2 tugasan kumpulan turki uthmaniyyah
Post on 03-Apr-2018
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
1/22
1
1.0 PENGENALAN
The Ottoman empire was one of the greatest, most extensive, and longest-lastingempires in history. It included most of the territories of the eastern Roman empire andheld portions of the northern Balkans and north Black Sea coast, areas that Byzantiumhad never ruled.(Donald Quataert, 2000)
Berdasarkan kepada penyataan yang dikemukakan oleh Quataert dalam petikan di atas
membuktikan bahawa kerajaan empayar Uthmaniyyah merupakan sebuah empayar
agung yang terkuat dan disegani di mata dunia pada sekitar abad ke-15 dan juga ke-
16.1 Proses pembentukan kerajaan Uthmaniyyah merupakan suatu proses yang sangat
panjang dan tidak berlaku secara tiba-tiba. Proses pembentukan sebuah kerajaan yang
besar seperti ini sudah pastinya bukan suatu langkah yang mudah kerana kerajaan
Uthmaniyyah juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam proses perkembangannya.
Hal ini dikatakan telah berkembang menjadi empayar yang besar dan kuat selama 600tahun lamanya.
2
Kemunculan kerajaan Islam Uthmaniyyah yang berpusat di Turki ini merupakan
salah satu daripada tiga kerajaan besar Islam yang lain seperti Safawiyah dan Moghul.
Kerajaan ini memainkan peranan yang penting dalam agama Islam terutamanya dalam
meluaskan wilayah Islam yang sebahagiannya masih kekal sehingga kini. Hal ini
termasuklah kebanyakan wilayah empayar Rom Timur dan memegang sebahagian
daripada Balkan Utara dan utara Pantai Laut Hitam yang mana kawasan-kawasan ini
tidak pernah diperintah oleh Byzantium.3
Perluasan wilayah kekuasaan Uthmaniyyah ini telah menjadikan kerajaan ini
menjadi sebuah empayar yang digeruni oleh kerajaan-kerajaan lain. Buktinya empayar
Uthmaniyyah telah membuktikan bahawa empayar ini sebuah empayar yang kuat dan
paling berkuasa setelah mengalahkan Constantinople dan kerajaan Rom Timur.
Malangnya, empayar yang menjadi lambang keagungan bagi umat Islam seluruh dunia
ini akhirnya telah jatuh pada tahun 1922. Selepas berlakunya tragedi kejatuhan
empayar Timur Tengah yang kuat ini, tampuk pemerintahan empayar Uthmaniyah
akhirnya telah digantikan dengan pemerintahan secara republik selain diperintah
1http://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empire
2Ibid.
3Donald Quataert. 2000. The Ottoman Empire, 1700-1922. New York: Cambridge University Press, hlm.
3.
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empire -
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
2/22
2
dengan pelbagai corak pemerintahan yang diamalkan oleh negara-negara asing seperti
Eropah dan juga negara-negara Timur Tengah yang lain.4
2.0 ZAMAN AWAL EMPAYAR UTHMANIYYAH
Di Timur Mediterranean, telah wujud sebuah kerajaan baru dan kegemilangan sebuah
dinasti Islam yang berkuasa yang dinamakan sebagai Uthmaniyyah.5 Sebelum menjadi
sebuah empayar yang agung, empayar Uthmaniyyah merupakan sebuah kerajaan
kesultanan yang mempunyai dua mazhab iaitu Ahlul Sunnah dan Safavid. Safavid yang
bermazhab Syiah berasal daripada persaudaraan Sufi manakala mazhab Sunnah
berasal daripada pahlawan nomad Turki (ghazi) di Anatolia.6
Bagi mengetahui pembentukan masyarakat Uthmaniyyah ini sebenarnya telah
diulas oleh beberapa orang sejarawan tentang asal-usul kelompok Turki Uthmaniyyah
di Mongolia, bagaimana mereka bercampur dengan suku-suku Iran di Asia Tengah, dan
pergerakan mereka ke Asia Kecil.7
Asia Kecil ini pada asalnya didiami oleh kerajaan
Bani Saljuk, namun secara beransur-ansur kelompok-kelompok Uthmaniyyah ini telah
menggantikan dan menyingkirkan kaum Bani Saljuk.8
Menurut Philip K. Hitti empayar
Uthmaniyyah diperintah oleh 36 orang pemimpin namun Wan Abdul Rahman Latifet al.
pula mengatakan bahawa empayar Uthmaniyyah diperintah oleh seramai 37 orang
pemimpin. Antara pemimpin yang terkenal termasuklah pengasasnya, Uthman I danUrkhan I (1290-1359), Muhammad II yang digelar Abu al-Fatih (1450-1481) dan
Suleiman II yang digelar Abu al-Qanuni (1520-1566).9
Kerajaan ini dinamakan sebagai Uthmaniyyah hasil daripada nama pengasasnya
iaitu Uthman atau dalam bahasa Turki, Osman. Oleh kerana dengan nama Islamnya
Osmanli atau dengan beberapa padanan maka kerajaan ini dinamakan sebagai
4http://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empire
5Albert Hourani. 1991. A History Of The Arab Peoples . London: Faber & Faber Limited, hlm. 214.
6Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. (Terj. Mohammad
Redzuan Othman). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 56.7
Philip K. Hitti. 2005. History Of The Arabs. (Terj. R. Cecep Lukman Yasin dan Dedi Slamet Riyadi).Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta, hlm.898.8Ibid.
9Wan Abdul Rahman Latifet al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empire -
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
3/22
3
Uthmanniyah.10
Keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil daripada suku-suku
bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak
abad ke sebelas yang lalu. Setelah bangsa ini bergerak ke Barat laut Anatolia sekitar
abad ke-13, bangsa ini telah berjuang secara terus-menerus menentang Byzantine.11
Setelah Uthmaniyyah ini didirikan di Anatolia sekitar 1300 dan mengalahkan Byzantine
serta didirikan di atas keruntuhan kerajaan Saljuk, kerajaan Uthmaniyyah ini hanyalah
sebuah emirat di daerah perbatasan.12 Faktor utama keruntuhan kerajaan Saljuk ini
adalah apabila terbunuhnya Sultan Alauddin II pada tahun 1289M iaitu pemerintah
Dinasti Saljuk. Kemudian, Uthman mengambil kesempatan menegakkan kuasanya di
situ. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniyyah, yang menampung atau
menggabungkan beberapa kerajaankerajaan kecil bangsa Turki yang lain.
Namun terdapat beberapa sumber yang mengatakan bahawa permulaan
pengasasan kerajaan Uthmaniyyah ini bermula daripada bapa Osman iaitu Estrugul
Khan. Beliau merupakan suku Kayi daripada Turki Oguz yang melarikan diri dari Persia
dalam pertengahan abad ke-13 daripada cengkaman tentera Mongol. Kemudian beliau
berkhidmat dengan sultan Rom. Beliau telah dijanjikan akan diberikan wilayah
sekiranya beliau boleh menakluk dan menawan Bithynia, menyerang kubu Byzantine di
Bursa, Nicomedia (Izmit) dan Nicacea. Kepimpinan kemudiannya diserahkan kepada
Osman I (1299-1326) iaitu seorang pengasas dinasti Osmanli yang dikenali di Barat
sebagai Uthmaniyyah.13
Osman seorang yang ghazi yang berwibawa yang telah menyatukan bangsa
Turki di bawah kepimpinannya. 14 Pengikut-pengikutnya juga diketegorikan sebagai
ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian
kerana jihad untuk menegakkan Islam dan mencapai kejayaan.15 Kepimpinan Osman
telah berjaya menakluk wilayah susuran sepanjang pantai sebelah Asia Laut Marmora.
