assg hubungan etnik.docx
Post on 14-Jul-2016
299 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGANIsi Kandungan Muka Surat
Penghargaan 2
BAHAGIAN A : KONSEP NEGARA BANGSA DAN ISU PERPADUAN MALAYSIA
BAHAGIAN B : USAHA KERAJAAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN
BAHAGIAN C : CADANGAN MEWUJUDKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA
Rujukan
Lampiran
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, Kerja Kursus Hubungan Etnik ini dapat
disiapkan dengan sempurna tepat pada masanya.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ingin kami ucapkan
kepada pensyarah subjek Hubungan Etnik kami iaitu Encik Wan Ahmad Abd Hakim bin Wan
Dagang kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan
kerja kursus ini.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Wan Ahmad Abd Hakim bin
Wan Dagang kerana memberi masa yang mencukupi untuk kami menyiapkan kerja kursus
ini.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa kami yang
turut memberi sokongan dan dorongan baik dari segi sokongan moral mahupun kewangan
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini walaupun berjauhan dari kami.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan kelas kami yang turut sama
membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan kerja
kursus ini seperti yang telah ditetapkan.
Akhirukalam, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN B : USAHA KERAJAAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN
Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi peristiwa hitam kepada negara kita apabila berlaku
pergaduhan antara kaum yang menyebabkan pertumpahan darah dan kerosakan harta
benda. Peristiwa seperti sepatutnya tidak berlaku apabila negara kita telah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan kaum di
negara kita masih tidak dapat dicapai sepenuhnya walaupun kita telah mencapai
kemerdekaan hasil daripada kesepakatan dan perpaduan kaum. Kemerdekaan yang telah
dicapai hasil daripada perpaduan kaum menjadikan perpaduan sebagai tonggak
kemerdekaan negara kita. Oleh itu, pentingnya kesepakatan dan kerjasama antara kaum
dalam masyarakat kita agar negara tidak lagi dijajah daripada pihak penjajah yang sentiasa
mencari mangsa. Susulan daripada tragedi berdarah 13 Mei tersebut, pihak kerajaan telah
melaksanakan beberapa usaha dari segi politik, ekonomi dan sosial untuk mewujudkan
perpaduan dan membina negara bangsa.
Beberapa hari selepas berlakunya peristiwa 13 Mei, iaitu pada 17 Mei 1969, sebuah
majlis yang diberi nama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan dibawah
kuasa Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien. MAGERAN
ditubuhkan bagi mengambil alih tugas parlimen dimana majlis ini bertanggungjawab
mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin
dan sistematik serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan di antara
kaum. Selain itu, sebuah pejabat Urusetia Hal Ehwal Awam telah ditubuhkan dibawah
MAGERAN untuk menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja. Ketua Hal Ehwal
Awam bertanggungjawab mengeluarkan arahan berkenaan pembentukan dan penelitian
semua dasar dan objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal awam
serta penyelarasan agensi kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi. Selain itu, beberapa
panel seperti panel ekonomi, panel pelajaran, jawatankuasa ekonomi dan kewangan,
jawatankuasa penamaan modal serta jawatankuasa perancangan dan pembangunan
negara (JPPN) ditubuhkan untuk membantu dalam melaksanakan dasar-dasar yang
berkaitan dengan hal ehwal awam.
Pada 1 Julai 1969 , MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
JPN ditubuhkan bagi membantu kerajaan mengerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara dengan lebih teratur dan teliti. Pada 18 Julai 1969 pula, MAGERAN telah
menubuhkan Majlis Muhibah Negara bagi menggalakkan perkembangan muhibah dengan
memulihkan kepercayaan sesama kaum di Malaysia, mengkaji dan menyelesaikan masalah
dengan kerjasama pihak berkenaan yang berkaitan dengan kesulitan serta perselisihan
fahm yang berlaku antara kaum disamping membantu pertubuhan lain dan kerja-kerja
sukarela dalam lapangan kerja sosial. Majlis Muhibah turut dibentuk diperingkat pusat,
negeri, daerah dan kampung.
Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara juga berkerjasama
mentadbir Majlis Perpaduan Negara yang telah digantikan daripada Majlis Muhibah Negara
ekoran daripada Kerajaan Berparlimen yang telah dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
Majlis Perpaduan Negara ditubuhkan adalah untuk membincangkan perkara-perkara
berkaitan perpaduan negara. Segala yang difikirkan oleh Perdana Menteri perlu dirujuk
kepada majlis dan seterusnya mereka akan melakukan perbincangan serta mencadangkan
langkah-langkah penyelesaian kepada masalah perpaduan negara bagi memupuk
perpaduan kaum. Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara seterusnya
digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara pada 1 Januari 1972. Kementerian
Perpaduan Negara ini bertanggungjawab untuk mengurus serta menyelaras tugas-tugas
Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Muhibah. Selepas pilihan raya
umum pada tahun 1974, kerajaan baru Barisan Nasional dibentuk menyebabkan
Kementerian Perpaduan Negara bertukar nama menjadi Lembaga Perpaduan Negara dan
diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebuah panel penasihat yang terdiri daripada
16 ahli juga ditubuhkan. Panel penasihat ini bertanggungjawab membincangkan masalah
perpaduan, mencari idea baru bagi menghapuskan perasaan perkauman serta
mengelakkan berlakunya konflik atau konfrontasi antara kaum. Setelah mengalami banyak
perubahan sejak dari awal penubuhannya, akhirnya pada tahun 27 Mac 2004, Jabatan
Perpaduan Negara telah diberi nama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional dan
diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 9 April 2009.
Seterusnya, Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan di bawah undang-
undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. MAPEN yang dipengerusikan oleh
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien ditubuhkan untuk membincangkan dan meneliti masalah
yang berkaitan dengan perpaduan kaum untuk mencari penyelesaian supaya tregedi hitam
yang menimpa negara pada 13 Mei tidak berlaku lagi. Selain daripada membincangkan isu
yang berkaitan dengan perpaduan kaum, MAPEN juga membuat perbincangan yang
melibatkan perancangan dan penyelarasan pembangunan dari segi ekonomi, sosial,
pembangunan wilayah dan negeri. MAPEN dan MAGERAN saling bekerjasama dalam
perkara yang melibatkan perhubungan kaum di mana MAGERAN bertindak sebagai
pemerintah manakala MAPEN pula berfungsi sebagai penasihat kepada MAGERAN.
Pada 27 Januari 1970, MAPEN telah mengadakan mesyuarat yang pertama yang
dipengerusikan oleh pengarah MAGERAN dan telah menegaskan bahawa rakyat Malaysia
perlu membuat keputusan berkenaan pembentukan masyarakat Malaysia pada masa akan
datang bagi mencapai perpaduan yang harmoni. Hasil daripada perbincangan yang
diadakan selama beberapa bulan, MAPEN berpendapat bahawa negara Malaysia
memerlukan satu panduan yang boleh dijadikan ideologi untuk membentuk sebuah
masyarakat yang baru dan maju. Dengan itu, sebuah ideologi kebangsaan Malaysia yang
dinamakan Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara yang
mempunyai 5 prinsip telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak bagi menyatupadukan
masyarakat yang telah berpecah-belah akibat daripada tragedi berdarah 13 Mei. Rukun
Negara menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat sebagai
dasar dan garis panduan kepada seluruh warga Malaysia supaya proses perpaduan dapat
dipercepatkan.
Jadual 1 : Pendapatan Isi Rumah Mengikut Kaum di Semenanjung Malaysia pada
tahun 1957 sehingga tahun 1970
KAUM KADAR KEMISKINAN (%) PENDAPATAN PURATA SEBULAN (RM) (%)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00
Jadual 2 : Bancian Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Sebulan di
Semenanjung Malaysia pada tahun 1970.
