selasa, 27 januari 2015 (6 rabiulakhir 1436) sebuah .../media/gov/files/media/20150127_bh... ·...

1
EERVINA MOHD JAMIL [email protected] dan EIRMA KAMARUDIN [email protected] BILANGAN penyalah guna dadah Melayu yang ditangkap berkurangan sebanyak 7 peratus, daripada 1,710 penyalah guna di- tangkap pada 2013 kepada 1,586 tahun lalu. Bagaimanapun, bilangan penya- lah guna dadah Melayu baru bertam- bah 14 peratus, daripada 513 pada 2013 kepada 585 tahun lalu. Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataannya semalam berka- ta pihaknya telah menangkap 3,085 penyalah guna dadah tahun lalu – satu kemerosotan sebanyak 14 pera- tus berbanding 3,581 penyalah guna yang ditangkap pada 2013. Bilangan penyalah guna dadah baru yang ditangkap juga berkurang – 1,058 ditangkap tahun lalu berban- ding 1,110 pada 2013, kata CNB. Namun, kadar penyalah guna dadah baru berbanding jumlah kese- luruhan penyalah guna dadah di sini meningkat sejak 2013. Dua pertiga penyalah guna dadah baru berusia bawah 30 tahun. Heroin dan methamphetamine, atau Ice, kekal menjadi dua dadah yang paling biasa diambil, dengan se- kitar 92 peratus penyalah guna dadah yang ditangkap mengambil salah satu daripadanya. Ganja atau cannabis pula merupakan dadah keti- ga paling biasa digunakan. Mengulas perangkaan terkini CNB itu, Menteri Negara Kanan (Eh- wal Dalam Negeri merangkap Ehw- al Luar) Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau gembira jumlah keseluruhan penya- lah guna dadah terus berkurangan. Masyarakat, dengan pimpinan badan bantu diri seperti Mendaki dan Angkatan Karyawan Islam (AMP), tidak mengelak daripada masalah itu. “Bagaimanapun, kita tidak boleh mudah puas hati. Sementara kemero- sotan secara keseluruhan ini meng- galakkan, peningkatan penyalah gu- na Melayu yang baru bererti lebih ra- mai daripada masyarakat kita men- cuba dadah buat kali pertama. “Banyak lagi usaha boleh dijalan- kan bagi mengelakkan generasi baru Melayu daripada menjadi hamba dadah,” kata Encik Masagos. Pasukan Petugas mengenai Belia dan Dadah yang dipengerusikannya bersama Menteri Negara (Pendidi- kan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Cik Sim Ann, sedang berusaha mengatasi isu tersebut. “Kami akan melihat sama ada tin- dakan atau perubahan segera perlu diambil serta kedudukan jangka pan- jang kami mengenai isu dadah ini,” ujar Encik Masagos. Dengan perangkaan CNB yang menunjukkan bahawa dua pertiga pesalah dadah baru yang diberkas tahun lalu berusia bawah 30 tahun, Encik Masagos berkata tugas pasu- kan petugas itu kini lebih penting. Pasukan petugas itu akan me- ngumpul maklum balas golongan be- lia dan dewasa muda tentang usaha pencegahan dadah dan bakal mem- bentangkan saranannya menjelang suku ketiga tahun ini. Menurut CNB, kebanyakan pe- nyalah guna dadah yang ditangkap hanya mengambil satu jenis dadah. Sekitar 15 peratus (467 penyalah gu- na) mengambil lebih daripada satu je- nis dadah. Gabungan penggunaan dadah je- nis heroin dan methamphetamine merupakan paling biasa di kalangan penyalah guna dadah yang mengam- bil lebih daripada satu jenis dadah. CNB telah menjalankan 52 opera- si tahun lalu, termasuk 20 operasi se- rata negara dan menumpaskan 21 sindiket dadah. Operasi yang disokong Pasukan Polis Singapura (SPF) itu menyasar pengedar dadah peringkat pertenga- han, pengedar dadah jalanan dan penyalah guna dadah. CNB juga telah menjalankan 1,747 operasi di pusat pemeriksaan dengan kerjasama Home