7. teknik menanam kacang penutup bumi

Post on 30-Jun-2015

1.944 Views

Category:

Documents

23 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEKNIK MENAMAN KACANG PENUTUP

BUMI

PENANAMAN GETAH

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

KEBAIKAN KACANG PENUTUP BUMI

● Melindungi permukaan tanah daripada cahaya matahari dan suhu yang tinggi dan seterusnya mengekalkan kelembapan tanah

● Melindungi permukaan tanah daripada tamparan hujan lebat dan seterusnya mengelakkan hakisan tanah khususnya di tanah curam

● Menambah bahan organik melalui pereputan sisa dan seterusnya meningkatkan kesuburan tanah

KEBAIKAN KACANG PENUTUP BUMI

● Mampu mengikat zat nitrogen dari udara dan seterusnya menjimatkan pembajaan nitrogen yang diperlukan oleh pokok getah

● Mengurangkan jangkitan penyakit akar, mempercepatkan pereputan tunggul getah

● Menggalakkan pertumbuhan akar rerambut pokok getah dan pada keseluruhannya mempercepatkan pertumbuhan pokok getah

JENIS KACANG PENUTUP BUMI YANG DI SYORKAN

● Calopogonium mucunoides

● Calopogonium caeruleum

● Centrosema pubescens

● Pueraria phaseoloides

● Mucuna bracteata

PENYEDIAAN BENIH

Sifat spesies kekacang yang berbeza sifat

pertumbuhan, di syorkan tiga

spesis kekacang di campur. Campuran

terbaik adalah mengandungi

spesies Calopogonium

caeruleum cepat tumbuh dan

tahan naungan

Spesies Kekacang A B C

Calopogonium mucunoides 2.9 kg 4.1 kg 1.8 kg

Centrosema pubescens 1.2 kg - -

Pueraria phaseoloides 1.9 kg 1.2 kg 2.3 kg

Calopogonium caeruleum - 0.7 kg 0.7 kg

Mucuna cochinchinensis - - 1.2 kg

JUMLAH 6.0 kg 6.0 kg 6.0 kg

JADUAL CAMPURAN DAN KADAR BERAT

Sekiranya Calopogonium caeruleum dan Pueraria phaseaoloides sahaja di dapati maka disyorkan

campuran 1 kg Calopogonium caeruleum dan 5 kg Pueraria phaseaoloides

PENYEDIAAN BENIH

1. Gaul semua biji di dalam baldi yang lebih besar daripada kuantiti bijinya

2. Rendam biji tersebut dengan air panas bersuhu 75º C iaitu dua bahagian air mendidih dicampur dengan satu bahagian air sejuk, selama dua jam.

PENYEDIAAN BENIH

3. Selepas 2 jam, buang air di dalam baldi jika ada. Gaul biji kekacang dengan kompos rhizobium pada kadar sepeket kompos ( 50g ) bagi 10 kg biji benih. Kompos boleh didapati dari LGM

4. Gaul biji kekacang itu dengan sama berat baja debu fosfat asli: misalnya 10 kg biji + 10 kg baja.

PENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN

Kawasan yang bakal di tanam dengan kekacang penutup bumi mestilah berkeadaan

bersih.

• Kekacang di tanam di antara baris pokok getah jarak 5m. Tiga barisan kekacang di tanam iaitu 1.2m dari barisan getah dan 1.3m di antara barisan kekacang

2. Di tanah berbukit di tanam di antara teres 9m. Empat baris kekacang boleh di tanam diantara dua teres.

Kawasan Tanah Pamah

Kawasan berbukit

Penanaman Kekacang Penutup Bumi

1. Tanda barisan yang akan di tanam menggunakan pancang dan buatkan alur sedalam 4 – 5 sm dengan menggunakan cangkul atau tajak

2. Menabur baja di dalam alur yang disediakan

Membuat alur

Menabur baja

Penanaman Kekacang Penutup Bumi

3. Menabur biji kekacang yang telah digaul dengan kompos Rhizobium dan debu baja fosfat ke dalam alur

4. Kambus biji kekacang dengan tanah , caranya dengan menguis tanah sambil berjalan.

Menabur benih

Mengambus benih

Penanaman Kekacang Penutup Bumi

5. Menyembur racun herba pra cambah ke atas tanah sebaik-baik sahaja kerja menanam selesai di jalankan, semburan ini juga boleh menahan rumpai daripada tumbuh.

6. Tiga minggu selepas biji kekacang cambah, di tabur baja sebatian yang sesuai seperti Nitrofoska Kuning dengan kadar 60 kg sehektar.

Menabur racun pra cambah

Menabur nitrofoska kuning

Pengurusan Kekacang Penutup Bumi

1. Mengawal rumpai terutama pada peringkat awal pertumbuhan kekacang menjalar

2. Membaja dengan secukupnya. Baja debu fosfat asli hendaklah di tabur lagi apabila pokok kekacang itu berumur 3 dan 8 bulan dengan kadar 250 kg sehektar

Meracun rumpai

Membaja

Pengurusan Kekacang Penutup Bumi

3. Mengawal serangga perosak jika serangan terlalu serius pada peringkat awal pertumbuhan

4. Menanam Kekacang Penutup Bumi memberi kesan positif terhadap pertumbuhan pokok getah muda

Menyembur racun serangga

Kekacang yang tumbuh subur

RUJUKAN

1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah.

2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah

3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-pokok Getah.

4. Risalah Teknologi RRIM, Penanaman Penutup Bumi Kekacang Menjalar, Disember 1991.

5. Risalah Penanaman Kacang Penutup Bumi

top related