atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)

Post on 19-Jul-2015

52 Views

Category:

Education

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KOLONIALISME DI ASIA TENGGARA

Pengenalan Kedatangan kuasa Barat atau kolonialis

Eropah ke AT seperti Britain, Perancis dan Belanda berkait rapat dengan gerakan imperialisme di antara abad 17-20.

Imperialisme berkaitan dengan pembentukan dan perluasan “empayar”(building an empire). Faktor-faktor tarikan di AT membawa kepada kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke rantau ini. Antara faktor tarikan adalah:

Faktor Tarikan

(1) Terdapat bahan mentah yang diperlukan oleh kuasa Eropah terutamanya selepas zaman Revolusi Perindustrian di Eropah.

(2) Asia dan AT di samping membekalkan bahan mentah juga merupakan pasaran utama bagi barang-barang keluaran kuasa Eropah.

(3) Faktor 3G (Gold, God and Glory)

3 G – GOLD & GOD

Gold- mencerminkan kekayaan rantau Asia yang boleh membantu ekonomi kuasa Eropah

God- “the cross follows the flag” (tanda salib- melambangkan kedatangan agama Kristian bersama -sama dengan kedatangan pedagang /perdagangan Eropah)

3 G- GLORY…

Glory- melambangkan faktor kemegahan atau kejayaan pemerintah atau Raja setiap negara Eropah.

Pegawai-pegawai dihantar ke Asia sebagai wakil Raja dan kerajaannya.

Kebolehan mereka meluaskan pengaruh Raja mereka serta menyumbang kepada kekayaan Raja (dan kerajaan) terutamanya dalam menerokai jalan perdagangan baru serta menguasai perdagangan rempah merupakan factor “glory” (kebanggaan/kemegahan) kepada Raja dan kerajaan.

IMPERIALISME

Terdapat 2 tahap imperialisme:

(1) Imperialisme Lama (Old Imperialism)

(2) Imperialisme Baru (New Imperialism)

Imperialisme Lama: (c. abad 16-17)

(a) Perwakilan Raja (crown enterprise) Raja – merupakan penaung utama (dari

segi bantuan kewangan, galakan moral) terhadap aktiviti penjelajahan dan penaklukan.

Ini membawa kepada “full colonization” (penjajahan mutlak).

Cth: Portugis, Sepanyol

Imperialisme Lama

(b) Syarikat- Syarikat Inggeris atau Hindia Barat (Inggeris dan Belanda)

- mengasaskan syarikat atau perwakilan korporat dengan tujuan perdagangan (tanpa mempunyai matlamat penaklukan pada awalnya. Tetapi kepentingan menjaga monopoli perdagangan dan demi mengatasi persaingan dari kuasa Eropah lain, akhirnya membawa kepada proses penaklukan)

- Cth: Kuasa Inggeris dan Belanda -

Imperialisme Lama

Keutamaan (priority) adalah “trade not territory”.

- Demi kepentingan perdagangan: menjalin hubungan atau alliances dengan pemerintah-pemerintah tempatan, kadang-kadang memaksa wujudnya “monopoli perdagangan” dan seterusnya terlibat dalam pembinaan pelabuhan dan kubu pertahanan untuk menjayakan perdagangan.

Imperialisme Baru: (abd 18-20)

Faktor- faktor perubahan:

1. Masalah monopoli (wujud persaingan dan “local rulers” cuba “mengeksploitasi” keadaan dengan membuat perjanjian dengan beberapa pihak.

2. perluasan kuasa wilayah (dari kubu untuk mempertahankan perdagangan ke kubu untuk mempertahankan wilayah)

Faktor Perubahan

3. Persaingan sengit antara kuasa-kuasa Eropah untuk pasaran, bahan mentah dan tenaga kerja Asia.

4. Kesan langsung tercetusnya Revolusi

Perindustrian di Eropah. Mercantilism Kapitalisme

“Colony” ke Kolonialisme:

Membawa kepada tahap KOLONIALISME (menjadikan wilayah perdagangan itu wilayah jajahan atau colony kuasa Eropah).

Kolonialisme- adalah keadaan di mana sesebuah negara itu dijadikan koloni kuasa asing atau penjajah. Pendudukan wilayah – sebagai koloni kuasa barat ketara di AT dari abad 17-20.

top related