Team, se- perti SPF dan Penguasa Pusat Pemer- iksaan dan Immigresen (ICA). Dadah yang dirampas tahun lalu di- anggarkan bernilai $8.14 juta – 60 pe- ratus lebih rendah berbanding 2013. Ganja yang dirampas meningkat 125 peratus, daripada 15.57 kilo- gram kepada 35 kilogram; metham- phetamine turun 72 peratus (daripa- da 44.06 kilogram kepada 12.41); ‘Ice’ meningkat daripada 8.85 kilo- gram kepada 9.06 kilogram. Menurut CNB, pendidikan pence- gahan dadah terus menjadi tumpuan utama. Ia telah menganjurkan pel- bagai acara seperti ‘DanceWorks!’ dan Kempen Anti-Penyalahgunaan Dadah untuk menyebarkan mesej antidadah. CNB juga bekerjasama dengan ra- kan-rakan serantau menangani geja- la dadah. Tahun lalu ia menjalankan 19 operasi bersama, termasuk opera- si bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Malaysia pada November lalu. Tiga suspek diberkas dan dadah bernilai RM5.2 juta ($1.94 juta) dirampas di Johor Bahru. Pengarah CNB, Encik Ng Ser Song, berkata adalah penting terus berpegang teguh pada pendekatan tiada toleransi terhadap dadah dan penyalahgunaan dadah demi memas- tikan anak-anak Singapura membe- sar dalam sebuah masyarakat bebas dadah. “CNB menggesa masyarakat su- paya terus menyokong kami dalam perjuangan terhadap penyalah- gunaan dadah,” kata beliau. KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, yang dibebas- kan dengan jaminan polis Sabtu lalu selepas ditahan berkaitan dadah, ber- kata beliau tidak dipaksa menyanyi ketika dalam lokap. Zamani yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Kuala Lumpur, Rabu lalu sete- lah didapati positif dadah, menje- laskan beliau dengan rela hati menya- nyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas pegawai polis itu berkata mereka peminat Slam. “Polis itu menyanyi beberapa lagu Slam di hadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali,” kata Za- mani, 44 tahun, lapor laman Mstar. Menurutnya, pegawai polis yang merakam nyanyiannya berjanji raka- man itu ialah bagi simpanan peribadi. Namun, rakaman vid- eo Zamani menyanyi lagu popularnya, Gerimis Men- gundang, dengan tangan- nya bergari, tersebar di la- man sosial hingga menim- bulkan kemarahan orang ramai yang menganggap perbuatan itu sebagai penghinaan terhadap se- orang insan seni. Dua pegawai polis yang dikenal pasti terbabit merakam dan meyebar- kan video itu telah digan- tung tugas. Reaksi orang ramai terhadap penangkapan- nya serta isu video yang menjadi viral, bagaim- anapun, membuka mata Zamani akan keprihatinan peminat mengenainya. “Baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih. “Insya-Allah saya akan berusaha berubat dan ke pusat pemu- lihan dadah selepas segalanya selesai. “Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pu- lih daripada dadah ini,”ujarnya. Zamani berkata sejak ber- gelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, beliau sudah dua kali se- cara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan. Status sebagai selebriti me- nyukarkannya pergi ke pusat terse- but sembunyi-sembunyi, katanya. Zamani, yang akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang 27 Jan- uari ini, berkata dia bersedia menjala- ni pemulihan bagi mengatasi ketagi- hannya. Dia ditahan di sebuah rumah di Taman Keramat, Ampang, bersama seorang wanita berusia 33 tahun. ENUR FADHILAH SALLEH [email protected] MUFTI Besar Mesir, Sheikh Dr Shawki Allam, melawat Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpu- lan