bab 3 tamadun melayu

Post on 23-Jan-2017

1.559 Views

Category:

Investor Relations

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 3

TAMADUN MELAYU

• Konsep Tamadun Melayu

• Alam Melayu

• Melayu dalam Perlembagaan Malaysia

• Asas-asas tamadun Melayu

• Kemunculan Tamadun Melayu hasil

kegiatan Perdagangan

• Tamadun Melayu sebelum Islam

• Tamadun Melayu selepas Kedatangan Islam

TAMADUN MELAYU

• Dibentuk oleh sekumpulan manusia

• Digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu

• Tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara

• Dikenali dengan nama:

– Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago)

– Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia

– Nusantara

– Alam Melayu

– Tanah Jawi

• Lingua franca: Bahasa Melayu• Agama asas : Agama Islam

KONSEP MELAYU

Melayu

3 pengertian/ dimensi yang berbeza:

• Ras (genetik / biologi)

• Sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri genetik

yang sama & yang berasal dari alam Melayu

• Kebudayaan

• Pegangan & amalan yang didasarkan kepada agama

Islam & adat resam orang Melayu

• Bahasa

• Bahasa yang dituturkan di kepulauan Melayu. Ia

merangkmi subkeluarga spt Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut,

Bugis dan Sulu

• Kepulauan yang merentasi seluruh

Asia Tenggara sehingga sempadan

Australia.

• Amalan merantau (dalam kepulauan

Melayu)

• Melayu Diaspora (Melayu Cape di

Afrika Selatan)

Alam Melayu

Perkara 160 :

• Berbahasa Melayu

•Mengamalkan istiadat Melayu

•Beragama Islam

- Penakrifan di atas berkaitan dengan kaedah menentukan

warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada waktu

penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu & kemerdekaan

- Kaum Bumiputera : etnik asal Sabah & Sarawak

Melayu dlm Perlembagaan Malaysia

• Masyarakat yg mempunyai susunan

struktur sosial yg kompleks:

- Raja : pemimpin

- Golongan ulama

- Pembesar negeri

- Pedagang

- Petani

• Kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu

Asas-asas Tamadun Melayu

* Bertapak di Asia Tenggara c. 5000 tahun dahulu *

Nilai yg dibentuk oleh budaya Melayu sendiri:

• Masyarakat yg komplek dibentuk oleh penguasaan

teknologi pertanian

• Perubahan teknologi & pertanian tetap utk m’hasilkan makanan yg cukup s’panjang tahun

• Amalan bermesyuarah dalam masyarakat Melayu :

masyarakat desa & istana (raja/ sultan b’kuasa mutlak)

Nilai hasil drpd interaksi dgn tamadun luar:

• Orang Melayu terbuka dgn idea-idea baru

• Kebolehan utk menyesuaikan nilai-nilai luar dgn tempatan

• Contoh : - zaman agama Hindu & Buddha (berpengaruh di Alam Melayu)

- zaman awal kedatangan Islam (kurun ke-12)

- kuasa Barat (British) (kurun ke 19)

Asas pembentukan tamadun Melayu

- Bukti arkeologi

- Kerajaan Melayu wujud seawal 2500 tahun dahulu

- Lembah Bujang, Kedah & Kuala Selinsing, Perak

- Terdapat pelabuhan-pelabuhan yg mengendali

perdagangan jarak jauh yg melalui Selat Melaka

- Perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin

sesebuah kerajaan

- Bukti (Pjj) : wujud susunan masyarakat yg kompleks

- Nilai tamadun Melayu :

- aktiviti ekonomi perdagangan

- kebolehan utk berinteraksi dgn masyarakat luar- bersifat terbuka

- m’hormati undang-undang tempatan

- m’ambil kira pandangan org lain

Kemunculan Tamadun Melayu

Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan

• Melalui penguasaan maritim

• Beza dgn masyarakat lain di Asia (tertumpu kpd

kawasan pedalaman)

• Tamadun yg unik

• Pengaruh Hindu Buddha

- Candi Lembah Bujang, Kedah

- Candi Borobodur, Jogjakarta

- Angkor Wat, Kemboja

• Kesenian yg ada pd candi (ex: Borobodur) :

tersendiri & berbeza

• 2 empayar besar:

- FUNAN menguasai - SRIVIJAYA pedagangan

• Dicatat oleh sarjana Cina & India (Langkasuka &

Beruas, Malaysia)

Pembentukan empayar Melayu

sebelum Islam

• Agama Islam tersebar melalui 3 laluan :

- secara langsung (laluan p’dagangan dr Arab & Parsi)

- laluan perdagangan darat ke India – ke Asia Tenggara

- laluan perdagangan darat (Laluan Sutera) ke China – Asia

melalui p’dagagan laut

• Agama Islam membentuk satu tamadun yg baru

- Kesultanan Melayu Melaka

- kesultanan Melayu Islam

- (Acheh, Perlak, Patani, Johor-Riau-Lingga)

