adaptasi karya agung
Post on 23-Oct-2015
66 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Program pensiswazahan guru
(kota kinabalu)
Ambilan Mac 2011
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
Cetera keempat belas
Suatu ketiaka dahulu ada seorang pahlawan yang gagah
berani. Namanya Hang Tuah. Dia mempunyai empat orang sahabat iaitu
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, dan Hang Lekir. Kegagahan dan
kehebatan pahlawan itu bersama sahabat-sahabatnya menjadi
kebanggaan rakyat negeri Melaka. Beginda Sultan juga kegum dengan
keberanian dan kehebatan Hang Tuah. Beginda menganggap pahlawan itu
seorang pegawai istana yang amat setia serta berjasa.
Hang Tuah seorang yang sangat cerdik dan tangkas bila
beradu kekuatan dengan musuh. Kalau dia berlawan, dia selalu menang.
Hang Tuah mempunyai ilmu mempertahankan diri serta pandai bermain
senjata. Oleh sebab itu pihak musuh tidak berani menentang Hang
Tuah. Mereka sedar, kalau mereka melawan umpama menjolok sarang
tabuan. Pasti nya mereka akan melayang.
Kekuatan dan kehandalan Hang Tuah tersebar hingga keseluruh
Kepulauan Melayu. Raja Majapahit mengetahui kehebatan pahlawan Melaka
itu. Namun baginda tidak mempercayainya. Beginda Raja itu yakin bahawa
dirinya lebih handal lagi dan digeruni oleh sesiapa sahaja di rantau itu.
“Apakah beta patut menguji kehandalan pahlawan Melaka itu?” tanya Raja
Majapahit kepada dirinya sendiri.
Pada suatu hari Raja Melaka yang bertunang dengan puteri
Raden Mas Ayu anak kepada Raja Majapahit hendak melangsungkan
perkahwinan mereka. Hang Tuah berserta rombongan pembesar Melaka
mengiringi Raja Melaka ke Majapahit. Raja Majapahit telah merancang
dengan mengupah pahlawan-pahlawan yang handal untuk membunuh Hang
Tuah. Walaupun begitu, segala usaha yang dirancang umpama menanam
pisang tidak berjantung.
Raja Majapahit merasa amat kecewa kerana gagal untuk
membunuh Hang Tuah. Tiba-tiba muncul seorang Pahlawan tua bernama
Taming Sari mempunyai dendam kesumat di mana dia juga berhasrat
untuk membunuh orang-orang Melaka termasuk Hang Tuah. “Patik akan
hapuskan ke semua pahlawan Melaka itu dengan kris patik ini tuanku” kata
Taming Sari kepada Raja Majapahit.
Raja Majapahit mengadakan satu majlis tari-menari sempena
perkahwian puteri Raden Mas Ayu dengan Raja Melaka. Dalam Majlis
tersebut Raja Majapahit ingin menguji sendiri kehandalan Hang Tuah.
Namun beliau bimbang dengan kehandalan pahlawan Melaka itu bila
melihat tubuh Hang Tuah yang sasa. Beginda memerintahkan seorang
pahlawan Majapahit bernama Taming sari untuk masuk ke gelanggang.
“Wahai Taming Sari! Kamu pahlawan Majapahit yang handal. Hari ini beta
mahu kamu tunjukkan kehandalan kamu kepada pahlawan Melaka Itu,”
titah Raja Majapahit kapada Taming Sari. “Titah dijunjung, tuanku,” kata
Taming sari sambil tersenyum mendengar perintah itu. Taming Sari masuk
ke gelanggang dengan perasaan yang sangat angkuh. Dia telah menunjukan
ketangkasan beliau bersilat dan bermain senjata . Taming sari Kemudian
memandang ke arah Hang Tuah dan berkata “wahai pahlawan Melaka!
Silakan masuk ke gelanggang, mari kita ukur kehandalan kita, aku Taming
sari, tidak gentar dengan pahlawan Melaka!”. Raja Majapahit tersenyum
sinis kepada Hang Tuah untuk mempersendakan kehebatan pahlawan
Melaka itu.
Hang Tuah berasa amat tercabar dengan pelawaan pahlawan
Majapahit itu. Dia berdiri dan masuk ke gelanggang untuk menentang
Taming sari. “ Kalau tuan hamba hendak menjual, Patik bersedia untuk
membeli! Pantang pendekar Melayu dicabar, kata-kata tuan hamba
sedikit pun patik tak gentar” Kata Hang Tuah kepada Taming Sari.
Kedua-dua pahlawan tersebut pun memulakan pertarungan.
Setelah beberapa lama bertarung, Hang Tuah menyedari
Taming Sari memiliki keris sakti. Keris itu menyebabkan pahlawan
majapahit tersebut kebal dan tidak gentar berlawan dengan Hang Tuah.
Oleh yang demikian Taming Sari begitu yakin dapat menewaskan
pahlawan Melaka yang dikatakan handal itu. Walaupun begitu Hang Tuah
menunjukan kehandalan beliau bermain senjata dengan mengelak dari
Taming Sari mencederakan beliau.
Raja Majapahit dan Raja Melaka berserta semua
pembesar yang berada di situ begitu teruja dengan pertarungan
tersebut. Mereka mahu memastikan, siapa yang benar-benar
handal Taming sari atau pahlawan Melaka itu. Pertarungan
tersebut berlangsung begitu hebat sekali. Kedua-dua pahlawan
tersebut menunjukan kepantasan dan kehandalan mereka bermain
senjata.
Dalam perlawan tersebut, Hang Tuah menyedari bahawa
bukan mudah beliau mengalahkan pahlawan Majapahit tersebut. Ini
kerana keris yang ada dengan Taming Sari itu memiliki kuasa yang
sangat luar biasa. Beliu mencari jalan untuk menewaskan pahlawan
Majapahit tersebut. “Aku tentu boleh mengalahkannya, kalau dapat
merampas keris sakti dari tangannya,”kata Hang Tuah dalam hati.
Dia mula memikirkan cara untuk merampas keris tersebut dari
tangan Taming Sari.
Hang Tuah terpaksa menggunakan tipu muslihat untuk
merampas keris sakti tersebut. Hang Tuah pun mendapat satu akal iaitu
dengan menyatakan bahawa keris yang berada ditangan pahlawan
Majapahit itu tidak kukuh. Taming yang termakan tipu hela Hang Tuah
terus memandang keris yang berada di tangannya. Sepantas kilat itu
juga hang tuah menendang tangan pahlawan Majapahit dan
mengakibatkan keris sakti yang dipegangnya melayang kemudian melekat
pada dinding perseban . Hang Tuah dengan pantas mendapatkan keris
sakti. Bila menyedari Hang Tuah berjaya merampas keris sakti itu dari
tangannya, Taming Sari mula rasa cemas. Dia bimbang pahlawan Melaka
itu dapat menikammya.
Menyedari hal yang demikian, Taming Sari berkata “Aku
sudah tidak mempunyai senjata, berikan kerisku itu semula.” Hang Tuah
yang bijak itu memberikan kerisnya kepada Taming sari sebagai ganti
keris sakti milik pahlawan Majapahit itu. Pahlawan Melaka itu menyerang
Taming Sari dan akhirnya menikam pahlawan Majapahit dengan keris
sakti itu. Akhirnya Taming Sari tewas dan menemui ajal di situ setelah
ditikam dengan keris sakti itu. Raja Majapahit dan Raja Melaka serta
seluruh pembesar-pembesar yang hadir merasa kagum dengan
kehebatan Hang Tuah menewaskan Taming sari pahlawan Majapahit yang
gagah itu.
Raja Majapahit sangat kagum dan malu dengan kehandalan Hang
Tuah. Beginda mengakui pahlawan Melaka itu memang handal dan berjanji
tidak akan mengujinya lagi. Raja Majapahit itu telah menganugerahkan Hang
Tuah Keris Taming Sari dan berharap pahlawan Melaka itu dapat menjaga
puteri beginda yaitu Puteri Raden Mas Ayu dan negeri Melaka seluruhnya.
Raja Melaka amat bangga dengan kehebatan dan
kehandalan Hang Tuah. Walaupun mereka menghadapi pelbagai
rintangan dan halangan semasa berada di negeri Majapahit,
pahlawan Melaka itu dapat menghadapi cabaran dengan begitu
bijak sekali. Sehingga beginda akhirnya dapat berkahwin dengan
Puteri Raden Mas Ayu puteri kepada Raja Majapahit. Atas jasa
dan pengorbanan Hang Tuah itu, Raja Melaka telah mengurniakan
Hang Tuah dengan gelaran Laksmana Melaka.
Pahlawan orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah air; kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan.
Pegawai istana
Orang yang bekerja di istana
Tangkas cepat gerak-gerinya; cergas; pantas: kuda yg ~. ketangkasan keadaan atau sifat tangkas; kecepatan; kepantasan.
Rombongan sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb;
berhasrat ingin akan; berharap akan; mempunyai keinginan yg kuat.
Sasa kuat dan tegap.
Handal 1. boleh diharap (dipercayai) setia; 2. kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai: pemain bola yg ~; 3. amat baik (dlm sesuatu kemahiran dll).
Muslihat 1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang.
Sinis 1 bersifat mengejek atau bersifat menyindir (ttg cara bercakap dsb): Kata-katanya yg ~ itu menyakiti hatiku. 2 tidak melihat sesuatu kebaikan dan sering meragui kebaikan orang lain. kesinisan keadaan atau sikap sinis.
Gentar 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll)
Mempersendakan
mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, mengejek-ejekkan.
peseban (peséban) Jw, sl balai tempat menghadap; ~ agung balai penghadapan yg besar.
Menikam mencucuk atau melukai dgn senjata tajam spt keris, pisau; menusuk.
Mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan)
Kagum berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yg luar biasa), hairan, takjub
top related