Pemulihan Keagamaan (RRG) semalam dan menghargai usaha RRG menangani fahaman radikal dan ekstremisme di Singapura, dan menyatakan perlunya usaha menolak fahaman itu, terutama dalam kalangan belia. Pada malam pula, Sheikh Dr Shawki menyampaikan Ceramah Muis bertema ‘Membangunkan Masyarakat Harmoni dalam Du- nia Pluralistik’ yang dipengerusi- kan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di Hotel Or- chard. Dalam buku pelawat pusat RRG itu beliau menulis: “Cabaran membetulkan kon- sep yang disalah faham adalah sa- lah satu isu penting yang kita per- lu tangani bagi melindungi belia kita dan generasi akan datang da- lam rangka syariah daripada kega- nasan”. Di pusat itu, Sheikh Dr Shawki dan penasihat kanannya, Dr Ibra- him Negm, diberi taklimat oleh Ustaz Dr Mohamed Ali dan seor- ang anggota sekretariat RRG, Ustaz Ahmad Saiful Rijal Hassan. Mereka juga meninjau maklu- mat tentang usaha RRG yang dipa- par melalui pameran interaktif di situ. Sheikh Dr Shawki diberi cende- rahati berbentuk sebuah carta se- lak kecil yang penuh dengan kata- -kata hikmah yang diambil daripa- da beberapa agama di Singapura, termasuk agama Buddha, Islam, Kristian, dan Taoisme. Beliau penerima pertama carta selak itu, yang merupakan satu ini- siatif Masjid Khadijah bagi mene- kankan nilai-nilai keamanan, ka- sih sayang dan toleransi antara masyarakat berbilang kaum. “Kami juga berasa ini hadiah Masjid Khadijah kepada Singapu- ra yang menyambut SG50 tahun ini dan juga sebagai permulaan langkah kami mengadakan pro- gram-program bagi menyambut 100 tahun Masjid Khadijah tahun ini,” ujar Naib pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali. Sheikh Dr Shawki berada di si- ni dalam rangka lawatan empat hari bermula Sabtu lalu di bawah Program Pelawat Unggul (DVP) anjuran Majlis Ugama Islam Si- ngapura (Muis). Lawatan Mufti Besar Mesir di bawah DVP turut ditaja oleh Si- ngapore Press Holdings (SPH). Ceramah Awal semalam, be- liau melakukan kunjungan mu- hibah ke atas Presiden Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana. Hari ini, beliau akan bertemu Menteri Negara Kanan (Ehwal Da- lam Negeri merangkap Ehwal Lu- ar), Encik Masagos Zulkifli Masa- gos Mohamad, bagi jamuan te- ngah hari. Seterusnya, beliau akan mela- wat Madrasah Aljunied Al-Islami- ah bagi satu majlis perbincangan bertemakan ‘Pembelajaran Islam di Dunia Moden: Nasihat bagi Pe- lajar dan Guru’ bersama pelajar serta pendidik madrasah itu. Laporan lain – Muka 6 Zamani: Saya tidak dipaksa menyanyi di lokap Mufti Besar Mesir sampaikan ceramah awam SOLAT Subuh 5.55 Syuruk 7.16 Zuhur 1.19 Asar 4.41 Maghrib 7.20 Isyak 8.32 Penagih dadah Melayu diberkas berkurang Berita Harian Singapura @BeritaHarianSG Akhbar ini dicetak pada 9.30 malam. Untuk edisi digital BH, lungsuri BeritaHarian.sg MCI (P) 061/09/2014 50 sen Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini Berita Harian Singapura @BeritaHarianSG CERAMAH MUIS: Mufti Besar Mesir, Sheikh Dr Shawki Allam dan Dr Yaacob Ibrahim, di ceramah Muis yang bertemakan ‘Membangunkan Masyarakat Harmoni dalam Dunia Pluralistik’ yang disampaikannya dan dipengerusikan Dr Yaacob. – Foto: JOHARI RAHMAT SELASA, 27 JANUARI 2015 (6 RABIULAKHIR 1436) ZAMANI: Dengan rela hati menyanyi sebab diminta se- cara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam. – Foto BHM Laporan lain – Muka 2 Ulama turut melawat pusat sumber RRG Bagaimanapun bilangan penagih Melayu baru bertambah 14 peratus

