gah!jana muzik pembuka mata | selasa, 7 november 2017 dan ... · gila’ dengan bekas pemain bola...

1
EHARYANI ISMAIL [email protected] MUZIK boleh memperkasa diri sese- orang dan dikongsi sebagai bekalan menguat- kan semangat orang lain. Belia dengan jiwa yang mudah rapuh dan masih keliru mencari arah tuju dalam kehidu- pan juga boleh disuntik dengan semangat wa- ja menerusi muzik. Begitulah pegangan hidup karyawan bim- bingan belia, Encik Iskandar Rawi, 28 tahun, yang juga penggubah lagu dan penyanyi tem- patan. Beliau berkelulusan Diploma Teknologi Muzik dan Audio daripada Politeknik Singa- pura (SP) sebelum melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Pengurusan di Universiti London-SIM Global Education. Dipengaruhi darah seni keluarganya, pe- muda ini lebih terdorong menjana karya ber- mutu buat persada muzik Singapura di sam- ping mendorong belia berisiko tinggi mence- buri muzik sebagai kegiatan sihat. Muzik mengubah hidupnya sejak usia 14 tahun dengan dirinya menubuhkan band punk rock bernama black-ductape yang ber- jaya disenaraikan majalah Lime sebagai an- tara ‘30 Band Terbaik Singapura 2008’. Ketika ditemui Gah! di pejabat Berita Harian, Encik Iskandar, yang melancarkan single ketujuhnya Bergelora Tanpa Arah bu- lan lalu, berkata: “Sudah hampir 15 tahun muzik sebati dalam hidup saya. Ia beri saya keyakinan dan kepuasan. “Saya masih ingat semangat saya berkobar-kobar sewaktu menubuhkan band punk rock sendiri. “Kami ingin tekankan identiti sendiri. Ada pesanan yang ingin disampaikan dalam lagu yang melambangkan semangat juang be- lia yang tidak kenal putus asa walau apa orang nak kata. “Alhamdulillah, minat saya disokong ibu bapa. Kebetulan, ayah saya, Rawi Omar, ju- ga seorang pemuzik yang terlibat dengan band pop yeh-yeh sebelum ini. “Beliau kemudian aktif sebagai anggota band muzik rakyat (country music) ala irama koboi, Matthew & The Mandarins. “Bapa beri galakan asal sahaja saya tidak abaikan pelajaran dan boleh berlatih dengan teman-teman di rumah kami yang dah jadi macam studio jamming!” Moyangnya Ismail N. Salleh pula merupa- kan penggubah lagu zaman 1960-an terma- suk lagu popular Salim I, Sebentuk Cincin Permata Berlian. Kejayaan pertama anak ketiga dalam li- ma beradik ini menembusi pasaran muzik Melayu adalah ketika beliau memenangi pe- raduan mencipta lagu kelakar seram Lari ba- gi peraduan Projek Rentak Misteri Jam 12 pada 2011. Ia merupakan anjuran stesen radio Ria 89.7FM dan Persatuan Penggubah dan Penu- lis Lirik Singapura (Compass). Setahun selepas itu, beliau menghasilkan lagu Inggeris bertajuk Apart di bawah nama The Boy Called Isk. Lagu itu malah memenangi tempat kedua dalam kategori ‘Aksi Kolej Terbaik’ (penyer- taan pelajar) bagi Anugerah Muzik Vima ba- gi penggiat muzik indie di rantau Asia Teng- gara. Single selanjutnya, Insan Biasa, Merin- duinya, Tenang (bersama Flique Mohamad) dan lagu Raya Setiap Detik Ini (bersama Hi- dayat Nordin dan Atrez) kemudian dijana agar dirinya terus aktif berkarya. Encik Iskandar memastikan beliau juga fa- hami kerja belakang tabir penghasilan mu- zik. “Saya berpeluang menjadi jurutera bu- nyian bagi persembahan pemuzik tempatan dan luar negara. Antaranya termasuk John Mcnamara dari Australia serta Gan Ainm daripada gabungan tiga negara – Ireland, Australia dan Singapura,” katanya. Beliau juga gemar bereksperimen dan mencari kelompok pengikut berbeza bagi ira- ma berlainan. Lagu Tenang memberi motivasi kepada belia yang bergelora jiwanya. Ia merupakan satu percubaan menyelongkar irama rap. Mengenai cabang muzik dan kerja belia yang tidak boleh dipisahkan, Encik Iskandar, yang bekerjasama rapat dengan komposer Reyza Hamizan daripada studio 6 Strings, menambah: “Saya suka muzik dan saya juga gemar berurusan dengan belia. Saya malah pernah menjadi Ketua Pembimbing Tuisyen di Mendaki Sense sebelum ini. “Apabila diiktiraf sebagai antara Pem- bimbing Cemerlang bagi program Matema- tik, saya terharu dapat menyumbang kepada belia dan berkongsi ilmu saya. Maka kede- dua minat ini disatukan dalam kehidupan.” Jana muzik pembuka mata dan perkasa belia MUZIK DAN BELIA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN: Encik Iskandar Rawi memanfaatkan ilmu muzik yang dimiliki sebagai pencetus motivasi dan keyakinan diri buat belia berisiko tinggi yang ditemui saban hari. – Foto ihsan ISKANDAR RAWI

