analisis swot
Post on 28-Nov-2015
58 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ANALISIS SWOT
KEKUATAN
1. Pemilihan penceramah jemputan
Penceramah jemputan bagi sesi seminar BIG dan Bengkel Guru Cemerlang
adalah menepati objektif BIG kali ini. Kedua-dua penceramah ialah guru
cemerlang dan telah berkhidmat lama dalam bidang perguruan. Oleh itu,
pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna yang dapat dikongsikan
bersama guru pelatih.
2. Pemilihan tempat Bengkel Guru Cemerlang.
Bengkel Guru Cemerlang telah diadakan di dalam bilik tutorial di blok
tutorial. Pemilihan tempat ini adalah bersesuaian kerana bilik tutorial
dilengkapi dengan LCD Projector, layar putih, wifi institut dan pendingin
hawa. Oleh itu, bengkel dapat dijalankan dengan jayanya dalam keadaan
yang kondusif dengan menggunakan semua infrastuktur yang terdapat
dalam bilik tutorial.
3. Urusan jemputan guru cemerlang ke Bengkel Guru Cemerlang.
Bagi menjalankan Bengkel Guru Cemerlang, setiap kumpulan diminta untuk
menjemput seorang guru cemerlang di sekolah-sekolah sekitar kawasan
institut untuk mengendalikan bengkel. Urusan jemputan dan surat menyurat
kepada guru-guru cemerlang ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama
pihak institut dan para guru pelatih.
KELEMAHAN
1. Pengurusan masa
Masa seminar dijadualkan bermula ialah pada pukul 8 pagi.
Walaubagaimanapun, seminar hanya bermula pada pukul 9.00 pagi. Hal ini
berlaku disebabkan oleh kelewatan penceramah tiba di maktab.
Walaubagaimanapun, kelewatan penceramah adalah kerana beliau kurang
mengetahui selok belok kawasan Nilai.
2. Pemilihan tempat seminar BIG.
Seminar BIG dijalankan di dewan besar IPG KPT. Hal ini kerana dewan
besar mampu memuatkan lebih ramai peserta. Walaubagaimanapun,
keadaan dewan adalah kurang kondusif dan terdapat gangguan gema suara.
Ia menyebabkan suara penceramah kurang jelas kedengaran terutamanya
kepada pelajar yang duduk di bahagian belakang. Keadaan dewan besar
juga agak panas kerana jumlah kipas yang sedikit. Ia menyebabkan guru
pelatih kurang dapat memberi tumpuan pada ceramah yang disampaikan.
PELUANG
1. Pemilihan tempat seminar BIG.
Selain dewan besar, seminar BIG juga sebenarnya sesuai dijalankan di
dewan kuliah. Dewan kuliah cukup untuk memuatkan semua pelajar
semester 6 yang berjumlah hampir 200 orang. Dewan kuliah dilengkapi
dengan pendingin hawa, kerusi dan meja dan PA system di dewan kuliah
adalah lebih baik dan jelas. Oleh itu, semestinya seminar dapat dijalankan
dalam keadaan yang lebih kondusif dan dapat memberikan imej yang baik
kepada penceramah.
ANCAMAN
1. Kerjasama antara guru pelatih
Memandangkan program yang dijalankan memerlukan kerjasama jitu
daripada guru pelatih, semua pihak harus memberikan komitmen dengan
penuh iltizam dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan. Jika tidak
perpecahan dan perbalahan boleh berlaku. Tugas yang diamanahkan juga
tidak dapat dijalankan dengan baik serta tidak dapat memenuhi objektif BIG
kali ini iaitu melahirkan guru yang profesional dan cemerlang.
top related