Upload: ngokhanh

Post on 02-Mar-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EERVINA MOHD [email protected] dan

EIRMA [email protected]

BILANGAN penyalah gunadadah Melayu yang ditangkapberkurangan sebanyak 7 peratus,daripada 1,710 penyalah guna di-tangkap pada 2013 kepada 1,586tahun lalu.

Bagaimanapun, bilangan penya-lah guna dadah Melayu baru bertam-bah 14 peratus, daripada 513 pada2013 kepada 585 tahun lalu.

Biro Narkotik Pusat (CNB)dalam kenyataannya semalam berka-ta pihaknya telah menangkap 3,085penyalah guna dadah tahun lalu –satu kemerosotan sebanyak 14 pera-tus berbanding 3,581 penyalah gunayang ditangkap pada 2013.

Bilangan penyalah guna dadahbaru yang ditangkap juga berkurang

– 1,058 ditangkap tahun lalu berban-ding 1,110 pada 2013, kata CNB.

Namun, kadar penyalah gunadadah baru berbanding jumlah kese-luruhan penyalah guna dadah di sinimeningkat sejak 2013. Dua pertigapenyalah guna dadah baru berusiabawah 30 tahun.

Heroin dan methamphetamine,atau Ice, kekal menjadi dua dadahyang paling biasa diambil, dengan se-kitar 92 peratus penyalah gunadadah yang ditangkap mengambilsalah satu daripadanya. Ganja ataucannabis pula merupakan dadah keti-ga paling biasa digunakan.

Mengulas perangkaan terkiniCNB itu, Menteri Negara Kanan (Eh-wal Dalam Negeri merangkap Ehw-al Luar) Encik Masagos ZulkifliMasagos Mohamad, berkata beliaugembira jumlah keseluruhan penya-lah guna dadah terus berkurangan.

Masyarakat, dengan pimpinan

badan bantu diri seperti Mendakidan Angkatan Karyawan Islam(AMP), tidak mengelak daripadamasalah itu.

“Bagaimanapun, kita tidak bolehmudah puas hati. Sementara kemero-sotan secara keseluruhan ini meng-galakkan, peningkatan penyalah gu-

na Melayu yang baru bererti lebih ra-mai daripada masyarakat kita men-cuba dadah buat kali pertama.

“Banyak lagi usaha boleh dijalan-kan bagi mengelakkan generasi baruMelayu daripada menjadi hambadadah,” kata Encik Masagos.

Pasukan Petugas mengenai Beliadan Dadah yang dipengerusikannyabersama Menteri Negara (Pendidi-kan merangkap Perhubungan danPenerangan) Cik Sim Ann, sedang

berusaha mengatasi isu tersebut.“Kami akan melihat sama ada tin-

dakan atau perubahan segera perludiambil serta kedudukan jangka pan-jang kami mengenai isu dadah ini,”ujar Encik Masagos.

Dengan perangkaan CNB yangmenunjukkan bahawa dua pertigapesalah dadah baru yang diberkastahun lalu berusia bawah 30 tahun,Encik Masagos berkata tugas pasu-kan petugas itu kini lebih penting.

Pasukan petugas itu akan me-ngumpul maklum balas golongan be-lia dan dewasa muda tentang usahapencegahan dadah dan bakal mem-bentangkan saranannya menjelangsuku ketiga tahun ini.

Menurut CNB, kebanyakan pe-nyalah guna dadah yang ditangkaphanya mengambil satu jenis dadah.Sekitar 15 peratus (467 penyalah gu-na) mengambil lebih daripada satu je-nis dadah.

Gabungan penggunaan dadah je-nis heroin dan methamphetaminemerupakan paling biasa di kalangan

penyalah guna dadah yang mengam-bil lebih daripada satu jenis dadah.

CNB telah menjalankan 52 opera-si tahun lalu, termasuk 20 operasi se-rata negara dan menumpaskan 21sindiket dadah.

Operasi yang disokong PasukanPolis Singapura (SPF) itu menyasarpengedar dadah peringkat pertenga-han, pengedar dadah jalanan danpenyalah guna dadah.

CNB juga telah menjalankan1,747 operasi di pusat pemeriksaandengan kerjasama Home Team, se-perti SPF dan Penguasa Pusat Pemer-iksaan dan Immigresen (ICA).

Dadah yang dirampas tahun lalu di-anggarkan bernilai $8.14 juta – 60 pe-ratus lebih rendah berbanding 2013.

Ganja yang dirampas meningkat125 peratus, daripada 15.57 kilo-gram kepada 35 kilogram; metham-phetamine turun 72 peratus (daripa-da 44.06 kilogram kepada 12.41);‘Ice’ meningkat daripada 8.85 kilo-gram kepada 9.06 kilogram.

