anatomi dan pengurusan jantung, m6

Post on 09-Jun-2015

1.222 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

JANTUNGZakirah Yaakob

Yau Su HanNurul Sakinah Hashim

Atrium Kanan

• Menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh (deoxygenated blood).

Atrium Kiri

• Menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru paru (oxygenated blood).

Ventrikel

Kanan

• Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru untuk pembersihan.

Ventrikel

Kiri

• Mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian tubuh.

Ruang Jantung

SISTEM KITARAN

Kitaran Pulmonari

Kitaran Sistemik

Arteri, Vena dan Kapilari

KITARAN PULMONARI

Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen

(deoxygenated blood) ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen

(oxygenated blood) dikembalikan ke jantung.

• Peredaran Pulmonari–Atrium kanan menerima darah daripada tisu

badan.–Ventrikel kanan mengepam darah tersebut

ke paru-paru melalui arteri pulmonari.–Di paru-paru, pertukaran gas berlaku

menyebabkan darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

KITARAN SISTEMIK

Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa

darah nyahoksigen kembali ke jantung.

Peredaran Sistemik◦Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada

paru-paru.◦Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh

tubuh melalui aorta.◦Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan

karbon dioksida diangkut keluar.

SISTEM

KITARAN

ARTERI, VENA & KAPILARI

ARTERI• Salur darah yang membawa darah keluar dari

jantung ke bahagian-bahagian lain badan.• Dindingnya tebal, berotot dan elastik supaya

boleh menahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung

• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol.• Semua arteri membawa darah beroksigen

kecuali arteri pulmonari.

VENA

• Salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan.

• Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar berbanding dengan arteri.

• Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah.

• Vena yang terkecil sekali dinamakan venul.• Semua vena membawa darah tidak beroksigen

kecuali vena pulmonari.

KAPILARI• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil.• Kapilari darah menghubungkan arteriol

kepada venul.• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap

memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Arteri, Vena dan Kapilari

Anatomi dan pengurusan jantung

PERIKARDIUM

Perikardium mengandungi sedikit cecair perikardial yang melincirkan pergerakan jantung dengan karung

perikardial.

Perikardium ialah selaput yang membungkus

jantung

Perikardium boleh dibahagikan kepada dua lapisan iaitu ;

1. Fibrous pericardium  2. Serous pericardium

Fibrous pericardium adalah lapisan terluar. Ia dibina daripada tisu penghubung. Berfungsi untuk

melindungi jantung dan melekatkan jantung kepada struktur sekeliling.

Serous pericardium pula boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan, iaitu;1. Parietal serous pericardium (luar).2. Visceral serous pericardium (dalam)

atau dikenali sebagai epikardium.

Kedua-dua lapisan serous pericardium ini membentuk ruang yang dipanggil ruang perikardial

dan merembeskan cecair perikardial.

ANATOMI JANTUNGJantung merupakan organ berongga yang berfungsi

mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. 

Jantung terletak di sebelah kiri dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh perikardium dan

dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g.

 Jantung terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di

bawah.

Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan

dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan

Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan

dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan

Septum ialah dinding otot yang tebal dan berfungsi untuk;1. membahagikan atrium dan ventrikel

kanan dari atrium dan ventrikel kiri. 2. Ia memisahkan darah beroksigen dan

terdeoksigen dari bercampur. 

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan, iaitu;

1)Epikardium (luar)2)Myokardium (tengah)3)Endokardium (dalam)

PENGURUSAN JANTUNG

Pengurusan jantung boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu;

1. Pemakanan2. Senaman3. Gaya hidup4. Pengawalan berat badan

Pemakanan

• Pengambilan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan akan membahayakan kesihatan jantung.• Makanan yang mengandungi kolestrol yang

tinggi termasuklah telur, makanan bergoreng, dan makanan segera hendaklah diminimakan.• Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau

seperti bayam, sawi, kailan dan sebagainya.• Dalam Islam – umat disuruh bersederhana

dalam mengambil makanan

• “Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah Al-A’raf: 31)

• “Wahai orang beriman, makanlah daripada rezeki yang baik yang sudah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.” (Surah Al-Baqarah: 172)

Senaman

• Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Contohnya; joging, berjalan dan berbasikal• Sebarang bentuk senaman yang dibuat

secara teratur adalah baik dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.• Membantu jantung mengedarkan darah

secara lebih berkesan.• Senaman secara teratur dapat menurunkan

tekanan darah.

