apa ciri bakau

Post on 28-Jun-2015

2.543 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA

KAJIAN SOSIAL….

EKOSISTEM PAYA BAKAU

NAMA PENSYARAH :

PN. HJH KHATIJAH BT YAHAYA

PROFIL AHLI

SITI FILZAH UMAR870826-01-5516

PPISMP KS017-7003852

fill_zah@yahoo.com

SITI ZUBAIDAH MUNAVER870929-43-5644

PPISMP KS017-2886849

NUR AMIRAH MOHD YUSOF

880430-02-5258012-4294131

amyda_mira@yahoo.com

Kenali Hutan Bakau….

• Terdapat kira-kira 4% dari semua hutan di negara ini adalah bakau. Hutan paya bakau tedapat secara eksklusif di persisiran pantai dan sungai yang bertanah serta masin. Terdapat pelbagai flora dan fauna unik yang dapat di temui di hutan paya bakau.

APA ITU HUTAN PAYA BAKAU?

‘ Iaitu dirian hutan yang tumbuh di sepanjang persisiran pantai yang terlindung, di dataran lumpur dan tebing sungai. Ia wujud antara pertemuan darat dan laut. Di pengaruhi air pasang dan surut.’

CIRI-CIRI UTAMA HUTAN PAYA BAKAU

• Pokok bakau hidup di tanah yang berlumpur• Kawasannya sentiasa ditakungi air• Tanah dan airnya mangandungi garam yang

tinggi• Tahap Oksigen air yang rendah• Dipengaruhi air pasang dan surut• Menerima pancaran cahaya matahari yang

banyak• Suhu tinggi hujan lebat sepanjang tahun• Terdapat 22 spesis bakau asli

CIRI UTAMA

PAYA BAKAU

CIRI-CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN BAKAU

• Pokok bakau beketinggian sederhana tinggi

• Batang pokok bakau disokong akar ceracak di dalam tanah lembut

• Akar ini juga membantu pokok bernafas

• Di dalam air kawasan bakau terdapat tumbuhan akuatik termasuk fitoplankton

• Fitoplankton terapung-apung dalam air

Tanjung Piai Johor National Park

Realms where endless spectacles unfold….

RAMSAR Site

Taman Negara Tanjung Piai merupakan tanah terselatan di benua Asia. Tempat ini yang terletak di daerah Pontian memiliki kepelbagaian ekologi. Tanjung Piai yang meliputi kawasan seluas 926 hektar, 526 hektar di tumbuhi dengan pokok bakau. Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Tapak RAMSAR iaitu kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa. Tempat ini juga menjadi tempat hidupan laut dan darat hidup secara harmoni.

FLORA DI HUTAN PAYA BAKAU

TANJUNG PIAI

Flora Tanjung Piai Terdapat pelbagai flora yang dapat ditemui di

Tanjung Piai antaranya :- Bakau Minyak- Bakau Kurap- Lenggadai- Teruntum Merah- Bakau Putih- Pokok Api-api Ludat

Namun kebanyakan yang terdapat di sini ialah pokok bakau minyak yang majoriti tumbuh dan hidup dengan banyak.

Tumbuhan lain seperti bakau putih ada tapi jarang-jarang ditemui.

Contoh flora di Tanjung Piai…

Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata)

1. Ciri-ciri : Ketinggian pokok bakau minyak dilihat

antara 15-20 meter. Kulit kayunya licin, berwarna kelabu gelap,

bertompok putih, dan merekah sedikit. Pokok ini memiliki banir jenis akar

jangkang yang menyokong tumbuhan ini dan membolehkan ia bernafas.

Daunnya kecil iaitu 5-13 sentimeter, permukaan daunnya yang juga licin dan panjang.

Bunga berwarna krim dan berkelopak kecil. Buahnya kecil berwarna coklat berbentuk

pir (vivipari) untuk memudahkan percambahan pokok bakau di tanah lumpur

2. Kegunaan : Pokok bakau minyak digunakan sebagai

kayu api dan kayu balak dalam pembinaan seperti cerucuk.

