analisa
Post on 21-May-2015
56 Views
Preview:
TRANSCRIPT
83
BAB EMPAT
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1. Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti Rukun Tetangga
(KRT) terhadap kepuasan komunikasi kepemimpinan (bertimbang rasa,
keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan), komitmen kepimpinan dalam
kalangan kepimpinan RT. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat persepsi
responden kajian terhadap aktiviti serta harapan negara terhadap aktiviti Rukun
Tetangga.
Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan
dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas
hasil pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai
2,716 orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada
sejumlah 3000 soal selidik yang diedarkan. Ini bermakna 91% responden
memberikan kerjasama menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut.
Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan perbincangan mengenainya.
84
4.2. Latar belakang responden
Seramai 2,716 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik
yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian. Sasaran
kajian dalam pemilihan responden adalah 300 orang minima bagi negeri-negeri
yang mempunyai jumlah populasi besar seperti Kedah (365 orang), Pulau Pinang
(400 orang), Perak (400 orang), Selangor (400 orang), dan Terengganu (350
orang). Manakala bagi negeri Perlis (300 orang), Melaka (350 orang), Kelantan
(101 orang) dan Negeri Sembilan (50 orang) jumlah responden sasaran adalah
200 orang. Pemilihan responden kajian berdasarkan kegiatan KRT setempat.
Jadual 4.1 memerihalkan jumlah responden mengikut negeri yang menjadi
kawasan kajian.
Jadual 4.1
Jumlah Responden Kajian Mengikut Negeri
(n = 2716)
Negeri
Responden
Peratus
Kedah 365 14
Perlis 300 11
Selangor 400 15
Pulau Pinang 400 15
Melaka 350 13
Perak 400 15
Terengganu 350 13
Kelantan 101 3
Negeri Sembilan 50 1
Jumlah 2716 100
85
4.2.1. Jantina dan Umur
Jadual 4.2. menunjukkan 51 peratus atau seramai 1,381 daripada responden dalam
kajian ini adalah lelaki, manakala seramai 1,335 orang responden atau 49 peratus
adalah perempuan. Jadual 4.3. menunjukkan bahawa kebanyakan responden
dalam kajian ini berumur antara 26 hingga 35 tahun, iaitu seramai 932 orang
(34%), 28 peratus berumur dalam lingkungan 36 hingga 45 tahun, 22 peratus
berumur kurang 25 tahun, yang mewakili 605 orang dan 15 peratus adalah mereka
yang berumur lebih daripada 46 tahun, iaitu seramai 421 orang.
Jadual 4.2
Taburan Responden Mengikut Jantina
(n = 2716)
Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 1381 51
Perempuan 1335 49
Jumlah 2716 100
Jadual 4.3
Taburan Responden Mengikut Umur
(n = 2716)
Umur Kekerapan Peratus
25 ke bawah 605 22
26-35 932 34
36-45 758 28
46-56 356 13
57 ke atas 65 2
Jumlah 2716 100
86
4.2.2. Bangsa
Jadual 4.4 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini adalah
terdiri daripada bangsa Melayu iaitu seramai 1,847 orang (68%). Manakala
mereka yang berbangsa Cina adalah seramai 544 orang atau 20 peratus dari
jumlah responden, diikuti bangsa India seramai 307 orang (11%) dan lain-lain
seramai 18 orang atau 1 peratus.
Jadual 4.4
Taburan Responden Mengikut Bangsa
(n = 2716)
Bangsa Kekerapan
Peratus
Melayu 1847 68
Cina 544 20
India 307 11
Lain-lain 18 1
Jumlah 2716 100
4.2.3. Jenis Rumah Kediaman
Jadual 4.5 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini menduduki
jenis rumah kediaman kos sederhana, iaitu sebanyak 1,268 atau 46 peratus.
Manakala mereka yang menduduki jenis rumah kediaman kos rendah adalah 914
(34%), diikuti jenis rumah kediaman kos mewah adalah seramai 455 orang (17%)
dan seramai 79 orang atau 3 peratus menduduki jenis rumah kediaman kampung.
87
Jadual 4.5
Taburan Responden Mengikut Jenis Rumah Kediaman
(n = 2716)
Jenis Kekerapan
Peratus
Kos rendah 914 34
Kos sederhana 1268 46
Kos mewah 455 17
Rumah Kampung 79 3
Jumlah 2716 100
4.2.4. Kelulusan
Jadual 4.6 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini memiliki
kelulusan tertinggi pada tahap SPM/MCE, iaitu seramai 1,195 orang (44 %).
Manakala mereka yang berkelulusan Diploma adalah seramai 641 orang atau 24
peratus dari jumlah responden, 492 orang mempunyai kelulusan STPM dan
seramai 331 orang atau 12 peratus dari responden berkelulusan Ijazah. Selebihnya
mereka yang mempunyai kelulusan PMR ke bawah seramai 57 orang (2%).
Jadual 4.6
Taburan Responden Mengikut Kelulusan
(n = 2716)
Kelulusan Kekerapan
Peratus
PMR 57 2
SPM/MCE 1195 44
STPM/HSC/SIJIL 492 18
DIPLOMA 641 24
IJAZAH 331 12
Jumlah 2716 100
88
4.2.5. Penglibatan Komuniti Dengan Aktiviti Rukun Tetangga
Dapatan dari analisis menunjukkan bahawa 57 peratus atau 1,549 orang
responden melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh RT.
Selebihnya, iaitu 43 peratus (1,167) tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti
RT, walaupun demikian mereka mempunyai persepsi yang tinggi terhadap
kepimpinan RT. Kebarangkalian untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti RT
adalah disebabkan oleh kekangan tugas. Dapatan dari temu bual yang dijalankan
menunjukkan antara punca mereka tidak melibatkan diri adalah kerana kekangan
masa dan tugas, kesesuaian aktiviti dengan umur responden dan program yang
diaturkan kurang menarik.
