amanat pengurusan risda-2006 · bagi rancangan malaysia kesembilan (rmk-9) dan fasa kedua wawasan...

44
Amanat Pengurusan RISDA Amanat Pengurusan RISDA 2006 Disampaikan oleh YG. BHG. DATO' HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. ALI KETUA PENGARAH RISDA Di Pearl International Hotel Jalan Klang Lama Tarikh: 22 Disember 2005 Tema: "Memperkasakan Masyarakat Pekebun Kecil Ke Arah Kemiskinan Sifar" Pendahuluan Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, dapat saya sekali lagi menyampaikan Amanat Pengurusan RISDA 2006. Tahun 2006 ini merupakan tahun pertama bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu mencapai matlamat dalam wawasan negara. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan dalam melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil 2006. Strategi pembangunan 2006 akan berpandu kepada saranan Y.A.B Perdana Menteri semasa pembentangan bajet 2006 dan Y.B Menteri KKLW semasa retreat penyediaan RMK-9 di Langkawi. Kerajaan telah memberi fokus untuk membangunkan soft infrastructure termasuk membangunkan keupayaan modal insan, sistem pengurusan dan organisasi. Kerajaan juga akan memberi fokus dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar melalui peningkatan keupayaan sektor pertanian dan luar bandar. Dalam konteks menjamin kesinambungan kejayaan khususnya di luar bandar, maka kerajaan akan meneruskan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar ke arah mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan. Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar berteraskan kepada tujuh inisiatif:-

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Amanat Pengurusan RISDA

Amanat Pengurusan RISDA 2006

Disampaikan oleh

YG. BHG. DATO' HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. ALI

KETUA PENGARAH RISDA

Di Pearl International Hotel

Jalan Klang Lama

Tarikh: 22 Disember 2005

Tema: "Memperkasakan Masyarakat Pekebun Kecil Ke Arah Kemiskinan Sifar"

Pendahuluan

Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, dapat saya sekali lagi

menyampaikan Amanat Pengurusan RISDA 2006. Tahun 2006 ini merupakan tahun pertama

bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu

menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu mencapai

matlamat dalam wawasan negara. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan dalam

melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil 2006.

Strategi pembangunan 2006 akan berpandu kepada saranan Y.A.B Perdana Menteri semasa

pembentangan bajet 2006 dan Y.B Menteri KKLW semasa retreat penyediaan RMK-9 di

Langkawi. Kerajaan telah memberi fokus untuk membangunkan soft infrastructure termasuk

membangunkan keupayaan modal insan, sistem pengurusan dan organisasi. Kerajaan juga

akan memberi fokus dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar melalui peningkatan

keupayaan sektor pertanian dan luar bandar.

Dalam konteks menjamin kesinambungan kejayaan khususnya di luar bandar, maka kerajaan

akan meneruskan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar ke arah mewujudkan

kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan. Falsafah dan Strategi Baru

Pembangunan Luar Bandar berteraskan kepada tujuh inisiatif:-

Page 2: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

- Pembangunan individu cemerlang

- Pembangunan keluarga sejahtera

- Pembangunan masyarakat beridentiti dan berdaya tahan

- Penyediaan infrastruktur berkualiti

- Pembangunan ekonomi mampan

- Penyediaan sistem penyampaian berkesan

- Pengwujudan rangka institusi kerja yang responsive

2. PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA

Ekonomi negara terus kekal mantap dalam tahun 2005 walaupun perkembangan ekonomi

global lebih sederhana serta peningkatan paras harga minyak antarabangsa begitu ketara.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan pertumbuhan sebanyak lima peratus pada

2005 sungguh pun dalam persekitaran luar yang kurang menggalakkan.

Sumbangan industri getah kepada ekonomi negara adalah besar dari segi nilai eksport iaitu

RM19.55 bilion, terdiri daripada getah mentah, barangan berasaskan getah dan kayu getah.

Pengeluaran getah negara adalah 1,168,730 mt. Daripada pengeluaran ini 93.9% (1,097.500

mt) adalah di keluarkan oleh pekebun kecil dan 6.1% (71,230 mt) adalah dari estet. Dari segi

keluasan pula, jumlah keluasan getah adalah 1.28 juta hektar di mana pekebun kecil memiliki

90.1% (1.16 juta hektar) dan estet memiliki 9.9% (126,500 hektar).

Dengan peningkatan harga getah, pendapatan pekebun kecil telah meningkat. Sepanjang

tahun 2005, purata harga bulanan SMR 20 berada dalam lingkungan 500 sen/kg bagi SMR 20,

satu tahap yang tidak pernah dikecapi sebelum ini. Harga ini dijangka akan bertahan untuk satu

tempoh masa yang lama berdasarkan kepada jangkaan permintaan getah dunia melebihi

penawaran. Perkembangan masa kini, memberi nafas baru kepada aktiviti huluan getah

terutama kepada sektor pekebun kecil yang selama ini dibelenggu oleh harga getah yang

lembab.

Berdasarkan kepada perangkaan tahun 2004, terdapat seluas 3.883 juta hektar kawasan

bertanam sawit di Malaysia dengan 2.23 juta hektar di Semenanjung, 1.167 juta hektar di

Sabah dan bakinya di Sarawak.

Dalam tahun yang sama, sebanyak 14.14 juta mt minyak sawit mentah telah dikeluarkan.

Produktiviti Kebangsaan buah tandan basah (btb) telah mencapai kepada purata 20.00 mt per

Page 3: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

hektar berbanding 18.99 mt per hektar pada tahun sebelumnya. Malaysia terus unggul sebagai

negara pengeksport utama minyak sawit di dunia. Sebanyak 12.66 juta mt minyak sawit dalam

tahun 2004 dan 4.40 juta mt produk lain minyak sawit telah dieksport dengan nilai eksport

masing-masing RM22.68 billion dan RM7.82 billion. Pada keseluruhannya, nilai eksport ini telah

meningkat sebanyak RM4.27 billion berbanding tahun sebelumnya. Ini didorong oleh

peningkatan produktiviti ladang di samping peningkatan harga komoditi.

