amlodipine - kck.usm.my · pdf file(iii) interaksi dengan ubat-ubat lain, makanan, otc, dan...

Download AMLODIPINE - kck.usm.my · PDF file(iii) Interaksi dengan ubat-ubat lain, makanan, OTC, dan ubat tradisional Ubat-ubatan Ada ubat/makanan yang boleh berinteraksi dengan amlodipine

If you can't read please download the document

Upload: dongoc

Post on 11-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • AMLODIPINE (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

    Merawat tekanan darah tinggi

    Angina (sakit dada) (ii) Cara Penggunaan Cara Pengambilan/ Administrasi

    Ambil ubat mengikut arahan yang diberikan oleh doktor atau pegawai farmasi

    Ubat ini boleh diambil bersama makanan atau semasa perut kosong

    Jika terlupa mengambil ubat

    Jika terlupa mengambil ubat atau terlepas dos, ambil ubat sebaik sahaja teringat. Jika telah hampir masa untuk dos seterusnya, tunggu dan ambil ubat untuk dos seterusnya sahaja, tinggalkan dos yang terlupa tadi.

    Jangan ambil ubat berganda untuk menggantikan dos yang terlupa tadi.

    Penyimpanan

    Simpan ubat dalam suhu bilik, jauh dari haba, kelembapan dan sinaran terus matahari.

    Jauhkan ubat dari kanak-kanak dan jangan berkongsi ubat ini dengan orang lain.

    Minta nasihat daripada doktor atau pegawai farmasi tentang cara untuk melupuskan ubat ini.

    Peringatan semasa menggunakan ubat

    Pastikan anda maklumkan doktor jika anda mengandung, menyusu, atau anda menghidap penyakit hati, masalah jantung dan perut atau aortic stenosis.

    Ubat ini mungkin menyebabkan anda berasa pening. Elakkan memandu, menggunakan mesin atau membuat sebarang perkara yang memerlukan penumpuan.

    Jangan berhenti mengambil ubat ini secara tiba-tiba tanpa meminta nasihat doktor. Dos ubat mungkin perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum ubat boleh dihentikan. Berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.Peningkatan tekanan darah tidak menunjukkan sebarang tanda.

  • (iii) Interaksi dengan ubat-ubat lain, makanan, OTC, dan ubat tradisional Ubat-ubatan

    Ada ubat/makanan yang boleh berinteraksi dengan amlodipine jika diambil bersama. Pastikan doktor anda tahu tentang semua ubat-ubatan lain yang sedang diambil. Ini termasuklah ubat-ubat over the counter yang boleh meningkatkan tekanan darah ( seperti ubat diet, ubat selesema dan alergi atau asma).

    Makanan

    Jangan ambil alkohol semasa menggunakan ubat ini.

    Grapefruit meningkatkan kepekatan amlodipine dalam darah

    (iv) Kesan Ubat Kesan Terapeutik

    Merehatkan pembuluh darah, memudahkan darah mengalir seterusnya mengurangkan tekanan darah

    Kesan Sampingan

    Sila hubungi doktor secepat mungkin apabila anda mengalami kesan sampingan seperti berikut:

    o Sakit dada (mungkin juga boleh disebabkan oleh penyakit dan

    bukan kesan sampingan). o air kencing berwarna kuning gelap o Degupan jantung yang cepat, tidak menentu dan kuat. o Berpeluh di kaki dan buku lali o Kulit dan mata yang menjadi kekuningan o Keletihan dan lemah yang luar biasa

    Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang kurang serius seperti berikut:

    o Muka kemerahan dan tubuh terasa hangat o Sakit kepala o Loya dan perut yang tidak selesa

    Jika anda mengalami kesan sampingan lain yang disebabkan oleh ubat ini, boleh maklumkan kepada doktor anda