adab terhadap alam sekitar

Post on 02-Jul-2015

784 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ADAB TERHADAP ALAM SEKITAR&

KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT

Pengertian

• Alam sekitar ialah meliputi keseluruhan kawasan yang didiami oleh manusia.

• Alam sekitar terbahagi kepada dua iaitu :1) Kaku ( ciptaan Allah semulajadi ).2) Hidup (buatan manusia).

1) Kaku ( ciptaan Allah semulajadi ) seperti daratan, bintang dan langit. Dua ciri utama alam kaku ialah:

- Berfungsi untuk kegunaan dan memenuhi kehendak manusia. Contohnya Allah menjadikan tanah yang sesuai untuk tanaman. Sekiranya Allah menjadikan semua tanah gurun atau pasir ataupun semua emas, sudah pasti manusia tidak boleh bercucuk tanam dengannya.

- Semua alam sekitar ini saling lengkap melengkapi mengikut ketentuan Allah seperti matahari memberi cahaya dan kepanasannya yang sesuai kepada manusia sepertimana air mengalir memberi sumber kehidupan kepada manusia.

2) Hidup (buatan manusia) seperti lubang yang digali sebagai sungai, pokok-pokok yang ditanam, bangunan-bangunan yang dibina dan sebagainya. Manusia, haiwan dan pokok termasuk juga dalam alam sekitar yang hidup.

Konsep

• Kejadian alam sekitar dan isi kandungannya merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T.

• Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T adalah untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.

• Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga dan alat perhubungan.

• Manusia hendaklah memelihara dan menjaga alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.

• Terdapat beberapa adab yang perlu kita ikuti bagi memelihara alam sekitar supaya sentiasa bersih dan terjaga.

Dalil

• Firman Allah Ta’ala dalam Surah Ar-Rum ayat 41:

“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”

• Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

(Surah al-Maidah, 120).

• Dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi”  (Surah al-Syu’ara, 183)

top related