analisis titas

Post on 11-Jan-2016

31 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

analisisno 17.

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan sebanyak 90% pelajar menggunakan aplikasi what ’s app

untuk berkomunikasi dengan rakan mereka melalui telefon pintar. Selain what ’s app terdapat juga

golongan besar pelajar UTP dan UiTM yang menggunakan Facebook Messenger dan instagram atas

alasan untuk berkongsi gambar-gambar harian mereka. Golongan minoriti terdiri daripada pelajar

yang menggunakan iMessage , telegram dan juga BBM. Hal ini demikan kerana perbezaan jenama

telefon pintar menggunakan applikasi yang khas untuk telefon pintar tersebut sahaja. Dalam pada

itu, dengan menggunakan applikasi tersebut, terdapat 70% pelajar UTP dan UiTM yang menggu-

nakan telefon pintar mereka hanya untuk tujuan pembelajaran seperti persoalan berkaitan masa ke-

las ganti, persoalan berkaitan kerja kursus, berkongian idea-idea dan juga persoalan berkaitan pema-

haman sesuatu topik dalam kelas tertentu. Selain itu, terdapat sebanyak 21% pelajar UTP dan UiTM

yang mengatakan bahawa mereka menggunakan telefon pintar bagi tujuan bersosial seperti bertanya

tentang tempat untuk bermakan bersama-sama, bertanya khabar, dan juga bertanya pasal kesihatan

keluarga rakan mereka. Pelajar UTP dan UiTM yang lain lebih berminat untuk menggunakan tele-

fon pintar mereka bagi berbual kosong, berbincang soal agama, soal politik dan juga hubungan cinta

serta bergosip.

no 18.

Daripada maklum balas soal selidik kajian ini, terdapat sebanyak 89% pelajar UTP dan UiTM yang

mengakui bahawa penggunaan telefon pintar membantu mereka berkomunikasi secara efektif ker-

ana pengantara yang digunakan adalah rankaian internet yang bermaksud pelajar UTP dan UiTM

tidak perlu membayar duit untuk kredit telefon. Dalam pada itu, didapati juga 8% pelajar UTP dan

UiTM berpendapat bahawa telefon pintar membolehkan mereka berkomunikasi dalam jarak jauh

melalui panggilan dan penggunaan applikasi What’s app yang lebih efisien dan cepat. Selain itu,

tedapat juga golongan minoriti pelajar yang memanfaatkan penggunaan telefon pintar untuk berko-

munikasi secar efektif dengan rakan mereka melalui penggunaan ‘recorder’ dan ‘screen shot’ dengan

mendengar dan melihat informasi secara repetitif untuk memahaminya. Akhirnya, terdapat seorang

pelajar yang sangat konfiden bahawa telefon pintar dapat menggekalkan hubungan akrab antara

rakan-rakan mereka apabila mereka berkomunikasi secara kerap dan efektif.

top related