3. PENSTRUKTURAN SEMULA SEKTOR PERTANIAN

Berikutan krisis kewangan dan kegawatan ekonomi yang telah melanda negara pada tahun

1997, Kerajaan telah menilai semula dasar-dasar pembangunan negara dan telah membuat

beberapa pengubahsuaian dasar yang turut melibatkan sektor pertanian. Berikutan itu,

Kerajaan berpendapat bahawa sektor pertanian perlu distruktur semula supaya dapat memberi

sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi negara dan menjadi 3rd Engine of Growth. Di

samping itu, kerajaan juga menggalakkan penglibatan koperasi dalam memperkasakan

ekonomi luar bandar sebagai Sektor Ekonomi Ketiga.

4. IMBASAN RISDA 2005

4.1 PENCAPAIAN PRESTASI PROGRAM PEMBANGUNAN 2005

Jumlah peruntukan program pembangunan bagi tahun 2005 ialah RM249.45 juta merangkumi

sumber Bantuan Langsung Kerajaan sebanyak RM129.00 juta dan sumber Kumpulan Wang

RISDA sebanyak RM120.45 juta.

Sejumlah RM168.91 juta (67.7 peratus) telah dibelanjakan setakat 30 November 2005.

Jika mengambilkira peruntukan Bantuan Langsung Kerajaan sahaja, sebanyak RM124.78 juta

(96.7 peratus) telah dibelanjakan. Manakala sebanyak RM44.13 juta (36.6 peratus) dari

peruntukan sumber Kumpulan Wang RISDA telah dibelanjakan. Peruntukan ini telah mendapat

kelulusan pada bulan Ogos 2005 dan waran telah dikeluarkan pada September 2005. Jika

dibandingkan dengan tahun 2004, jumlah peruntukan adalah sebanyak RM230.23 juta di mana

sejumlah RM183.09 juta (79.5 peratus) telah dibelanjakan sehingga akhir tahun. Laporan

pencapaian perbelanjaan mengikut program adalah seperti di LAMPIRAN.

RISDA juga telah menerima peruntukan Wang Amanah KKLW sebanyak RM241.57 juta dalam

tempoh 1999 - 2005. Dari jumlah tersebut sebanyak RM208.46 juta telah dibelanjakan untuk

melaksanakan program pembangunan setakat 30 November 2005.

4.2 Pencapaian prestasi syarikat milikan RISDA

Page 4: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Daripada enam (6) buah Syarikat milikan dan tiga (3) anak syarikat, tujuh (7) syarikat beroleh

keuntungan, sementara dua (2) syarikat mengalami kerugian. Setakat Oktober 2005,

keuntungan sebelum cukai yang dicatat adalah dari RM180,000 hingga RM9.67 juta. Jumlah

keseluruhan perolehan Anak Syarikat RISDA meningkat dari RM262 juta dalam tahun 2004

kepada RM405.76 juta dalam tempoh yang sama tahun 2005. Keuntungan juga meningkat dari

RM17.20 juta kepada RM19.15 juta bagi tempoh yang sama.

Jadual 1

Keuntungan Sebelum Cukai Anak Syarikat RISDA 2005

ANAK SYARIKAT

KEUNTUNGAN SEBELUM

CUKAI

(RM' JUTA)

ESPEK 2.58

PRB 3.69

SHDC 0.18

RSPSB 9.67

RISDA WOOD (0.41)

PROTAC (0.06)

RSSB 2.05

KOLEJ RISDA 0.95

RISDA FLEET 0.50

JUMLAH 19.15

Perolehan NARSCO setakat Oktober 2005 menyamai pendapatan tahun 2004 pada paras

RM86.0 juta. NARSCO telah menyusun semula aktiviti perniagaan dan mengambil langkah

kawalan kos membolehkannya mencatat keuntungan sebanyak RM3.80 juta setakat Oktober

2005. Keuntungan ini lebih tinggi daripada apa yang diperoleh sepanjang tahun 2004 yang

hanya berjumlah RM1.24 juta.

4.3 PRESTASI LADANG DAN KILANG

4.3.1 Prestasi Ladang-Ladang RISDA Tahun 2005

Page 5: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Prestasi Ladang-Ladang RISDA adalah lebih baik berbanding tahun 2004. Perolehan

pendapatan adalah lebih tinggi sedikit (1.0%) dari tahun 2004 walaupun harga kelapa sawit

telah menurun pada tahun 2005. Peningkatan disebabkan oleh hasil BTS yang lebih tinggi.

Perbelanjaan operasi telah meningkat 10.1% berikutan kos pembajaan dan bahan bakar yang

meningkat dalam tahun 2005. Keuntungan RM23.614 juta adalah 32.2% lebih tinggi daripada

RM17.860 juta dicapai pada tahun 2004.

4.3.2 Prestasi Kilang-Kilang RISDA Tahun 2005

Kilang-Kilang RISDA telah mencapai prestasi yang lebih baik daripada tahun 2004.

Keuntungan bersih sebelum cukai ialah RM1.912 juta iaitu 56.97% lebih tinggi daripada 2004

yang mencapai kerugian RM3.356 juta. Selepas cukai, keuntungan kilang ialah RM1.875 juta

berbanding kerugian RM3.387 juta pada tahun 2004.

4.4 ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA

Pada tahun 2005, RISDA telah menerima beberapa anugerah berasaskan kepada kejayaannya

meneraju pembangunan pekebun kecil dan industri pertanian Negara. Antara anugerah yang

diperoleh ialah:-

4.4.1 ANUGERAH INDUSTRI GETAH 2005

RISDA melalui Mini Estet Kampung Changhai, Sik, Kedah telah dipilih untuk memenangi

Anugerah Industri Getah 2005 Lembaga Getah Malaysia di bawah kategori ladang tersusun.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.B Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi di

Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2005.