Daripada Jadual 1, didapati pendapatan isi rumah paling rendah sebelum tahun 1970
adalah kaum Melayu berbanding dua lagi etnik iaitu kaum Cina dan India. Berdasarkan
Jadual 2 juga, kaum Melayu menujukkan kadar kemiskinan yang paling tinggi berbanding
kaum-kaum yang lain. Kedua-dua jadual ini menunjukkan ketidakseimbangan dalam kadar
ekonomi mengikut kaum sebelum tahun 1970 terutamanya kaum Melayu yang ketinggalan
agak jauh berbanding kaum-kaum yang lain. Kemiskinan dan ketaksamaan antara etnik
dalam penyertaan ekonomi dan pengagihan kekayaan telah dikenal pasti sebagai punca
utama ketegangan antara etnik, persengketaan dan ketidakstabilan sosio-politik Malaysia
pada lewat 1960-an. Susulan daripada itu, Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan pada
tahun 1970 sehingga tahun 1990. Dasar Pecah dan Perintah yang telah diperkenalkan oleh
pihak Inggeris sewaktu zaman penjajahan menyebabkan berlakunya jurang ekonomi antara
penduduk Bumiputera dan golongan imigran. Kaedah Imperialisme penjajah Eropah yang
digunakan di tanah jajahan ini adalah untuk melemahkan Bumiputera dan pada masa yang
sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka
daripada penduduk Bumiputera. Oleh itu, berlakunya jurang ekonomi antara penduduk asal
Tanah Melayu dan golongan imigran Cina dan India sejak zaman penjajahan lagi. Dasar
Ekonomi Baru ini telah diperkenalkan sebagai tindak balas kepada peristiwa 13 Mei yang
dikatakan terjadi kerana berlakunya jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal
untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-
politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang agar pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi dapat dihapuskan.
Jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin terlalu besar
bezanya terutama daripada aspek ekonomi dimana golongan kaya memonopoli hampir
separuh sektor ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat melibatkan diri dalam
sektor ini. Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan ekonomi
yang seimbang dalam sector ekonomi agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi
keperluan dan kehendak mereka. DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di
bandar sebagai tumpuan utama terutamanya bagi kaum bumiputera yang menjalankan
aktiviti pertanian tradisional. DEB telah mengambil beberapa langkah unutk menangani isu
ini dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak, menambahkan daya pengeluaran
dan pendapatan, memberi peluang kepada pekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya ke sektor yang lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum dan kawasan, memodenkan kehidupan diluar bandar, mewujudkan kumpulan
perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera, mewujudkan sektor pekerjaan yang
menggabungkan pelbagai kaum serta memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.
Carta 3 : Kemiskinan Isi Rumah Mengikut Kaum dan Kemiskinan Isi Rumah Mengikut
Bandar dan Luar Bandar
Berdasarkan Carta 3, selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970,
jurang ekonomi mengikut kaum dapat di dikurangkan. Impak daripada pendapatan isi rumah
yang meningkat telah hampir berjaya menghapuskan kemiskinan semua kaum dalam
tempoh 42 tahun iaitu dari tahun 1970 sehingga 2012. Kadar kemiskinan penduduk
Malaysia telah dapat diturunkan dari 49.3% kepada 1.7% pada tahun 2012. Kadar
kemiskinan Bumiputera menjunam dari 64.8% kepada 2.2%, Cina dari 26.0% kepada
hampir sifar iaitu 0.3% dan India pula merosot dari 39.2% kepada 1.8%. Kemiskinan bandar
dan luar bandar juga telah hampir dapat dibasmi.
Di samping itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan
Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk,
mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.
Kementerian Kebudayaan telah ditubuhkan pada 20 Mei 1987 bertujuan untuk merancang,
mengawal, menyelia dan melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini
bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.
Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta
memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli
(Melayu) dan agama Islam. Dasar ini sangat sesuai dibentuk dalam negara yang
mempunyai berbilang kaum bagi memastikan identiti sesuatu kaum tidak pupus ditelan
zaman disamping dapat memupuk perpaduan antara kaum melalui pengenalan tentang
budaya sesuatu kaum tersebut.
Pada 28 Februari 1991, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Dasar
Wawasan 2020 sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia di mana beliau telah
membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia-The Way Forward’. Wawasan
2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang
bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Wawasan 2020
diperkenalkan adalah bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
psikologi, perpaduan nasional dan sosial menjelang tahun 2020. Salah satu daripada
sembilan matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan negara Malaysia
bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Kesatuan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum adalah penting dalam mencapai Wawasan 2020 ini. Hal ini kerana dengan
wujudnya penyatuan bangsa, maka Malaysia dapat bergerak seiring dengan negara-negara
maju yang lain dari bidang politik, ekonomi dan juga sosial.
Dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat, generasi muda memainkan
peranan yang sangat penting dalam memastikan perpaduan kaum tercapai. Sekolah
memainkan peranan dalam memberi pendedahan awal kepada penyatuan kaum dengan
memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa. Justeru, pada tahun
1986, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang memegang jawatan Menteri
Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP). Pelaksanaan program RIMUP memberi peluang kepada murid-murid
pelbagai kaum daripada berlainan jenis atau aliran sekolah berinteraksi melalui aktiviti
integrasi atau perpaduan. Pelaksanaan program ini pada peringkat awal hanya tertumpu
pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan
dengan melibatkan pelajar pelbagai kaum. Namun begitu, kefahaman terhadap konsep serta
perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri,
daerah dan sekolah. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan semula
RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk
membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja
untuk bergaul dengan pelajar kaum dari sekolah lain.
Peranan pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan semangat
perpaduan dan cintakan negara. Cadangan untuk membentuk sistem persekolahan yang
lebih bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap suatu langkah bijak. Konsep
Sekolah Wawasan yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad ialah usaha
melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan
sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu
sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Idea
ini telah diluluskan pada tahun 1997. Sekolah Wawasan ini merupakan gabungan ketiga-
tiga sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Tamil
(SRJKT) dalam satu kawasan di mana segala kemudahan seperti padang, kantin,
perpustakaan dan sebagainya digunakan dan dikongsi bersama-sama. Murid-murid akan
dibiarkan bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama. Proses integrasi dan asimilasi
seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semula jadi. Dengan wujudnya sekolah
wawasan ini, diharapkan ia dapat membantu kerajaan dalam memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan menghapuskan bibit-bibit semangat
perkauman dalam kalangan generasi muda supaya pendedahan awal dapat diberikan
kepada mereka.
Pada tahun 2006 pula, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar
perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
(2006-2010) yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di
kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi
nasional dengan merujuk dasar-dasar kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan,
Rukun Negara dan Wawasan 2020. Ia bertujuan mencapai objektif khusus seperti memupuk
dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta bangga sebagai rakyat Malaysia,
mengurangkan segregasi kaum dan kerenggangan dalam perhubungan inter dan intra kaum
dan wilayah, meningkatkan toleransi dan keharmonian antara kaum, meningkatkan integrasi
wilayah antara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung
dan antara negeri-negeri di Semenanjung, serta menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk
mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk
Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009 adalah ramuan serta formula pentadbiran yang
akan membantu memastikan aspirasi negara dalam proses negara menuju Wawasan 2020.
1Malaysia telah dibina berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, pelbagai polisi dan
undang-undang, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Misi Nasional. Konsep 1Malaysia
adalah konsep satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia
serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik negara untuk
menghadapi sebarang cabaran kelak. Perpaduan yang sememangnya telah membentuk
teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan
dicapai lagi perlu dipelihara agar negara tidak menjadi huru-hara. 1Malaysia bertujuan untuk
menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Konsep 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ membawa
maksud bahawa untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih
dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang
membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
18 Julai 1969 Majlis Muhibah Negara ditubuhkan
Tahun 1974 Kementerian Perpaduan Negara
bertukar nama menjadi Lembaga Perpaduan Negara dan sebuah panel ditubuhkan
1 Januari 1972 Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat
Muhibah Negara digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara
29 Januari 1970 Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
ditubuhkan
23 Februari 1971 Majlis Muhibah Negara digantikan
kepada Majlis Perpaduan Negara
31 Ogos 1970 Rukun Negara dibentuk
Tahun 1970 Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan
Tahun 1971 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dibentuk
20 Mei 1987 Kementerian Kebudayaan telah
ditubuhkan
28 Februari 1991 Wawasan 2020 diperkenalkan
Tahun 1986 Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) diperkenalkan
Tahun 2006 Dasar perpaduan dan integrasi
nasional diketengahkan dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
2 April 2009 Konsep 1Malaysia diperkenalkan
Tahun 1997 Idea penubuhan Sekolah
Wawasan diluluskan
USA
HA
KER
AJA
AN
UN
TUK
MEW
UJU
DK
AN
PER
PAD
UA
N D
AN
MEM
BIN
A N
EGA
RA
BA
NG
SA
REFLEKSI
Oleh : Mariya Sazwana Binti Mohd Syukri
Kerja kursus Hubungan Etnik ini merupakan satu tarikan kepada saya kerana kerja
kursus ini menekankan konsep negara bangsa yang wujud di negara kita. Dengan kerja
kursus yang diberikan ini, ia dapat menarik minat saya untuk mengetahui lebih dalam lagi
mengenai kepelbagaian etnik dan peranan kepelbagaian etnik itu sendiri dalam mewujudkan
keharmonian negara memandangkan ia merupakan pengetahuan yang sangat penting bagi
saya sebagai rakyat Malaysia.