Kawasan ini merupakan penaklukan yang paling awal dilakukan oleh kerajaan
Uthmaniyyah. Para pemimpin Uthmaniyah merupakan pahlawan Turki yang berjuang
10Albert Hourani. 1991, op. cit., hlm. 214.
11http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Utsmaniyah
12Philip K. Hitti. 2005, op. cit., hlm.905.
13http://www.shsu.edu/~his_ncp/Turkey2.html
14Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991,op. cit., hlm. 56.
15http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Utsmaniyah
http://www.shsu.edu/~his_ncp/Turkey2.htmlhttp://www.shsu.edu/~his_ncp/Turkey2.html -
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
4/22
4
atas dasar taat kepada agama Islam dan golongan yang memperjuangkan dasar ini
dikenali dengan panggilan hormat sebagaighazidi dalam bahasa Arab yang membawa
maksud penyerang atau penyerbu yang bertangunggjawab di dalam misi berjuang
menentang empayar Kristian iaitu Byzantine.16
Uthman telah diganti oleh puteranya iaitu Urkhan (Orkhan atau Orhan) yang giat
melakukan penaklukan terutamanya ke atas wilayah Byzantine. Sebelum pemerintahan
Urkhan, negara ini selalu diliputi dengan suasana peperangan dan pada saat itu
sentiasa dalam keadaan genting dan pihak Islam sentiasa menemui kekalahan. Namun,
bagi memastikan kemenangan pihak Islam, Urkhan telah memberikan tumpuan ke atas
pembangunan di dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan kuasa ketenteraan ke dalam
pemerintahan kerajaan baginda. Orhan yang telah memulakan polisi ketenteraan yang
kemudiannya diteruskan oleh pengganti baginda telah mengupah askar upahan Kristian
sekaligus mengurangkan pergantungan mereka terhadap bantuan sebilangan besar
golongan nomad.17
Kekuatan ketenteraan dan strategi Urkhan menyusun semula
tenteranya agar sentiasa berdisiplin dan bersiap sedia untuk berdepan dengan pihak
musuh telah membawa kepada kejayaan menawan Bursa pada tahun 1324 namun
terdapat sumber lain yang mengatakan bahawa baginda telah berjaya menawan Bursa
pada tahun 1326.18
Kemudian, Bursa telah dijadikan ibu negara kerajaan Uthmaniyyah yang pertama
kali didirikan pada 1326. Menjelang tahun 1366, kerajaan ini berkembang dan
keadaannya semakin stabil dengan mendapat kedudukan yang kukuh di daratan
Eropah. Kemudian kerajaan ini semakin berkembang menjadi sebuah kerajaan besar
dengan menjadikan Adrianople (Edrina) sebagai ibu negaranya yang kedua.19
Kenaikan Muhammad II sebagai Sultan menjadi titik bermulanya zaman
kegemilangan Empayar Uthmaniyyah. Muhammad II yang digelar sebagai al-Fatih
(pembuka) telah berjaya menawan bandar Constantinople yang merupakan pusat
pemerintahan kerajaan Byzantine. Setelah penaklukan pada tahun 1453 era
Constantinople telah berubah kepada satu era baru iaitu era empayar Uthmaniyyah.
16http://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empire
17Ibid.
18Ibid.
19Philip K. Hitti. 2005, op. cit., hlm. 906.
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/232560/ghazihttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/232560/ghazihttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/232560/ghazihttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/232560/ghazi -
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
5/22
5
Empayar Uthmaniyyah mencapai kemuncaknya ketika pemerintahan Sultan
Sulayman al-Qanuni (1520-1566). Selepas kematian Sulayman, telah membawa
kepada kemerosotan Empayar Uthmaniyyah kerana kebanyakkan pemimpin yang
kurang berwibawa. Hal ini membuktikan bahawa Empayar Uthmaniyyah bermula abad
ke-17 merupakan bermulanya zaman kemunduran secara berterusan sehinggahlah
abad ke-20. Hal ini kerana rata-rata taraf sosial rakyat ketika abad ke-16 hinggah ke-18
berada dalam keadaan lemah. Situasi ini berlaku akibat kemiskinan dan penindasan
serta kelemahan dan penyelewangan kuasa yang diamalkan oleh golongan pemerintah
ketika itu.20
3.0 KEGEMILANGAN EMPAYAR UTHMANIYYAH SEKITAR ABAD KE-17 DAN
KE-18
3.1 Ketenteraan
Kegemilangan Uthmaniyyah sekitar abad ke-17 dan 18 lebih banyak tertumpu dalam
bidang ketenteraan dan sedikit kemajuan dalam bidang pentadbiran. Hal ini demikian
kerana wujudnya tekanan daripada kuasa-kuasa Eropah yang memaksa Kerajaan
Uthmaniyyah untuk mengukuhkan kekuatan tenteranya. Hal ini ditambah lagi apabila
setiap peperangan yang berlaku antara kuasa barat dan Uthmaniyyah jelas
menunjukkan kekalahan Uthmaniyyah di tangan kuasa barat.
Pada awalnya, Empayar Uthmaniyyah dikatakan telah mempunyai ramai tentera
yang digelar sebagai Yeni Cheri. Maksud perkataan Yeni Cheri menurut pandangan
orang Eropah adalah dikenali sebagai Janissari. Tentera yang dimiliki oleh
Uthmaniyyah ini adalah merupakan golongan tentera upahan bukan beragama Islam
(dhimmis) dan juga golongan hamba abdi. Kegemilangan yang dimiliki oleh Empayar
Uthmaniyyah ini semakin bertambah sehinggalah pada abad ke-14 apabila tentera yang
dimilikinya telah menjangkau beberapa ribu orang berbanding pada abad
sebelumnya.21 Pertambahan jumlah tenaga ketenteraan yang ramai sehinggahlah abad
20Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012. Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah 1789-1876.
Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah, hlm. 22.21
Philip K. Hitti. 2005, op. cit., hlm. 58.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
6/22
6
ke-18 sememangnya telah menambahkan lagi kekuatan Empayar Uthmaniyyah untuk
meluaskan pengaruhnya.