4.4.2 ANUGERAH KHAS INTEGRASI TERNAKAN

Pada 18 Ogos yang lalu, RISDA telah menerima Anugerah Khas Integrasi Ternakan 2005

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Anugerah telah disampaikan oleh Y.A.B

Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan 2005 yang

diadakan di Shah Alam, Selangor. Pemilihan ini adalah kerana RISDA melalui Anak

Syarikatnya, ESPEK telah berjaya memperkembangkan ternakan lembu secara integrasi

sebanyak 10,000 ekor dan pengurusannya telah diperhebatkan menggunakan 'sistem

pengurusan ternakan secara berkomputer' bagi memastikan rekod setiap lembu yang diternak

disimpan dan dikemaskini setiap masa.

4.4.3 ANUGERAH "OUTSTANDING LIVESTOCK FARM AWARDS 2005"

Pada 27 September 2005, RISDA menerusi anak syarikatnya ESPEK Sdn Bhd, telah menerima

anugerah "Outstanding Livestock Farm Awards 2005" berasaskan kepada usaha menternak

lembu secara integrasi di Ladang RISDA Bera, Pahang. Anugerah ini telah disampaikan oleh

Page 6: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Y.B Menteri Pertanian sempena Expo dan Forum Asia's International Feed & Livestock Industry

Show 2005 di Mines Resort City.

4.4.4 ANUGERAH "OUTSTANDING SMALL RUMINANT AWARDS 2005"

RISDA menerusi anak syarikatnya, RSPSB telah menerima anugerah "Outstanding

Small Ruminant Awards 2005" berasaskan kepada usaha menubuhkan Pusat Pembakaan dan

Pembiakan Kambing Boer di Kampung Awah, Pahang; Kampung Wek, Kelantan; Tanjung

Genting, Kedah dan Mersing, Johor. Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.B Menteri

Pertanian sempena Expo Dan Forum Asia's International Feed & Livestock Industry Show 2005

di Mines Resort City, pada 27 September 2005.

4.4.5 ANUGERAH GEMILANG MALAYSIA

RISDA melalui RSPSB telah menerima Anugerah Gemilang Malaysia 2005 bagi

kategori produk halal yang berlangsung di Hotel Shangrila, Kuala Lumpur. Anugerah ini diberi

atas sumbangan positif RSPSB sebagai pengeluar daging kambing boer halal di negara ini.

4.4.6 SIJIL BERSIH PENYATA KEWANGAN RISDA

RISDA sekali lagi telah menerima 'Sijil Bersih' bagi Penyata Kewangan RISDA bagi

tahun 2004. Ini merupakan kali ke 9 menerima sijil berkenaan sejak tahun 1996. Sijil ini telah

diterima daripada Ketua Audit Negara semasa 'Exit Conference' di Jabatan Audit Negara di

Putrajaya.

4.4.7 ANUGERAH MALAYSIA 1000 (Certificate of Excellence)

RISDA telah menerima Certificate of Excellence melalui anak syarikatnya RSPSB

kerana tergolong dalam kategori 1000 syarikat teratas di Malaysia untuk tahun 2004/2005 oleh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

4.4.8 ANUGERAH KOPERASI

RISDA telah memperoleh pengiktirafan melalui beberapa Koperasi Pekebun Kecil (KPK)

dengan mendapat anugerah di peringkat kebangsaan daripada Kementerian Usahawan dan

Koperasi seperti berikut :-

i. Koperasi Pekebun Kecil Pontian Bhd - Anugerah Khas Perkhidmatan Koperasi.

ii. Koperasi Pekebun Kecil Tanah Merah/Jeli Bhd - Anugerah Khas Koperasi RISDA

iii. Koperasi Pekebun Kecil Kuala Terengganu Bhd - Anugerah Khas Koperasi Harapan

Beberapa Koperasi Pekebun Kecil juga telah menerima Anugerah Koperasi Peringkat Negeri

dari Jabatan Pembangunan Koperasi seperti berikut :-

i. Koperasi Pekebun Kecil Negeri Melaka - Anugerah Utama Negeri Melaka

ii. Koperasi Pekebun Kecil Besut/Setiu - Anugerah Khas Koperasi Negeri Terengganu

iii. Koperasi Pekebun Kecil Muar - Anugerah Khas Koperasi Negeri Johor

Page 7: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

iv. Koperasi Pekebun Kecil Kota Bharu/Bachok/ - Anugerah Khas

Tumpat Koperasi Negeri Kelantan & Anugerah Jawatankuasa Juruaudit Dalam

v. Koperasi Pekebun Kecil Jerantut - Anugerah Khas Koperasi Negeri Pahang

vi. Koperasi Gabungan Pekebun Kecil - Anugerah Khas

Negeri Perak Koperasi Negeri Perak

vii. Koperasi Pekebun Kecil Kota Setar - Anugerah Khas Koperasi Negeri Kedah

5. RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9: 2006 - 2010)

Di dalam tempoh RMK-9 Unit Perancang Ekonomi telah memperakukan belanja pembangunan

sebanyak RM1,473,576,334. Jumlah ini merupakan peningkatan hampir dua kali ganda

daripada jumlah belanja yang diperuntukkan dalam tempoh RMK-8 sebanyak RM746,413,900.

Di dalam era RMK-9 kerajaan telah meluluskan dua belas (12) program pembangunan dimana

lapan (8) daripadanya adalah program sambungan dan empat (4) lagi program baru. Program-

program tersebut adalah seperti berikut:-

Program Sambungan

i. Tanam Semula Berturut (Berturut)

ii. Tanam Semula Getah Ke Getah Integrasi (TSGGI)

iii. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL)

iv. Prasarana - Prasarana Asas

- Pembakaan

v. Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)

vi. Pembangunan Manusia Dan Institusi (PMI)

vii. Pengekalan Pengeluaran Getah (PPG)

viii. Kemudahan Pengurusan

Program Baru (mulai tahun 2007 selepas diluluskan oleh Parlimen)

i. Tanam Semula Sawit Ke Sawit (TSSS)

ii. Pembangunan Pemasaran Hasil

iii. Tuisyen Desa

iv. Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK)

Program tanam semula masih merupakan program utama RISDA dengan jumlah belanja yang

diperakukan sebanyak 72.8% daripada keseluruhan peruntukan RMKe-9.