Jadual 4.7
Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam Aktiviti Rukun Tetangga
(n = 2716)
Penglibatan Kekerapan
Peratus
Melibatkan diri 1549 57
Tidak terlibat 1167 43
Jumlah 2716 100
Jadual 4.8 menunjukkan bahawa terdapat responden yang tidak melibatkan diri
dalam aktiviti Rukun Tetangga seramai 1,167 orang (43%). Manakala mereka
yang melibatkan diri dengan 1 hingga 2 aktiviti Rukun Tetangga terbanyak (757
orang) atau 28 peratus. Dua puluh dua peratus (22%) atau seramai 593 responden
89
melibatkan diri dalam 3 hingga 5 aktiviti RT, hanya 7 peratus atau 199
responden yang melibatkan diri mereka dengan lebih dari enam (6) aktiviti Rukun
Tetangga. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan
komitmen yang sederhana terhadap aktiviti RT. Penglibatan yang rendah
terhadap aktiviti RT berkemungkinan disebabkan oleh kekangan masa dan
tugasan lain yang menghalang mereka menyertai aktiviti RT dengan aktif.
Jadual 4.8
Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dengan Program Mengikut
Kekerapan Penyertaan
(n= 2716)
Bilangan aktiviti
disertai
Kekerapan Peratus
Tiada aktiviti 1167 43
1 hingga 2 aktiviti 757 28
3 hingga 5 aktiviti 593 22
6 hingga 8 aktiviti 141 5
Lebih dari 9 aktiviti 58 2
Jumlah 2716 100
4.3. Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan
4.3.1. Bertimbang Rasa
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap
sifat ketua yang bersifat bertimbang rasa adalah sederhana dengan min
keseluruhan 3.47 dengan sisihan piawai 0.95. Jadual 4.9 memerihalkan persepsi
90
responden yang tinggi terhadap sifat kepimpinan Rukun Tetangga (RT) dalam
menyediakan persekitaran yang selesa, 47 peratus atau 1,280 orang responden
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan persepsi responden
terhadap persekitaran yang selesa yang disediakan oleh kepimpinan RT dalam
menjalankan aktiviti–aktiviti yang selari dengan matlamat RT.
Namun, kebanyakan responden atau 38 peratus menyatakan tahap kepuasan yang
sederhana terhadap sifat tolak ansur komunikasi kepimpinan yang diamalkan
oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan kesediaan kepimpinan RT mengambil
berat terhadap kebajikan ahli komuniti RT, dapatan dari kajian ini menunjukkan
persepsi yang sederhana terhadap amalan ini, dengan 1,121 orang atau 41 peratus
menyatakan kepuasan yang tinggi, 918 atau 34 peratus daripada responden
menyatakan persepsi yang sederhana dan 11 peratus menyatakan persepsi yang
rendah atau 304 orang. Berbanding dengan hanya 11 peratus atau 294 orang
responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap perlakuan
kepimpinan yang bersifat bertimbang rasa.
Jadual 4.9
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Bertimbang Rasa
(n = 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1 Memahami kebolehan
saya
Min 3.47 sd. 0.91
229 8 1280 47 866 32 237 9 104 4
91
2 Menyediakan
persekitaran yang
selesa
Min 3.53 sd. 0.91
257
9
1369
50
729
27
281
10
80
3
3 Mengambil berat
kebajikan komuniti
Min 3.46 sd. 0.93
294
11
1121
41
918
34
304
11
79
3
4 Seorang yang bertolak
ansur Min 3.46 sd. 1.00
398
15 941
35 1030 38 206 8 141
5
4.3.2. Keterbukaan
Amalan keterbukaan yang diamalkan dalam komunikasi kepimpinan RT telah
menunjukkan persepsi tinggi tahap kepuasannya. Hasil analisis menunjukkan
bahawa kepimpinan RT bersedia mendengar pendapat ahli komuniti, dengan 56
peratus atau 1,530 orang responden menyatakan tahap kepuasan atas kesediaan
pemimpin RT mendengar pendapat. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT
untuk berkongsi maklumat mengenai urusan komuniti, dapatan menunjukkan
bahawa 55 peratus atau 1,490 orang responden, manakala 1,226 orang atau 45
peratus dari responden menyatakan kepuasan yang sederhana rendah. Dari aspek
kepuasan terhadap sifat kepimpinan yang bersedia menerima teguran yang
membina.
Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa 1,305 orang responden atau 49
peratus menyatakan persepsi yang rendah, dan hanya 1,413 orang responden atau
51 peratus menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Jadual 4.10
92
memerihalkan dapatan analisis persespsi responden terhadap amalan bertimbang
rasa kepimpinan RT.
Jadual 4.10
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Keterbukaan
(n = 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
Menerima teguran yang
membina
Min 3.47 sd. 1.03
409 15 1004 37 914 34 239 9 152 6
Mendengar pendapat
Min 3.57 sd. 0.96
412 15 1120 41 872 32 216 8 96 4
Mudah berbincang
Min 3.55 sd. 0.99
435 16 1085 40 825 30 279 10 92 3
Kongsi maklumat
mengenai urusan
komuniti
Min 3.54 sd. 0.95
394 15 1096 40 857 32 307 11 62 2
4.3.3. Memberi Sokongan
Jadual 4.13 menunjukkan tahap kepuasan komunikasi kepimpinan dari sokongan
yang ditunjukkan oleh kepimpinan RT adalah sederhana dengan min 3.46 sisihan
piawai 0.96. Dapatan dari analisis mendapati kebanyakan responden menyatakan
persepsi yang sederhana terhadap kesediaan pemimpin untuk memberi maklumat
mengenai aktiviti RT. Hasil analisis menunjukkan bahawa 53 peratus atau 1,468
orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, manakala selebihnya
iaitu 47 peratus atau 1,278 responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana
rendah. Begitu juga dengan persepsi responden terhadap kesediaan pemimpin
93
untuk melibatkan diri dengan aktiviti RT, hanya 50 peratus menyatakan tahap
kepuasan yang tinggi dan 50 peratus lagi menyatakan persepsi yang sederhana
rendah. Manakala persepsi responden mengenai kemesraan (min 3.51, sd. 1.02)
yang ditunjukkan oleh kepimpinan RT dan kejelasan terhadap maklumat yang
diberikan (min 3.46 dengan sisihan piawai 0.96). Dapatan kajian menunjukkan
kebanyakan responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana. Jadual 4.11
memerihalkan dapatan terhadap item-item pengukuran persepsi responden
terhadap sifat sokongan kepimpinan RT.