Gaya Hidup• Gaya hidup yang sihat - Amalan yang

meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.

• Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit bagi setiap sesi.

• Hindari pengambilan dadah dan alkohol.• Dapatkan rehat yang mencukupi.• Hal ini demikian kerana kesihatan ditentukan

berdasarkan gaya hidup seseorang.• Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam

menentukan gaya hidup.• Ubahlah gaya hidup anda untuk mendapatkan

kesan kesihatan yang baik.

• Elakkan dari merokok.- Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok.- Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis

karsinogen di dalam asap rokok.

Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak

menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk

mereka menyayangi anda?

Pengawalan Berat Badan• Kegemukan sering mencetuskan risiko penyakit

seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

• Berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai dengan bentuk badan seseorang individu (BMI)

• Mereka yang memiliki berat badan berlebihan dan tidak bergiat aktif akan menyebabkan – kalori yang tinggi dalam makanan tidak digunaan.

• Kemudian lebihan makanan itu akan ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pada bahagian-bahagian tertentu seperti – paha dan perut.

ARTERI, VENA & KAPILARI

• Membawa darah beroksigen dari jantung ke tisu badan.

• Mempunyai dinding yang tebal.• Tidak mempunyai injap kecuali pangkal aorta

dan pangkal arteri pulmonari.• Darah bertekanan tinggi.• Darah mengalir dengan laju.

Arteri

• Membawa darah terdeoksigen dari tisu badan kembali ke jantung.

• Mempunyai dinding yang nipis.• Mempunyai injap.• Darah bertekanan rendah.• Darah mengalir dengan perlahan.

Vena

• Menghubungkan arteri dengan vena.• Dindingnya setebal satu sel.• Tidak mempunyai injap.• Darah bertekanan paling rendah.• Darah mengalir dengan sangat perlahan.

Kapilari

DEGUPAN JANTUNG

SEL PENGUNCUPAN &

SISTEM KONDUKSI JANTUNG

• Jantung mempunyai sistem intrinsik yang mana otot kardiak dirangsang secara automatik untuk mengecut tanpa memerlukan bekalan saraf daripada otak.

• Walau bagaimanapun, sistem intrinsik ini boleh dirangsang ataupun direncat oleh impuls saraf yang berasal daripada otak dan hormon.

• Sistem ini terdiri daripada sekumpulan sel neuromuskular khusus di dalam myokardium yang memulakan dan mengalirkan impuls yang menyebabkan pengecutan jantung yang berentak

Nodus SA (perentak)

Bergerak melalui atrium menerusi laluan internodal

Tersebar ke Nodus AV

Bergerak melalui berkas AV (berkas His)

Disampaikan ke seluruh ventrikel

melalui serat purkinje

Nodus Sinoatrial (Nodus SA)

sekumpulan sel khusus pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava superior.

Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia berfungsi untuk memulakan impuls.

Nodus Atrioventrikular (Nodus AV)

Sekumpulan sel khusus yang terletak di dalam septum atrium berdekatan dengan injap AV.

Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang datang daripada miokardium atrium, namun berupaya untuk memulakan impuls pengecutan jantung tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding nodus SA.

Berkas Atrioventrikular (Berkas AV/His)

Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada nodus AV.

Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya membahagi kepada cabangan berkas kiri dan kanan pada bahagian atas septum ventrikel.

Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di dalam miokardium ventrikel.

Struktur-struktur ini menyampaikan impuls daripada nodus AV ke bahagian apeks miokardium yang mana akan mencetuskan pengecutan jantung.

ELEKTROKARDIAGRAM (EKG)

• Elektrokardiogram ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.

• Elektrokardiogram memberi maklumat tentang :

I. Kehadiran penyakit jantung iskemiaII. Penyakit struktur jantung seperti

pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung

III. Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

Bacaan EKG

KITARAN KARDIAK

Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai “kitar kardiak”.

Tindakan jantung terdiri daripada dua jenis :I. Mengecut (sistol)II. Pengenduran (diastol)

Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium manakala sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel

Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves/cuspid valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam vebtrikel.

Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atriovebtrikular tertutup dan injap sabit (semilunar valves) terbuka.

Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium

aorta

Pulmonary artery

top related