Page 8: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

PROGRAM SAMBUNGAN

5.1 PROGRAM TANAM SEMULA BERTURUT

Program ini perlu diteruskan dalam RMK-9 kerana melibatkan bayaran bantuan kepada

kesemua peserta yang telah diluluskan sebelum ini. Semua Pengarah RISDA Negeri dan

Pegawai RISDA Daerah hendaklah memastikan kebun-kebun yang ditanam semula itu berjaya

diusahakan hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Program Tanam Semula Berturut ini

melibatkan dua (2) komponen utama iaitu tanam semula yang telah dijalankan dalam tempoh

RMK-7 dan RMK-8. Secara keseluruhannya, anggaran kos yang diperlukan bagi Program

Tanam Semula Berturut dalam RMK-9 adalah sebanyak RM300.16 juta.

5.2 PROGRAM TANAM SEMULA GETAH KE GETAH (TSGGI)

Program TSGGI merupakan tanam semula semasa yang bermula pada tahun 2006 hingga

2010. Program ini dilaksanakan dalam RMK-9 bagi membantu pekebun kecil getah menanam

semula kebun getah tua yang tidak lagi produktif sehingga berjaya dalam usaha menambah

pendapatan disamping mengekalkan aktiviti pengeluaran lateks dan kayu getah sebagai

tanaman strategik negara. Dalam RMK-9, RISDA akan melaksanakan penanaman semula

seluas 100,000 hektar pada kadar 20,000 hektar setiap tahun.

5.3 PROGRAM TANAM SEMULA GETAH KE TANAMAN LAIN (TSGL)

Program TSGL merupakan program tanam semula getah ke tanaman selain daripada getah

yang bermula pada tahun 2006 hingga 2010. Bantuan TSGL adalah untuk mereka yang

memiliki kebun kurang dari 5 hektar. Dalam tempoh RMK-9, RISDA akan melaksanakan

penanaman semula seluas 75,000 hektar pada kadar 15,000 hektar setiap tahun.

5.4 PROGRAM PRASARANA

5.4.1 Program Prasarana Asas

Program ini diadakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang membolehkan aktiviti

ladang dijalankan dengan lebih berkesan. Ini termasuklah pembinaan kemudahan seperti jalan

pertanian, parit, jambatan, pembentung dan lain-lain.

5.4.2 Pembakaan

Program Pembakaan adalah penting dalam usaha RISDA untuk mengeluarkan anak atau baka

lembu dan kambing yang bermutu untuk dibekalkan kepada pekebun kecil pada harga diskaun.

Anak atau baka ternakan perlu dibekalkan dengan kadar yang mencukupi, berterusan dan

berkualiti tinggi.

5.5 PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET)

Page 9: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Kerajaan terus memberikan bantuan kepada pekebun kecil yang bergantung kepada getah

dan sawit untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka. Bantuan yang diberi membolehkan

mereka menceburi aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi pasaran. Melalui program ini,

penggunaan sumber seperti tanah, tenaga dan masa dapat dioptimumkan dan disamping itu

dapat membangunkan usahawan di kalangan pekebun kecil dan menyumbang kepada

pertumbuhan sub-sektor makanan dan produk berasaskan pertanian.

5.6 PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA DAN INSTITUSI (PMI)

Program ini bertujuan memastikan masyarakat pekebun kecil mendapat ilmu yang

berterusan disamping menyalurkan pemindahan teknologi, meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran dalam membentuk individu yang bersikap positif, mempunyai nilai murni dan komited

dalam melaksanakan tugas sebagai ahli masyarakat yang mampu memberi sumbangan.

Program ini merangkumi bidang latihan formal dan non formal serta penyediaan kemudahan

yang kondusif untuk masyarakat setempat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada

pembentukan masyarakat yang proaktif, bekerjasama, berdikari dan bersatu disamping

meningkatkan pekebun kecil ke arah "towering personality" dan berteknologi tinggi.

Komponen projek/aktiviti di bawah program ini adalah seperti berikut:

• Khidmat Pengembangan

• Rancangan Pembangunan Kawasan

• Latihan Bina Insan

• Latihan Kemahiran

• Latihan Keusahawanan

5.7 PROGRAM PENGEKALAN PENGELUARAN GETAH (PPG)

Program ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti kebun pekebun kecil. Selain itu, program

ini juga bertujuan meningkatkan produktiviti bagi kawasan getah matang yang tidak diusahakan

sepenuhnya disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penoreh dan pengamalan

teknologi terbaru. Kawasan tumpuan dan peserta projek adalah di kalangan kategori miskin.

5.8 PROGRAM KEMUDAHAN PENGURUSAN

RISDA memerlukan banyak kemudahan seperti kenderaan, bangunan dan pembangunan ICT

bagi membolehkan pengurusan memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada

pelanggan.

PROGRAM BARU

5.9 PROGRAM TANAM SEMULA SAWIT KE SAWIT (TSSS)

Page 10: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Program Tanam Semula Sawit Ke Sawit merupakan program baru dalam bentuk pinjaman bagi

membantu pekebun kecil sawit menanam semula kebun sawit yang tidak produktif dan tidak

ekonomik. Dalam RMK-9, seluas 25,000 hektar kebun sawit tua akan ditanam semula pada

kadar 5,000 hektar setahun. Keutamaan diberi kepada tanaman berkelompok dan tanaman

semula komersial. Sehingga kini terdapat seluas 133,103.73 hektar kawasan sawit berumur

melebihi 20 tahun yang layak untuk ditanam semula di bawah RISDA.

5.10 PROGRAM PEMBANGUNAN PEMASARAN HASIL

Penyediaan outlet pasaran yang strategik akan dapat membantu meningkatkan kecekapan

pemasaran pekebun kecil secara berpukal. Kemudahan di bawah program ini terdiri daripada

Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK) dan Pusat Timbang/Stor.