Kulitnya boleh diguna sebagai bahan pengawet.

Batang pokok bakau minyak

Akar jangkang

Daunnya kecilLitupan pokok bakau minyak

1. Ciri-ciri : Ketinggian pokok bakau kurap hampir

sama dengan bakau minyak iaitu antara 15-20 meter.

Kulitnya pula menggerutu, terdapat rekahan berpetak dan berwarna hitam.

Banir bakau kurap juga adalah jenis akar jangkang.

Tetapi daun pokok ini pula besar iaitu 8-12 cm.

Tangkai bunga panjang, tirus dengan warna kuning, dan stil yang pendek.

Bakau Kurap(Rhizophora Mucronata)

Buah berwarna coklat, licin, dan berbentuk kon.

Panjang biji benih bakau kurap 40-60 cm. Bakau kurap mendapat nama dari biji benih

yang menggerutu. Sangat sesuai hidup di kawasan berpasir dan

tanah keras yang lembap. Ditemui jauh dari kawasan air pasang dan

surut. Berbunga sepanjang tahun.

2. Kegunaan : Sebagai kayu api dan kayu balak dalam

pembinaan seperti cerucuk. Air rebusan kulit kayu diminum untuk

wanita bersalin dan cirit-birit. Tanin diguna sebagai bahan pewarna

untuk jala.

Rhizophora MucronataBakau Kurap

Jeruju Putih

1. Ciri-ciri Daun jeruju putih tebal, berkilat, berlilin, dan

tajam pada bahagian gigi daun. Pokok ini mungkin mengeluarkan banir

sokongan yang kecil. Buahnya berwarna hijau, berkilat, berjambak,

dan ia meletup apabila masak sejauh 2 meter untuk tujuan pembiakan dan percambahan.

Pokok ini juga mengeluarkan garam pada daun.

Pokok jeruju putih tumbuh dalam lumpur berhampiran paras air pasang, atas busut, dan pokok ini merebak membentuk kelompok khasnya.

2. Kegunaan : Jeruju putih mengubati sakit sendi,

patukan ular, luka terkena panah beracun, dan batu karang. Cara rawatan ialah air rebusan daun diminum setengah gelas setiap hari.

Air dari kulitnya mengubati penyakit kulit.

Jeruju Putih

Tajam pada gigi daun

Membentuk kelompok khas

FAUNA DI HUTAN PAYA BAKAU

Tanjung Piai…..

Fauna Tanjung Piai• Terdapat pelbagai fauna atau haiwan di Tanjung

Piai antaranya:

Mamalia : Kera, monyet, lotong cikong, tupai. tikus rumah, tikus kayu dan kelawar.

Reptilia : ular, biawak, buaya,

Moluska : siput mata merah, lokan,

• terdapat juga kumpulan spesis lain seperti kumpulan amfibia, serangga, ikan, burung, yang dapat ditemui di Tanjung Piai yang berperanan menyeimbangi ekosistem fauna bakau di sini.

Ikan Belacak(Mudskipper F. Gobiidae)

1. Ciri-ciri :• Keluarga amfibia.• Spesis ikan paling mudah dilihat dalam

hutan paya bakau.• Unik kerana bertahan lama di kawasan

kurang air dan oksigen.• Bernafas dengan menahan @ menakung

air masin di dalam mulut dan insang dan ditukar kepada air masin.

• Mempunyai sepasang mata yg berada di atas kepala membolehkan mencari mangsa @ melihat pemangsa dengan lebih baik

• Sirip hadapan berotot memboleh merangkak dan melompat

• Habitat ikan belacak di kawasan lumpur dan memanjat banir @akar

Lotong Cikong( Presbytis Obscura)

1. Ciri-ciri :• Tergolong dalam kategori mamalia• Lotong cikong/ cengkung merupakan

salah satu primate yang menghuni kawasan hutan paya bakau Tanjung Piai.

• Makanan utamanya ialah daun muda, bunga dan buah-buahan.

• Anak lotong yang baru lahir berwarna kuning kemasan.

