analisa kekuatan dan kelemahan spm pm 2014

Post on 05-Oct-2015

51 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

analisis

TRANSCRIPT

2.0 ANALISA KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KEKUATAN

Antara 5 kelas, 3 kelas berjaya mendapat 100% lulus dengan 12 orang mendapat cemerlang (A+ = 3 orang, A = 6 orang dan A- = 3 orang). Peratus lulus meningkat daripada 69.23% kepada 75.00% dengan peningkatan GPS daripada 5.95 kepada 5.32 (0.63).

KELEMAHAN

Calon mendaftar sebelum percubaan ialah 73 orang, manakala calon SPM sebenar ialah 74 orang.

Pelajar yang gagal terdiri daripada kumpulan pelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng kelas dan sekolah. Kumpulan pelajar yang gagal ini juga merupakan kumpulan pelajar yang sering tidak hadir semasa peperiksaan terutama Pertengahan Tahun dan Percubaan menyebabkan guru sukar untuk mengenal pasti tahap pencapaian mereka dan membantu mereka dalam pelajaran. Pelajar sukar memahami kehendak soalan berbentuk KBKK dan KBAT.3.0 STRATEGI YANG DIRANCANG Memecahkan kelas daripada 3 kelas gabung kepada 4 kelas. Balau/cendana: Pn Vijaya

Gaharu/jati

: Pn Vijaya

Jelutong

: Pn Zurialisa

Keruing

: Pn Ang Pei SzeStrategi ini bagi membantu pelajar daripada kelas jelutong dan keruing untuk lebih memberi tumpuan di dalam kelas semasa proses PdP.

Bengkel Teknik Menjawab akan diadakan. Pihak sekolah dan panitia berharap dapat menjemput JU Pn Nadzlina untuk mengendalikan teknik menjawab tersebut. Diharap, melalui teknik menjawab itu nanti, pelajar-pelajar SMK Sri Rahmat mendapat gambaran cara penulisan dan cara menjawab kertas Pendidikan Moral dengan format yang baru. Panitia juga akan mengadakan kelas tambahan berfokus untuk kumpulan pelajar galus dan lemah terutamanya pelajar-pelajar 2 kelas terakhir. Pihak panitia mencadangkan kelas tambahan berfokus ini dibantu oleh guru-guru berbangsa Cina dan India yang mana guru-guru tersebut boleh menerangkan kehendak-kehendak soalan dalam bahasa masing-masing. Pihak panitia juga, berharap mendapat kerjasama daripada mentor-mentor yang terlibat untuk membimbing dan membantu pelajar-pelajar Cina dan India dibawah jagaan mereka agar dapat membantu meluangkan masa membuat latihan Pendidikan Moral berbentuk KBKK dan KBAT bersama mentee masing-masing.

Seterusnya, pihak panitia akan memberikan lebih banyak soalan berbentuk KBKK dan KBAT serta memberi lebih banyak latihan di dalam kelas.Disediakan oleh,

........

(PN ZURIALISA BINTI AMAM AFANDI)

Ketua Panitia Pendidikan MoralSMK Sri RahmatJohor BahruPAGE 1

top related