5.11 PROGRAM TUISYEN DESA

Masalah kewangan, kurang pendedahan serta peluang yang terhad kepada persekitaran

pembelajaran yang baik adalah antara faktor menyebabkan anak pekebun kecil di luar bandar

kurang berjaya dalam pelajaran. Bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik, kemudahan

tuisyen akan diberi bagi membantu kejayaan mereka. Bantuan pembiayaan tuisyen diberi

kepada pelajar desa khususnya dari keluarga miskin yang tidak mendapat pembiayaan tuisyen

daripada sumber lain.

5.12 PROGRAM PEMAJU MASYARAKAT PEKEBUN KECIL (PMPK)

Pemimpin berwibawa di kalangan pekebun kecil akan diwujudkan bagi mempercepatkan

pembangunan masyarakat pekebun kecil. Seramai 800 orang PMPK akan dilantik dan dibayar

elaun bulanan sebanyak RM200.00 seorang.

6. TUMPUAN UTAMA 2006

6.1 PEMBASMIAN KEMISKINAN PEKEBUN KECIL

Mengikut Banci Pekebun Kecil 2002, didapati 26.3% pekebun kecil masih berada di

bawah kategori miskin tegar dan 35.6% lagi berada di bawah paras miskin. Kajian pendapatan

yang dijalankan ke atas 5% pekebun kecil yang terlibat dalam tahun 2004/2005 mendapati

bahawa 86.33% daripada kumpulan miskin tegar dan 75.98% daripada kumpulan miskin telah

meningkat ke tahap yang lebih baik.

Kerajaan telah menetapkan sasaran miskin tegar dikurangkan kepada 0% dan miskin

kepada 0.5% pada tahun 2009. RISDA pula telah menetapkan agar pekebun kecil akan

memperolehi pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan sekeluarga dalam tahun 2010. Untuk

melaksanakannya, RISDA menetapkan matlamat sasaran membasmi miskin tegar/miskin

Page 11: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

sepertimana yang digariskan di dalam Pekeliling Arahan Ketua Pengarah Bilangan 21 Tahun

2005 seperti Jadual 2 dan Jadual 3.

Kaedah pelaksanaan mengurangkan miskin tegar dan miskin adalah secara holistic

seperti dalam Model Pembasmian Kemiskinan. Ia melibatkan penggunaan senarai kumpulan

sasar yang dikenalpasti oleh PRD. Mereka akan diberi latihan perubahan sikap, diikuti dengan

bantuan-bantuan yang bersesuaian dalam Model Bisnes Strategik RISDA dan program KKLW.

Pemantauan yang berterusan akan dibuat sama ada melalui SMPK atau lain-lain cara.

Jadual 2

BILANGAN PEKEBUN KECIL MISKIN TEGAR (PEMILIK PENGUSAHA) SASARAN 2006

Bil. Negeri

Pekebun Kecil Miskin Tegar

(Pemilik Pengusaha)

2002 2005 2006

1 JOHOR 3,779 2,363 1,772

2 KEDAH 2,970 97 72

3 KELANTAN 3,950 348 261

4 MELAKA 1,012 0 0

5 N.SEMBILAN 2,098 77 58

6 PAHANG 2,285 449 337

7 P.PINANG 42 8 6

8 PERAK 2,472 309 231

9 PERLIS 88 50 38

10 SELANGOR 334 44 33

11 TERENGGANU 1,470 124 93

JUMLAH 20,500 3,869 2,902

Jadual 3

BILANGAN PEKEBUN KECIL MISKIN (PEMILIK PENGUSAHA) SASARAN 2006

Bil. Negeri Pekebun Kecil Miskin (Pemilik Pengusaha)

2002 2005 2006

1 JOHOR 7,577 5,576 4,189

2 KEDAH 5,258 1,616 1,214

Page 12: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

3 KELANTAN 4,123 432 325

4 MELAKA 1,379 800 601

5 N.SEMBILAN 2,527 574 431

6 PAHANG 4,216 1,405 1,056

7 P.PINANG 85 34 26

8 PERAK 3,503 1,155 868

9 PERLIS 175 75 56

10 SELANGOR 499 250 187

11 TERENGGANU 2,422 1,142 858

JUMLAH 31,764 13,059 9,811

Dalam tahun 2006, RISDA menetapkan matlamat pengurangan kadar miskin tegar sebanyak

25% iaitu daripada 3,869 orang kepada 2,902 orang. Bagi kategori miskin pula, RISDA

mensasarkan pengurangan sebanyak 25% iaitu daripada 13,059 orang kepada 9,811 orang.

Untuk menepati sasaran tersebut, RISDA perlu mengenalpasti pekebun kecil miskin tegar dan

miskin melalui Sistem Maklumat Pekebun Kecil (SMPK). Setiap pegawai luar RISDA, Pegawai

RISDA Daerah dan Pengarah RISDA Negeri perlu mengenalpasti setiap orang miskin dan

miskin tegar dalam kawasan jagaan mereka.

Seterusnya mereka perlu mengenalpasti program-program yang bersesuaian seperti yang

terkandung dalam Model Bisness Strategik RISDA (MBSR) yang telah diluluskan oleh Kerajaan

melalui Mesyuarat JKMPPK Bil. 1/2005 pada 4 Februari 2005.

Untuk mencapai matlamat di atas, mulai tahun 2006 kumpulan sasaran utama semua program

RISDA adalah pekebun kecil miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam SMPK.

Bagaimanapun kumpulan sasaran am selain dari miskin dan miskin tegar boleh

dipertimbangkan tetapi diberi keutamaan kepada yang berpendapatan RM1,200 dan ke bawah.