• Warna ini memberi isyarat kepada lotong dewasa lain untuk memberi penjagaan rapi kepadanya.

• 4 bulan kemudian warna anak lotong itu bertukar menjadi coklat hitam.

Lokan(F. Corbiculidee)

1. Ciri-ciri : Merupakan hidupan moluska dan

dwicengkerang (bivalve). Cengkerang keras dan besar. Boleh sesuai diri dengan baik di hutan

paya bakaudan dapat bertahan tanpa air dalam jangka masa lama.

Habitat di kawasan berlumpur berair dan tempat laluan masuk air.

Contoh lokan yang jugamenjadi sumber makanan manusia.

Taman Rekreasi Awam Pontian

Taman rekreasi awam Pontian merupakan salah satu daripada pusat rekreasi yang terletak berhampiran dengan bandar. Kedudukannya di persisiran laut menjadikan taman rekreasi ini menjadi tumpuan pengunjung yang terdiri daripada keluarga dan remaja. Berhampiran taman rekreasi ini terdapat kawasan kecil paya bakau. Di sini masih dapat dijumpai spesis flora dan fauna paya bakau. Kedudukan kawasan paya bakau yang berhampiran pusat rekreasi ini telah memberi kesan sampingan.

Kawasan paya bakau di Taman Rekreasi Awam

Pontian

Flora

Pokok Api-api (Avicennia) : • Di kawasan ini jarang di temui pokok dari jenis

bakau seperti bakau minyak.• Yang dapat dilihat kebanyakannya ialah pokok

api-api seperti api-api ludat.• Pokok ini bersaiz kecil dan sederhana. • Banirnya jenis akar pensil.• Bunga pokok api-api jingga kekuningan.• Buahnya pula berbentuk telur dan hujungnya

tajam dilitupi bulu (tomentum).

Api-api mempunyai akar-akar berbentuk seperti pensil yang muncul dari bawah tanah. Akar-akar ini dipanggil akar pernafasan

Perepat atau berembang :• Perepat ditemui berhampiran dengan kawasan

yang berhadapan dengan laut.• Tumbuhan ini juga dilihat mempunyai akar

pernafasan berbentuk pensil sama seperti pokok api-api.

Buah perepat Pokok perepat

FAUNA

Siput berungun : Siput ini dari jenis gastropoda yang terdiri

daripada pelbagai jenis dan saiz. Haiwan ini memakan daun-daun pokok

bakau yang luruh dan juga alga yang terdapat di atas permukaan lumpur (bahan detritus).

Habitat siput berungan boleh didapati di dalam lumpur dan juga batang-batang pokok.

Siput Berungun

Ketam Rebab (Uca sp) : Ketam ini bersaiz kecil dan berwarna-

warni. Ketam jantan mempunyai salah satu pengepitnya yang besar untuk melindungi kawasannya.

Selain itu ia juga digunakan untuk menarik perhatian ketam betina yang mempunyai saiz pengepit yang biasa.

Apabila air pasang, ketam ini masuk ke terowongnya dan menutup terowong dengan pintu kolong sehingga air surut.

Setiap jenis ketam rebab mempunyai raut warna yang berlainan.

Persamaan Tanah jenis lumpur. Mempunyai spesis yang tahan kepada keadaan

persekitaran yang berair masin dan berlumpur. Menjadi tempat persinggahan burung. Spesis fauna yang boleh dilihat dari hasil kajian

di kedua-dua kawasan ialah ikan belacak, siput mata merah, siput berungan, lokan, tupai, monyet, kera, dan ketam.

Spesis flora di kedua-dua tempat pula ialah pokok api-api ludat dan teruntum merah.

Perbezaan Hutan Kuantiti pokok bakau

yang banyak kerana kawasan paya yang luas dan besar serta kesesuaian tanahnya.

Kebanyakan pokok dari jenis bakau Rhizophora, Avicennia, dan Brugueira iaitu Bakau Minyak, Lenggadai, dan Bakau Kurap.

Taman Kuantiti pokok bakau

sedikit kerana kawasan paya yang kecil.