Upload: hoangmien

Post on 24-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gah!Jana muzik pembuka mata | Selasa, 7 November 2017 dan ... · gila’ dengan bekas pemain bola se-pak import Singapura, ... tik, saya terharu dapat ... dua minat ini disatukan

RAMAI yang meniti usia remaja sekitar tahun 1980-an dan 1990-an pastinya digamit memori silam sewaktu menonton pementasan Teater Kami, Senja Cruise, di Black Box Pusat Drama minggu lalu.

Mendengar lagu kumpulan Femi-nin, Kini, sebelum pementasan ber-mula dan Express Yourself oleh Ma-donna di awal tirai teater ini dibuka membuatkan saya sendiri dibuai kenangan berada di sekolah perem-puan seperti empat wataknya – Shaf, Nab, Has dan Zetty.

Suntikan humor pada naskhah teater hasil ilham Rafeyah Abdul Rahman@Denhasan dan arahan Atin Amat itu malah membuatkan ‘pelayaran’ dalam Senja Cruise begi-tu mengasyikkan.

Ia membawa minda ini memba-yangkan suatu detik di mana rumah tumpangan warga senja kelak akan digantikan dengan tempat riadah ba-gi golongan emas ini bersantai dan menikmati sisa-sisa hari tua mereka.

Shaf, Nab, Has dan Zetty meru-pakan teman sekolah yang seawal menengah satu lagi sepakat berjanji akan saling menemani apabila mere-ka tua kelak.

Gambaran mereka berempat yang masing-masing sudah men-cecah usia 68 tahun dan mempu-nyai personaliti dan minat berbeza disajikan buat tatapan penonton.

Kecuali Has yang kematian sua-

mi dan tiada anak, Shaf, Nab dan Zetty pula belum berumah tangga.

Syabas Teater Kami kerana me-nampilkan empat pelakon berbakat yang mampu mencuit hati penonton dengan gaya selamba mereka.

Dalifah Shahril sebagai Shaf yang menghidap demensia tanpa disedari dan kerap kali mengambil kopi bercawan-cawan dan membiar-kannya sembarangan termasuk dalam peti sejuk memang selamba.

Saya dapat kaitkan wataknya dengan teman-teman yang ‘suka gila’ dengan bekas pemain bola se-pak import Singapura, Abbas Saad, suatu ketika dahulu.

Diyanah M Noor sebagai war-tawan dan aktivis kemasyarakatan, Zetty, pula lebih serius, jenis yang lebih mementingkan kesihatan dan tampak lebih aktif secara fizikal dan mindanya berbanding teman lain.

Emanorwaty Saleh pula adalah Has yang sudah kematian suami dan menjalani kehidupan sunyi tan-pa cahaya mata.

Dia merupakan bekas pendidik yang berpenyakit jantung dan meng-habiskan sisa hidupnya dengan hobi membakar kek dan berkongsi kema-hiran bersama warga emas lain di Senja Cruise.

Junainah Yusoff pula menghidup-kan peranan sebagai Nab yang rasa dirinya diabaikan keluarga sendiri khususnya anak saudara yang di-

manjakan ketika pemuda itu masih kecil dahulu.

Banyak perkara mencetus gelak penonton, melihatkan empat warga senja mengusik sesama sendiri ten-tang tahap fizikal mereka kini atau kegilaan mereka sewaktu muda.

Banyak isu penuaan meliputi tempat tinggal alternatif si warga tua dan khidmat menjaga mereka diketengahkan di samping beberapa keprihatinan lain tentang bakat asing ke Singapura.

Lebih mustahak lagi adalah isu persahabatan empat wanita yang bertahan atas dasar kepercayaan dan persamaan mencari teman me-niti usia senja.

Namun dalam gelak tawa, Den-hasan tidak mahu penonton terlupa agar membuat perancangan awal se-belum bersara dan meniti usia senja.

Timbul tanda tanya:“Apakah aku bersedia mengha-

dapi hari tua? Siapakah yang akan menjaga aku dan cukupkah simpa-nan aku bagi membiaya kos peruba-tan? Mampukah aku mencari sa-habat sejati yang akan bersama mengharungi usia senja tanpa le-lah?”