Selain dari program-program dalam MBSR, RISDA akan turut serta menjadi agensi pelaksana

kepada program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) melalui pendekatan yang

lebih fokus kepada pendekatan penerima faedah.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggunakan senarai penduduk

luar bandar miskin daripada Banci PPRT yang baru dilaksanakan sebagai asas. Sehubungan

Page 13: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

itu, maklumat pekebun kecil miskin dan miskin tegar daripada Banci Pekebun Kecil 2002 yang

telah dikemaskini perlu disemak dengan senarai kemiskinan KKLW yang boleh diperolehi

daripada semua Pejabat Daerah/Pejabat Pembangunan Negeri atau dari senarai yang telah

diedarkan kepada semua PT. Pekebun kecil yang tercicir daripada rekod KKLW perlu didaftar

dengan Pejabat Pembangunan Negeri/Pejabat Daerah secara berterusan supaya pekebun kecil

miskin tidak ketinggalan daripada menerima bantuan yang sewajarnya.

6.2 SMPK SEBAGAI PUSAT SUMBER MAKLUMAT

Pada tahun 2006, SMPK akan dilaksanakan sepenuhnya di semua Pusat Tanggungjawab

Pejabat RISDA Negeri dan Daerah. Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah RISDA Negeri

dan Pegawai RISDA Daerah untuk memastikan pengemaskinian pangkalan data tersebut

dilaksanakan sepenuhnya. Pengurusan RISDA akan menyediakan segala keperluan prasarana

yang perlu termasuk latihan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat.

6.3 PENETAPAN INDEKS SASARAN KERJA 2006

Perancangan kerja sepanjang tahun bagi semua program terlibat perlu diadakan dimana semua

kerja-kerja perlu diluluskan selewat-lewatnya pada bulan Oktober. Sedemikian semua bayaran

boleh dilakukan selewat-lewatnya bulan November 2006.

7. BAJET 2006

Tahun 2006 adalah tahun pertama pelaksanaan RMK-9. Dalam tahun 2006 kerajaan hanya

meluluskan lapan (8) program sambungan meskipun pihak EPU memperakukan juga empat (4)

program baru di bawah RMK-9. Sebanyak RM193 juta telah diluluskan untuk belanja

pembangunan bagi tahun ini. Pecahan seperti di Jadual 4.

Selain daripada Bantuan Langsung Kerajaan, RISDA sedang memohon kelulusan sumber

Kumpulan Wang RISDA sebanyak RM131,735,430. Ini akan menjadikan jumlah peruntukan

pembangunan untuk tahun 2006 sebanyak RM324,735,430. Pecahan peruntukan mengikut

program seperti di Jadual 5.

Jadual 4

Peruntukan Program Pembangunan Tahun 2006

Program Sambungan Peruntukan

Diluluskan 2006

%

Page 14: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Tanam Semula Berturut 93,000,000 48.2

TSGGI 46,000,000 23.8

TSGL 30,000,000 15.5

Prasarana Asas 7,500,000 3.9

Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET) 5,000,000 2.6

Pemb. Manusia dan Institusi 5,000,000 2.6

Pengekalan Pengeluaran Getah 2,500,000 1.3

Kemudahan Pengurusan 4,000,000 2.1

JUMLAH 193,000,000 100.0

Jadual 5

Peruntukan Bantuan Langsung dan Kumpulan Wang RISDA 2006

Program Sambungan

Peruntukan

Diluluskan

Sumber

Kerajaan

Cadangan

Tambahan

Sumber

Kumpulan

Wang RISDA

Jumlah

Peruntukan

Tanam Semula Berturut 93,000,000 0 93,000,000

Tanam Semula (Khas) * 0 91,300,000 91,300,000

TSGGI 46,000,000 0 46,000,000

TSGL 30,000,000 0 30,000,000

Prasarana Asas 7,500,000 2,500,000 10,000,000

Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET) 5,000,000 2,000,000 7,000,000

Pemb. Manusia dan Institusi 5,000,000 3,000,000 8,000,000

Pengekalan Pengeluaran Getah 2,500,000 3,500,000 6,000,000

Kemudahan Pengurusan 4,000,000 19,435,430 23,435,430

Pulangan Wang Ses Estet 0 10,000,000 10,000,000

JUMLAH 193,000,000 131,735,430 324,735,430

* Program Tanam Semula (Khas) adalah program tanam semula yang telah diluluskan oleh

Kabinet bertujuan untuk membayar bantuan kepada pekebun kecil yang memiliki tanah kurang

Page 15: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

dari 5 hektar yang telah menanam semula getah ke sawit tanpa peruntukan RISDA bermula

dari 2001 hingga 2005.

Beberapa strategi telah ditetapkan supaya pelaksanaan program pembangunan yang telah

dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Agihan Bajet Pembangunan Mengikut Negeri

Peruntukan sebanyak RM193 juta tersebut telah diagihkan mengikut negeri dengan Pahang

menerima peruntukan terbesar sebanyak 18.5% diikuti Negeri Sembilan (16.2%), Johor (14.7%)

dan Kedah (14.6%). Agihan ini adalah selaras dengan program pembasmian kemiskinan

pekebun kecil.

Jadual 6

Agihan Peruntukan Mengikut Negeri Tahun 2006 (Bantuan Langsung Kerajaan)

No NEGERI JUMLAH (RM) %

1 PAHANG 35,707,576 18.5

2 N.SEMBILAN 31,243,754 16.2

3 JOHOR 28,459,972 14.7

4 KEDAH 28,169,376 14.6

5 PERAK 20,964,656 10.9

6 KELANTAN 19,554,774 10.1

7 TERENGGANU 11,828,884 6.1

8 MELAKA 6,706,122 3.5

9 IBU PEJABAT 5,664,000 2.9

10 SELANGOR 2,144,484 1.1

11 PERLIS 1,579,378 0.9

12 P.PINANG 977,024 0.5

JUMLAH 193,000,000 100.0

Page 16: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Dalam tahun 2006, syarat program TSGL telah dipinda kepada pekebun kecil yang memiliki

tanah kurang dari 5 hektar. Syarat ini telah diperakukan oleh Kabinet.

