10 berita harian | selasa, 21 julai 2015 gah!

Post on 17-Oct-2021

8 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SEUTAS demi seutas benang se-jadah ditarik Encik Muhammad Dza-ki Safaruan untuk diubah suai men-jadi seutas tali.

Tali tersebut kemudian dijadikankarya seni bertajuk ‘Qiblat’ yang ter-gantung rapi di ruang galeri di Aka-demi Seni Halus Nanyang (Nafa), ba-ru-baru ini.

Bersama dengan tali itu ialahkarya cetakan bertajuk ‘Five TimesA Day’ (persis amalan solat limawaktu); kitab ‘Tabula Rasa’ (TakBoleh Rasa) di atas rehal dan karyaskrin sutera dengan teks Jawi berta-juk ‘Surah-Living On A Prayer’.

Kesemua karya seni ini berbaurspiritual, bertemakan agama danmenjadi satu usaha Encik Muham-mad Dzaki, 26 tahun, mendekatkandirinya dengan ajaran Islam yangmenjadi sandaran.

Bagi anggota muda Angkatan Pe-lukis Aneka Daya (Apad) ini, kolek-si karya simbolik dan eksperimentalini malahan sesuai dijadikan projekpenutup tirai pengajian Sarjana Mu-da Sastera (Kepujian) dalam SeniHalus yang diikutinya di Nafa.

Lebih menggembirakan, EncikMuhammad Dzaki, anak sulungdalam empat beradik lelaki, turutdipilih sebagai pelajar terbaik kur-susnya berdasarkan komitmen,kreativiti dan penyertaannya dalamaktiviti bilik darjah.

Ketika ditemui Gah! baru-baruini, beliau berkata:

“Saya dapat lihat kemajuanpemikiran saya selepas mengikutikursus peringkat ijazah ini.

“Apabila saya baru-baru masuk

kursus Diploma Seni Halus denganpengkhususan bidang cetakan, sayahanya fokus pada kerja melukis.

“Namun, saya kini pelajari caramembangunkan idea dan konsepsaya dengan menyampaikan mak-sud-maksud tersendiri yang mung-kin tersirat dalam karya saya.

“Cabaran yang dihadapi sebagaipelajar jurusan seni ialah bagaimanaingin dapatkan idea baru saban hari.Kita harus banyak berfikir tentangprojek-projek akan datang.”

Encik Muhammad Dzaki memi-lih Islam sebagai topik baginya tero-kai kerana ingin dekat dengan pe-ngajian agama, aspek kehidupanyang mungkin dijauhi sebilangan be-lia kerana rasa takut atau tidak pas-ti.

“Antara yang saya tinjau ialahkarya skrin sutera dengan teks Jawiyang sekilas pandang, nampakmacam ayat Al-Quran.

“Sebenarnya, ia bukan ayat-ayatsuci Al-Quran. Sebaliknya, ia ada-lah bait-bait lirik lagu pop yangboleh didendangkan.

“Ia memberi gambaran bagaima-na apabila kita mula-mula mempela-jari cara membaca Al-Quran, kita se-takat pandai menyebutnya sahajatanpa memahami maksudnya.

“Karya ini meninjau bahasa Jawiitu sendiri dan tipografi,” jelasnya.

‘Qiblat’ adalah karya yang amatmenarik baginya kerana ia merupa-kan karya ciptaan semula yangdiperbuat daripada benang sejadah.

Sebagaimana jelasnya:“Apabila benang sejadah ini di-

tarik satu persatu, fungsi sejadah itu

mungkin sudah lenyap tetapi ia ke-mudian memainkan pelbagai fungsiberbeza sebagai seutas tali.

“Apa fungsinya? Ia bergantungpada apa hasrat yang empunya diri,bagaimana dia ingin menggunakan-nya.”

Mengenai karya cetakan ‘FiveTimes A Day’ pula, ia melambang-kan bahawa proses cetakan beru-lang juga seperti ibadah solat yangdilakukan secara rutin denganpenuh pengamatan.

Dalam perjalanan seninya, EncikMuhammad Dzaki bersyukur kede-dua ibu bapanya, yang merupakanguru prasekolah dan jurutera kanan,memahami pilihannya mahu menja-di seorang karyawan seni.