Selain memiliki pasukan Janissariyang ramai Empayar Uthmaniyyah juga turut
menambah kekuatan tenteranya dengan menubuhkan kumpulan budak lelaki atau
devshirme. Keanggotaan dalam kumpulan ini adalah terdiri daripada orang Greek
Ortodoks yang berumur antara 12 hingga 20 tahun dan mereka merupakan golongan
individu yang telah diselamatkan dan diberikan latihan khas di Istanbul untuk menjadi
pembantu peribadi Sultan. Tentera ini tidak dibenarkan berkahwin sepanjang
perkhidmatannya. 22 Namun, apabila perkhidmatan berakhir mereka biasanya akan
berkahwin dengan kaum wanita Islam. Oleh itu, hal ini telah menambahkan lagi
kekuatan Uthmaniyyah sebagai sebuah kerajaan atau empayar Islam yang kuat dan
lebih luas kerana kesetiaan yang ada pada tentera-tentera yang telah berkahwin telah
bertambah selepas mereka mengawini perempuan beragama Islam yang juga
merupakan agama terbesar bagi empayar tersebut.
Tenaga ketenteraan yang dimiliki oleh Uthmaniyyah seperti Janissari telah
diperkuatkan lagi oleh kumpulan tentera biasa berkuda (sipahi) yang dianggotai oleh
golongan orang Islam. Selain daripada menjadi ahli dalam ketenteraan, golongan
tentera sipahijuga berperanan di dalam hal-hal pengurusan tanah di kawasan jajahan
takluk. Antara tugas yang akan dijalankan oleh sipahi adalah, memungut cukai dari
petani dan menyediakan khidmat tentera kepada negara terutamanya semasa berlaku
peperangan.23
3.2 Perluasan Wilayah Taklukan
Semasa pemerintahan Muhammad II, beliau telah berjaya menakluk kawasan yang
luas termasuklah bandar Constantinople dengan bantuan tentera yang ramai dan
dilengkapi dengan peralatan senjata yang kuat.24
Penawanan bandar Constantinople
telah menyebabkan nasib kuasa-kuasa Barat terpaksa bergantung sepenuhnya kepada
Empayar Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila pintu masuk Eropah
22Albert Hourani. 1991, op. cit., hlm. 219.
23Omer Caha dan M. Lutfullah Karaman. (n.d ). Civil Society in the Ottoman Empire. Journal of Economic
and Social Research, 8, 2, 53-81.24
Wan Abdul Rahman Latifet al. 2001, op. cit., hlm. 67.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
7/22
7
dan perdagangan Timur dan Barat telah dikuasai oleh Uthmaniyyah. Selepas berjaya
menawan Constantinople, Muhammad II kemudiannya menjadikan bandar tersebut
sebagai ibu kota Empayar Uthmaniyyah dan menukar namanya menjadi Istanbul yang
membawa maksud Takhta Islam.
Pada zaman kekuasaan Sulaiman I pula, Empayar Uthmaniyyah telah berjaya
memiliki wilayah yang sangat luas. Selepas Sulaiman I menaiki takhta pada tahun
1518, baginda telah mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah pimpinan
Sulaiman I yang juga dikenali sebagai penyusun strategi perang yang hebat, tentera
Uthmaniyyah telah mara ke kawasan utara dengan kejayaan menguasai Belgrade
(1521), seterusnya mengalahkan Hungary (1526), dan juga menjalankan serangan ke
atas Vienna (1529).25
Menurut Wan Abdul Rahman Latif et al. (2001) pula, Sulaiman I
telah menyertai ekspedisi ketenteraan sebanyak 13 kali yang merangkumi 10 ekspedisi
di benua Eropah dan 3 ekspedisi di benua Asia. Kejayaan dalam beberapa siri
serangan yang dijalankan ini telah membawa kepada keuntungan yang amat besar
kepada Empayar Uthmaniyyah pada ketika itu kerana kekuasaan keluasan jajahan
takluk Empayar Uthmaniyyah telah berkembang sehingga menjadi 644 000 km
persegi.26 Selain itu, turut dikatakan bahawa, kawasan takluk Sultan Sulaiman I adalah
merangkumi sempadan Persia sehinggahlah ke Algeria di barat, dan dari Vienna di
utara hingga ke Aden di selatan.
Dalam tempoh pemerintahan Murad IV juga, beberapa buah wilayah telah
berjaya ditakluk oleh baginda termasuklah Yereva pada tahun 1635 manakala Baghdad
pada tahun 1639. Disebabkan oleh corak pemerintahan yang dijalankan oleh Murad IV,
baginda digelar sebagai satu-satunya pemerintah yang berjaya mengawal ketenteraan
dan politik yang kuat dalam Kesultanan Uthmaniyyah. 27 Malahan dalam hal-hal
berkaitan dengan peperangan, baginda juga merupakan Sultan yang terakhir dalam
memimpin pasukannya maju ke medan perang. Dasar untuk memperluaskan pengaruh
telah diteruskan sehinggalah akhir abad ke-17, di mana kelemahan Empayar
Uthmaniyyah mulai terserlah selepas beberapa abad memiliki kekuasaan yang luas.
25http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyyah#cite_note-7
26Wan Abdul Rahman Latifet al. 2001, op. cit. hlm. 68.
27http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Utsmaniyah
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
8/22
8
3.3 Kewujudan Sistem Pentadbiran yang Sistematik
Zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah juga dapat dilihat dengan kewujudan
beberapa dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pemerintah-pemerintah Uthmaniyyah
yang akhirnya membawa kepada keamanan dan keharmonian masyarakat serta sistem
pentadbiran yang sistematik. Selain itu, pemerintah Uthmaniyyah pada ketika itu telah
menyusun beberapa langkah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan
kerajaannya.
Misalnya semasa pemerintahan Sulaiman I telah memperlihatkan sistem politik
yang sistematik Empayar Uthmaniyyah yang berlandaskan peraturan atau undang-
undang perlembagaan (al-Qanun) yang telah diasaskan oleh baginda sendiri. Corak
pemerintahan yang dijalankan oleh baginda telah menyebabkan baginda digelar di
kawasan Timur, sebagai sebagai al-Qanun (Penggubal Undang-Undang) kerana
kejayaannya mengubal undang-undang yang mengatur masyarakat manakala di
kawasan Barat pula, baginda telah digelar sebagai The Magnificent (Yang Hebat).28
Perlembagaan yang diwujudkan oleh baginda adalah meliputi aspek ketenteraan,
undang-undang harta, undang-undang keselamatan dan undang-undang tanah.29
Balkan menyekat serangan pihak Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka
mula menukar pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat
dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan cukai,
meningkatkan taraf infrastruktur awam, dan bermacam-macam lagi. Pihak Uthmaniyyah
juga melakukan pembaharuan terhadap sistem pendidikan dengan memperkenalkan
institusi kemahiran seperti Universiti Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu,
mereka tidak dapat menandingi kemajuan teknologi yang telah meletus di Barat.
Rentetan daripada itu, banyak wilayah Uthmaniyyah yang telah tewas kepada Barat
terutama kepada Rusia dan Austria pada abad ke-18. Oleh itu, Perjanjian Passarowitz
(1781) dan Perjanjian Carlowitz (1699) telah dimeterai setelah Uthmaniyyah kehilanganbeberapa wilayahnya seterusnya bagi membaikpulih kelemahan dalam kerajaan
Uthmaniyyah.30
28Wan Abdul Rahman Latifet al. 2001, op. cit., hlm. 68.
29Ibid.
30Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012, op. cit., hlm. 14.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
9/22
9
3.4 Kemajuan dalam Bidang Sosial
Awal-awal lagi pemerintah Empayar Uthmaniyyah telah banyak melakukan reformasi
dalam bidang sosial bagi kesejahteraan rakyat di negara itu. Pemerintahan Muhammad
Al-Fateh telah mewujudkan beberapa bangunan sepert masjid, tempat mandi awam,
perpustakaan dan sebagainya. Begitu juga melalui pemerintah Salim I yang banyak
menyediakan kemudahan-kemudahan bagi rakyatnya seperti hospital, sekolah dan
masjid. Namun, kegemilangan yang jelas dilihat semasa abad ke-17 dan ke-18.
Semasa pemerintahan Sulaiman I, ilmu pengetahuan dan kebudayaan juga turut
berkembang. Baginda sebenarnya merupakan seorang yang berjiwa seni. Hal ini
dikatakan demikian kerana, beliau bukan sahaja pandai bersyair malah sangat berminat
dalam bidang seni bina. Misalnya, lebih daripada 75 buah masjid besar dan 49 masjid
kecil telah dibina semasa pemerintahan baginda. Selain itu, sebanyak 49 buah
madrasah, 7 buah jambatan, 5 buah rumah gedung, 27 istana, 8 rumah tumpangan, 31
buah kolam renang dan 18 buah rumah untuk memandikan mayat juga turut dibina.31
Madrasah yang dibina adalah tempat bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran
selepas mereka tamat di sekolah-sekolah dasar dan mahir dalam membaca dan
menulis serta tahu akan prinsip-prinsip Islam.
Kelahiran tokoh-tokoh yang agung dalam bidang pembinaan telah berjaya
memajukan Uthmaniyyah dari aspek pembinaan. Misalnya, semasa pemerintahan
Sulaiman, Uthmaniyyah telah melahirkan seorang arkitek yang bernama Sinan yang
beragama Kristian dari Anatolia. Beliau seorang pengembara dan singgah di kawasan
Empayar Uthmaniyyah. Sina]n mula mendapat perhatian oleh pemerintah Uthmaniyyah.
Antara binaannya yang paling agung ialah Masjid Sulaymaniyah32
. Masjid ini
mempunyai tinggi kubahnya sepanjang enam belas kaki manakala mihrab dan dinding
belakang dihiasi dengan porselen yang indah dan bergaya yang diimport dari Persia.
Seterusnya, sistem perwarisan tahkta yang diamalkan suatu ketika dahulu iaitumelalui persaingan telah dihentikan. Sistem perwarisan tahkta yang baharu telah
diperkenalkan dengan mengikut ahli yang tertua, maksudnya yang lebih tua akan
diberikan peluang terlebih dahulu berbanding golongan yang lebih muda. Sistem
31Wan Abdul Rahman Latifet al. 2001, op. cit., hlm. 68.
32Philip K. Hitti. 2005, op. cit., hlm. 912.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
10/22
10
perwarisan tahkta yang baharu ini adalah berbeza dengan sistem perwarisan tahkta
yang lama di mana kestabilan kerajaan Uthmaniyyah akan terganggu apabila mereka
merebut dan mempertahankan tahkta pemerintahan dengan menggunakan kekuatan
dan keupayaan masing-masing.33
3.5 Peningkatan Ekonomi Negara
Ekonomi merupakan nadi kepada kemajuan sesebuah negara. Apabila ekonomi stabil,
maka rakyat dapat memiliki segala kemudahan dan keselesan hidup. Namun, sekiranya
ekonomi tidak stabil, rakyat akan bangun memberontak. Oleh itu, para pemimpin
Uthmaniyyah telah berusaha meningkatkan pendapatan negara bagi menjamin
kesejahteraan rakyatnya. Misalnya, pemerintah-pemerintah awal Uthmaniyyah seperti
Muhammad Al-Fateh dan Salim I telah mengukuhkan penguasaan mereka dengan
menguasai hubungan perdagangan antara Timur dan Barat.
Aktiviti perdagangan Uthmaniyyah telah dipergiatkan oleh para pemimpin
Uthmaniyyah. Perdagangan ini melibatkan kegiatan eksport dan import khususnya
dalam dengan negara-negara Barat. Pada awalnya, kegiatan eksport Uthmaniyyah
sentiasa mengalami penurunan kerana permintaan yang senitasa meningkat lantaran
aktiviti pembaharuan yang dijalankan oleh pemerintahnya.34
Semasa pemerintahan Sultan Salim III, beliau telah memperkenalkan beberapajenis cukai pertanian dan tanah bagi meningkatkan sumber ekonomi utama negara itu.
Misalnya, cukai tembakau, minyak spirit dan kopi telah diperkenalkan.35 Cukai-cukai
sebelumnya yang didapati menindas rakyat telah dimansuhkan. Pada masa yang sama
pemansuhan cukai yang menindas rakyat ini bertujuan untuk mengelakkan daripada
berlakunya penyalahgunaan kuasa.36
Tanah yang dimiliki melalui sistem feudal akan diambil alih atau dirampas
sekiranya tanah itu tidak diusahakan atau ditinggalkan begitu sahaja.37
Hal ini
menyebabkan rakyat sentiasa menguasahakan tanah mereka bagi mengaut
keuntungan serta menampung dan menyara kehidupan mereka. Mereka sedar bahawa
33Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991, op. cit., hlm. 59.
34Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012, op. cit., hlm. 83.
35Ibid., hlm. 43.
36Ibid.
37Ibid.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
11/22
11
tanah yang dimiliki tersebut akan memberi mereka kehidupan yang senang maka
mereka mengusahakannya. Hal ini telah meningkatkan pendapatan negara dengan
pungutan cukai dari tanah-tanah pertanian yang diusahakan.
4.0 FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN DAN KEMEROSOTAN EMPAYAR
UTHMANIYYAH
Setiap empayar semestinya mempunyai sejarah kegemilangan dan kejatuhannya yang
tersendiri. Begitu juga halnya dengan empayar Uthmaniyah. Setelah mengalami zaman
kegemilangan, empayar ini sedikit demi sedikit mengalami zaman kemorosotan
sehinggalah membawa ke arah zaman kejatuhannya. Terdapat pelbagai faktor yang
menyumbang ke arah kelemahan dan kemorosotan empayar Uthmaniyah. Faktor ini
terbahagi kepada dua, iaitu faktor dalaman dan luaran yang terdapat pada kerajaan
Uthmaniyyah itu sendiri.