Jadual 4.11
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Memberi Sokongan
(n = 2716)
5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1
Memberi maklumat
mengenai aktiviti RT
Min 3.48 sd. 0.98
362 13 1076 40 882 33 289 11 107 4
2 Melibatkan diri dengan
aktiviti RT
Min 3.39 sd. 1.00
316 12 1031 38 913 34 320 12 136 5
3
Mengiktiraf
sumbangan kerja yang
baik
Min 3.48 sd. 0.97
332 12 1133 42 867 32 269 10 115 4
4 Menunjukkan
kemesraan
Min 3.51 sd. 1.02
399 15 1117 41 787 29 287 11 126 5
5 Berikan maklumat
yang jelas
Min 3.46 sd. 0.96
332 12 1101 41 868 32 326 12 89 3
94
4.3.4. Penyertaan
Amalan penyertaan yang diamalkan dalam komunikasi kepimpinan RT
menunjukkan persepsi yang sederhana-tinggi tahap kepuasannya. Hasil analisis
menunjukkan bahawa kepimpinan RT bersedia memberi peluang pada ahli
komuniti untuk memberi cadangan, dengan 54 peratus atau 1,454 orang
responden. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT untuk mengalakkan kerja
berpasukan dalam kalangan komuniti terhadap aktiviti RT, dapatan menunjukkan
bahawa 52 peratus atau 1,425 orang responden, manakala 1,291 orang atau 48
peratus dari responden menyatakan kepuasan yang sederhana rendah.
Dari aspek kepuasan terhadap sifat kepimpinan yang bersedia melibatkan
komuniti dalam proses penyelesaian masalah RT , dapatan dari kajian ini
menunjukkan bahawa 1,350 orang responden atau 50 peratus menyatakan
persepsi yang sederhana rendah, dan hanya 1366 orang responden atau 50 peratus
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan penglibatan mereka
dengan pengurusan RT, kebanyakkan responden menyatakan persepsi yang
sederhana-rendah, dengan 56 peratus menyatakan tahap kepuasan yang
sederhana-rendah, dan hanya 46 peratus yang menyatakan tahap kepuasan yang
tinggi. Jadual 4.12 memerihalkan dapatan analisis persepsi responden terhadap
kepuasan komunikasi kepemimpinan dari segi penyertaan.
95
Jadual 4.12
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Penyertaan
(n = 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1 Memberi peluang
kepada komuniti
memberi cadangan
Min 3.51sd. 0.97
397 15 1057 39 898 33 275 10 87 3
2 Menggalakkan kerja
berpasukan
Min 3.50 sd. 0.94
358 13 1067 39 958 35 245 9 88 3
3 Melibatkan komuniti
dalam proses
menyelesaikan
masalah
Min 3.47 sd. 0.93
336 12 1030 38 991 37 289 11 70 3
4 Menggalakkan
penglibatan komuniti
dalam pengurusan RT
Min 3.42 sd. 0.92
323 12 922 34 1121 41 274 10 76 3
4.3.5. Keseluruhan Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan
Jadual 4.13
Taburan Keseluruhan Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan
(n = 2716)
Item Tinggi
f %
Sederhana
f %
Rendah
f %
1 Bertimbang rasa
Min 3.48 sd. 0.73
1650 61 891 33 175 6
2 Keterbukaan
Min 3.53 sd. 0.77
1666 62 869 32 181 6
96
3 Memberi
sokongan
Min 3.46 sd. 0.76
1416 54 961 35 302 11
4 Penyertaan
Min 3.48 sd. 0.74
1595 57 961 33 205 8
4.4. Pemerihalan Komitmen Kepimpinan
Bahagian ini akan memerihalkan dapatan analisis berdasarkan persepsi responden
terhadap komitmen yang diamalkan oleh kepimpinan RT oleh komuniti Rukun
Tetangga. Sebanyak empat faktor telah dikenal pasti bagi meninjau tahap
komitmen pemimpin, iaitu empati, perkongsian, berwawasan dan kerja
berpasukan. Faktor-faktor ini banyak digunakan untuk mengukur komitmen yang
diamalkan.
4.4.1. Persepsi Responden Terhadap Sifat Empati Pemimpin
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap
sifat ketua yang bersifat empati adalah tinggi dengan min keseluruhan 3.53
dengan sisihan piawai 0.66. Jadual 4.14 memerihalkan persepsi responden yang
tinggi terhadap sifat empati komitmen kepimpinan Rukun Tetangga (RT) yang
sentiasa memberi komitmen terhadap RT, 63 peratus atau 1,714 orang responden
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan persepsi responden
yang tinggi (68 peratus menyatakan persepsi yang tinggi) terhadap persekitaran
yang kondusif yang disediakan oleh kepimpinan RT dalam menjalankan aktiviti–
aktiviti yang selari dengan matlamat RT. Kebanyakan responden atau 54 peratus
97
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap sifat ketua yang mengambil
berat kebajikan komuniti oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan kesediaan
kepimpinan RT yang meletakkan kepentingan aktiviti RT lebih daripada urusan
peribadi, dapatan dari kajian ini menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap
amalan ini, dengan 1,577 orang atau 58 peratus menyatakan kepuasan yang tinggi,
1,139 atau 42 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang sederhana.
Jadual 4.14 memerihalkan hasil analisis deskriptif item-item pengukuran sifat
empati pemimpin.
Jadual 4.14
Persepsi Responden Terhadap Sifat Empati Pemimpin
(n= 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1 Sentiasa memberi
komitmen terhadap
RT
Min 3.63 sd. 0.89
354 13 1360 50 720 29 217 8 65 2
2 Sentiasa
menyediakan
persekitaran yang
kondusif
Min 3.64 sd. 0.89
341 13 1439 53 641 24 224 8 71 3
3 Sentiasa mengambil
berat kebajikan
komuniti
Min 3.51 sd. 0.92
367 14 1086 40 898 33 318 12 47 2
4 Meletakan
kepentingan aktiviti
RT lebih daripada
urusan peribadi
Min 3.57 sd. 0.95
410 15 1167 43 817 30 230 9 92 3
98
4.4.2. Persepsi Responden Terhadap Sifat Perkongsian Pemimpin
Amalan perkongsian yang diamalkan dalam kalangan pimpinan RT yang
diamalkan menunjukkan persepsi yang sederhana-tinggi tahap kepuasannya. Hasil
analisis menunjukkan bahawa kepimpinan RT kurang bertolak ansur dengan ahli
komuniti. Hasil analisis menunjukkan 60 peratus atau 1,624 orang responden
menyatakan tahap kepuasan yang sederhana rendah dan hanya 40 peratus atau
1,092 orang responden menyatakan tahap persepsi yang tinggi terhadap amalan
ini. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT untuk menerima teguran yang
membina dalam kalangan komuniti terhadap aktiviti RT, dapatan menunjukkan
bahawa 60 peratus atau 1,624 orang responden menyatakan amalan ini adalah
sederhana rendah.