Terima kasih kepada Denhasan, Atin dan pelakon sekalian kerana menghentikan lamunan ramai yang masih leka memikirkan hari ini saja atau seronok mengimbas kenangan silam. Esok bagaimana? – HARYANI ISMAIL

EHARYANI [email protected]

MUZIK boleh memperkasa diri sese-orang dan dikongsi sebagai bekalan menguat-kan semangat orang lain.

Belia dengan jiwa yang mudah rapuh dan masih keliru mencari arah tuju dalam kehidu-pan juga boleh disuntik dengan semangat wa-ja menerusi muzik.

Begitulah pegangan hidup karyawan bim-bingan belia, Encik Iskandar Rawi, 28 tahun, yang juga penggubah lagu dan penyanyi tem-patan.

Beliau berkelulusan Diploma Teknologi Muzik dan Audio daripada Politeknik Singa-pura (SP) sebelum melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Pengurusan di Universiti London-SIM Global Education.

Dipengaruhi darah seni keluarganya, pe-muda ini lebih terdorong menjana karya ber-mutu buat persada muzik Singapura di sam-ping mendorong belia berisiko tinggi mence-buri muzik sebagai kegiatan sihat.

Muzik mengubah hidupnya sejak usia 14 tahun dengan dirinya menubuhkan band punk rock bernama black-ductape yang ber-jaya disenaraikan majalah Lime sebagai an-tara ‘30 Band Terbaik Singapura 2008’.

Ketika ditemui Gah! di pejabat Berita Harian, Encik Iskandar, yang melancarkan single ketujuhnya Bergelora Tanpa Arah bu-lan lalu, berkata:

“Sudah hampir 15 tahun muzik sebati dalam hidup saya. Ia beri saya keyakinan dan kepuasan.

“Saya masih ingat semangat saya berkobar-kobar sewaktu menubuhkan band punk rock sendiri.

“Kami ingin tekankan identiti sendiri. Ada pesanan yang ingin disampaikan dalam lagu yang melambangkan semangat juang be-lia yang tidak kenal putus asa walau apa orang nak kata.

“Alhamdulillah, minat saya disokong ibu bapa. Kebetulan, ayah saya, Rawi Omar, ju-ga seorang pemuzik yang terlibat dengan band pop yeh-yeh sebelum ini.

“Beliau kemudian aktif sebagai anggota band muzik rakyat (country music) ala irama koboi, Matthew & The Mandarins.

“Bapa beri galakan asal sahaja saya tidak abaikan pelajaran dan boleh berlatih dengan teman-teman di rumah kami yang dah jadi macam studio jamming!”

Moyangnya Ismail N. Salleh pula merupa-

kan penggubah lagu zaman 1960-an terma-suk lagu popular Salim I, Sebentuk Cincin Permata Berlian.

Kejayaan pertama anak ketiga dalam li-ma beradik ini menembusi pasaran muzik Melayu adalah ketika beliau memenangi pe-raduan mencipta lagu kelakar seram Lari ba-gi peraduan Projek Rentak Misteri Jam 12 pada 2011.

Ia merupakan anjuran stesen radio Ria 89.7FM dan Persatuan Penggubah dan Penu-lis Lirik Singapura (Compass).

Setahun selepas itu, beliau menghasilkan

lagu Inggeris bertajuk Apart di bawah nama The Boy Called Isk.

Lagu itu malah memenangi tempat kedua dalam kategori ‘Aksi Kolej Terbaik’ (penyer-taan pelajar) bagi Anugerah Muzik Vima ba-gi penggiat muzik indie di rantau Asia Teng-gara.

Single selanjutnya, Insan Biasa, Merin-duinya, Tenang (bersama Flique Mohamad) dan lagu Raya Setiap Detik Ini (bersama Hi-dayat Nordin dan Atrez) kemudian dijana agar dirinya terus aktif berkarya.

Encik Iskandar memastikan beliau juga fa-

hami kerja belakang tabir penghasilan mu-zik.

“Saya berpeluang menjadi jurutera bu-nyian bagi persembahan pemuzik tempatan dan luar negara. Antaranya termasuk John Mcnamara dari Australia serta Gan Ainm daripada gabungan tiga negara – Ireland, Australia dan Singapura,” katanya.

Beliau juga gemar bereksperimen dan mencari kelompok pengikut berbeza bagi ira-ma berlainan.

Lagu Tenang memberi motivasi kepada belia yang bergelora jiwanya. Ia merupakan satu percubaan menyelongkar irama rap.

Mengenai cabang muzik dan kerja belia yang tidak boleh dipisahkan, Encik Iskandar, yang bekerjasama rapat dengan komposer Reyza Hamizan daripada studio 6 Strings, menambah:

“Saya suka muzik dan saya juga gemar berurusan dengan belia. Saya malah pernah menjadi Ketua Pembimbing Tuisyen di Mendaki Sense sebelum ini.