4.1 FAKTOR DALAMAN
4.1.1 Sikap Pemerintah
Sikap pemerintah yang negatif seperti suka berfoya-foya serta mementingkan diri
sendiri merupakan salah satu faktor perdana yang menyebabkan kejatuhan empayar
Uthmaniyyah. Setelah kematian sultan-sultan empayar Uthmaniyyah yang membawa
ke era kegemilangan Uthmaniyyah iaitu Sultan Mehmet II, Sultan Selim I dan juga
Sultan Sulaiman Al-Qanuni, sultan yang dilantik selepas itu tidak lagi sehebat sultan-
sultan yang sebelumnya. Dalam erti kata lain, kelemahan dan kemerosotan Empayar
Uthmaniyyah bermula setelah perlantikan Sultan Selim II (1566-1574 Masihi). Hal ini
kerana Sultan Selim II ialah seorang yang pemabuk serta berhibur sesuka hati dengan
dayang-dayang istana, sehingga akhirnya meninggal dunia kerana mengalami sakit
jantung.38
Selain itu, antara pemerintah lain kerajaan Utmaniyah yang menyumbang ke
arah keruntuhan empayar tersebut ialah Sultan Abdul Aziz. Baginda merupakan
38Dusuki Ahmad. 1978. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
411.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
12/22
12
seorang pemimpin yang mudah tertipu, pemabuk dan tidak berwibawa.39
Apa yang
lebih mengeruhkan keadaan, ramai pemimpin lebih mengutamakan bangsa sendiri dan
mementingkan sifat perkauman. Bukan itu sahaja, corak pemerintahan yang diamalkan
berubah sama sekali di mana unsur-unsur keislaman digantikan corak pemerintahan
yang berasaskan Barat. Hal ini jelas terbukti semasa pemerintahan kerajaan Turki
Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Muhammad III yang telah bertindak membunuh
semua saudara lelakinya bagi mengelakkan persaingan untuk menaiki takhta kerajaan.
Senario ini jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai Islam dipinggirkan dalam pentadbiran
kerana pemerintah yang baik menurut Islam adalah pemerintah yang mengamalkan
amar mahruf, nahi mungkar,atau dalam erti kata lain iaitu menyeru kepada kebaikan,
dan mencegah kemungkaran.
Sultan-sultan pada akhir kejatuhan Empayar Uthmaniyah hanya memerintah
sesuka hati tanpa mengambil kira akan kebajikan rakyat, di samping mengamalkan
nilai-nilai negatif seperti tamak, pemabuk, dan lalai dalam mentadbir. Sikap pemerintah
Uthmaniyah seperti ini akhirnya membawa ke arah kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyyah. Sememangnya, sebuah negara tidak akan berdiri dengan kukuh
sekiranya memiliki pemerintah yang sedemikian. Sikap-sikap seperti ini memberi
peluang kepada pelbagai pihak untuk campur tangan dalam hal ehwal kerajaan seperti
mana yang pernah berlaku dalam sejarah negara kita, Malaysia.
4.1.2 Pengaruh Harematau Hurrem.
Harem merupakan salah satu faktor yang menjerumuskan kerajaan Uthmaniyyah ke
lembah kejatuhan dengan cuba untuk menguasai pentadbiran Uthmaniyyah apabila
pemeritahan sultan semakin goyah. Golongan ini merujuk kepada wanita-wanita yang
ditawan semasa penaklukan kerajaan Uthmaniyah yang kemudiannya dijadikan
sebagai gundik atau dayang yang hanya memainkan peranan sebagai pelayan-pelayan
kepada Sultan.Golongan ini sama sekali tidak mempunyai kuasa dalam istana. Bertitik
tolak dari sikap sultan-sultan empayar Uthmaniyah yang acap kali menjadikan wanita-
wanita tawanan perang sebagai isteri, ini menyebabkan ramai pihak khususnya dari
39Ali Muhammad Ash-Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniyah. Jakarta: Pustaka Al-
Kausar, hlm. 528-529.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
13/22
13
Eropah yang mengambil kesempatan untuk mengirimkan wanita Eropah sebagai
perisik dalaman mereka. Peranan besar yang dimainkan oleh hurrem sultan ini
menyebabkan pengaruh sultan semakin terhakis dalam menentukan polisi negara.40
Wanita ini memainkan peranan yang penting untuk membocorkan rahsia
kerajaan dan campur tangan dalam pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Pengaruh
golongan Harem ini boleh dilihat pada zaman pemerintahan Murad III (1574-1595
Masihi). Pemerintahan Murad III ini banyak dipengaruhi oleh ibunya Nur Banu dan juga
isterinya Safiyah yang berbangsa Itali.41 Hal ini memberi peluang kepada Venetian
untuk menghasut Shah Tahmasp menyerang Sultan Murad III dari Parsi. Mujurlah
Muhammad III Khudabonda yakni anak kepada Sultan Murad III menyedari ancaman
tersebut. Sememangnya, pengaruh Harem merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan keruntuhan kerajaan Uthmaniyyah berikutan tindakan Sultan itu sendiri
khususnya pada abad ke-16 yang hidup terkurung di istana Harem. 42 Hal ini
memudahkan wanita-wanita istana ini untuk mempengaruhi para sultan tersebut.
4.1.3 Pemberontakan Dalaman
Pada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah, tentera Jannisari merupakan salah
satu unit yang terpenting dalam aspek pemerintahan khususnya bagi meluaskan
jajahan takluk. Namun begitu, siapa sangka akhirnya unit ini juga yang turutmenyumbang terhadap kemerosotan kerajaan Uthmaniyah apabila pentadbiran dalam
peringkat ketenteraan mulai goyah dan gagal mengawal anggotanya. Pasukan tentera
atau Janissari ini tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam memberikan
kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap tanggungjawab luaran
mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan.43
Bukan itu sahaja, pasukan tentera ini sering memberontak terhadap Sultan. 44
Misalnya, pada zaman pemerintahan Sultan Usman II yang bermula pada tahun 1618
40Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012, op. cit., hlm. 21.
41Norazian Khairuddin. 2012. Faktor Kelemahan dan Kemerosotan Empayar Uthmaniyah. Pusaka
History Journal ,1(ii), hlm. 88-106.42
Fadhulullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden : Sejarah Penjajahan dan Pergolakan . Batu Caves :Thinkers Librarys, hlm. 4.43
Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991, op. cit., hlm. 65.44
Fadhulullah Jamil. 2000, op.cit., hlm. 4.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
14/22
14
hingga 1622 Masihi, tentera Janissari telah bangkit memberontak dan akhirnya
membunuh Sultan Usman II di Yedi Kulle. Hal ni disebabkan ketidakpuashatian para
tentera terhadap tindakan Sultan Murad II yang pernah meletakkan faktor kegagalan
Kerajaan Uthmaniyah menentang tentera Austria dan Venice adalah disebabkan faktor
ketenteraan.
Di samping itu, pemberontakan dalaman dalam kalangan tentera juga berlaku
pada zaman pemerintahan Ahmad III (1703-1730 Masihi) ekoran tindakan Sultan
Ahmad III yang enggan menyerang balas terhadap serangan Tahmasp dari Parsi.
Sehubungan itu, tentera Janissari bangkit memberontak di ibu kota Istanbul dan
akhirnya bertindak menyingkirkan Sultan Ahmad III. Pemberontakan dalaman ini
akhirnya menyebabkan aktiviti perluasan kuasa berkurangan dan terbantut. Banyak
pertahanan dalaman ketika berhadapan dengan kuasa Barat juga banyak terjejas.45
4.1.4 Pegawai-Pegawai Uthmaniyyah yang Tidak Cekap
Dalam pada itu, kemerosotan Empayar Uthmaniyah juga didorong oleh perlantikan
pegawai-pegawai Uthmaniyah yang tidak cekap. Ekoran daripada ketidakcekapan
pegawai-pegawai ini, kerajaan Uthmaniyah mengalami ketidakstabilan politik.