Sebaliknya, dari aspek amalan pimpinan yang bersedia mendengar pendapat ahli
KRT , dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa 1,134 orang responden atau
42 peratus menyatakan persepsi yang sederhana rendah dan 1,582 orang
responden atau 58 peratus menyatakan tahap amalan yang tinggi. Begitu juga
dengan amalan kepimpinan RT yang sentiasa berkongsi maklumat mengenai
aktiviti RT, kebanyakkan responden menyatakan persepsi yang tinggi, dengan 60
peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan hanya 40 peratus yang
menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Jadual 4.15 memerihalkan
dapatan analisis persepsi responden terhadap sifat perkongsian pemimpin.
99
Jadual 4.15
Persepsi Responden Terhadap Sifat Perkongsian Pemimpin
(n= 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1 Sentiasa
menunjukkan
sikap tolak ansur
Min 3.33 sd. 0.90
262 10 830 30 1269 47 261 10 94 3
2 Sentiasa
menerima teguran
yang membina
Min 3.33 sd. 0.90
262 10 830 30 1269 47 261 10 94 3
3 Sentiasa
mendengar
pendapat anda
Min 3.56 sd. 1.02
446 16 1136 42 750 28 256 9 128 5
4 Sentiasa berkongsi
maklumat
mengenai aktiviti
RT
Min 3.56 sd. 0.93
369 15 1191 45 823 29 258 9 75 2
4.4.3. Persepsi Responden Terhadap Sifat Kerja Berpasukan
Pemimpin
Dapatan dari hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden
terhadap sifat kerja berpasukan adalah tinggi dengan keseluruhan min 2.84
dengan sisihan piawai 0.71. Jadual 4.16 menunjukkan amalan pimpinan terhadap
aspek galakkan kerja secara berpasukan oleh kepimpinan RT adalah sederhana-
rendah dengan min 3.54 sisihan piawai 0.95. Dapatan dari analisis mendapati
kebanyakan responden menyatakan persepsi yang sederhana-rendah terhadap
100
kesediaan pemimpin untuk menyelesaikan masalah mengenai aktiviti RT. Hasil
analisis menunjukkan bahawa 52 peratus atau 1,412 orang responden menyatakan
tahap kepuasan yang tinggi, manakala selebihnya, iaitu 48 peratus atau 1,204
responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana rendah. Begitu juga
dengan persepsi responden terhadap kesediaan pemimpin untuk melibatkan diri
dengan aktiviti RT, hanya 58 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan
42 peratus lagi menyatakan persepsi yang sederhana rendah. Manakala persepsi
responden mengenai mudah diajak berbincang (min 3.53, sd 0.92) yang
ditunjukkan oleh kepimpinan RT.
Jadual 4.16
Persepsi Responden Terhadap Sifat Kerja Berpasukan Pemimpin
(n = 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1 Mengalakkan kerja
secara berpasukan
Min 3.54 sd. 0.95
374 14 1145 42 861 32 246 9 90 3
2 Sentiasa berbincang
untuk selesai
masalah RT
Min 3.47 sd. 0.94
331 12 1081 40 947 35 266 10 91 3
3 Sentiasa
mendapatkan
penglibatan semua
Min 3.54 sd. 0.95
381 14 1156 43 831 30 269 10 79 3
4 Mudah untuk diajak
berbincang
Min 3.53 sd. 0.92
329 12 1174 43 885 33 255 9 73 3
101
4.4.4. Persepsi Responden Terhadap Sifat Kepemimpinan
Berwawasan
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap
sifat ketua yang berwawasan adalah tinggi dengan min keseluruhan 3.51 dengan
sisihan piawai 0.71. Jadual 4.18 memerihalkan persepsi responden yang tinggi
terhadap sifat kepimpinan Rukun Tetangga (RT) yang sentiasa memberi
pengiktirafan kerja yang dilakukan oleh komuniti RT, 54 peratus atau 1,465
orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan hanya 46 peratus
menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Begitu juga dengan persepsi
responden yang tinggi (58 peratus menyatakan persepsi yang tinggi) terhadap
kemesraan yang diamalkan oleh kepimpinan RT dalam menjalankan aktiviti–
aktiviti yang selari dengan matlamat RT, hanya 42 peratus atau 1,251 orang
responden menyatakan tahap yang sederhana-rendah.
Kebanyakan responden (56 peratus), iaitu seramai 1,507 orang responden
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap sifat ketua yang sentiasa
memaklumkan maklumat terkini oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan
kesediaan kepimpinan RT yang sentiasa mengalakkan penglibatan dalam
kalangan ahli KRT, dapatan dari kajian ini menunjukkan persepsi yang tinggi
terhadap amalan ini, dengan 1,526 orang atau 56 peratus menyatakan tahap
kepuasan yang tinggi, 1,230 atau 44 peratus daripada responden menyatakan
persepsi yang sederhana. Sebaliknya, sifat pemimpin yang sentiasa meminta
cadangan sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan mendapat persepsi yang tinggi,
102
iaitu 54 peratus (1,466 orang) dari responden, hanya 46 peratus atau 1,250 orang
responden menyatakan tahap yang sederhana-rendah terhadap amalan ini dalam
kalangan kepimpinan RT. Jadual 4.17 memerihalkan hasil analisis deskriptif item-
item pengukuran sifat berwawasan pemimpin RT.
