7 punca menghantar anak ke pusat tuisyen

Post on 13-Jul-2015

1.262 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DISEDIAKAN OLEH A.SOUNDRADEVI 1 RINGKASAN 7 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang punca-punca ibu bapa menyediakan kelas tuisyen untuk anak-anak mereka. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Menghadiri kelas tuisyen yang pada suatu ketika dulu hanya untuk pelajar lemah dalam mata pelajaran tertentu, kini bagai suatu kemestian bagi setiap pelajar. Pelaksanaan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris turut mendorong lebih banyak ibu bapa menghantar anak mereka menghadiri kelas tuisyen. Malah, tuisyen kini menjadi suatu industri yang memberikan pulangan lumayan kepada pengendalinya. Kaedah tuisyen juga semakin canggih dengan penggunaan ICT, termasuk tuisyen berbentuk portal yang menggunakan komputer dan Internet. Ibu bapa menghantar anak ke kelas tuisyen untuk mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan khusus tentang sesuatu mata pelajaran. Namun, kita juga hairan kenapa semakin banyak ibu bapa dan pelajar terlalu bergantung pada kelas tuisyen. Mereka bertindak demikian kerana ada sesuatu yang tidak kena pada sistem pemelajaran dalam kelas sekarang hingga ibu bapa terpaksa untuk mendapatkan perkhidmatan guru tuisyen bagi anak mereka. Apakah kaedah pengajaran dan pemelajaran di sekolah belum mencukupi untuk memastikan pelajar lulus cemerlang? Selagi ada permintaan, maka penawaran tetap disediakan oleh guru tuisyen atas permintaan ibu bapa. Mungkin sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan mendorong ibu bapa dan pelajar mendapatkan bimbingan tambahan untuk memastikan keputusan cemerlang, walaupun yurannya mahal. Seterusnya, pihak pusat tuisyen menyediakan pakej yang menarik dengan menjanjikan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Oleh sebab ibu bapa terlalu dahaga akan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anak dalam peperiksaan, pakej ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain itu, ada pihak pusat tuisyen yang tidak bertanggungjawab memberikan keyakinan kepada pelajar dan ibu bapa bahawa mereka akan membantu pelajar dengan mengemukakan soalan yang dijangka akan keluar dalam peperiksaan yang sebenarnya. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka menghantar anak mereka ke pusat tuisyen kerana rakan-rakan mereka berbuat demikian, tambahan pula sekolah banyak menjalankan aktiviti yang menyebabkan pelajaran anak-anak mereka terganggu. Mereka akan berasa kekurangan jika mereka tidak menghantar anak mereka belajar di pusat tuisyen atau mempunyai guru tuisyen.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia)

Jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata memberikan pulangan lumayan dalam petikan tersebut? [2m] 2 Berdasarkan petikan, mengapakah ibu bapa akan berasa kekurangan jika tidak menghantar anak-anak mengikuti kelas tuisyen? [4m] 3 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kementerian Pelajaran supaya ibu bapa yakin akan kemampuan pihak sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang? [4m]

DISEDIAKAN OLEH A.SOUNDRADEVI 2 RINGKASAN 7 JAWAPAN Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang punca-punca ibu bapa menyediakan kelas tuisyen untuk anak-anak mereka. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Menghadiri kelas tuisyen yang pada suatu ketika dulu hanya untuk pelajar lemah dalam mata pelajaran tertentu, kini bagai suatu kemestian bagi setiap pelajar. Pelaksanaan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris turut mendorong lebih banyak ibu bapa menghantar anak mereka menghadiri kelas tuisyen. Malah, tuisyen kini menjadi suatu industri yang memberikan pulangan lumayan kepada pengendalinya. Kaedah tuisyen juga semakin canggih dengan penggunaan ICT, termasuk tuisyen berbentuk portal yang menggunakan komputer dan Internet. Ibu bapa menghantar anak ke kelas tuisyen untuk mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan khusus tentang sesuatu mata pelajaran. Namun, kita juga hairan kenapa semakin banyak ibu bapa dan pelajar terlalu bergantung pada kelas tuisyen. Mereka bertindak demikian kerana ada sesuatu yang tidak kena pada sistem pemelajaran dalam kelas sekarang hingga ibu bapa terpaksa untuk mendapatkan perkhidmatan guru tuisyen bagi anak mereka. Apakah kaedah pengajaran dan pemelajaran di sekolah belum mencukupi untuk memastikan pelajar lulus cemerlang? Selagi ada permintaan, maka penawaran tetap disediakan oleh guru tuisyen atas permintaan ibu bapa. Mungkin sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan mendorong ibu bapa dan pelajar mendapatkan bimbingan tambahan untuk memastikan keputusan cemerlang, walaupun yurannya mahal. Seterusnya, pihak pusat tuisyen menyediakan pakej yang menarik dengan menjanjikan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Oleh sebab ibu bapa terlalu dahaga akan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anak dalam peperiksaan, pakej ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain itu, ada pihak pusat tuisyen yang tidak bertanggungjawab memberikan keyakinan kepada pelajar dan ibu bapa bahawa mereka akan membantu pelajar dengan mengemukakan soalan yang dijangka akan keluar dalam peperiksaan yang sebenarnya. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka menghantar anak mereka ke pusat tuisyen kerana rakan-rakan mereka berbuat demikian, tambahan pula sekolah banyak menjalankan aktiviti yang menyebabkan pelajaran anak-anak mereka terganggu. Mereka akan berasa kekurangan jika mereka tidak menghantar anak mereka belajar di pusat tuisyen atau mempunyai guru tuisyen.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia)

Jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Apakah maksud rangkai kata memberikan pulangan lumayan dalam petikan tersebut? [2m] Sumber pendapatan tinggi. 2 Berdasarkan petikan, mengapakah ibu bapa akan berasa kekurangan jika tidak menghantar anak-anak mengikuti kelas tuisyen? [4m] y Kerana orang lain berbuat demikian y Kerana pihak pusat tuisyen mengemukakan soalan yang dijangka keluar dalam peperiksaan

DISEDIAKAN OLEH A.SOUNDRADEVI 3 RINGKASAN 7 y Kerana mereka bimbang pemelajaran anak-anak mereka di sekolah terganggu kerana pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti. 3 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kementerian Pelajaran supaya ibu bapa yakin akan kemampuan pihak sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang? [4m] y Melatih dan mewujudkan guru cemerlang dalam kebanyakan mata pelajaran dengan lebih banyak y Aktiviti yang menjejaskan pengajaran dan pemelajaran di dalam kelas hendaklah dipantau oleh Kementerian Pelajaran y Pihak Kementerian hendaklah mengadakan kursus dan pendedahan bagi memastikan semua guru dapat menyampaikan pengajaran dengan cara yang lebih berkesan y Kementerian hendaklah mengkaji sistem pendidikan kita supaya tidak terlalu berorientasikan peperiksaan

top related