Kebanyakannya pokok teruntum merah (Lummitzera Littores) dan Bakau Api-api Ludat.

Perbezaan Hutan Memiliki akar jangkang

yang besar. Pokok-pokoknya lebih

tinggi. Persekitarannya bersih,

tiada pencemaran air, dan tiada sampah sarap.

Banyak fauna dapat dilihat dengan jelas seperti monyet, kera, dan lotong.

Taman Akar kebanyakan

berbentuk pensil. Pokoknya kecil sedikit.

Persekitarannya kotor, terdapat pencemaran air, dan banyak sampah sarap.

Faunanya terdiri daripada spesis burung, moluska seperti ikan belacak dan ketam dijumpai.

Aliran Tenaga dan Siratan Makanan

• Siratan makanan merupakan rantaian

makanan yang bertindih lapisan dan saling kaitan antara

satu organisma dengan organisama

yang lain.

• Organisma pengguna utama :

• Herbivor @ pengguna primer merupakan haiwan memakan tumbuhan

• Karnivor @ pengguna sekunder merupakan haiwan yang memakan haiwan lain

• Pengguna tertier @omnivor merupakan pemakan kedua haiwan dan tumbuhan

Pengguna

Tertier

Pengguna Sekunder

Pengguna Primer

Pengeluar

PIRAMID EKOLOGI

b. Siratan Makanan

detritus

Pemakan detritus

Karnivor kecil (Tilapia)

Karnivor besar ( Ikan Yu)

1

2

3

45

5

manusia

manusia

KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAU

Dari segi alam sekitar :

• menjadi habitat dan tempat pembiakan yang penting bagi pelbagai jenis hidupan seperti burung pekaka, hidupan akuatik seperti ikan belacak, siput merah, dan haiwan mamalia seperti monyet, kera dan sebagainya.

• Tumbuhan paya bakau juga mengawal hakisan pantai daripada tindakan ombak.

• Menjadi pembenteng daripada ombak besar.

• Berfungsi sebagai penambat sedimen.

• Tumbuhan paya bakau juga dapat menyerap nutrien dan fosforus untuk menapis kawasan pantai daripada dicemari.

• Pembekal makanan kepada pelbagai haiwan, burung, pengurai, serta hidupan akuatik

Dari segi ekonomi :

• Kayu bakau menjadi sumber bahan binaan, diguna sebagai ceracak bagunan, jeti dan sebagainya.

• Kayu bakau juga diguna sebagai sumber bahan api seperti arang kayu.

• Tanin daripada bakau kurap di guna sebagai pewarna jala bagi nelayan.

• Menjadi sumber makanan kepada manusia seperti ketam, ikan tilapia, siput mata merah dan lokan.

Pusat pelancongan Sumber makanan

Pembinaan jeti Sebagai pembenteng

K

E

P

E

N

T

I

N

G

A

N

RUMUSAN

Hutan paya bakau tedapat di sepanjang pesisiran pantai terlindung, di dataran berlumpur dan tebing sungai. Wujud di kawasan pertemuan darat dan laut dan dipengaruhi air pasang surut. Ciri utama tumbuhan bakau ialah berketinggian sederhana dan memiliki akar ceracak/jangkang untuk sokongan dan pernafasan

1.1

1.2

Sepanjang kajian di Tj. Piai ditemui pelbagai flora dan fauna. Tumbuhan disini yang kebanyakkan adalah pokok bakau memiliki keunikkan kerana mampu hidup di tanah berlumpur yang masin. Lantai hutan di sini di penuhi lumpur yang didiami pula oleh haiwan seperti udang, ketam rebab, siput yang memakan reputan dedaun, detritus dan sebagainya. Selain itu hutan ini menjadi habitat bagi hidupan seperti kera, lotong yang banyak ditemui. Burung menjadikan tempat ini sebagai zon persinggahan mereka. Kewujudan pelbagai flora dan fauna di sini dilihat berperanan menyeimbangi ekosistem di hutan bakau Tjg Piai dan keaslian hutan ini terus berkekalan.

top related