93421320-soalan-oum-2011
Post on 03-Jun-2018
252 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 93421320-SOALAN-OUM-2011
1/6
HBEF 2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PEPERIKSAAN AKHIR SEM. SEPTEMBER 2011
BAHAGIAN A ( 5 SOALAN JAWAB SEMUA)
1. Dengan menggunakan perspektif behavioris, senaraikan dan jelaskan EMPAT elemen asas berkaitan
pembelajaran manusia.
4 elemen asas perespektif behavioris berkaitan pembelajaran manusia
i)Pendekatan ini member tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata
atau tidak nyata.
ii) Tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur dalaman.
iii) Tingkah laku adalah satu gerak balas yang berlaku dengan wujudnya ransangan.
iv) Ganjaran mendorong seseorang mengulang sesutau tingkah laku manakala dendaan
menyekat tingkah laku daripada berlaku.
2.Jelaskan DUA faktor eksogen yang mempunyai kesan kepada perkembangan kepada perkembangan
kognitif manusia.
Faktor eksogen ialah faktor yang datang dari luar diri seseorang individu.
i) Pemakanan
Pemakanan yang berkhasiat amat penting bagi pertumbuhan dan tumbesaran seseorang kanak-
kanak. Susu ibu amat sesuai untuk pertumbuhan dan tumbesaran bayi.
ii) Keluarga
Keluarga juga berperanan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.
Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka.
3. Kenal pasti dan bincang dengan menggunakan contoh , DUA kategori pengayaan yang dilaksanakan
dalam bilik darjah.
2 kategori pengayaan
i ) Pengayaan secara mendatar merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan
mengikut kebolehan.
ii) Pengayaan secara menegak pula merupakan aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang
cerdas sahaja.
-
8/12/2019 93421320-SOALAN-OUM-2011
2/6
4. Jelaskan DUA cara bagaimana kita dapat menyediakan SCAFFOLDING yang berkesan kepada murid-
murid.
Scaffolding ialah idea dalam teori perkembanagn Kognitif Vygotsky yang digunakan dalam
pembelajaran secara koperatif.
2 cara dalam menyediakan scaffolding yang berkesan.
i ) Setiap kumpulan dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Dengan cara ini semangat
bekerjasama dikalangan ahli kumpulan menjadi semakin tinggi.
ii) Pelajar cerdas akan membimbung pelajar lambat dalam zon proksimal. Cara ini dapat
memastikan matlamat dan objektif pembelajaran tercapai iaitu memastikan kesemua ahli kumpulan
mempelajari bahan pembelajaran.
5. Nyatakan EMPAT faktor penyumbang kepada motivasi pelajar.
i ) Keupayaan:
ii) Kesukaran tugasan
iii) Usaha
iv) Nasib
BAHAGIAN B ( 3 SOALAN JAWAB DUA SAHAJA)
SOALAN 1
a)Jelaskan konsep skema dan peranannya dalam proses manusia untuk mengetahui.
Skema/skemata adalah struktur kognitif yang dengannya seseorang beradaptasi dan terus mengalami
perkembangan mental dalam interaksinya dengan lingkungan. Skema juga berfungsi sebagai kategori-
kategori untuk mengidentifikasikan rangsangan yang datang, dan terus berkembang.
b) Kenal pasti 4 peringkat perkembanagn kognitif kanak-kanak dan bincangkan perbezaan utama yang
terdapat pada setiap peringkat perkembangan.
Umur Peringkat Cara berfikir0-2 tahun Deria motor Kanak-kanak menggunakan deria
motor untuk meninjau dan
memahami dunia mereka.
2-7 tahun Pra operasi Kanak-kanak berfikir secara
simbolik untuk menyelesaikan
masalah tetapi tidak mengikut
logik.
-
8/12/2019 93421320-SOALAN-OUM-2011
3/6
7-11 tahun Operasi konkrit Kanak-kanak berfikir secara logik
dan konkrit juga menyelesaikan
masalah secara cuba jaya.
12 tahun ke atas Operasi formal Remaja berfikir secara abstrak
dan dapat memikirkan akibat
sesuatu perkara dalam jangka
panjang.
c ) Jelaskan DUA perubahan signifikan dalam kemahiran berfikir kanak-kanak apbila beralih dari
peringkat pra operasi kepada operasi konkrit.
i ) Perubahan dari pemikiran secara tidak logik kepada pemikiran secara logik.
ii) Cara menyelesaikan masalah dari cara simbolik kepada kaedah cuba jaya.