Jadual 4.17
Persepsi Responden Terhadap Sifat Berwawasan Pemimpin
(n= 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1 Sentiasa
mengiktiraf kerja-
kerja yang
dilakukan
Min 3.51 sd. 0.94
340 13 1125 41 907 33 257 10 87 3
2 Sentiasa tunjuk
kemesraan
Min 3.58 sd. 0.93
405 15 1157 43 835 31 251 9 68 3
3 Memaklumkan
maklumat terkini
aktiviti RT
Min 3.52 sd. 0.97
378 14 1129 42 840 30 271 10 98 4
4 Sentiasa minta
cadangan sebelum
sesuatu aktiviti
dilaksanakan
Min 3.49 sd. 0.95
343 13 1123 41 877 32 282 11 91 3
5 Menggalakkan
penglibatan
komuniti
Min 3.55 sd. 0.96
406 15 1120 41 890 41 256 10 84 3
103
4.4.5. Keseluruhan Sifat Komitmen Pemimpin
Hasil analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan responden menyatakan tahap
kepuasan yang sederhana pada sifat komitmen ketua, 59 peratus dari responden
menyatakan kepauasan yang sederhana rendah terhadap amalan berpasukan dalam
kalangan ketua. Ini menunjukkan bahawa ketua kurang menunjukkan sikap kerja
berpasukan. Walau bagaimanapun, kebnayakan responden menyatakan tahap
kepuasan yang tinggi terhadap sifat empati dan sifat berwawasan yang diamalkan
oleh kepimpinan RT. Begitu juga dengan sifat perkongsian yang tinggi yang
diamalkan oleh ketua. Jadual 4.18 memerihalkan analisis frekuensi sifat
komitmen ketua dalam kalangan ahli-ahli komuniti RT.
Jadual 4.18
Taburan Keseluruhan Sifat Komitmen Pemimpin
(n= 2716)
Item Tinggi
f %
Sederhana
f %
Rendah
f %
1 Empati
Min 3.53 sd. 0.66
1805 77 743 17 168 6
2 Perkongsian
Min 3.49 sd. 0.69
1677 62 828 30 211 8
3 Berwawasan
Min 3.51 sd. 0.71
1468 54 994 37 254 9
4 Berpasukan
Min 2.84 sd. 0.59
348 13 1617 59 751 28
104
4.5. Persepsi Terhadap Aktiviti Rukun Tetangga
Aktiviti yang dijalankan oleh RT berperanan besar membantu menggalakkan
Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional. Bahagian ini akan memerihalkan
dapatan yang diperolehi dari maklum balas responden terhadap aktiviti yang
dijalankan serta tahap pencapaian matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk
program Rukun Tetangga. Asas analisis dibuat berdasarkan pada lapan (8) aktiviti
yang sering dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
melalui Rukun Tetangga setempat. Lapan (8) aktiviti tersebut adalah Sambutan
Perayaan, Pendidikan, Sukan, Rekreasi, Kempen Kebersihan, Kebajikan,
Keselamatan dan Kesenian serta Kebudayaan.
Aktiviti perpaduan masyarakat yang dijalankan pimpinan RT telah menunjukkan
persepsi yang sangat positif. Hasil analisis menunjukkan bahawa aktiviti yang
dijalankan oleh RT mendapat sokongan serta tanggapan yang tinggi. Hasil
analisis menunjukkan 72 peratus atau 1,948 orang responden menyatakan tahap
kepuasan yang tinggi terhadap aktiviti sambutan perayaan yang dijalankan, dan
hanya 28 peratus atau 768 orang responden menyatakan tahap persepsi yang
sederhana terhadap aktiviti ini. Begitu dengan aktiviti kempen kebersihan dan
aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh RT. Dapatan menunjukkan bahawa 67
peratus atau 1,735 orang responden menyatakan amalan ini adalah tinggi
kesesuaiannya. Begitu juga dengan aktiviti kempen kebersihan, 66 peratus (1,716
orang) dari responden menyatakan persepsi yang tinggi. Sebaliknya, dari aspek
105
amalan aktiviti rekreasi seperti Tai Chi, kebanyakan responden menyatakan
tanggapan yang sederhana, iaitu 56 peratus atau 1,518 orang responden.
Manakala aktiviti keselamatan seperti rondaan sukarela (min 3.75; sd.1.00) dan
aktiviti kesenian serta kebudayaan (min:, sd.3.68; sd.0.99) mempunyai tanggapan
yang tinggi. Hasil analisis menunjukkan 67 peratus atau 1,804 orang responden
sangat setuju dengan aktiviti ini, hanya 33 peratus atau 912 menyatakan
tanggapan yang sederhana. Begitu juga dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan,
63 peratus dari responden atau 1,697 orang menyatakan tanggapan yang sangat
tinggi, hanya 37 peratus responden menyatakan tanggapan yang sederhana.
Kebanyakkan responden juga menyatakan tanggapan yang tinggi terhadap aktiviti
pendidikan (min 3.51,sd.0.92) dan sukan (min 3.61,sd.0.99). Analisis yang
dijalankan menunjukkan 60 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi
terhadap aktiviti sukan yang dijalankan, khususnya program sukaneka, dan 59
peratus yang menyatakan kesetujuan yang tinggi terhadap aktiviti pendidikan,
khususnya pendidikan tidak formal. Jadual 4.19 memerihalkan dapatan analisis
persespsi responden terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga.
106
Jadual 4.19
Persepsi Responden Terhadap Aktiviti-Aktiviti Rukun Tetangga
(n= 2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1 Sambutan
perayaan-
perayaan
Min 3.84 sd.
0.99
692 26 1256 46 515 19 153 6 100 4
2 Pendidikan –
Pendidikan
Tidak Formal
Min 3.51 sd.
0.92
291 11 1290 48 732 27 338 12 65 2
3 Sukan –
Sukaneka
Min 3.61 sd.
0.99
496 18 1145 42 676 25 332 12 67 2
4 Rekreasi – Tai-
Chi
Min 3.30 sd.
1.01
291 11 907 33 1000 37 369 14 149 6
5 kempen
kebersihan
Min 3.69
sd.1.05
629 23 1087 43 665 25 206 8 129 5
6 Kebajikan-
bantu mangsa
banjir
Min 3.73 sd.
0.95
582 24 1153 43 732 27 185 7 64 2
107
7 Keselamatan –
Rondaan
sukarela
Min 3.75 sd.
1.00
649 24 1155 43 605 22 220 8 87 3
8 Kesenian &
Kebudayaan
Min 3.68 sd.