Ketidakstabilan politik dalam negeri jelas berlaku semasa penyingkiran Sultan Ibrahim
daripada takhta pada 9 Ogos 1648. Dalam tempoh ini, berlakunya perebutan kuasakhususnya bagi jawatan Wazir Besar. Oleh yang demikian, sebelum Koprulu
Muhammad Pasha dilantik sebagai wazir, tidak kurang daripada 13 orang yang dilantik
dan kemudiannya dipecat setelah menyandang jawatan tersebut.
Terdapat 13 orang sultan Uthmaniyyah yang berkebolehan dan berwibawa telah
memerintah antara tahun 1566 hinggah 1781. Beberapa sultan daripada bilangan ini
termasuklah Sultan Murad IV dan Sultan Mustafa II. Kedua-dua sultan ini dapat
mengawal keadaan negaranya. Sebaliknya, sultan-sultan lain dalam tempoh berkenaan
disifatkan lemah dan tidak dapat mengawal situasi kerajaan khususnya dalam aspe
politik.46
45Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012, op. cit., hlm. 23.
46Ibid., hlm. 20.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
15/22
15
4.1.5 Kemerosotan Ekonomi Empayar Uthmaniyyah
Sumber kewangan kerajaan Uthmaniyyah diperolehi daripada pungutan cukai,
perdagangan, perlombongan dan sebagainya. Namun sebahagian besarnya
dibelanjakan untuk pengurusan, ketenteraan dan istana.47 Apabila kerajaan Uthmaniyah
mengalami peperangan tanpa henti maka peperangan ini menelan kos perbelanjaan
yang besar. Senario yang kritikal ini menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah
mengalami inflasi yang teruk dan sekali gus menyebabkan nilai mata wangnya semakin
rendah. Selepas sahaja Perang Crimea, Empayar Uthmaniyah jatuh ke kancah hutang
seperti yang berlaku di negara Asia dan Afrika Utara.48
Selain itu, sumber kewangan Uthmaniyyah juga telah disalahguna oleh golongan
pemerintah yang boros dalam perbelanjaan. Hal ini demikian kerana, perbelanjaan
banyak ditumpukan kepada perkara-perkara yang tidak mempunyai nilai keutamaan
khususnya kepada kebajikan rakyat. 49 Misalnya, pada zaman pemerintahan Sultan
Abdul Aziz (1861-1876 Masihi), keadaan ekonomi empayar Uthmaniyah dalam keadaan
yang teruk kerana sikap Sultan Abdul Aziz yang boros sehingga mengeluarkan dana
yang besar semata-mata untuk keperluan istana sahaja. Semasa era pemerintahan
Baginda, hutang kerajaan Turki Uthmaniyah mencecah ke 6225 juta franch yang
menyebabkan empayar Uthmaniyah muflis.Hal ini memberi kesan yang besar terhadap
rakyat Uthmaniyah lantaran tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Akhirnya, empayar Turki Uthmaniyah semakin goyah dan menyebabkan kejatuhannya.
4.1.6 Keruntuhan Moral dan Pegangan Islam
Empayar Turki Uthmaniyah juga mengalami kejatuhan kerana pada zaman-zaman
kemerosotannya, moral dan pegangan Islam masyarakatnya kian luntur. Mereka mula
mementingkan keduniaan semata-mata. Bukan itu sahaja, perbuatan memuja kubur
seperti kubur wali dianggap sebagai keramat.50 Perbuatan yang tidak bermoral seperti
meminum arak, berzina menjadi perkara biasa. Apa yang lebih teruk, munculnya para
sufi yang menyimpang dari al-Quran dan sunnah di samping bersubahat dengan pihak-47
Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012, op. cit, hlm. 2348
Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991, op.cit., hlm. 106-107.49
Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012, op. cit., hlm. 2350
Fadhulullah Jamil. 2000, op.cit., hlm. 5-6.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
16/22
16
pihak tertentu untuk menjatuhkan umat Islam.51
Hal ini sama seperti yang diperkatakan
oleh Sultan Abdul Hamid II,
kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita
mengikut dan berpandu dengan syariatAllah.52
Antara pemimpin Uthmaniyyah yang terlibat dalam permasalahan keruntuhan
moral ini ialah pewaris Sultan Sulaiman al-Qanuni iaitu Sultan Salim II. Beliau dikatakan
sebagai seorang yang pemabuk, rendah moral dan tidak mempunyai minat dalam
pentadbiran. Selepas tamatnya pemerintahan Sultan Salim II ini, pewaris beliau iaitu
Sultan Murat III pual banyak terlibat dengan krisis perang saudara dan juga mempunyai
skandal dengan gundik-gundiknya.53
4.2 FAKTOR LUARAN
4.2.1 Pengaruh dan Campur Tangan Barat
Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah juga berlaku disebabkan oleh
faktor luaran yakni pengaruh dan campur tangan Barat. Kehadiran
institusi pendidikan sekular dan perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan lain
yang ada membolehkan ideologi dan pemikiran baru yang diterapkan di Eropah seperti
konsep revolusi dan nasionalisme telah menyuburkan semangat kebangsaan
bangsa Arab dan sentimen memerdekakan tanah Arab dari empayar Turki
Uthmaniyah.54
Akibat pengaruh Barat yang menular ke dalam empayar tersebut, budaya-budaya
keislaman semakin rapuh ekoran wujudnya pandangan-pandangan yang negatif
bahawa unsur-unsur keislaman adalah ketinggalan zaman. Hal ini menjadi lebih teruk
lagi apabila rakyat-rakyat kerajaan Turki Uthmaniyah semakin taksub terhadap
bangsanya yang tersendiri dan sekali gus menukarkan corak kehidupan mereka seperti
51Ali Muhammad Ash-Salabi. 2003, op.cit., hlm. 733.
52Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah : Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti. Kuala Lumpur : Prospecta Printers, hlm. 97.53
Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. 2012, op. cit.,, hlm. 21.54
Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991, op.cit., hlm. 91.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
17/22
17
budaya Barat. Pengaruh Barat ini juga jelas kelihatan dalam usaha Perancis
menubuhkan Imprrimerie Catholique pada tahun 1853 dan The Universitende
St. Joseph pada tahun 1875 untuk menyerapkan corak pendidikan mereka dan sekali
gus mempengaruhi pemikiran masyarakat Uthmaniyah.55
Keadaan ini juga dipengaruhi dek Gerakan Turki Muda yang berusaha untuk
menukarkan corak pemerintahan empayar Uthmaniyah dengan sistem demokrasi
seperti Barat di samping untuk memisahkan kerajaan ini dengan negara-negara Islam
yang lain. Pelbagai kementerian yang ditubuhkan seperti Kementerian Pelajaran dan
Majlis Tanzimat yang berperanan untuk menasihati Sultan. Ini menjadikan Sultan tidak
mempunyai kuasa dalam pentadbiran.56
Corak pemerintahan yang berubah ini jelas
terlihat apabila institusi khalifah dimansuhkan secara rasmi pada 13 Mac 1924 Masihi.
