bab 3 tamadun melayu (2)

22
Pandangan Semesta Tamadun Melayu

Upload: wanarizwan

Post on 23-Jan-2017

4.052 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Pandangan Semesta Tamadun Melayu

2

Akidah Islam

Orang Melayu berpegang pada akidah Islam sebagai asas pandangan

semestanya

Mementingkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T

Pandangan semesta orang Melayu berunsur tradisional disesuaikan dengan

dasar-dasar akidah Islam.

Mentaati segala yang disuruh dan meninggalkan segala larangan Allah

adalah tuntutan imam

3

• Masyarakat Melayu sangat menghormati pemimpin. Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun Melayu

• Institusi beraja adalah unsur tradisi masyarakat Melayu.• Ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan/Raja telah menjadi sebahagian daripada budaya orangn Melayu sejak zaman awal tamadun lagi

Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin

4

Berpegang teguh kepada Adat Resam

Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti yang dapat dilihat dalam amalan hidup seharian

Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan turun-temurun

Antara adat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.

5

Memulia-kan orang Tua

Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia.

Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang muda.

Pengalaman adalah sesuatu yang dipandang penting dalam masyarakat Melayu.

6

Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim

Terbukti melalui gelaran dalam keluarga seperti datuk, nenek, along, angah, pak cik, dan makcik.

Aktiviti kenduri-kendara juga membuktikan orang Melalu mementingkan hubungan silaturrahim

Demikian juga dalam amalan ziarah-menziarahi

7

Saling menghormati

Tamadun Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain.

Mereka saing menghormati malahan seringkali bersikap rendah diri

Penghormatan diberikan kepada orang lain yang turut menghormati orang lain

Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberikan akan

dipandang rendah

8

Meraikan Tetamu

Meraikan tetamu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu.

Mengikut ajaran Islam, tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dialu-alukan dan diraikan dengan sebaik-baiknya .Pepatah Melayu- “suami pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan”

9

Bertimbang rasa

Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalm pelbagai keadaan

Sikap ini menjadikan orang Melayu tidak mementikang perasaan diri semata-mata.

10

Bersopan santun,Berbudi Bahasa

Bersopan santun dan berbudi bahasa adalah sebahgian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang dikaitkan dengan adab.

Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus budi pekertinya manakala orang yang tidak bersopan santun dan tidak berbudi bahasa sebagai biadab dan kasar.

11

Bermesyuarah/Bermuafakat

Ialah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai

Golongan ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat.

Hal ini dibuktikan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”.

12

Bergotong-royong

Salah satu daripada ciri Tamadun Melayu adalah melakukan kerja pekerjaan secara bergotong-royong.

Nilai kerjasama ini merupakan sebahagian daripada nilai kebudayaan Melayu yang berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan.

Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersih rumah ibadat dan tanah perkuburan.