“Apabila diiktiraf sebagai antara Pem-bimbing Cemerlang bagi program Matema-tik, saya terharu dapat menyumbang kepada belia dan berkongsi ilmu saya. Maka kede-dua minat ini disatukan dalam kehidupan.”

KISAH ayah yang sayangkan motosikal buruknya, walaupun ia menimbulkan rasa malu anaknya yang pernah memboncengnya keti-ka kecil, membawa rezeki buat pe-lakon kelahiran Singapura, Hasnul Rahmat.

Hasnul yang menghidupkan watak si ayah bernama Jamil dalam telefilem Kapcai Ayah itu dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2017 ba-ru-baru ini.

Majlis gilang-gemilang anuge-rah tersebut yang diacarakan Ji-han Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk SYJ berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Filem arahan U-wei Hj Saari, Hanyut, menang besar dengan merangkul trofi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (U-wei Hj Saari) dan Lakon Layar Terbaik (U-wei Hj Saari).

Ia juga menerima Anugerah Pe-lakon Pembantu Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) dan Pelakon Pem-bantu Wanita Terbaik (Diana Danielle).

Karya arahan sutradara terke-nal Erma Fatima, Pesan Dari Tu-han, juga meraih beberapa ke-menangan membanggakan apabi-la dinobatkan sebagai Drama Ter-baik.

Erma meraih Anugerah Penga-rah Terbaik dan Lakon TV Ter-baik manakala Remy Ishak meneri-ma Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Anugerah Pelakon Wanita Ter-baik Drama pula jatuh ke tangan Fasha Sandha bagi drama Terima Kasih Ramadan buat julung kali-nya.

Mengulas kemenangannya, Hasnul memberitahu akhbar Hari-an Metro:

“Saya datang hanya bagi meme-riahkan majlis dan bertemu ka-wan. Saya tidak sangka nama saya diumumkan sebagai pemenang.

“Kejayaan ini adalah satu bo-nus buat saya. Saya memang tidak jangka dengan kemenangan ini kerana calon lain bukan mudah dikalahkan.

“Mereka mempunyai kekuatan watak yang tersendiri. Berpeluang

menonton drama lakonan mereka, saya sendiri kagum dengan hasil kerja yang diberikan. Inilah yang dinamakan rezeki.”

Menurut Hasnul, sebagai orang lama, beliau mengingatkan kepa-da pelakon muda supaya sentiasa jujur dalam watak yang dilakon-kan.

“Saya teruja melihat industri se-ni yang diwarnai dengan kehadi-ran wajah baru. Saya harap mere-ka dapat bekerja keras dan jujur dalam setiap watak kerana bidang ini bukan pentas yang mengejar populariti semata-mata.

“Bakat yang dianugerahkan ini perlu dikongsi supaya penonton

menerima setiap mesej yang ingin disampaikan,” katanya.

Fasha pula tidak sangka akan menang kerana ia dirasakan lebih layak disandang Ellie Suriaty atau Vanidah Imran kerana mereka ber-dua idolanya.

“Saya bersyukur bakat saya di-iktiraf dan diangkat setinggi ini. Ba-gi saya, untuk bertahan dalam bidang ini kita perlu ada disiplin dan komited dalam segala hal.

“Saya tidak pernah mensia-sia-kan setiap peluang yang datang kerana lakonan adalah kerjaya sepenuh masa. Jadi saya perlu melakukannya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Teater sentak penonton agarsiap sedia harungi usia senja

Jana muzik pembuka matadan perkasa belia

Hasnul, Fasha terima Anugerah Skrin sebagai bonus kerja keras

HASNUL RAHMAT: Berharap pelakon muda tidak melihat dunia lakonan sebagai wadah mengejar nama semata-mata. – Foto INSTAGRAM HASNUL RAHMAT

ULASAN TEATER

FASHA SANDHA: Sangka Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama lebih layak diberikan kepada Ellie Suriaty atau Vanidah Imran yang disifatkan sebagai idola. – Foto INSTAGRAM FASHA SANDHA

MEMBUKA MATA: Walau kaya humor, pementasan teater Senja Cruise yang dijayakan (dari kiri) Junainah Yusoff, Dalifah Shahril dan Emanorwaty Salleh (terbaring di katil) banyak mengajak penonton memikirkan tentang hari tua. – Foto TEATER KAMI

MUZIK DAN BELIA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN: Encik Iskandar Rawi memanfaatkan ilmu muzik yang dimiliki sebagai pencetus motivasi dan keyakinan diri buat belia berisiko tinggi yang ditemui saban hari. – Foto ihsan ISKANDAR RAWI

Berita Harian | Selasa, 7 November 2017 11

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan