di KPM.

Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas penilaian akhir PBPPP.

Individu yang berkhidmat dengan kerajaan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pegawai yang dilantik bagi menilai PYD bagi satu tempoh penilaian.

Ahli Jawatankuasa

Aspek

Borang Markah

Deskripsi

Dimensi

Dokumen Terperingkat

Elemen

Fungsional

Generik

Instrumen

Keberhasilan

Kerahsiaan

Ketidaktekalan Markah

Kompetensi

Konstruk

Nilai Integriti

Organisasi

Pasca Penilaian

Pegawai

Pegawai Penilai

36

PERKATAAN MAKSUD

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pegawai Yang Dinilai

Pelarasan

Pemerhatian

Pencerapan

Prapenilaian

Sasaran Keberhasilan

Semakan Dokumen

Semakan Semula

Semasa Penilaian

Temu bual

Pegawai yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan.

PPP yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan.

Perihal tindakan penyesuaian skor di antara julat skor PP1 dan PP2.

Kaedah mendapatkan bukti mengenai sesuatu aspek yang dinilai melalui pengamatan di luar aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP dengan menggunakan instrumen yang ditetapkan.

Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum PBPPP bermula.

Sasaran kerja tahunan yang dibuat pada awal tahun penilaian.

Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang dinilai dengan menyemak dokumen yang berkaitan.

Membuat semakan semula penetapan sasaran kerja tahunan selepas penilaian pertama sama ada mengekal, meminda, menambah atau menggugurkan.

Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semasa sesi PBPPP dijalankan.

Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang dinilai melalui perbualan yang berstruktur/ bebas.

37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSIKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 1, blok 2250, Century square 2off persiaran multimedia, cyber 6

63000 cyberjayaselangor darul ehsan

+603 8317 9000+603 8317 9119 / 9091 / 9090http://www.moe.gov.my/v/bppk

top related