antara usaha yang akan dilaksana pemerintah. laporan oleh...

Post on 14-Mar-2019

223 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PEMERINTAH akan melaksanarancangan memperoleh peralatanbaru dan memperluas keupayaandemi menangani ancaman daridalam dan luar negara.

Dari sudut keselamatan dalamnegeri, pasukan polis akan meluas-kan Sistem Kepolisan Masyarakat(Cops) ke semua Pusat Polis Kejiran-an (NPC) menjelang tahun depan.

Teknologi bakal dimanfaat untukmempermudah kawalan, komanddan perhubungan. Ini termasuk usa-ha melengkapi anggota polis denganalat kamera pada badan dan me-letak kamera di semua blok peruma-han awam menjelang 2016.

Bagi menangani ancaman luarandan menjaga kepentingan negara didunia, pemerintah juga menekan-kan peri penting memastikan Angka-tan Bersenjata Singapura (SAF)kekal kukuh.

Pelan pemerintah untuk memasti-kan negara lebih aman, lebih sela-mat lagi terpelihara terkandung da-lam Adendum Amanat Presidenyang dikeluarkan semalam.

“Sekitaran serta sempadan yangselamat dan aman merupakan asaskewujudan dan kemakmuran sese-buah negara.

“Dinamik kuasa besar yang terusberubah, ancaman keselamatanyang merentas negara serta anca-man jenayah yang tidak mengambilkira sempadan, menjadikan sekita-ran keselamatan kita semakin ru-mit,” sebut kenyataan itu.

Bagi menangani cabaran masadepan, pemerintah turut menyerurakyat bersatu padu bagi menanga-ni ancaman yang boleh menjejas ke-harmonian antara kaum dan agama.

Teras usaha pemerintah adalahmemperkukuh keupayaan SAF,Home Team dan Khidmat Ehwal Lu-ar dan Sekretariat Penyelarasan Ke-selamatan Nasional (NSCS).

Sebagai contoh, Kementerian Eh-wal dalam Negeri (MHA) mempu-nyai rancangan membina beberapabalai bomba baru termasuk balai

bomba marin di Tanah Merah.Dalam Adendum, pemerintah

berkata negara memerlukan dasardiplomasi yang kuat untuk memper-tahan dan memajukan kepentinganSingapura di dunia.

Kementerian Ehwal Luar (MFA)misalnya mempunyai pelbagai ran-cangan memperkukuh dasar diplo-masi.

Selanjutnya, SAF akan terusmembuat pelaburan berhemahdalam peralatan canggih, agar ia da-pat menangani pelbagai ancamandan mencegah negara daripada dice-roboh. Antaranya, SAF akan mem-pertingkat keupayaan jet pejuangF-16, dan membeli dua lagi helikop-ter Sikorsky S-70B.

Dalam pada itu, peranan anggotatetap dan anggota perkhidmatannegara (NS) tidak kurang penting.

Oleh itu, pemerintah berkata iaakan melaksanakan saranan yangdikemukakan Jawatankuasa Mem-perkukuh NS (CSNS).

KAUM wanita dan le-laki yang tidak diwajib-kan menjalani perkhidma-tan negara (NS) berpelu-ang menyumbang kepadapertahanan negara apabi-la sebuah Kor Sukare-lawan Angkatan Bersenja-ta Singapura (SAF) diben-tuk tahun depan.

Kor Sukarelawan SAFakan membuka pintu ke-pada penyertaan wanita,penduduk tetap (PR) ge-nerasi pertama dan wargabaru yang berusia antara18 dengan 45 tahun.

Sebagai permulaan, pe-rancang dasar pertahananmengharapkan seramai100 hingga 150 orangtampil menyertai kumpu-lan sukarelawan tenteraitu.

Saranan membentukKor Sukarelawan itu ter-kandung dalam senarai sa-ranan yang dikemukakanJawatankuasa Memperku-kuh NS (CSNS) semalam.

Membentangkan sara-nan CSNS dalam satusidang media semalam,pengerusi jawatankuasaitu, Dr Ng Eng Hen, ber-kata:

“Usul membentukKor Sukarelawan bukantentang jumlah anggota-nya tetapi ia peluang bagimereka yang tidak mem-punyai kewajipan men-jalani perkhidmatan nega-ra untuk berkhidmat.

“Seberapa ramai yangingin berkhidmat kelak

kami akan buat penilaiandan akan menggalak war-ga berkhidmat.”

Dr Ng yang juga Men-teri Pertahanan melahir-kan keyakinan wargaakan tampil berkhidmatsecara sukarela.

Dalam saranan CSNS,relawan boleh memilihberkhidmat dalam dua la-luan – Operasi atau Spe-sialis.

Dalam rangka operasi,relawan akan dikerahmenjaga prasarana nega-ra yang penting sepertiPulau Jurong dan menga-wal orang ramai semasaacara anjuran SAF.

Mereka juga akan ber-tugas di samping anggotaunit operasi SAF.

Relawan Spesialis pulaboleh menggunakan kepa-karan mereka dalam bi-dang guaman, perubatan,psikologi dan maritim ba-gi membantu SAF dalammisi atau tugas yang ber-kaitan.