Menurut CNB, pendidikan pence-

gahan dadah terus menjadi tumpuanutama. Ia telah menganjurkan pel-bagai acara seperti ‘DanceWorks!’dan Kempen Anti-PenyalahgunaanDadah untuk menyebarkan mesejantidadah.

CNB juga bekerjasama dengan ra-kan-rakan serantau menangani geja-la dadah. Tahun lalu ia menjalankan19 operasi bersama, termasuk opera-si bersama Jabatan Siasatan JenayahNarkotik Malaysia pada Novemberlalu. Tiga suspek diberkas dan dadahbernilai RM5.2 juta ($1.94 juta)dirampas di Johor Bahru.

Pengarah CNB, Encik Ng SerSong, berkata adalah penting terusberpegang teguh pada pendekatantiada toleransi terhadap dadah danpenyalahgunaan dadah demi memas-tikan anak-anak Singapura membe-sar dalam sebuah masyarakat bebasdadah.

“CNB menggesa masyarakat su-paya terus menyokong kami dalamperjuangan terhadap penyalah-gunaan dadah,” kata beliau.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulanSlam, Zamani Ibrahim, yang dibebas-kan dengan jaminan polis Sabtu laluselepas ditahan berkaitan dadah, ber-kata beliau tidak dipaksa menyanyiketika dalam lokap.

Zamani yang ditahan di lokap IbuPejabat Polis Daerah (IPD) AmpangJaya, Kuala Lumpur, Rabu lalu sete-lah didapati positif dadah, menje-laskan beliau dengan rela hati menya-nyi kerana diminta berbuat demikiansecara baik selepas pegawai polis ituberkata mereka peminat Slam.

“Polis itu menyanyi beberapa laguSlam di hadapan saya dan memintasaya turut nyanyi sekali,” kata Za-mani, 44 tahun, lapor laman Mstar.

Menurutnya, pegawai polis yangmerakam nyanyiannya berjanji raka-man itu ialah bagi simpanan peribadi.

Namun, rakaman vid-eo Zamani menyanyi lagupopularnya, Gerimis Men-gundang, dengan tangan-nya bergari, tersebar di la-man sosial hingga menim-bulkan kemarahan orangramai yang menganggapperbuatan itu sebagaipenghinaan terhadap se-orang insan seni.

Dua pegawai polisyang dikenal pasti terbabitmerakam dan meyebar-kan video itu telah digan-tung tugas.

Reaksi orang ramaiterhadap penangkapan-nya serta isu video yangmenjadi viral, bagaim-anapun, membuka mataZamani akan keprihatinanpeminat mengenainya.

“Baru saya tahu masihramai yang sayangkansaya dan mahu melihatsaya pulih.

“Insya-Allah saya akanberusaha berubat dan ke pusat pemu-lihan dadah selepas segalanya selesai.

“Saya tahu bukan mudah untukmemberi janji kerana susah untuk pu-lih daripada dadah ini,”ujarnya.

Zamani berkata sejak ber-gelumang dengan gejala dadah 10tahun lalu, beliau sudah dua kali se-cara sukarela ke pusat pemulihandadah Agensi Dadah Kebangsaan.

Status sebagai selebriti me-nyukarkannya pergi ke pusat terse-but sembunyi-sembunyi, katanya.

Zamani, yang akan dihadapkan keMahkamah Majistret Ampang 27 Jan-uari ini, berkata dia bersedia menjala-ni pemulihan bagi mengatasi ketagi-hannya.

Dia ditahan di sebuah rumah diTaman Keramat, Ampang, bersamaseorang wanita berusia 33 tahun.

ENUR FADHILAH [email protected]

MUFTI Besar Mesir, Sheikh DrShawki Allam, melawat PusatSumber dan Kaunseling Kumpu-lan Pemulihan Keagamaan (RRG)semalam dan menghargai usahaRRG menangani fahaman radikaldan ekstremisme di Singapura,dan menyatakan perlunya usahamenolak fahaman itu, terutamadalam kalangan belia.

