anjakan makna

Post on 30-Nov-2015

856 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

nota ringkas.

TRANSCRIPT

ANJAKAN MAKNA Perubahan makna ialah perubahan makna sebuah kata dan makna asalnya.

Anjakan

• Istilah yang diperkenalkan oleh Catford (1965) yang bermaksud perubahan bentuk padanan secara formal dalam proses terjemahan teks sumber ke dalam teks sasaran.

• Anjakan atau perubahan ini perlu dibuat dengan menyusun semula perkataan kerana terdapat ketidakserasian leksikal teks sumber dan teks sasaran.

• Anjakan ini tidak dapat dielakkan oleh penterjemah jika bentuk asal itu ingin dikekalkan seboleh mungkin.

• Terdapat beberapa jenis anjakan dan semuan berteraskan linguistik.

• Antaranya ialah anjakan kategori, anjakan kelas, anjakan sistem intra, anjakan peringkat, anjakan unit dan anjakan struktur.

Anjakan Makna

• Anjakan makna ialah perubahan menyeluruh suatu makna dari makna asalnya.

• Memang ada kemungkinan makna yang dimiliki sekarang masih ada sangkut pautnya dengan makna asal tapi keterkaitannya ini tampaknya sudah jauh sekali.

• Sebagai contoh perkataan seni yang mulanya bermakna air seni atau kencing sekarang digunakan sebagai istilah untuk sebuah karya atau ciptaan yang bernilai halus seperti seni lukis, seni tari, seni suara.

• Anjakan berlaku apabila berlakunya perubahan unsur-unsur dalam ayat.

• Terjadi ketika kelas kata yang dihasilkan dalam bahasa sumber (BT) berubah dari kelas kata bahasa sasaran (BS).

• Terjadi perubahan makna secara keseluruhan. Misalnya kata pandai dan pintar. Kini menjadi kata cerdas. Kata sigap dan rajin kini menjadi terampil.

Berlakunya anjakan makna apabila..

• Terjadi disebabkan oleh satu perkataan memiliki makna primer dan makna sekunder.

• Contoh: • The deer runs – rusa itu berlari • The river runs – sungai itu mengalir • My nose runs – saya sejuk

top related