Melalui tugasan kerja kursus ini, saya dapat memahami konsep negara bangsa.
Walaupun konsep negara bangsa ini sentiasa wujud dalam kehidupan seharian kita, namun
ia tidak dititikberatkan oleh sesetengah masyarakat. Pembinaan negara bangsa amat
penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia. Asas
kemerdekaan negara kita merupakan hasil daripada kerjasama dan perpaduan antara kaum
yang wujud sewaktu zaman penjajahan. Oleh itu, keupayaan membina negara bangsa
sangat bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Bagi saya, subjek
ini sangat wajar untuk dijadikan kursus wajib di semua IPTA kerana ia merupakan
pendedahan yang penting kepada generasi muda dalam menjadikan negara maju dan
sentiasa aman dan harmoni.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang isu-isu perpaduan yang terjadi di
Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun isu-
isu perpaduan masih berlaku di negara kita. Hal ini sememangnya tidak boleh dipandang
remeh kerana perpaduan merupakan asas pembentukan negara Malaysia. Isu-isu sensitif
perkauman yang wujud perlu ditangani dengan sebaiknya agar tidak berlaku perpecahan
kaum yang boleh mencetuskan perang dalam negara. Perpaduan yang wujud di negara kita
perlu dijaga dengan sebaiknya kerana kepelbagaian etnik yang wujud di negara kita
menjadikan kita sebagai satu negara yang unik. Walaupun berbeza budaya, agama dan
adat, namun rakyat Malaysia masih boleh duduk dan tinggal di bumbung yang sama. Oleh
itu, isu-isu berkaitan perpaduan perlulah dielakkan agar tidak menjadikan negara huru-hara
satu hari kelak.
Tambahan pula, melalui kerja kursus ini, saya juga dapat serba sedikit menambah
ilmu pengetahuan saya tentang usaha-usaha yang dilakukakan oleh kerajaan untuk
17 Mei 1969 Majlis Gerakan Negara ditubuhkan
(MAGERAN) ditubuhkan
1 Julai 1969 Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
ditubuhkan
USA
HA
KER
AJA
AN
UN
TUK
MEW
UJU
DK
AN
PER
PAD
UA
N D
AN
MEM
BIN
A N
EGA
RA
BA
NG
SA
mewujudkan perpaduan dan membina negara bangsa di Malaysia. Sebelum ini, saya kurang
mengetahui tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan kerana sejujurnya saya
kurang membuat pembacaan. Dengan kerja kursus yang diberikan ini, saya dapat
mengetahui usaha yang dilakukan oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi untuk mewujudkan
perpaduan dan membina negara bangsa. Dari itu, saya sedar sebagai rakyat Malaysia, saya
perlu memberi sokongan kepada kerajaan dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk
mewujudkan perpaduan di negara ini. Segala peraturan dan konsep yang diperkenalkan
perlulah disokong agar matlamat kerajaan dalam mewujudkan dan mengekalkan perpaduan
itu tercapai.
