adat resam kaum di malaysia

Post on 18-Jan-2016

209 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Adat Resam Kaum di Malaysia

Kaum Melayu

Kaum Cina

Kaum Kadazan Dusun

Ahli Kumpulan

Jemimah Hiew JaelOh Hui Kai

Adat Resam Orang Melayu

Perayaan Kaum Melayu

ADAT RESAM KAUM CINA

AMALAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA Angpao• Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan

sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. • Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi

sampul merah ini kepada kanak-kanak.

• Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang.• Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula

(bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian.

• Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit.• Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana

sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Ucapan Semasa Menyambut Tahun Baru Cina• Di bahagian utara China, "guò nián hǎo" yang dijadikan ucapan

tradisi.• Maksudnya ialah ''dapat hidup dalam keadaan yang baik''.• Selain itu, "Gong xi fa cai” yang diterjemah sebagai "Taniah dan

semoga mendapat rezeki ''

Bunga Api• Setiap batang mercun

digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. • Mercun menghasilkan letupan

memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat

Pakaian • Pemakaian yang melebihkan warna

merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.• Tambahan, orang yang memakai baju

baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

• Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

• Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). • Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang,

menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

AMALAN PERAYAAN KUIH BULAN

• Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. • Ahli keluarga biasanya berkumpul di pondok bersama-

sama menikmati Bulan sambil memakan kuih bulan, meminum teh dan bermain tanglung.

• Hari kelima bulan lunar kelima adalah perayaan tradisional yang besar kepada kaum Cina. • Perayaan ini dikenali sebagai Dragon Boat Festival juga disebut

sebagai Duan Wu Jie dalam bahasa Cina.• Dragon Boat Festival merupakan perayaan tradisional yang bermula di

China pada zaman berperang, ia mempunyai sejarah lebih daripada 2,000 tahun.

AMALAN PERAYAAN DUAN-WU

MAKAN ZONGZI

• Zongzi merupakan sejenis makanan yang mengunakan daun buluh untuk membalut beras pulut ke dalam bentuk piramid.• Dengan perkembangan masa,

orang ramai mula mencampur beras pulut dengan pelbagai jenis bahan makanan supaya Zongzi menjadi lagi sedap.

PERLUMBAAN PERAHU NAGA • Perlumbuan perahu naga merupakan salah satu

aktiviti yang diadakan setiap Perayan Duan Wu.• Pada mulanya, perlumbaan perahu naga merupakan

aktiviti yang diadakan untuk menghargai Qu Yuan.

• Dengan perkembangan masa, Perayaan Duan Wu disebarkan ke nagara lain di Asia seperti Korea, Japan, Vietnam dan negara-negara lain, adat perlumbaan perahu naga juga menjadi adat mereka apabila menyambut Perayaan Duan Wu. • Sehingga zaman kini, perlumbuan perahu naga telah

menjadi salah satu aktiviti sukan air di seluruh dunia.

Adat Resam Kaum Kadazan-

Dusun

Pengenalan Kadazan-Dusun

• Penduduk majoriti negeri Sabah.• Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun.• Kebanyakan daripada amlan mereka mengandungi unsur-unsur ritual

dan animisme.• Mereka begiru berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek

moyang mereka.

Pesta Keamatan

• Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. • Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei

walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. • Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu

cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

• Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.

• Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

• Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan.

• Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

• Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. • Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka

dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

top related