Mereka yang inginberkhidmat secara sukare-la perlu mengenakan se-ragam tentera dan men-jalani kursus empat ming-gu untuk menyesuaikandiri dengan modus ope-randi tentera.

Seperti anggota NSkerahan, relawan dike-hendaki berkhidmat se-hingga dua minggu setiaptahun, sepanjang tempohsekurang-kurangnya tigatahun.

Ke arah Singapura lebih selamat, terpeliharaLelaki, wanita yangtidak wajib jalaniNS digalak sertaiKor Sukarelawan

SEDIA BERKHIDMAT: Usul membentuk Kor Sukarelawan bukan tentang jumlah anggotanya tetapi ia peluangberkhidmat bagi mereka yang tidak mempunyai kewajipan menjalani perkhidmatan negara. – Foto fail

MANFAAT TEKNOLOGI: Bagi memanfaatkan kawalan, komand dan perhubungan, anggota polis bakal dilengkapi dengan alat kamera yang dipasang dibadan. – Foto fail

KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF)E Pertingkat jet pejuang F-16, peroleh pesawat berbilang fungsi A330 MRTT, dua kapal selam Type-218SG dan dua lagi helikopter

Sikorsky S-70B.E Sediakan pertahanan udara berbilang lapisan dengan sistem peluru berpandu darat-ke-udara Spyder dan Aster-30.E Peroleh lebih banyak kenderaan berperisai Terrex.E Laksana saranan Jawatankuasa Memperkukuh NS (CSNS).E Susun semula Majlis Penasihat mengenai Perhubungan Masyarakat dalam Pertahanan (Accord).

KEMENTERIAN EHWAL LUAR (MFA)E Sumbang kepada usaha Asean membina Komuniti Asean menjelang 2015 dan Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau

(RCEP).E Kekal hubungan baik dan bina kerjasama dua hala dengan negara jiran terdekat, Malaysia, Indonesia dan Brunei.E Perkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat, China, Jepun, Australia, India dan Kesatuan Eropah.E Kenal pasti peluang baru di Timur Tengah, Turkey, Amerika Latin dan Afrika.E Perluas ruang strategik Singapura menerusi penyertaan dalam badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).E Manfaat teknologi untuk sediakan khidmat konsular kepada rakyat Singapura di luar negara.

KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI (MHA)E Perluas Sistem Kepolisan Masyarakat (Cops) ke semua Pusat Polis Kejiranan (NPC) menjelang 2015.E Tubuhkan Ibu Pejabat Divisyen Polis baru, dua NPC baru dan pertingkat keupayaan Pondok Polis Kejiranan (NPP) dengan

khidmat elektronik 24 jam.E Semak dan lakar peraturan cegah kebakaran, bina balai bomba baru termasuk balai bomba marin di Tanah Merah.E Laksana Sistem Pelepasan Bersyarat (CRS) dan Skim Penjagaan Lanjut Wajib (MAS) bagi membantu banduan daripada

mengulangi kesalahan mereka.E Perkenal rang undang-undang basmi sindiket jenayah dan kawal kegiatan perjudian di ruang siber.E Manfaat teknologi:

a) Uji penggunaan kamera yang dipasang pada badan; pasang kamera di semua blok HDB menjelang 2016b) Peroleh mesin pemadam kebakaran tanpa pemandu.c) Perkenal pasport biometrik baru dan perluas penggunaan teknologi biometrik di pusat pemeriksaan.

E Perkukuh kerjasama dengan masyarakat bagi tangani kecemasan.

PEJABAT PERDANA MENTERI (Sekretariat Penyelarasan Keselamatan Nasional)E Terus buat jangkaan tentang isu dan risiko keselamatan menerusi Penilaian Risiko dan Sistem Pemantauan Ufuk (RAHS).E Kerjasama dengan Makmal Nasional Pertubuhan Sains Pertahanan (DSO) untuk kenal pasti bidang saling berkait dalam

keselamatan negara. Fasa perintis akan memberi tumpuan kepada sektor Tenaga, Air dan Infokom. Fasa selanjutnya meninjauPengangkutan dan Kesihatan.

E Kerjasama untuk lindungi prasarana maklumat negara menerusi Program Penyelidikan dan Pengembangan Keselamatan SiberNasional.

E Sebar kesedaran kepada rakyat tentang risiko keselamatan negara menerusi pelbagai saluran.E Selaraskan usaha pelbagai agensi untuk menerangkan dasar dan bina daya tahan sosial.

ADENDUM AMANAT PRESIDEN

Pemerintah akan melaksana pelbagai rancangan untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara. Berikut kami siarkanantara usaha yang akan dilaksana pemerintah. Laporan oleh ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg)

Sistem kepolisandipertingkat,

keupayaan SAF dandasar diplomasi

diperkukuh

GrowYourStock

Call 1800 289 8822or e-mail

notices@sph.com.sgto place your

Mergers &Acquisitions Notices

SEKILAS

Berita Harian | Jumaat, 23 Mei 2014 13

Wacana PANDANGAN

top related