SOALAN 2
a ) Jelaskan maksud pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri ialah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh
menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka diajar jelas dalam masa yang
mencukupi.
b ) Bincangkan peranan guru dalam pendekatan pembelajaran masteri
Guru berperanan menyediakan bimbingan atau pelajaran tambahan kepada pelajar yang belum
menguasai sesuatu tajuk kecil. Bagi melaksanakannya, guru boleh meminta bantuan daripada rakan
pelajar dari kelas yang sama atau berlainan kelas atau ahli-ahli lain dalam kumpulan pembelajarankooperatif. Sekiranya terdapat kekangan masa atau tenaga (guru atau pelajar), guru boleh menguji
kefahaman pelajar mengenai tajuk kecil dan pelajar yang telah menguasai tahap masteri bolehlah diberi
latihan pengayaan berupa tugasan simulasi komputer, projek kajian dan sebagainya.
c ) Bincangkan 4 ciri utama dalam pembelajaran masteri.
i ) Guru mesti memecahkan sesuatu unit pembelajaran kepada beberapa tajuk-tajuk kecil dan
setiap tajuk-tajuk kecil ini mengandungi beberapa objektif khusus.
ii) Pelajar perlu memperolehi skor 80% dan ke atas dalam ujian bagi mencapai tahap kemahiran
masteri bagi setiap objektif yang ditetapkan.
iii) Guru perlu memberitahu pelajar mengenai objektif-objektif dan kriteria untk mencapai
objektif-objektif tersebut.
iv) Pelajar yang tidak mencapai tahap minimum dalam ujian atau yang mencapai skor minimum,
tetapi masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya, mereka bolehlah mengulang semula tajuk kecil
tersebut sebelum beralih kepada tajuk kecil yang lain.
-
8/12/2019 93421320-SOALAN-OUM-2011
4/6
SOALAN 3
a ) Jelaskan maksud konsep pemikiran secara kritis
Pemikiran secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Kemahiran yang
terdapat dalam pemikiran kritis ialah mencirikan, membanding beza, mengumpul dan mengelaskan,
membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan kecondongan, menilai dan
membuat kesimpulan.
b ) Bincangkan 4 kelebihan penggunaan peta minda sebagai alat pemikiran.
1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan dayaingatan.
2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak(linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan
warna.
6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yangnyata dan tersirat.
c )Berikan 4 sebab mengapa guru perlu menyelitkan unsur kemahiran berfikir dalam PNP
i ) Menentukan sama ada seseorang pelajar itu belajat secara efektif atau tidak
ii) Memebolehkan seseorang pelajar mengurskan kehidupannya secara lebih efektif.
iii) Membolehkan seseorang pelajar menghadapi sebarang masalah dengan keyakinan yangtinggi
iv) Memebolehkan seseorang pelajar membuat keputusan dengan tepat.
BAHAGIAN C (2 SOALAN JAWAB 1)
SOALAN 1
Bezakan 4 ciri pelajar gaya kognitif medan bebas dan bersandar. Untuk setiap gaya kognitif, bincangkanstrategi pengajaran yang sesuai untuk menampng perbezaaan pelajar-pelajar tersebut.
Pelajar Gaya Kognitif Bebas Medan Pelajar Gaya Kognitif Bersandar medan
Suka mata pelajaran Sains dan Matematik Suka mata pelajaran Sejarah dan Sastera
Suka bertanding dan kerja bersendirian Suka bekerjasama dan suka bekerja dalam
kumpulan
Suka berinteraksi secara formal dengan guru Berinteraksi secara informal dengan guru
-
8/12/2019 93421320-SOALAN-OUM-2011
5/6
Suka merancang sendiri cara pembelajaran Suka pembelajaran terncang dan berstruktur
Mengamati konsep secara analitikal dan melihat
komponen-komponen konsep.
Melihat konsep secara global.
Pelajar Gaya Kognitif Bebas Medan Pelajar Gaya Kognitif Bersandar Medan
Guru perlu berinteraksi secara formal. Grur perlu menggunakan pendekatan mesra dalam
interaksi .
Guru perlu menyediakan anugerah motivasi social
berupa bintang atau anugerah pelajar atau gred
atau sebagainya.
Guru hanya perlu member motivasi social yang
konkrit seperti pujian atau hadiah.
Guru hanya berperanan selaku fasilitator Guru perlu berperanan sebagai pengajar, penunjuk
cara dan pemberi markah.
Gunakan strategi pembelajaran individu seperti
pembelajaran masteri dan pembelajaran kendiri.
Gunakan strategi pembelajaran berkumpulan
seperti pembelajaran kooperatif.
SOALAN 2
Bincangkan kelebihan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Apakah kekangan-kekangan yang mungkin dihadapi oleh guru dalam proses pengintegrasian TMK dalam
PNP?
Kelebihan Pintegrasian TMK dalam PNP
1. Guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dengan lebih mudah dalam subjek masing-masing.
2. Kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan.
3.Pengajaran lebih menarik dan pembelajaran lebih efektif.
Kekangan-kekangan guru dalam mengintegrasikan TMK dalam PNP
1.Kekangan masa dalam menyediakan bahan mengajar kerana guru perlu mendapatkan bahan yang
sesuai dari sumbernya seperti internet. Juga kekangan dari segi masa untuk set up computer danperlatan yang berkaitan. Ini memandangkan masa mengajar guru banyak.
2. Guru perlu teliti di dalm menghasilkan bahan-bahan agar sesuai untuk tahap pelajar-pelajarnya.
3. Guru perlu mahir di dalam pengoperasian TMK.
-
8/12/2019 93421320-SOALAN-OUM-2011
6/6
top related