amirul rofiq roslee: kimpalan arka jenis flux...

Download Amirul Rofiq Roslee: KIMPALAN ARKA JENIS FLUX …amirulrofiq.blogspot.com/2016/07/kimpalan-arka-jenis...2017-09-06PEMOTONGAN ARKA PLASMA (PLASMA ARC CUTTING) DASAR KESELAMATAN DAN

If you can't read please download the document

Upload: duongnhu

Post on 12-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Amirul Rofiq Roslee: KIMPALAN ARKA JENIS FLUX CORED ARC WELDING (FCAW)

Amirul Rofiq Roslee

Pages

Home

CARA - CARA MENUKAR KAPASITOR KIPAS SILING

PEMOTONGAN GAS OXY ACETYLENE

KAWALAN KUALITI DI DALAM KIMPALAN

PEMOTONGAN ARKA PLASMA (PLASMA ARC CUTTING)

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN DAN PERLAKSANAANNY...

Wednesday, 27 July 2016

KIMPALAN ARKA JENIS FLUX CORED ARC WELDING (FCAW)

Kali ini kita membincangkan tentang kimpalan jenis FCAW pula. FCAW ni konsepnya lebih kurang sama dengan GMAW. Peralatan dan mesin juga sama. Bezanya cuma pada elektrod atau wire. Ianya menggunakan wire yang mempunyai flux ditengah tengah. Hasil kumai pula akan kelihatan seperti kumai SMAW kerana akan mempunyai lapisa slag atau sanga.

PRINSIP KERJA

Proses Kimpalan Arka Teras Bersalut atau Flux Cored Arc Welding (FCAW) adalah proses yang menggunakan arka di antara suapan elektrod yang berterusan dengan kolam leburan kimpal, di mana wujud percantuman atau sebatian oleh kepanasan arka yang dihasilkan oleh leburan elektrod dengan logam asas.Proses flux cored arc welding adalah cabang daripada Shield Metal Arc Welding (SMAW). FCAW dikimpal daripada elektrod yang mempunyai flux dalam tiub wayar yang dilindungi karbon dioksida. Proses ini digunakan bersama dengan gas dari bekalan yang berasingan.

Proses kimpalan ini memerlukan elektrod gunahabis yang bersalut an gas pelindung, yang mana salutan pada filler wire dan gas pelindung berfungsi bagi melindungi leburan kimpal supaya tidak dicemari oleh atmosfera. Selalunya flux mengandungi campuran elemen yang mengubah kolam kecairan logam untuk kimpalan yang sesuai apabila logam siap dikimpal.

Flux Cored Arc Welding boleh dilakukan secara automatik atau separa-automatik, semua jenis logam boleh dikimpal dengan prases ini seperti keluli karbon, keluli aloi, dan keluli tahan karat dalam semua kedudukan, pemilihan gas pelindung yang sesuai, elektrod dan pelbagai kerja kimpal. Proses kimpalan ini menggunakan bekalan kuasa yang sama dengan GMAW tetapi elektrod yang berlainan.

Proses Flux Cored Arc Welding merangkumi suapan elektrod secara automatic dan berterusan, dawai elektrod gunahabis (filler wire) dilindungi oleh bekalan kuasa.Pemilihan elektrod atau dawai penambah dan gas pelindung adalah berpandukan kepada jenis logam yang akan dikimpal. Proses ini juga boleh digunakan bagi mengimpal pengerasan permukaan dan penambahan permukaan (padding).Bekalan kuasa yang digunakan untuk mesin kimpalan adalah jenis voltan malar. Arus kimpal yang biasa digunakan dalam proses Flux Cored Arc Welding ini ialah diantara 20-30 amp, pada voltan arka 18v dan keparas tertinggi 750 amp, pada voltan arka 50v. Penggunaan arus pada kekutuban berbalik sering digunakan dalam proses ini.

CONSUMABLE

FILLER WIRE (LOGAM PENGISI)

Boleh didapati dalam bentukkili atau gelung dengan saiz dan ukuran berbeza seperti bergarispusat 0.8, 1.0,1.2, 1.4 dan 1.6mm.Peratus percampuran dalam elektod : Karbon 10%, Silikon 0.905%,Phrosperam 0.020%, Manganese 1.60% dan Salfat 0.020%.Gelung yang biasa adalahbergarispusat 300mm.

Terdapat 2 kaedah mendapatkan permukaan dawaiyang bersih :

I.permukaan dawai yang mudahmengoksidan diminyakkan secara mekanikal.

II.direndam dan dibasuh.

Jadual di bawah menunjukkan klasfikasi wayarflux core dan specifikasi semasa menggunakkannya

AWS

Classification

Shielding

Gas

Welding Position

Current &

Polarity

Minimum Tensile

Strength (PSI)

E70T-1C

CO2,

Flat/Horizontal

DCEP

70,000

E71T-1C/M

CO2,or Ar/CO2,

All

DCEP

70,000

E70T-2C/M

CO2,or Ar/CO2,

Flat/Horizontal

DCEP

70,000

E70T-3

None

Flat/Horizontal

DCEP

70,000

E70T-4

None

Flat/Horizontal

DCEP

70,000

E70T-5C/M

CO2,or Ar/CO2,

Flat/Horizontal

DCEP

70,000

E70T-7

None

Flat/Horizontal

DCEN

70,000

E71T-8

None

All

DCEN

70,000

E71T-9C/M

CO2,or Ar/CO2,

All

DCEP

70,000

E71T-11

None

All

DCEN

70,000

E71T-12C/M

CO2,or Ar/CO2,

All

DCEP

70,000

GAS PELINDUNG

Berfungsi untuk melindungikolam kimpal atau leburan logam kimpal daripada udara kasa atau atmosferaTerdapat3 jenis gas utama iaitu gas karbon dioksida, argon dan helium dan terdapat jugagas pelindung yang yang digabungkan seperti percampuran Argon dan Helium,percampuran Oksigen dan Karbon Dioksida kepada Argon dan Helium dah percampurangas Oksigen, Karbon Dioksida, Argon dan Helium.

Jadual dibawah menunjukkan jenis gas dan warna balang :

Jenis gas

Warna balang gas

Argon

Biru

Co2

Biege / Kuning

Argon + o2

Biru dengan lilitan hitam

Argon + co2

Biru dengan lilitan hijau

Helium

Coklet

Posted by

amirul rofiq

at06:30

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

About Me

amirul rofiq

View my complete profile

Blog Archive

2016

(5)

July

(5)KIMPALAN ARKA JENIS FLUX CORED ARC WELDING (FCAW)KIMPALAN ARKA JENIS GAS TUNGSTEN ARC WELDING (GTAW...KIMPALAN ARKA JENIS GAS METAL ARC WELDING (GMAW)KIMPALAN ARKA JENIS SHIELDED METAL ARC WELDING (SM...KIMPALAN ARKA

Simple theme. Theme images by mayo5. Powered by Blogger.