“Mereka tidak pernah melarangsaya daripada menceburi bidang se-ni bahkan terbuka dengan pilihansaya asal sahaja saya berusaha ber-sungguh-sungguh dan tidak mudahputus asa,” katanya.

Buat masa ini, beliau banyakmenjalankan tugas seni kemasya-rakatan seperti menghiasi flat ke-jiranan dengan palitan karya seni dibawah projek Pesta Seni PassionArts, Persatuan Rakyat (PA).

Mengenai pemilihannya sebagaipelajar terbaik, beliau berkata ia bu-kan berdasarkan keputusan peperik-saan tetapi dari segi komitmen yangbeliau ketengahkan di bilik darjah.

“Saya selalu mencari cara ter-baik agar saya dapat memberikanmotivasi buat diri saya sendiri.

“Maklumlah, amanah sebagaipelajar seni ini memerlukan sayasentiasa mencurahkan idea segar.Komitmen itu mustahak,” ujarnya.

PELAJAR sekolah rendah daripa-da peringkat darjah satu hinggaenam di sini, diundang menyertaiperaduan karangan ‘Saya BolehMengarang’ anjuran Pusat BahasaNusa.

Matlamat peraduan ini dianjur-kan ialah bagi mencabar minda pela-jar dalam menghasilkan penulisanmenarik, baik dari segi bahasa mahu-pun jalan cerita berdasarkan dayakreativiti mereka.

Peraduan ini juga bertujuan mem-pertingkat daya keyakinan pelajardalam penulisan menerusi saingandengan pelajar-pelajar yang terlibat.

Pelajar darjah satu dan dua diuji

dengan pilihan salah satu tajukberikut iaitu ‘Aku Sebuah Diari’ dan‘Satu Pengalaman Yang Tidak Da-pat Saya Lupakan’.

Tajuk ‘Sahabatku’ atau menuliscerita berdasarkan gambar wangdalam genggaman seseorang pulamerupakan soalan bagi pelajar dar-jah tiga dan empat.

Pelajar darjah lima dan enam pu-la boleh memilih antara kisah berta-juk ‘Satu Kemaafan’ atau menga-rang daripada gambar senario bilikbedah di hospital.

Setiap peserta akan menerimasijil berdasarkan anugerah yangmereka terima iaitu gangsa, perakatau emas.

Para finalis pula akan disampai-kan dengan sijil, baucar Edufront se-banyak $200, baucar Popular seba-nyak $20 dan hadiah buku.

Tiga peserta terbaik akan meraihpiala kepujian, sijil, baucar Edufront$400, baucar Popular sebanyak $50dan hadiah buku.

Tarikh pendaftaran ialah hingga31 Julai ini.

Pendaftaran boleh dibuat dalamtalian (www.sayabolehmenga-rang.com), menerusi wakil persendi-rian atau sekolah.

Bayaran dikenakan ialah $10(menerusi sekolah) dan $15 (per-sendirian).

SEPERTI kebanyakan belia seu-sianya, Encik Zulkhairi Zulkiflee ber-gantung pada media sosial bagi mem-perkasa pengetahuan agamanya bah-kan teruja dengan bermacam perbin-cangan yang dilontarkan di dada si-ber.

Kesedaran bahawa pengetahuanagamanya masih belum mencukupi,beliau sentiasa ingin belajar danberusaha memahami agama denganpenerokaan dalam bentuk karya se-ni.

Lantaran itu, terhasillah projek‘The Cave’ bagi projek tahun akhir-nya dalam kursus Diploma Pengaja-ran Seni di Akademi Seni Halus Nan-yang (Nafa), baru-baru ini.

‘The Cave’ dipadankan daripadaSurah Al-Kahf, surah ke-18 dalamkitab suci Al-Quran dan mengandu-ngi 110 ayat.

Sebagaimana kongsi Encik Zu-lkhairi, 24 tahun kepada Gah!:

“Saya mencari sesuatu yang rele-van dengan kehidupan masa kini,berdasarkan apa yang saya amati disekeliling saya. Kebanyakan daripa-da belia sebaya saya terasa kurang

lengkap kerana pengetahuan agamakami tidaklah setinggi mana.

“Menerusi projek ini, saya ber-pandukan beberapa ayat pertamaatau kisah pertama dalam SurahAl-Kahf yang menceritakan tentanggolongan muda belia yang dikenalisebagai Ashabu Al-Kahf, yang disi-sihkan kerana fahaman dan keper-cayaan mereka terhadap Islam.