Pada malam pula, Sheikh DrShawki menyampaikan CeramahMuis bertema ‘MembangunkanMasyarakat Harmoni dalam Du-nia Pluralistik’ yang dipengerusi-kan Menteri Bertanggungjawabbagi Ehwal Masyarakat Islam, DrYaacob Ibrahim, di Hotel Or-chard.

Dalam buku pelawat pusatRRG itu beliau menulis:

“Cabaran membetulkan kon-sep yang disalah faham adalah sa-lah satu isu penting yang kita per-lu tangani bagi melindungi beliakita dan generasi akan datang da-lam rangka syariah daripada kega-nasan”.

Di pusat itu, Sheikh Dr Shawkidan penasihat kanannya, Dr Ibra-him Negm, diberi taklimat olehUstaz Dr Mohamed Ali dan seor-ang anggota sekretariat RRG,Ustaz Ahmad Saiful Rijal Hassan.

Mereka juga meninjau maklu-mat tentang usaha RRG yang dipa-par melalui pameran interaktif disitu.

Sheikh Dr Shawki diberi cende-rahati berbentuk sebuah carta se-lak kecil yang penuh dengan kata--kata hikmah yang diambil daripa-da beberapa agama di Singapura,termasuk agama Buddha, Islam,Kristian, dan Taoisme.

Beliau penerima pertama carta

selak itu, yang merupakan satu ini-siatif Masjid Khadijah bagi mene-kankan nilai-nilai keamanan, ka-sih sayang dan toleransi antaramasyarakat berbilang kaum.

“Kami juga berasa ini hadiahMasjid Khadijah kepada Singapu-ra yang menyambut SG50 tahunini dan juga sebagai permulaanlangkah kami mengadakan pro-gram-program bagi menyambut100 tahun Masjid Khadijah tahunini,” ujar Naib pengerusi RRG,Ustaz Dr Mohamed Ali.

Sheikh Dr Shawki berada di si-ni dalam rangka lawatan empathari bermula Sabtu lalu di bawahProgram Pelawat Unggul (DVP)anjuran Majlis Ugama Islam Si-ngapura (Muis).

Lawatan Mufti Besar Mesir dibawah DVP turut ditaja oleh Si-ngapore Press Holdings (SPH).

Ceramah Awal semalam, be-liau melakukan kunjungan mu-

hibah ke atas Presiden Tony TanKeng Yam dan Perdana MenteriLee Hsien Loong di Istana.

Hari ini, beliau akan bertemuMenteri Negara Kanan (Ehwal Da-lam Negeri merangkap Ehwal Lu-ar), Encik Masagos Zulkifli Masa-gos Mohamad, bagi jamuan te-ngah hari.

Seterusnya, beliau akan mela-wat Madrasah Aljunied Al-Islami-ah bagi satu majlis perbincanganbertemakan ‘Pembelajaran Islamdi Dunia Moden: Nasihat bagi Pe-lajar dan Guru’ bersama pelajarserta pendidik madrasah itu.

Laporan lain– Muka 6

Zamani: Sayatidak dipaksa

menyanyi di lokap

Mufti Besar Mesir sampaikan ceramah awam

SOLAT Subuh 5.55 Syuruk 7.16 Zuhur 1.19 Asar 4.41 Maghrib 7.20 Isyak 8.32

Penagih dadah Melayu diberkas berkurang

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

Akhbar ini dicetak pada 9.30 malam. Untuk edisi digital BH, lungsuri BeritaHarian.sg

MCI (P) 061/09/2014 50 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

CERAMAH MUIS:Mufti Besar Mesir,Sheikh Dr ShawkiAllam dan DrYaacob Ibrahim, diceramah Muis yangbertemakan‘MembangunkanMasyarakatHarmoni dalamDunia Pluralistik’yangdisampaikannyadan dipengerusikanDr Yaacob. – Foto:JOHARI RAHMAT

SELASA, 27 JANUARI 2015 (6 RABIULAKHIR 1436)

ZAMANI: Dengan rela hati menyanyi sebab diminta se-cara baik selepas anggota polis itu memberitahumereka adalah peminat Slam. – Foto BHM

Laporan lain – Muka 2

Ulama turut melawat pusat sumber RRG

Bagaimanapun bilangan penagih Melayu baru bertambah 14 peratus