0.99
566 21 1131 42 705 26 232 9 82 3
4.6. Persepsi Responden Terhadap Pencapaian Dasar atau Matlamat
Rukun Tetangga
Bahagian ini memerihalkan persepsi responden terhadap tahap pencapaian dasar
dan matlamat penubuhan Rukun Tetangga. Keseluruhannya, hasil analisis
menunjukkan bahawa kebanyakkan responden menyatakan tahap pencapaian
sasaran program RT telah berjaya mencapai matlamatnya.
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa program Rukun Tetangga Berjaya
menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan, dengan min keseluruhan 3.70 dengan
sisihan piawai 0.89. Dari taburan kekerapan pula kebanyakan responden, iaitu 66
peratus atau 1,792 orang responden menyatakan kesetujuan mereka yang tinggi,
44 peratus atau 924 orang responden menyatakan tanggapan yang sederhana-
rendah. Begitu juga dengan kejayaan program RT menyelaraskan program atau
aktiviti perpaduan dengan agensi kerajaan dan swasta. Kebanyakan responden,
iaitu 63 peratus menyatakan persetujuan, dan 37 peratus menyatakan tahap
sederhana.
108
Begitu juga dengan tanggapan responden yang tinggi (min 3.63, sd.0.91) terhadap
kejayaan Rukun Tetangga (RT) membantu mencegah konflik kaum, dengan 62
peratus atau 1,673 orang responden telah menyatakan persetujuannya. Begitu juga
dengan kesetujuan mereka terhadap kejayaan RT yang telah berjaya mewujudkan
rasa prihatin sesama individu dalam masyarakat. Hasil analisis menunjukkan 62
peratus responden bersetuju dengan kenyataan ini, dan 38 peratus menyatakan
tanggapan yang sederhana. Dari aspek persefahaman dan perpaduan berdasarkan
falsafah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” berjaya diterapkan oleh
program RT. Dapatan analisis menunjukkan 61 peratus atau 1,642 orang
responden menyatakan tahap setuju yang tinggi, hanyan 39 peratus atau 1,074
orang responden menyatakan pada tahap sederhana.
Dapatan dari analisis juga menunjukkan bahawa responden menyatakan tahap
persetujuan yang tinggi (58 peratus atau 1,568 orang responden) terhadap
kejayaan program RT dalam mewujudkan rasa kekitaan yang tulen. Begitu juga
dengan kejayaan RT mengesan perhubungan antara kaum dan masyarakat, 61
peratus menyatakan tahap setuju yang tinggi, dan 49 peratus atau seramai 1,148
menyatakan persepsi sebaliknya atau sederhana. Jadual 4.20 memerihalkan hasil
analisis deskriptif item-item pengukuran persepsi responden kajian terhadap tahap
pencapaian program-program yang dilaksanakan oleh Rukun Tetangga.
109
Jadual 4.20
Persepsi Terhadap Pencapaian Program Rukun Tetangga
(n=2716)
Item 5
f %
4
f %
3
f %
2
f %
1
f %
1.
Berjaya menerapkan
nilai-nilai
warganegaraan
Min 3.70 sd. 0.89
429 16 1363 50 659 24 215 8 50 2
2.
Berjaya menyelaraskan
program/ aktiviti
perpaduan dengan
agensi-agensi kerajaan,
swasta
Min 3.69 sd. 0.96
539 20 1174 43 708 26 227 8 68 3
3.
Berjaya membantu
mencegah konflik antara
kaum
Min 3.63 sd. 0.91
398 15 1275 47 752 28 232 9 59 2
4.
Berjaya mengesan
perhubungan antara
kaum dan masyarakat
Min 3.60 sd. 0.92
377 14 1287 47 717 26 273 10 62 2
5.
Berjaya mewujudkan
rasa kekitaan yang tulen.
Min 3.59 sd. 0.94
434 16 1134 42 835 31 240 9 73 3
6.
Berjaya mewujudkan
rasa prihatin, sesama
individu dalam
masyarakat
Min 3.65 sd. 0.98
500 18 1197 44 700 26 218 8 101 4
7.
Kata pepatah Melayu;
“berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”
diamalkan di KRT ini
Min 3.73 sd.1.02
720 27 922 34 792 29 198 7 84 3
110
4.7. Analisis Situasi
Berdasarkan dapatan analisis data yang diperolehi, kumpulan penyelidik telah
mengenal pasti beberapa kekuatan, kekangan, peluang serta ancaman terhadap
persoalan komunikasi kepimpinan, komitmen kepimpinan dan persepsi responden
terhadap aktiviti dan dasar yang ingin dicapai oleh Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional. Dalam membuat analisis situasi, empat faktor dalam melihat
persepsi responden atau ahli KRT terhadap komunikasi kepimpinan yang
diamalkan oleh kepimpinan RT. Faktor-faktor yang di tinjau adalah tahap amalan
sifat bertimbangrasa, sifat keterbukaan, sifat memberi sokongan dan galakan
penyertaan oleh kepimpinan RT. Jadual di bawah memerihalkan analisis situasi
berdasarkan persepsi KRT terhadap kepuasan komunikasi kepimpinan.
4.7.1 Kepimpinan Bertimbang Rasa dan Komitmen Empati
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan
(Bertimbang rasa)
Komitmen Kepimpinan
(Empati)
KEKUATAN
Kebanyakan responden (Perlis, Kedah,
Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan)
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi
amalan sifat ini dalam kalangan pemimpin
RT, terutama dalam aspek :
- mengambil berat kebajikan komuniti,
- memahami kebolehan
- bertolak ansur dan
- menyediakan persekitaran yang selesa
Rata-ratanya responden menyatakan
tahap empati yang tinggi di amalkan
oleh kepimpinan RT :
a. Sentiasa memberi komitmen
terhadap aktiviti RT
b. Sentiasa menyediakan
persekitaran yang kondusif
c. Mengambil berat kebajikan
Komuniti
d. Meletakkan kepentingan RT
lebih dari kepentingan peribadi
111
PELUANG
Ahli KRT sentiasa memberi sokongan
sepenuhnya pada aktiviti yang dijalankan.
Anugerah KRT cemerlang boleh
membantu tingkat pencapaian.
KEKANGAN
Bagi Negeri Terengganu, Selangor sifat ini
mendapat persepsi yang sederhana-rendah
dalam kalangan KRT terhadap kepimpinan
RT.
Saluran komunikasi yang terhad untuk
menyuarakan permasalahan komuniti.