Perancangan kerja sepanjang tahun bagi semua program terlibat adalah dimana semua

kelulusan projek dibuat selewat-lewatnya pada bulan Oktober. Sedemikian semua bayaran

boleh dilakukan selewat-lewatnya bulan November 2006. Indeks Petunjuk Sasaran Kerja yang

telah ditetapkan untuk tahun 2006 adalah seperti berikut:

Jadual 7

Indeks Petunjuk Sasaran Kerja 2006

Bulan Pencapaian Fizikal

Pencapaian

Perbelanjaan

Pembangunan

JANUARI 5% 2%

FEBRUARI 15% 7%

MAC 25% 15%

APRIL 35% 25%

MEI 45% 35%

JUN 55% 45%

JULAI 70% 60%

OGOS 80% 70%

SEPTEMBER 90% 80%

OKTOBER 100% 90%

NOVEMBER 100% 100%

Page 17: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

DISEMBER 100% 100%

8. MEMANTAPKAN PROGRAM SEDIA ADA

8.1 Memantapkan Pengurusan Kebun

Pembangunan tanam semula akan dilaksanakan melalui tiga (3) pendekatan iaitu secara TSK,

TSB dan Individu. Bagi TSB pengurusan dan pemantauan akan diperkemaskan dimana

pegawai RISDA akan membantu, mengawasi dan memantau setiap projek TSB secara aktif

dan berterusan. Sehubungan itu, semua projek TSB yang telah dilaksanakan perlu disusun

semula. Peranan ahli jawatankuasa perlu dikuatkuasakan dan diperkasakan. Tatacara

pelaksanaan TSB akan diteliti dan diperkemaskan mengikut keadaan semasa. Bagi TSK pula,

PRN/PRD/PRJ mesti membuat pemantauan yang lebih rapi dari peringkat penubuhan hingga

pengeluaran hasil bagi memastikan matlamat pelaksanaan tercapai sepenuhnya.

8.2 Sistem Statistik Tanam Semula (SisSTS)

SMB telah diguna pakai di semua PT mulai tahun 1999 dan dibuat penambahbaikan bagi

menepati keperluan dan kegunaan memproses kerja tanam semula, bekalan dan kewangan

secara berkomputer. SMB telah diperluaskan lagi dengan mewujudkan modul SisSTS bagi

memudahkan tugas merancang, mengesan dan memantau kemajuan memproses permohonan

bantuan tanam semula. Kecekapan memproses permohonan, tempoh bayaran bantuan dan

tempoh bekalan baja dan benih dapat diukur melalui piagam pelanggan tanam semula yang

boleh dijana dari SisSTS. Selain daripada itu modul ini dapat mengesan kebun yang telah

mencapai tempoh keremajaan yang ditetapkan dan dengan itu tindakan pembetulan boleh

diambil ke atas setiap kebun yang masih lagi belum mencapai matlamat tumbesaran yang

disasarkan. Latihan secukupnya akan diberi kepada semua staf di semua peringkat bagi

meningkatkan keupayaan dan kecekapan pengguna SMB.

8.3 Meningkatkan Pendapatan Melalui Projek Integrasi Getah Dengan Sawit

Pekebun kecil digalak melaksanakan tanam semula getah secara integrasi dengan tanaman

sawit mengikut kesesuaian setempat. RISDA bersama MPOB/LGM akan menjalankan kajian

yang lebih mendalam berhubung dengan integrasi getah dan sawit untuk diperluaskan lagi

pelaksanaannya. Kelulusan program ini akan diberi oleh Ibu Pejabat RISDA berdasarkan merit,

sikap pekebun kecil dan kesesuaian agronomi.

8.4 PPMS Ala RISDA

RISDA akan melaksanakan pendekatan dengan mewujudkan PPMS di kawasan Tanam

Semula Berkelompok. Pekebun kecil yang miskin akan ditempatkan di rumah-rumah yang

Page 18: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

dibina di kawasan berhampiran dengan projek dan seterusnya bekerja di kebun tanam semula.

Dua kawasan telah dikenalpasti dalam tahun 2006 ialah Sg. Kayu Ara di Johor dan Jelai di

Negeri Pahang.

8.5 Memperkukuhkan Ekonomi Pekebun Kecil

Sungguhpun tanaman semula menjadi tumpuan utama aktiviti RISDA, usaha hendaklah

dilaksanakan bagi menggalakkan pekebun kecil melaksanakan aktiviti ekonomi tambahan sama

ada secara 'on-farm' ataupun 'off-farm'. Ini kerana purata pekebun kecil mempunyai keluasan

tanah yang terhad iaitu 2.5 hektar dan aktiviti ekonomi tambahan diperlukan untuk pekebun

kecil memperolehi pendapatan yang disasarkan menjelang akhir tahun 2010 iaitu RM2,000

sebulan sekeluarga. Bidang-bidang yang telah diperuntukkan di bawah Aktiviti Ekonomi

Tambahan adalah :-

o Ekonomi Desa - 40%

o Ternakan - 35%

o Tanaman - 25%

Untuk itu, peruntukan sebanyak RM7 juta (peruntukan bantuan langsung kerajaan dan ses)

telah disediakan bagi pekebun kecil yang berminat dan berkeupayaan melaksanakan aktiviti

ekonomi tambahan dan integrasi. Keutamaan hendaklah diberikan kepada pekebun kecil

dalam kategori miskin dan miskin tegar. Bagi menyegerakan pelaksanaan, mulai 1

Januari 2006, kuasa untuk meluluskan permohonan projek aktiviti ekonomi tambahan diturun

kepada Pengarah RISDA Negeri (Perlis, Pulau Pinang dan Melaka) dan Pegawai RISDA

Daerah/Jajahan.

Bagi projek 'on-farm', pekebun kecil yang berminat boleh melaksanakan aktiviti ternakan

Kambing Kacukan Boer atau Jamnapari. Anak kambing kacukan boer boleh diperolehi dari

empat Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Boer iaitu di Kampung Awah, Pahang;

Kampung Wek, Kelantan; Sintok, Kedah dan Mersing, Johor. Pekebun kecil juga boleh memilih

ternakan lembu dan bakanya boleh diperoleh dari Ladang RISDA menerusi ESPEK Livestock

Sdn Bhd.