“Mereka melarikan diri dan ber-sembunyi dalam gua dan dikatakantertidur selama 309 tahun. Apabilamereka bangun, mereka mendapatipenduduk di kota itu sudah pun men-jadi penganut Islam.”

Apa yang anak kedua dalam tigaberadik ini cuba kupas dalam karyapemasangan simbolik itu ialah keper-cayaan dan amalan yang tidakdipersetujui dan menerima bidasandengan si empunya diri itu lebih sele-sa menyimpan pengamatannya dari-pada marah-marah dengan meluah-kannya.

“Kebanyakan masa, kita lihatimej Islam itu tercemar apabila per-balahan berapi-api timbul di mediasosial, misalnya. Dengan idea ‘TheCave’ ini, saya cuba paparkan gua

psikologi yang melambangkan dirikita. Kalau kita ada idea, kita simpanbuat pengetahuan kita daripada me-luahkannya,” jelasnya lagi.

Dalam berkarya, kecenderungananak seorang teknisyen dan suri ru-mah ini ialah melihat bagaimanamasyarakat memberi tindak balasterhadap faktor luaran yang menje-jas kehidupan mereka.

Ditanya mengenai projek terki-ninya, Encik Zulkhairi, yang memi-lih kerjaya sebagai guru seni lukiskerana inginkan kemantapan masadepan, menjelaskan beliau sedangdalam rangka projek bimbinganNoise Singapore, kendalian MajlisSeni Kebangsaan (NAC).

Beliau dibimbing seniman berbi-lang disiplin dan pembikin filem, En-cik Brian Gothong Tan, yang ba-ru-baru ini dinobatkan sebagai pener-ima Anugerah Belia Singapura.

“Kali ini, saya ingin buat karyasusulan bagaimana tubuh kita iniboleh dijadikan seperti ‘gua’ simbo-lik tadi. Saya sudah tinjau faktor lua-ran. Karya seterusnya akan melihatkonflik dalaman yang kita hadapi pu-la,” tambahnya.

Sehari seutasbenang (sejadah),

lama-lamamenjadi...

Peraduan mengarang bagi sekolah rendah

Teroka idea ‘gua psikologi’menerusi pengamatan surah

SENTIASA BEREKSPERIMEN: Encik Muhammad Dzaki Safaruan gigih menarik satu persatu benang sejadah dan mengubahnyamenjadi tali sebagai antara karya yang dipamerkan bagi projek tahun akhirnya di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa). – Foto-fotoKHALID BABA

INGIN SENTIASABELAJAR: EncikZulkhairi Zulkifleesentiasa mencariilmu yang relevandalam kehidupanmasa kini demimeningkatkanpengetahuannya.

www.sgbagus.com

Jadilah

Nikmati manfaat menerokai SGbagus.com. Laman web baru ini memberi andakandungan menarik mengenai pelbagai topik gaya hidup daripada Berita Harian danakhbar Inggeris. Ia bukan sahaja membantu anda memahami perkembangan terkinidan menceriakan kehidupan anda, bahkan anda berpeluang memenangi pelbagai

hadiah istimewa.

Nikmati kehidupan indah bersama SGbagus.com!

Cara Menyertai Peraduan:Kunjungi SGbagus.com dari 1 hingga 31 Julai 2015dan tandakan jawapan yang betul bagi dua soalanmudah pada borang peraduan. Butir-butir mengenaipenghantaran penyertaan serta terma dan syaratboleh juga didapati di laman web tersebut.

pasang Tiket Penerbangan

untuk dimenangi!Malaysia Airlines ke Hong Kong5

Penaja:

Pemenangkunjungi SGbbaagguus.coms.com

Mencari diri dan menyelami isu-isu keislaman dalam projek seni yang dihasilkan bagi pameran Akademi Seni HalusNanyang (Nafa), The Grad Expectations baru-baru ini, menjadi matlamat dua lulusan kursus diploma dan sarjana muda

berikut. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) meninjau kisah di sebalik karya seni mereka.

IKUTI KAMI DI Terlepas peluang tonton video terbitan BH?

beritaharian.sg/ galeri-video

Ingin nikmati berita

terkini?

10 Berita Harian | Selasa, 21 Julai 2015

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

top related