Hal ini sekali gus menjadikan Sultan Abd. Al-Majid II sebagai sultan terakhir dalam
kerajaan Turki Uthmaniyah dan juga menandakan tamatnya pemerintahan empayar
tersebut.
Di samping itu, pengaruh dan campur tangan Barat khususnya dalam aspek
politik terhadap empayar Uthmaniyah berlaku apabila kuasa-kuasa Barat cuba untuk
menjatuhkan sistem pentadbiran empayar ini. Peluang untuk menjatuhkan empayar
Turki Uthmaniyah ini sememangnya dinanti-nantikan dek Barat. Keinginan Barat ini
tambah diperkukuh dengan kehadiran konflik agama di antara Islam dan Kristian. Oleh
yang demikian, Barat seperti negara Rusia, Britain dan Peranci mencari-cari peluang
untuk masuk campur dalam pentadbiran Turki Uthmaniyah. Misalnya, ketika isu
bangsa Armenia yang telah diambil tindakan dek kerajaan Turki Uthmaniyah lantaran
keengganan mereka membayar cukai. Sehubungan dengan itu, akhbar-akhbar Eropah
membuat serangan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dengan menuduh Sultan Abdul
Al-Hamid melakukan pembunuhan secara besar-besaran terhadap bangsa Armenia.57
Selain itu, kuasa-kuasa Barat seperti Rusia cuba untuk campur tangan dalam hal
ehwal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah dengan alasan bahawa kerajaan Turki
Uthmaniyah memberi layanan yang buruk terhadap rakyat bukan Islam. Senario ini
akhirnya menyebabkan beberapa peperangan berlaku dan ini menyebabkan kerugian
55Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991, op.cit., hlm. 104.
56Fadhulullah Jamil. 2000, op.cit., hlm. 162.
57Eeman Mohamed Abbas. 2002, op.cit., hlm. 638.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
18/22
18
kepada kedua-dua pihak. Kuasa-kuasa Barat yakni Inggeris, Rusia dan Perancis ini
sentiasa menimbulkan kekacauan dalam empayar Uthmaniyah sehinggakan empayar
ini terpaksa akur terhadap ketiga-tiga negara Barat tersebut.
Bukan itu sahaja, pengaruh Barat dalam aspek politik dapat dilihat apabila undang-
undang Barat di bawa masuk dalam pentadbiran Uthmaniyah dan ini sekali gus
mengetepikan undang-undang empayar Uthmaniyah yang sedia ada. Misalnya, pada
tahun 1869, Kementerian Kehakiman telah menubuhkan Mahkamah Sekular di
samping menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.58
Dalam pada itu, pengaruh Barat dalam kerajaan Turki Uthmaniyah juga jelas
kelihatan dari aspek ekonomi di mana pihak Barat berusaha untuk menyaingi
perdagangan masyarakat Islam. Hal ini kerana hampir sebahagian perdagangan
maritim dikuasai Barat, dan ini memberi tekanan kepada empayar Uthmaniyah
berbanding wilayah-wilayah Islam yang lain. Senario ini menjejaskan empayar
Uthmaniyah lebih-lebih lagi apabila perdaganan Uthmaniyah yang dijalankan di
Baghdad telah mengalami kemerosotan pada hujung kurun ke-18.
4.2.2 Pemberontakan di Tanah Jajahan Empayar Uthmaniyyah
Kelemahan empayar Uthmaniyah semakin terserlah lagi apabila empayar ini
menghadapi masalah pemberontakan di tanah jajahannya seperti Herzegovenia,Bulgaria dan Rumelia. Pemberontakan ini tercetus lantaran wujudnya kesedaran untuk
mendapatkan kemerdekaan, di samping terpengaruh dengan pengaruh luar seperti
Barat. Namun begitu, masalah dalaman dalam tanah jajahan seperti politik, ekonomi
dan sosial juga menyebabkan tanah jajahan tersebut bangkit memberontak. Akibat
perpecahan yang wujud, ini memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat untuk
memecahbelahkan masyarakat empayar Turki Uthmaniyah. Perpecahan ini memberi
peluang kepada Barat untuk menguasai mereka.59
Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila empayar Uhtmaniyah terpaksa
melancarkan perang terhadap Empayar Safawi yang bermazhab Syiah di Iran ekoran
tindakan empayar Sawafi menindas para ulama ahli Sunnah dengan begitu zalim. Hal
58Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell. 1991, op.cit., hlm. 23.
59Fadhulullah Jamil. 2000, op.cit., hlm. 56.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
19/22
19
ini turut melibatkan empayar Uthmaniyah kerana sememangnya Sultan Uthmaniyah
merupakan pemimpin ahli Sunnah. Peperangan yang berterusan ini menyebabkan
ketidakstabilan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dari aspek politik, ekonomi dan
sosial. Faktor-faktor yang berkesinambungan antara satu sama lain ini akhirnya
mencipta satu sejarah iaitu keruntuhan empayar Uthmaniyah pada tahun 1924.
5.0 PENILAIAN
Pembinaan sesebuah empayar yang besar, kuat dan disegani oleh kuasa-kuasa lain
bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan. Seseorang pemimpin yang
memegang cita-cita untuk memiliki empayar yang kuat dan berpengaruh haruslah
bersiap sedia untuk berkorban demi memastikan cita-cita yang diimpikannya itu mampu
dicapai. Daripada pelbagai analisis yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa
pemimpin-pemimpin awal Empayar Uthmaniyyah telah memainkan peranan mereka
sebagai pemerintah dengan begitu berkaliber sekali. Hal ini dikatakan demikian kerana,
sejak awal penubuhan empayar Uthmaniyyah usaha untuk memperluaskan pengaruh
empayar ini tidak pernah terhenti. Pemerintah seperti Muhammad Al-Fatih (Muhammad
II), Sulaiman I dan Murad IV merupakan antara barisan pemerintah agung yang
memegang ideologi yang sama iaitu mereka berusaha memperluaskan pengaruh
Empayar Uthmaniyyah sehinggalah pada suatu tahap di mana Empayar Uthmaniyyahtelah memberikan tekanan yang hebat khasnya terhadap empayar-empayar Eropah
yang lain.
Sungguhpun para pemerintah awal Empayar Uthmaniyyah dikatakan begitu
taksub dalam meluaskan pengaruh empayar mereka iaitu dengan menjalankan
penaklukan ke atas kerajaan-kerajaan yang lemah, namun sikap perikemanusiaan yang
ditonjolkan dalam diri setiap pemerintah Utmaniyyah wajar diberikan pujian. Sebagai
contoh, selepas Muhammad Al-Fatih (Muhammad II) telah berjaya menakluk kota
Constantinople, baginda tetap memberikan kebebasan beragama kepada seluruh
penduduk di Constantinople.60
Sungguhpun telah ditakluk di bawah kuasa Empayar
Uthmaniyyah, corak pemerintahan yang dijalankan oleh baginda telah memberikan
kelegaan kepada penduduk Constantinople yang kebanyakannya bukan beragama
60Wan Abdul Rahman Latifet. al. 2001, op. cit., hlm. 67.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
20/22
20
Islam. Daripada pernyataan tersebut, kita dapat lihat bahawa baginda adalah seorang
pemimpin yang tidak menjalankan pemerintahan secara kuku besi malah memberikan
kebebasan terhadap penduduk yang bukan beragama Islam.