• M’jadi pusat intelektual & persuratan Melayu

• Karya-karya :

- Hikayat Raja-Raja Pasai

- Hikayat Amir Hamzah

Tamadun Melayu Selepas Kedatangan Islam

- Hukum Kanun Melaka- Undang-undang laut Melaka

- Adat Raja-Raja Melayu

- Hikayat Hang Tuah

- Sulalat al-Salatin / Sejarah Melayu

• Tokoh-tokoh alim ulama :

- Hamzah Fansuri

- Arshad al-Banjari

- Syeikh Daud al-Fatani

- Yusuf al-Makasari

- Abdul Samad al-Falimbangi

- Wali Songo

- Raja Ali Haji

• M’jadi pusat intelektual & persuratan Melayu

• Istana & masjid : pusat pengembangan ilmu & agama Islam

Pemerintah Pembesar Orang awam

Tamadun Melayu Islam :

• zaman kegemilangan tamadun Melayu

• Melaka dianggap sbg kemuncak tamadun Melayu

• Penerimaan yg begitu menyeluruh

• Orang- orang Barat yg datang ke Asia terpaksa

berhadapan dgn kesultanan-kesultanan Melayu

Islam

• perkembangan ilmu pengetahuan kerajaan Melayu Islam

tersebar luas

• Penggunaan bahasa Melayu sbg lingua franca dlm bahasa

agama & ilmu)

• Membentuk satu sistem perundangan

• Hukum kanun Melaka

• Undang-undang laut Melaka

• Berlandaskan sistem perundangan Islam & adat resam Melayu

• Sebelum itu, Batu Bersurat Terengganu : kerajaan & sistem

perundangan Islam telah wujud seawal 1303M

Bukti ketamadunan kerajaan Melayu Islam

ke arah perkembangan ilmu pengetahuan

Oleh:

Puan

Puteh Noraihan

A.Rahman

Pandangan Semesta

Tamadun Melayu

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

• Banyak berteraskan unsur-unsur akidah

Islam

• Masih terdapat unsur-unsur pandangan

semesta yang diwarisi sebelum Islam.

• Ungkapan-ungkapan Melayu :

– Peribahasa perumpamaan

– Pepatah-petitih

– Amalan kehidupan

seharian

Kesejah-

teraan

Dunia

&

Akhirat

• Orang Melayu berpegang pada akidah Islam sebagai asas pandangan semestanya.

• Keimanan & ketakwaan kepada Allah S.W.T paling penting

• Mentaati apa yg disuruh, meninggalkan laranganNya (tuntutan iman)

• Pandangan semesta orang Melayu berunsur tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam

(1) AKIDAH ISLAM

• Nilai yang asas.

• Institusi beraja : unsur masyarakat Melayu

• Kesetiaan kpd raja menjadi sebahagian

drpd budaya orang Melayu sejak awal

• Sangat menghomati pemimpin

(2) KETAATAN KEPADA RAJA

&

MENGHORMATI PEMIMPIN

• Dalam amalan seharian

• Amat menjaga adat resam

• Pantang-larang

• Adat-istiadat :

- Menyambut kelahiran, perkahwinan &

kematian

(3) BERPEGANG TEGUH

kepada ADAT RESAM

• Keutamaan kpd yg tua / berusia

• Pemahaman masyarakat Melayu

• Yg tua lebih bnyk pengalaman

• Org yg b’pengalaman dipandang penting &

tinggi

(4) MEMULIAKAN yang TUA

• Amat penting

• Amalan gelaran dlm keluarga

• Contoh:

Datuk , nenek, along, angah, pakcik,

mak cik, kakak, abang.

• Kenduri & ziarah-menziarahi

(5) MENGUTAMAKAN IKATAN

KEKELUARGAAN & HUBUNGAN SILATURAHIM

• Tidak memandang rendah pd orang lain

• Suka merendah diri

• Penghormatan diberi kpd orang lain yg

m’hormati orang Melayu

• Orang yg tidak membalas

penghormatan akan

dipandang rendah

(6) SALING MENGHORMATI

• 1 nilai yg penting

• Mengikut ajaran Islam

• Tetamu membawa rezeki kpd tuan rumah

• Tetamu di alu-alukan & dirai dengan

sebaiknya

(7) MERAIKAN TETAMU

• Cara bagaimana masyarakat Melayu cuba

mencapai persetujuan ramai

• Menyuarakan pendapat

• Persetujuan dicapai

• Mengambil kira semua orang

• Pepatah: Bulat air kerana pembetung;