Masa yang terhad untuk berinteraksi dengan
pemimpin RT.
Ada kalangan pemimpin tidak
mengamalkan sifat empati,
khususnya di negeri Selangor,
Terengganu, Kelantan dan Melaka.
Masih ada pemimpin yang disifatkan
oleh responden mementingkan
kepentingan peribadi berbanding
kepentingan RT.
ANCAMAN
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang
sederhana rendah akan memberi impak pada
jangka masa panjang.
Perasaan ini akan menjejaskan
halatuju JPIN untuk mengerakan
perpaduan melalui RT.
Dapatan dari analisis menunjukkan bahawa tidak semua ahli KRT menyatakan
tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan sifat bertimbang rasa yang diamalkan
oleh kepimpinan RT. Walaupun secara keseluruhannya adalah tinggi, tetapi bagi
ahli di Selangor dan Terengganu mereka menyatakan persepsi yang sederhana-
rendah. Hasil dari temubual menunjukkan bahawa mereka yang tinggal di
Terengganu, Selangor dan Perak menyatakan kepimpinan RT tidak banyak
berinteraksi dengan mereka, khususnya semasa merencanakan aktiviti RT, banyak
unsur paksaan digunakan dalam melibatkan mereka dengan aktiviti RT. Begitu
juga masa yang sangat singkat memaklumkan sesuatu aktiviti (2 - 3 hari) sebelum
112
aktiviti tersebut dilaksanakan. Kata seorang responden, “ kami bekerja, dan
memerlukan tempoh masa yang lebih awal sebelum terlibat dengan sesuatu
aktiviti RT”, ada responden yang menyatakan seperti berikut, “ketua sentiasa
mengatakan bahawa kalau tidak melibatkan diri, kamu semua tidak sesuai atau
tidak menunjukkan komitmen terhadap KRT”.
Begitu juga dengan sikap mengambil berat terhadap permasalahan ahli KRT,
Kebanyakan ahli KRT di Selangor dan Terengganu menyatakan sifat ini kurang
diberikan perhatian oleh kepimpinan KRT. Bagi mereka pemimpin RT hendaklah
memberi perhatian serta mengambil tindakan terhadap permasalahan yang
dibangkitkan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa adalah sukar untuk
menyampaikan permasalahan komuniti kepada pihak atasan kerana kekangan
saluran. Di antara kekangannya adalah tiada peti surat, tidak tahu pada siapa
hendak disuarakan permasalahan mereka.
4.7.2. Kepimpinan Yang Mengamalkan Keterbukaan
Hasil analisis situasi yang dijalankan untuk meninjau persepsi ahli KRT terhadap
amalan sifat ini dalam kalangan pemimpin RT menunjukkan bahawa amalan ini
perlu dipertingkatkan, khususnya dalam perkongsian maklumat. Dapatan dari soal
selidik menyokong dapatan temubual yang dibuat, kebanyakan responden,
terutama yang tinggal di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak
113
menyatakan antara sebab yang mereka kurang puas hati adalah sikap pemimpin
RT yang memilih kumpulan tertentu, sebaliknya pendapat mereka tidak pernah
diberi perhatian. Maklum balas yang diterima adalah seperti berikut:
“ Ketua hanya membuat keputusan dengan Ahli Jawatankuasa
saja…tanpa minta pendapat kami. Apa salahnya diedarkan kertas minta
pendapat kami di kawasan perumahan ini. Kami bukan Puppet yang
hanya menurut perintah”
“RT bukan Jabatan Perpaduan, setiap aktiviti yang nak dilaksanakan
hendaklah dirancang dan dapatkan maklum balas kami…”
Kita bukan Badan kebajikan Penduduk, yang mengadakan Mesyuarat
Agung dan memaklumkan aktiviti yang dijalankan, kami nak tahu juga….
Tup-tup last minute kami diminta melibatkan diri”
Walaupun mereka menyuarakan pendapat sebegini, dapatan dari kajian ini
menunjukkan kebanyakan ahli KRT sentiasa berfikiran positif terhadap aktiviti
yang dijalankan oleh RT dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Namun, bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Selangor
kebanyakkan ahli KRT menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah
terhadap amalan perkongsian serta komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan
KRT. Di antara maklum balas yang diperolehi dari temubual yang dijalankan
menunjukkan bahawa kepimpinan yang didokongi oleh ahli politik kepartian
114
akan memberi impak yang negatif, begitu juga dengan kesediaan untuk
mendengar pendapat, kebanyakan responden menyatakan tiada saluran aktif bagi
menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti RT serta kekangan dengan
bidang tugas yang dilakukan secara sukarela. Jadual di bawah menunjukkan
analisis situasi yang diperolehi dari data yang dikumpulkan melalui soal selidik
dan temubual dalam kalangan ahli KRT berpengaruh.
4.7.3 Komunikasi Kepimpinan Keterbukaan dan Komitmen Perkongsian
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan
(Keterbukaan)
Komitmen Kepimpinan
(Perkongsian)
KEKUATAN
a. Ahli KRT memberi sokongan dan
berpersepsi positif terhadap aktiviti
yang di jalankan oleh RT.
b. Aktiviti yang dijalankan oleh RT selari
dengan objektif Dasar Perpaduan
Nasional.
Kebanyakan responden telah
menyatakan tahap kepuasan yang
tinggi terhadap amalan
perkongsian, antaranya:
a. Sentiasa amal sifat tolak
ansur
b. Bersedia menerima teguran
c. Mendengar pendapat.
d. Sentiasa berkongsi
maklumat mengenai
aktiviti RT.
KEKANGAN
Banyak responden menyatakan persepsi yang
sederhana terhadap :
a. kesediaan pemimpin untuk menerima
cadangan.
Ada kalangan pemimpin tidak
mengamalkan sifat empati,
khususnya di negeri Selangor,
Terengganu, Kelantan dan
115
b. Kesediaan pemimpin untuk
mendengar.
c. Mudah di ajak berbincang
d. Sedia untuk berkongsi maklumat
Melaka.
Masih ada pemimpin yang
disifatkan oleh responden
mementingkan kepentingan
peribadi berbanding
kepentingan RT.
PELUANG
Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan
keterbukaan pemimpin.
