abses anus : kenapakah ia berlaku?

Post on 02-Dec-2021

10 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

INFO KESIHATAN19

ABSES anus bagi pemahaman pembaca ber-makna nanah di persekeliling dubur atau bon-jolan bernanah di dubur. Bila ini berlaku , ianyamemberi kesan yang amat perit bagi pesakit.Seringkali masalah ini di silapkan dengan bua-sir kerana ciri-ciri kesakitannya yang amatsama.

Sama juga seperti buasir, pesakit akansegan untuk membuang air besar kerana takutakan kesakitan. Malah komplikasi yang bolehtimbul jika masalah ini tidak di tangani denganawal boleh menyebabkan pesakit menjadi sep-tik.

Bagaminakah abses anus ini boleh ber-laku dan kenapakah ianya boleh berlaku?Abses anus ini berlaku di sebabkan oleh jang-kitan kuman di kelenjar cryptoglandular dianus , jangkitan yang melarat di kelenjar anusinilah yang akan menjadi abses anus. Bila tidaksegera ditangani, abses anus dapat menyebab-kan terbentuknya saluran tidak normal di anusyang di panggil fistula ani. Masalah ini akanmenjadikan sakit semakin teruk, bahkan me-nyebabkan kesulitan menahan pembuanganair besar.

Abses anus boleh berlaku kepada sesiapapun,namun lebih berisiko kepada seseorangyang memiliki faktor-faktor berikut:• Menderita radang usus seperti CrohnsDisease• Akibat sering sembelit sehingga meluka-kan dubur• Memiliki sistem kekebalan tubuh lemah,misalnya akibat HIV/AIDS• Melakukan seks anal (khususnya yangmenjadi penerima)• Kanser tangkal rektum tahap 4 ataukanser anuus

Apakah simptom – simptomnya ? Ini terma-

suk- Sakit di dubur- Kesan nanah di seluar dalam- Bengkak di sekitar anus- Bau nanah busuk semasa pembuangannajis- Terasa gatal di lubang dubur

Abses anus boleh di sahkan dengan memeriksasecara fizikal kawasan dubur tersebut. Bila se-seorang itu datang dengan simptom di atas,doktor akan melakukan beberapa jenis ujianuntuk megesahkan abses anus. Pada awalnyabahagian luar dubur akan di periksa untukmelihat tahap atau saiz nanah, kesan inflamasikulit dubur dan dalaman dubur akan diperiksadengan jari untuk mengesan sebarang ketum-buhan di tangkal rektum dan dubur.

Pakar bedah yang arif dengan merawatmasalah ini boleh memastikan tahap masalahabses anus ini dengan memeriksa secara fizikalsahaja. Jika absesnya besar, lazimnya endoanalultrasound boleh di gunakan untuk melihat se-cara visual seberapa dalam abses ini telahmerebak. Sekiranya abses itu adalah rumit,abses yang komplek atau pesakit pernah men-jalani pembedahan di kawasan dubur, MRIPelvis atau CT Pelvis boleh di lakukan untukmendapat gambaran yang lebih jelas. Kadang-kala jika kanser hujung tangkal rektum disyaki, ujian sigmoidoscopy atau kolonoskopiakan di lakukan.

Lazimnya abses anus ini terpaksa di rawatsecara pembedahan dan sekadar mengambilubatan antibiotik tidak memadai, malah iaboleh memburukkan keadaan. Biasanya po-tongan akan di buat di atas abses tersebut,nanah di keluarkan dan kawasan dalaman dibersihkan seberapa baik yang mungkin. Kulitdi biarkan begitu sahaja selepas pembedahandi mana pembersihan di kawasan tersebut ter-paksa di lakukan setiap hari. Seringkali jugapakar bedah akan mencari fistula ani di absesanus kerana 40 % abses anus ini mempunyaifistula ini.Jika ini berlaku seton atau getah akandi selitkan ke dalam “terowong” fistula untukmematangkan terowong tersebut, agar pem-bedahan kedua dapat di lakukan dengan sen-ang. Kebiasaanya pembedahan kedua inimelibatkan prosedur LIFT (ligation of inter-sphinteric tract) ke atas seton tersebut. Jikaabses tersebut berpunca daripada kanser tang-kal rektum, maka rawatan atau pembedahan

terhadap kanser terpaksa juga terpksa di laku-kan. Ini merangkumi rawatan chemoterapidan radioterapi terhadap barah tersebut , sel-epas abses itu di tangani dengan sempurna.

Bagaimanakah anda boleh menghindarmasalah abses anus ini? Faktor utama ialahmenjaga kebersihan anus . Sekiranya penjag-gan yang tidak baik, ianya akan menyebabkankekotoran , luka dan akhirnya dubur akanbernanah. Satu lagi faktor ialah mengelakanmasalah sembelit yang boleh menyebabkan

luka di dubur , nanah dan sekaligus fistulaani.

Rawatan untuk abses anus sememangnyarumit dan pesakit perlu faham di mana kesanpenyembuhan akan mengambil sedikitmasa.Sekiranya anda ada meghidapi masalahabses anus ini ,anda boleh berhubung denganDr Shankar Gunarasa, Pakar BedahUmum, Laparoskopi dan Kolorektal diPantai Hospital Ayer Keroh Melaka ditalian 06 2319999 Samb; 2131

DR. Shankar Gunarasa

Abses Anus :

Kenapakah ia berlaku?

top related