Kegemilangan yang dicapai oleh Empayar Uthmaniyyah selama beberapa abad
lamanya akhirnya telah mengalami kemerosotan. Faktor-faktor yang membawa kepada
kelemahan dan kemerosotan Empayar Uthmaniyyah dapat dibahagikan kepada dua
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Terdapat enam faktor dalaman yang membawa
kepada kemerosotan empayar Uthmaniyyah iaitu sikap pemerintah, pengaruh hurim,
pemberontakan dalaman, pegawai-pegawai Uthmaniyyah yang tidak cekap,
kemerosotan ekonomi dan keruntuhan moral serta pegangan Islam. Seterusnya
terdapat dua faktor luaran yang menyebabkan berlakunya kemerosotan Empayar
Utnmaniyyah iaitu pengaruh dan campur tangan Barat serta pemeberontakan di tanah
jajahan Empayar Uthmaniyyah.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sikap yang diamalkan oleh
seseorang pemerintah memberikan kesan yang mendalam ke atas sesebuah empayar
yang dibina. Sikap pemerintah yang negatif, suka berfoya-foya dan mementingkan diri
sendiri seperti yang diamalkan oleh Sultan Selim II dan Sultan Abdul Aziz telah
memberikan kesan yang buruk ke atas Empayar Uthmaniyyah. Adalah menjadi suatu
kesilapan yang besar sekiranya individu yang menjalankan pemerintahan tidak memiliki
ciri-ciri kepimpinan sama sekali. Hal ini demikian kerana, ciri-ciri kepimpinan yang
sempurna seharusnya ada di dalam diri setiap pemimpin agar empayar yang telah lama
dibina tidak akan mengalami kehancuran dalam sekelip mata sahaja. Sebagai seorang
pemerintah yang cekap juga campur tangan daripada pihak luar seperti golongan
hurrem seharusnya dielakkan sama sekali iaitu dalam erti kata lain tidak meletakkan
sebarang kepercayaan terhadap orang luar yang memasang niat buruk untuk
menjatuhkan empayar Uthmaniyyah. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan ini
sebenarnya berperanan penting dalam membocorkan rahsia kerajaan.
Sikap pemerintah yang sentiasa meletakkan kesalahan ke atas satu pihak
sahaja sudah pasti akan menyebabkan berlakunya pemberontakan seperti yang
berlaku ke atas pasukan Janissari yang menjalankan pemberontakan ke atas
pemerintahan Sultan Usman II di mana baginda telah menyalahkan tenaga ketenteraan
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
21/22
21
selepas mengalami kekalahan semasa perang. Penglibatan tanpa henti kuasa
Uthmaniyyah di dalam peperangan juga telah menjadi salah satu faktor berlakunya
kemerosotan ekonomi ke atas kerajaan ini selain disebabkan oleh sikap boros
pemimpin itu sendiri seperti yang diamalkan oleh Sultan Abdul Aziz. Pemimpin
seharusnya berusaha untuk mengelakkan berlakunya peperangan kerana selain
menyebabkan ramai nyawa yang terkorban, peperangan turut menelan kos
perbelanjaan yang besar dan ini semestinya akan menyebabkan kerajaan mengalami
inflasi yang teruk.
Jikalau pada zaman dahulu Empayar Uthmaniyyah terkenal dengan pegangan
agama Islam yang kuat namun amalan tersebut semakin lama semakin terhakis. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pemimpin dan masyarakatnya lebih mementingkan hal-hal
keduniaan semata-mata. Keadaan semakin bertambah teruk apabila penyakit sosial
seperti meminum arak dan juga berzina dianggap sebagai perkara biasa sahaja. Jelas
sekali keruntuhan nilai moral dan akhlak dalam kalangan masyarakat Uthmaniyyah
pada ketika itu telah menjadi salah satu faktor kemerostan empayar ini. Selain itu,
akibat daripada kelekaan dan kealpaan masyarakat Uthmaniyyah, telah muncul ajaran
agama yang sesat bertujuan untuk menjatuhkan agama Islam.
Konflik dalaman yang dihadapi oleh kerajaan Uthmaniyyah telah menyebabkan
empayar ini mengalami kemerosotan. Kemerosotan yang dialami oleh Empayar
Uthmaniyyah sememangnya menjadi suatu peluang yang dinanti-nantikan kuasa-kuasa
Barat. Selepas sahaja empayar Uthmaniyyah mengalami kemerosotan kuasa-kuasa
Barat cuba meluaskan pengaruh mereka di samping turut menjalankan dasar campur
tangan ke atas negara-negara Arab yang berada di bawah pemerintahan Empayar
Uthmaniyyah. Pelbagai cara telah dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat dalam
menghancurkan kekuasaan empayar Uthmaniyyah. Hasilnya, telah berlaku
pemberontakan di tanah jajahan empayar Uthmaniyyah. Pemberontakan ini dijalankanoleh penduduk di tanah jajahan atas kesedaran untuk membebaskan tanah air mereka
daripada belenggu penjajahan.
-
7/28/2019 2 Tugasan Kumpulan Turki Uthmaniyyah
22/22
22
6.0 KESIMPULAN
Penubuhan Empayar Uthmaniyyah pada awal abad ke-13 telah menjadi titik sejarah
kepada lahirnya salah sebuah empayar yang berkuasa. Perluasan kuasa dan pengaruh
Empayar Uthmaniyyah di kawasan Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah merupakan
tanda kemuncak kegemilangan empayar ini. Pada zaman awal penubuhan empayar ini,
Uthmaniyyah telah diterajui dan diperintah di bawah barisan kepimpinan yang kuat.
Kekuatan kepimpinan tersebut dapat dilihat dengan jelas apabila kawasan penaklukan
Uthmaniyyah semakin bertambah luas dan digeruni oleh kuasa-kuasa lain termasuklah
kuasa Barat. Hasil daripada perluasan pengaruh yang dijalankan oleh pemimpin,
Empayar Uthmaniyyah telah berkembang menjadi empayar yang besar dan kuat
selama 600 tahun.61
Namun, kegemilangan dikecapi tidak dapat dirasai buat selama-lamanya kerana
Empayar Uthmaniyyah turut tidak terkecuali dalam mengalami kemerosotan. Terdapat
pelbagai faktor yang menyumbang ke arah kelemahan dan kemorosotan empayar
Uthmaniyyah. Faktor ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu faktor dalaman dan juga
faktor luaran. Kelemahan dan kemerosotan empayar ini semakin jelas kelihatan apabila
tercetusnya pelbagai konflik khasnya di dalam sistem pentadiran Uthmaniyyah
menyebabkan kekuatan yang dimiliki oleh empayar ini sedikit demi sedikit telah
membawa kepada kemerosotan.
61http://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empire
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empirehttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/434996/Ottoman-Empire
top related