13

Pencapaian Tamadun Melayu

Sebelum Islam

- Bentuk sastera lisan dan hikayat

Persuratan

Cerita mitos – Puteri Santubong

Cerita legenda – Mahsuri

Cerita mergastua – Sang Kancil

Ungkapan– pantun, peribahasa,

gurindam, seloka

Selepas Islam

Sastera kitab– Sharabul Ashiqin – Hamzah

Fansuri Sastera ketatanegaraan–

Tajul Salatin – Bukhari al-Jauhari

Historiografi– Sulalatul Salatin– Tun Sri Lanag

Kitab-kitab perubatan–Tayyib al-Ihsan fi Tibbil Insan –

Wan Ahmad Muhammad Zain al-FataniAstronomi–

Ilmu Falak– Syeikh Ahmad al-Fatani

Matematik– Raudat al-Hussab fi A’mal al-Hisab

– Syeikh Ahmad Abdul Latif al-Khatib

14

Seni tari Zapin Mak Yong Inang

Kesenian

Seni Muzik Gamelan Cak Lempong Kompang

Seni Ukir dan Khat

Mimbar masjid Ukiran kayu Ukiran tembaga

Seni Bela Diri/Persilatan Silat gayong Silat cekak Silat lincah

Seni Pertukangan Rumah Senjata Perahu

Seni Tenun, Sulaman dan Anyaman

Songket Tekat Selendang Tikar Terendak

Seni Kulinari Acar buah Rendang Gulai Nasi – Dagang, Ulam,

Ambang,

Kerabu

16

Kesinambungan antara Tamadun Melayu dan Tamadun Malaysia

Asas sistem pemerintaha

n

Agama , Adat Istiadat

Sistem Perundanga

n

Peranan Bahasa Melayu

• Tamadun Malaysia yang ada kini wujud hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan dan dapat dibuktikan melalui pelbagai sumber sejarah Arkeologi.

• Jelas sekali paksi dan landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu.

17

Asas Sistem Pemerin-tahan

• Tamadun Melayu sebelum ini seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu, Melaka Johor Riau-Lingga membentuk sistem pemerintahan yang tersendiri dan terbukti menjadi sebuah kerajaan yang berjaya.

• Setiap kuasa Melayu tersebut diperintah oleh raja atau Sultan yang mana akhirnya telah menyumbang kepada sistem pemerintahan raja berpelembagaan dalam Tamadun Malaysia hari ini.

• Sistem Raja berperlembagaan di negara ini Yang di-Pertian Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menjadi komponen penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

• Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuan tiga badan:• Badan perundangan• Badan pemerintahan• Badan kehakiman.

18

Sistem Perundangan• Sistem pentadbiran tamadun Melayu dahulu dikukuhkan

lagi dengan sistem perundangan tradisional yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah.• Melaka: Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang

Laut Melaka• Johor: Undang-undang Johor (Undang-undang Tubuh

Negeri Johor, 1895)• Pahang: Undang-Undang Pahang• Kedah: Undang-Undang Kedah• Perak: Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang

Keturunan Daripada Turun Negeri Perak• Terengganu: Perlembagaan Negeri Terengganu,

1911.• Negeri Sembilan: Hukum adan dan Undang-undang

adat.• Sistem perundangan tradisional ini telah dilanjutkan

kepada politik Malaysia dalam perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri

19

Agama dan Adat istiadat Melayu

• Berdasarkan sejarah, tamadun Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam di mana Islam dan adat Melayu telah menjadi sturktur penting kemelayuan dan ketamadunan Malaysia.

• Pengaruh tersebut berkekalan hingga kini di mana:• Islam menjadi faktor dalam mendefinisikan

Melayu (Melayu sebagai yang mengamalkan adat istiada Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.

• Islam menjadi agama Persekutuan Malaysia, dan setiap raja atau sultan ialah ketua agama bagi setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia.

• Adat Melayu juga mempengaruhi cara berpakaian, jenis pakaian, pengucapan dan tingkah laku.

20

Peranan Bahasa Melayu

• Sejarah Ketamadunan Melayu juga berkembang disebabkan peranan bahasa Melayu pada waktu itu sebagai alat penyebaran agama Islam.

• Peranan bahasa Melayu pada waktu itu yang dibantu dengan huruf jawi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam kitab-kitab agama dan bahasa karya sastera. Bahkan bahasa yang digunakan olah para pendakwah pada masa itu sebagai media komunikasi mereka.

• Hal ini menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam kalangan pedagang.

• Bahasa Melayu telah berperanan sebagai bahasa persatuan dan kesatuan Melayu pada waktu itu.

• Berdasarkan sejarah tersebut, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia

21

KESIMPULAN

• Tamadun Melayu muncul dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal

• Kemunculan tamadun awal membantu atau memberi kesan positif kepada pembinaan Tamadun Melayu

• Kerajaan Melayu awal lebih mantap setelah menerima Islam

• Islam telah banyak membawa perubahan corak pemikiran dan sosiopolitik masyarakat Melayu

• Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebagai zaman kegemilangan Tamadun Melayu

Rujukan22

Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar

Afifah Abu Yazid(et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Petaling Jaya :Pearson