Selain daripada usaha kerajaan, pihak sekolah, institusi keluarga, pihak media dan
lain-lain juga mempunyai tanggungjawab dalam mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia. Setiap pihak memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan
keharmonian negara. Setiap individu perlu peka terhadap peranan dan tanggungjawab
masing-masing dalam memastikan perpaduan kaum di Malaysia tetap teguh hingga ke akhir
zaman. Sebagai seorang bakal guru, saya sedar saya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam mewujudkan perpaduan dan semangat patriotik dalam kalangan murid-murid
saya kelak. Pelbagai usaha dan langkah yang perlu saya laksanakan agar dapat membantu
negara dalam mencapai dan meneguhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tuntasnya, dengan siapnya tugasan ini, ia memberi saya satu dimensi tentang subjek
Hubungan Etnik. Tugasan kerja kursus ini membuka minda saya untuk lebih mengetahui
mengenai negara Malaysia. Saya sedar bahawa pengetahuan tentang negara perlu saya
dalami dengan sebaiknya. Saya tidak boleh menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri
dimana tidak menghiraukan isu-isu yang berlaku di dalam negara dan hanya membuat kerja
sendiri sahaja. Pengetahuan dan pendedahan mengenai negara bangsa dan konsep
perpaduan kaum ini sangat berguna untuk didalami oleh setiap golongan masyarakat dalam
memainkan peranan bagi mewujudkan keharmonian negara. Perpaduan memainkan
peranan yang sangat penting dalam memastikan negara sentiasa aman dan harmoni. Oleh
itu, subjek Hubungan Etnik ini sangat berguna untuk diajar terutamanya kepada golongan
muda dalam membuka mata dan minda mereka mengenai keperluan perpaduan pelbagai
kaum di Malaysia agar isu-isu senstitif perkauman tidak wujud lagi di negara ini demi
kepentingan negara dan diri sendiri.
RUJUKAN
Mohd Naedry Khan. Perpaduan Kaum Asas Keteguhan Negara.
http://www.academia.edu/7715965/Perpaduan_kaum_asas_keteguhan_Negara
diakses pada 10 September 2015.
Usaha & Strategi yang Diambil oleh Kerajaan bagi Memantapkan Usaha Mencapai
Perpaduan & Integrasi Negara.
http://www.academia.edu/8731926/Strategi_hubungan_etnik diakses pada 11
September 2015.
Wawasan 2020. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020 diakses pada 10 September
2015.
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN).
http://www.hccm.com.my/clients-view/jpnin-msia-gov/ diakses pada 11 September
2015.
1Malaysia. https://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia diakses pada 26 September 2015.
1Malaysia-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-
didahulukan-pencapaian-diutamakan.html diakses pada 26 September 2015.
Deenesh Kumar a/l Nalathambi. Usaha Untuk Mencapai Wawasan 2020.
Perpaduan Dan Intergrasi Nasional. http://www.slideshare.net/ChinWei1/usaha-dan-strategi-
yang-diambil-oleh-kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-dan-inter
diakses pada 19 September 2015.
Program Transformasi Kerajaan : Pelan Hala Tuju – Ringkasan Eksekutif. (2010).
http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP%20-
%20Ringkasan%20Eksekutif/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP%20-%20Ringkasan
%20Eksekutif.pdf diakses pada 19 September 2015.
Membina Negara Bangsa. file:///C:/Users/V5-431/Desktop/Downloads/2007ppp_5_bab4.pdf
diakses pada 11 September 2015.
Sejarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.
http://www.jpnin.gov.my/sejarah diakses pada 1 Oktober 2015.
Bumiputera Bawah MBE : Mimpi Ngeri Jadi Realiti!
https://darahtuah.wordpress.com/2014/01/07/pencapaian-bumiputera-matlamat-masih-
jauh/ diakses pada 19 September 2015.
Negara Kita Kaya Ke? Apasal Rakyat Miskin?
http://hasmania-abas.blogspot.my/2015/04/negara-kita-kaya-ke-apasal-rakyat-
miskin.html diakses pada 19 September 2015.
Sekolah Wawasan. http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.my/ diakses pada 26 September
2015.
Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya,. Amir Hamzah Abdul,. Sanif bin Sapaat. Sekolah Wawasan :
Sejauh Manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu Padu di Masa Akan Datang.
LAMPIRAN
top related