Bulat manusia kerana muafakat

(10) BERMESYUARAH / BERMUAFAKAT

• Salah satu drpd ciri tamadun Melayu

• Melakukan pekerjaan secara bergotong-

royong

• Kepentingan hidup secara berkumpulan

• Aktiviti kenduri-kendara

• Menanam

• Menuai padi

• Membersihkan masjid & tanah perkuburan

(11) BERGOTONG-ROYONG

NOTA

TAMBAHAN

TAMADUN MELAYU

TEORI KEDATANGAN ISLAM

3 teori kedatangan Islam ke Alam Melayu:

1. Dari India melalui Cambay (Wilayah

Gujerat dan Koromandel)

2. Dari China melalui Canton (Khan Fu) dan

Hainan

3. Dari Tanah Arab

1. Islam dari India melalui CAMBAY

• Pengasas teori : Snouck Hurgronje• Abad ke-13 Masihi

• Cambay: wilayah Gujerat & Koromandel

• Bukti:

* Pedagang Gujerat berniaga & sebar Islam

* Hubungan perdagangan di antara India dgn Alam Melayu.

* Batu nisan di Pasai & Grisek Jawa = Batu nisan di Gujerat, India

• Semasa pemerintahan Kesultanan Delhi – orang Islam berpindah ke Timur – Kota Baghdad ditawan tentera Mongul & Perang Salib (Sepanyol)

2. Islam dari China menerusi Canton

( Khan Fu ) dan Hainan

( Abad ke 9 Masihi )

• Pengasas teori : Emanuel Gadinho Eredia

• Bukti:

* Pedagang Islam keturunan Arab dan

Parsi berdagang di Canton

* Penemuan Batu Bersurat di Terengganu

3. Islam dari Tanah Arab

• Disokong oleh: Prof Syed Muhd Naquib, Prof Dr

Hamka

• Abad ke 7 Masihi

• Bukti:

– Tulisan jawi

– Pinjaman Bahasa Arab ke dlm bhs Melayu

– Tatacara bacaan Al-Qur’an

– Pengislaman Raja-raja Melayu oleh

pendakwah timur tengah. Maharaja Derbar

II(Kedah) diislamkan oleh Syeikh Abdullah

dari Yaman. Menukar nama kpd Sultan

Muzaffar Shah.

PANDANGAN SEMESTA

MELAYU (PSM)

(Malay World View)

Sebelum & sesudah

kedatangan ISLAM

Pandangan Semesta Melayu (PSM)

• Cara orang melayu melihat & mengamati alam /

dunia dengan cara berbeza.

• PSM dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha &

Islam

Webster

• Konsep tentang alam semesta yang dipengaruhi

oleh sistem nilai (pegangan hidup, kepercayaan)

Albert Schweitzer

• Idea yang digunakan utk berfikir tentang sifat dan

tujuan alam ini wujud dan tempat terakhir manusia

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Akidah

• Politik & Kerajaan

• Sosial

• Undang-undang

• Ekonomi

• Kesenian

• Bahasa & Sastera

• Pendidikan & ilmuSyariah

• 2 jenis hubungan dalam PSM:

1. Hubungan menegak (vertikal) :

manusia dengan Tuhan

2. Hubungan mendatar (horizontal) :

manusia dengan alam

• PSM dipengaruhi oleh Islam :

* Allah / Tuhan ( kudus & suci)

* Manusia ( khalifatullah fi ardhi – wakil Tuhan di

bumi)

PSM Terhadap Alam

ALAM

PETUNJUK PENGALAMAN ILMU

GURU

IKTIBAR

Kesan Agama Hindu-Buddha Terhadap PSM:

1. Upacara agama lebih teratur

2. Hanya golongan atasan (pembesar /

bangsawan) yang terpengaruh

3. Konsep dewa-raja – Raja sbg dewa

4. Aspek kesusasteraan – utamakan seni,

keindahan, romantis, sedih, takjub

5. Sistem kasta menular dalam sistem sosial

masyarakat Melayu

PSM SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

• Islam memberi definisi baru tentang PSM:

1. Kejadian Alam – bukti kuasa Tuhan

(Langit & bumi mempunyai 7 lapisan)

2. Ilmu pengetahuan – tingkatkan Tauhid

3. Manusia berbilang bangsa & berlainan jantina –

martabat tinggi dinilai dari segi keimanan

Konsep Islam dalam PSM

1. Alam memiliki fitrahnya (Sunnatullah)

2. Hubungan manusia dengan Tuhan (Hablumminallah)

3. Hubungan sesama manusia (Hablumminannas)

4. Hidup di dunia kerana Allah (Lillah)

• PSM berpusat kepada manusia (man-centered) & Allah (God-centered)

• Orang Melayu sedar & yakin Hidup manusia terfokus kepada Allah – Allah berkuasa, alam ini anugerah Allah.

