60201765 jantung

Post on 23-Jun-2015

790 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DISEDIAKAN OLEH: I’zzat najmi bin ibrahim Jeffrey yeoh ze hui Syakir maarif b. mastor

Tutorial 11

Jantung

• Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun

• Dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu batu di dalam sistem saluran darah. 

JANTUNG

SISTEM KARDIOVASKULAR

Sel-sel tubuh tidak mempunyai akses secara langsung kepada persekitaran luar tubuh bagi membolehkan sel-sel tersebut memperolehi keperluan hidup.

Sistem kardiovaskular memikul tanggungjawab ini dengan mengangkat oksigen dan nutrien

ARTERI, VENA DAN

KAPILARI

Arteri

• Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar

dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.

• Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia

boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan

oleh denyutan jantung

• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol

• Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali

arteri pulmonari.

Arteri Vena

Vena

• Vena ialah salur darah yang membawa darah ke

jantung dari bahagian-bahagian lain badan.

• Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran

yang lebih besar jika dibandingkan dengan

arteri.

• Darah yang berada dalam vena mengalir pada

tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang

tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar

memberikan kurang rintangan terhadap

pengaliran darah.

• Vena dilengkapi dengan injap-injap yang

menentukan darah mengalir hanya dalam satu

arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap

ini akan tertutup jika darah mengalir ke

belakang dalam alirannya.

• Vena yang terkencil sekali dinamakan venul

• Semua vena membawa darah tidak beroksigen

kecuali vena pulmonari.

Kapilari darah

• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil

sekali.

• Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada

venul.

• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap

memudahkan resapan bahan-bahan antara darah

dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Kitaran Sistemik

Membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke

jantung.

Kitaran Pulmonari

Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk

pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung.

DEGUPAN JANTUNG• Kadar degupan jantung - bilangan degupan per

satu unit masa / degupan per minit.• Berbeza bergantung kepada keperluan oksigen

oleh badan.• Pengukuran kadar degupan jantung digunakan

untuk tujuan perubatan dan individu.• Diukur dengan mengira nadi jantung pada badan.• Nadi jantung - bilangan degupan jantung per

minit.

SISTEM KONDUKSI JANTUNG• Terdiri daripada sekumpulan sel neuromuskular

khusus di dalam miokardium yang memulakan dan mengalirkan impuls yang menyebabkan pengecutan jantung yang berentak

• Otot kardium- miogenik• Dirangsang secara automatik untuk mengecut

tanpa memerlukan bekalan saraf daripada otak• Boleh mengecut secara beritma dengan

sendirinya

KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM KONDUKSI

BUKU SINOATRIUM (BSA)

BUKU ATRIOVENTRIKEL

(BAV)

BERKAS ATRIOVENTRIKULAR

(BERKAS AV/HIS)TISU PURKINJE

Bundle of His

BUKU SINOATRIUM (BSA)

• Sekumpulan sel khusus pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava superior.

• Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia yang mencetuskan degupan jantung dan mengawal kadarnya.

• Impuls daripada BSA akan melalui miokardium atrium dan menyebabkan kedua-dua atrium mengecut secara serentak.

BUKU ATRIOVENTRIKEL (BAV)

• Terletak di tengah-tengah jantung antara atrium dan ventrikel.

• Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang datang daripada miokardium atrium, namun berupaya untuk memulakan impuls pengecutan jantung tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding nodus SA.

• Sel di dalam BAV merangsang impuls lebih perlahan menyebabkan terdapat lebihan masa semasa impuls melaluinya.

• Memberi masa kepada atrium untuk menamatkan fasa pengecutan sebelum ventrikel mula mengecut.

BERKAS ATRIOVENTRIKULAR (BERKAS AV/HIS)

• Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada BAV.

• Impuls melalui Berkas AV dari BAV ke cabang berkas kiri dan kanan.

• Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya membahagi kepada cabangan berkas kiri dan kanan pada bahagian atas septum ventrikel.

• Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di dalam miokardium ventrikel.

TISU PURKINJE

• Tisu yang mencabangkan ventrikel kiri dan kanan dan mengatur pengecutan ventrikel

SISTEM KONDUKSI JANTUNG BSA (perentak)

Bergerak melalui atrium

Tersebar ke BAV

Bergerak melalui berkas AV (Berkas His)

Disampaikan ke seluruh ventrikel melalui tisu purkinje

impuls

ELEKTROKARDIAGRAM (EKG)

• ElektrikElektro

• JantungKardio

• Alat untuk merakam aktiviti elektrik jantungElektrokardiagraf

• Hasil grafik perakaman potensi elektrik yang dihasilkan oleh jantungElektrokardiagram

• EKG menunjukkan:–Seberapa cepat jantung anda

berdegup– Apakah irama degupan jantung anda

stabil atau tidak teratur–Kekuatan dan masa isyarat elektrik

ketika melalui setiap bahagian jantung anda

KITARAN KARDIAK•Satu degupan jantung yang lengkap.•Terdiri daripada pengecutan (sistol) dan pengenduran (diastol) otot jantung yang berulang-ulang. •Atrium kekal dalam pengenduran semasa pengecutan ventrikel.•Keadaan biasa – kadar denyutan adalah kira-kira 70 denyutan per minit.•Setiap kitar kardium berlaku lebih kurang 0.8 saat.

DIASTOL VENTRIKEL AWAL

SISTOL ATRIUM

SISTOL VENTRIKEL AWAL

SISTOL VENTRIKEL AKHIR

DIASTOL VENTRIKEL AKHIR

KITARAN KARDIAK

SOALAN

top related