Terdapat sebuah Institut yang mampu mengendalikan program pendedahan
untuk kepimpinan serta ahli KRT.
ANCAMAN
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak
pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 tahun.
4.7.4. Komunikasi Kepimpinan Memberi Sokongan dan
Komitmen Berpasukan.
Dapatan dari data yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan bahawa tahap
kepuasan komunikasi kepimpinan yang diamalkan oleh kepimpinan RT adalah
sederhana-tinggi, manakala komitmen kerja secara berpasukan adalah sederhana
rendah. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang berkesan, sifat pemimpin
yang sentiasa memberi sokongan akan menjana pada tahap motivasi kerja
seseorang individu, begitu juga dengan semangat kerja berpasukan. Kedua-dua
perlakuan ini akan memberi impak pada pencapaian matlamat penubuhan Rukun
Tetangga. Hasil analisis menunjukkan perlakuan ini memang diamalkan oleh
116
kepemimpinan RT, cuma terdapat dua perlakuan yang menjadi kekangan, iaitu
kesediaan pemimpin untuk mengamalkan keterbukaan dalam proses perbincangan
untuk menyelesaikan permasalahan komuniti dan sentiasa berusaha untuk
mendapatkan penglibatan maksima daripada komuniti setempat.
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan
(Memberi sokongan)
Komitmen Kepimpinan
(Berpasukan)
KEKUATAN
a. Ahli KRT memberi mempunyai persepsi
yang positif terhadap amalan sokongan
yang diberikan oleh kepimpinan RT :
- Persepsi yang tinggi terhadap kesediaan
pemimpin RT member maklumat
terkini mengenai aktiviti RT.
- Sentiasa menunjukkan kemesraan.
- Menyediakan maklumat yang jelas.
a. Kebanyakkan responden bersetuju
dengan semangat kerja
berpasukan penting dalam
mempergiatkan aktiviti RT.
KEKANGAN
Banyak responden menyatakan persepsi
yang sederhana terhadap
a. Kesediaan pemimpin untuk melibatkan diri
dengan aktiviti RT
b. Ada pemimpin RT di negeri seperti
Terengganu dan Selangor mengamalkan
sifat sokongan yang sederhana.
a. Pimpinan RT sukar diajak
berbincang
b. Kurang mengalakkan kerja secara
berpasukan
c. Kurang berbincang untuk selesai
masalah RT
d. Kurang dapatkan penglibatan
semua
PELUANG
Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan
keterbukaan pemimpin.
Sokongan yang kuat dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
117
ANCAMAN
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak
pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 tahun.
Kepimpinan yang kurang memberi perhatian dalam aspek ini akan memberi kesan
pada pengaruh politik yang bercanggah dengan pencapaian Dasar Perpaduan
Nasional.
4.7.5 Komunikasi Kepimpinan Penyertaan dan Berwawasan
Penyertaan dalam kalangan komuniti KRT terletak pada kebijaksanaan pemimpin
untuk memberi galakan serta dorongan yang berkesan. Keberkesanannya sangat
bergantung pada keupayaan komunikasi pemimpin untuk menarik minat komuniti
untuk telibat sama dalam aktiviti yang dijalankan oleh KRT. Dapatan dari data
yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan kebanyakan responden menyatakan
tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan ini dalam kalangan pimpinan KRT.
Kebanyakan responden memberi pernyataan yang puas terhadap usaha pemimpin
dalam member peluang pada komuniti memberi cadangan, begitu juga galakan
untuk bekerja secara bersama untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan oleh RT.
Sebaliknya pula, banyak responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana
terhadap usaha pemimpin untuk melibatkan komuniti dalam proses penyelesaian
masalah, begitu juga dengan galakan pemimpin untuk melibatkan komuniti dalam
pengurusan RT.
118
Berdasarkan analisis mengikut negeri pula dapatan dari kajian ini menunjukkan
tahap kepuasan komunikasi kepimpinan yang diamalkan adalah sederhana bagi
komuniti KRT di negeri Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Manakala
bagi negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka kebanyakan
responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi dalam perlakuan ini dalam
kalangan pemimpin RT mereka.
Begitu juga dengan sifat berwawasan pemimpin, kebanyakan responden
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan ini dalam kalangan
pemimpin RT pada kawasan mereka. Bagi setengah-setengah negeri seperti
Selangor, Kelantan dan Terengganu, kebanyakan responden menyatakan tahap
kepuasan yang sederhana. Mengikut temubual yang dijalankan terhadap beberapa
orang responden di negeri-negeri ini, mereka menyatakan pimpinan kurang
menyerlah dalam memerihalkan wawasan RT untuk jangka masa panjang, begitu
juga dengan aktiviti yang dijalankan hanya di hadiri oleh mereka yang sama.
Antara aspek-aspek kelemahan yang dibangkitkan adalah pengiktirafan terhadap
komuniti terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan, sifat kemesraan yang
ditunjukkan, keperihatinan pemimpin terhadap cadangan dari peringkat komuniti
kurang diberi perhatian. Jadual di bawah memerihalkan analisis situasi yang
dijalankan.
119
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan
(Penyertaan)
Komitmen Kepimpinan
(Berwawasan)
KEKUATAN
Ahli KRT menyatakan tahap kepuasan yang
tinggi terhadap aktiviti yang di jalankan oleh
RT, khususnya:
a. Kesediaan pemimpin untuk
memberi peluang pada komuniti untuk
menyatakan cadangan.
b. Galakan untuk bersama dalam
menjayakan aktiviti RT.
Banyak paparan mesej mengenai
halatuju dipamerkan di TADIKA
Perpaduan, penerbitan JPIN dan
peranan yang dimainkan oleh
kakitangan JPIN.
KEKANGAN
Banyak responden menyatakan persepsi yang
sederhana terhadap :
a. Kurang melibatkan komuniti dalam
proses membuat keputusan.
b. Galakan komuniti untuk turut
membantu menguruskan RT.
a. Komuniti kurang didedahkan
maklumat terkini RT.
b. Kurang amal sifat minta
cadangan dalam kalangan
pemimpin RT.
c. Kurang member pengikturafan
terhadap penglibatan komuniti
RT.
PELUANG
Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan
keterbukaan pemimpin.
Sokongan yang kuat dari Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuhkan RT
ANCAMAN
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi
impak pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45
tahun.
top related