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Politik & Kerajaan

Membuka banyak pusat perdagangan. Ex: Ta-Shih, Sribuza Islam, Perlak, Samudera-Pasai

Perundangan Islam pentadbiran & Kehakimanberinspirasikan Sahifah Madinah

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Sosial

Pengaruh elitism yg diwarisi zaman Hinud-Buddha

Superior-inferior concept

Islam memperkenalkan konsep keadilan

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Undang-undang

Undang-undang Melayu diubahsuai

Separuh undang-undang Melayu, separuh lagi undang-undang Islam, Cth: Undang-undang Laut Melaka, HukumKanun Melaka

Undang-undnag Pahang: ikut undang2 Islam : Qisas, zina, fitnah, murtad, mencuri dsb.

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Ekonomi

Agraria kepada perdagangan

Aktiviti perdagangan

Sistem matawang digunapakai secara meluas

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Kesenian Islam

Kaligrafi : makam, masjid,, batu nisan, mihrab, mimbaretc.

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Bahasa & Sastera

Menggantikan bahasa Kuno: Jawa, Sanskrit danMelayu Kuno dengan Bahasa Melayu baharu danmenggunakan sistem tulisan Jawi

Perkembangan sastera : Prosa & Puisi

Ex: Hikayat pahlawan-pahlawan Islam

Ex: Karya Hamzah Fansuri – Syair Perahu, SyairDagang

Kesan & Pengaruh Islam dalam

Tamadun Melayu

• Pendidikan & ilmu syariah

Perkembangan ilmu dlm bidang usuluddin, fiqah & tasawwuf

Membawa kpd kelahiran ulama’ Melayu. Cth: Al-Raniri, Abdul Smad al-Falimbangi

TAMADUN MELAYU:Pencapaian Dalam Pelbagai Bidang

PERSURATAN MELAYU

Persuratan

sebelum

Islam

Persuratan

Selepas

Islam

Sastera Lisan & sastera hikayat

Cerita-cerita mitos, lagenda, mergastua, ungkapan - ungkapan Melayu

Mitos : Puteri Santubong, Mahsuri, Sang Kancil

Ungkapan Melayu: Gurindam, Syair, Mantera, Teromba, Seloka & Teka-teki

Persuratan sebelum Islam

Sastera, kitab, sastera ketatanegaraan, historiografi Melayu, kitab-kitab perubatan, astronomi &

matematik

•Sharabul Ashiqin (sastera kitab) > Hamzah Fansuri•Tajul Salatin (Sastera ketatanegaraan) > Bukhari al-Jauhari•Sulalatul al-Salatin (historiografi) > Tun Sri Lanang•Tayyib al-Ihsan fi Tibbil Insan > Wan Ahmad Muhammad

Zain al-Fatani

•Ilmu Falak (astronomi) > Syeikh Ahmad al-Fatani

•Raudat al- Hussab fi A’mal al-Hisab (matematik) > Syeikh Abdul Latif al-Khatib

Persuratan seLEPAS

KEDATANGAN Islam

KESENIAN MELAYU

Seni tari

Seni muzik

Seni ukir

Seni khat

Seni bela diri

Seni pertukangan

Seni TENUN

Seni SULAM

Seni KULINARI

Seni tari

• Zapin

• Mak Yong

• Inang

Seni UKIR & KHAT

• Ukiran di mimbar masjid

• Ukiran Kayu

• Ukiran Tembaga

Seni MUZIK

• Gamelan

• Cak Lempong

• Kompang

Seni tenun, sulam

& anyaman

• Songket

• Tekat

• Pua kumbu/ selendang

• Terendak

Seni BELA DIRI

&

PERSILATAN

• Silat Gayong

• Silat Cekak

• Silat Lincah

• Silat Harimau

Seni pertukangan

• Rumah

• Senjata

• Perahu

Seni kulinari

• Acar buah

• Rendang

• Gulai

• Nasi dagang, Ulam,

Ambang, Kerabu

SAINS & TEKNOLOGI

MELAYU

• Unik

• Berdasarkan keperluan-keperluan

• Berdasarkan nilai-nilai kebudayaan

Melayu

• Kebanyakan diubahsuai mengikut

cita rasa kebudayaan Melayu

• Inovatif

TEKNOLOGI

PERTANIAN

• Bajak

• Sistem Saliran Air

TEKNOLOGI

Alam bina

• Binaan rumah

• Masjid

• Rumah kutai

• Rumah panjang

• Kubah

Tekstil & warna

• Mencanting batik

• Mesin tenun

Sains ukuran,

Timbangan & sukatan

• Ukuran : jengkal, hasta, depa, relong

• Timbangan : mayam , saga

• Sukat : ling, cupak, gantang & koyan

• Masa: pekan, purnama, musim

top related