Dasar Pedaging Negara yang telah dicadangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH)

telah mensasarkan kadar sara diri sebanyak 40% bagi ruminan besar menjelang tahun 2015

berbanding dengan 18% pada ketika ini. Bagi ruminan kecil sasaran kadar sara diri ditetapkan

Page 19: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

sebanyak 35% menjelang tahun 2015 berbanding dengan 8% pada masa kini. Untuk

mencapai matlamat tersebut, lima (5) strategi utama telah dikenalpasti seperti berikut:

i. Meningkatkan populasi asas ternakan ruminan;

ii. Meningkatkan keupayaan daya saing industri pedaging;

iii. Menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana;

iv. Memperkukuhkan langkah sanitari dan fitosanitari; dan

v. Menambahbaik kualiti produk dan pengeluaran produk nilai tambah.

RISDA yang turut telibat dalam industri pedaging negara bersetuju dengan dasar yang

dicadangkan oleh JPH dan berharap supaya penekanan juga diberikan kepada strategi bagi

memperkukuhkan sistem pemasaran ruminan. Ini kerana kejayaan Dasar Pedaging Negara

bergantung kepada kelicinan sistem pemasaran dan harga yang ditawarkan kepada ruminan

tempatan.

Bagi yang berminat untuk menanam kontan di bawah AET, pekebun kecil digesa untuk memilih

tanaman yang mempunyai jaminan pasaran yang baik.

Bagi projek 'off-farm' pekebun kecil digalak melaksanakan industri makanan, industri daun

getah, jahitan dan lain-lain. Bagi tahun 2006, penekanan akan diberi kepada industri makanan

khususnya kerepek ubi, kerepek pisang, mini karipap dan kerepek bawang. RISDA telahpun

memilih untuk menggunakan jenama "LaRiss" bagi produk makanan; "Agro Prime" untuk

daging kambing, lembu dan ayam; dan "Hevea Collection" untuk produk berasaskan daun dan

kayu getah.

Produk-produk ini akan dipasarkan melalui pasaraya terkenal di negara ini seperti Tesco, Giant,

Jaya Jusco dan saluran sendiri iaitu S-Mart di Ipoh, Perak; Shah Alam, Bangi dan Ampang,

Selangor. Pemasaran produk-produk pekebun kecil ini diuruskan oleh SHDC.

InsyaAllah, pada tahun 2006 kita sama-sama memastikan bahawa aktiviti ekonomi tambahan

yang dilaksanakan oleh pekebun kecil akan lebih tersusun dari segi pelaksanaan, pengeluaran,

pengumpulan dan pemasaran. Langkah ini diharap dapat membantu pekebun kecil mendapat

pendapatan yang lebih terjamin bagi produk yang dihasilkannya.

8.6 Program Pengekalan Pengeluaran Getah (PPG)

Page 20: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Dalam usaha meningkatkan keluaran getah negara, Kerajaan telah memperakukan peruntukan

sebanyak RM15.0 juta dalam RMK-9 di bawah Program Pengekalan Pengeluaran Getah di

mana RM5.0 juta daripadanya akan disalurkan dalam tahun 2006. Penerusan program ini

memberi tanggungjawab kepada kita bagi memastikan tidak akan ada lagi kawasan getah

matang yang tidak diusahakan dan berlaku peningkatan pengeluaran getah dari sektor pekebun

kecil. Dengan Arahan Ketua Pengarah Bilangan 15/2005 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian

Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat sebagai panduan dalam melaksanakan program ini,

kita perlu membuktikan bahawa program ini bukan sahaja dapat mencapai objektif yang

digariskan tetapi juga secara tidak langsung berjaya membentuk golongan pekebun kecil yang

berilmu, mempunyai kemahiran dalam pengamalan teknologi getah matang dan bersepakat

serta bersatu dalam urusan pemasaran getah mereka.

8.7 Rancangan Pembangunan Kawasan

Pendekatan secara kolektif dalam segala aspek bagi membangunkan masyarakat pekebun

kecil akan terus dilaksanakan. Matlamat pendidikan ke arah pengwujudan persepakatan di

kalangan pekebun kecil boleh tercapai melalui interaksi yang berterusan dalam suasana yang

kondusif. Bagi tujuan ini, mulai tahun 2006 RISDA akan membina bangunan dewan bagi

kegunaan masyarakat pekebun kecil menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mesyuarat,

perbincangan dan sebagainya. Walaupun peruntukan Kerajaan hanya mencukupi bagi

membina 5 buah dewan sahaja dalam tahun 2006, usaha penambahan bilangan dewan yang

akan dibina menggunakan peruntukan sumber dalaman sedang dilakukan.

8.8 Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK)

Konsep pembangunan pekebun kecil melalui PPPK memang tidak asing kepada warga RISDA .

Melalui pendekatan ini kita melihat urusan pembangunan ladang, pelaksanaan aktiviti ekonomi

yang menjana pendapatan tambahan pekebun kecil dapat berjalan dengan baik. Disamping itu,

melalui PPPK ini juga kita berjaya menerapkan budaya kerjasama dan kepimpinan dalam

kelompok masyarakat pekebun kecil. Mulai tahun 2006, RISDA akan mengaktifkan semula

konsep pembangunan melalui pendekatan ini dengan usaha awal ditumpukan kepada peserta-

peserta Tanam Semula Berkelompok. Sebagai langkah permulaan bagi merealisasikan

pembangunan melalui pendekatan ini, peruntukan pembinaan stor dan pusat pengumpulan

lateks dan skrap yang merupakan salah satu daripada komponen dalam Program Pengekalan

Pengeluaran Getah (PPG) hendaklah digunakan kepada kawasan Tanam Semula Berkelompok

(TSB) getah matang.

8.9 Program Pemasaran Anak Syarikat

Page 21: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Dalam tahun 2006, ESPEK akan memesatkan usaha untuk membeli lebih banyak buah kelapa

sawit yang dihasilkan oleh pekebun kecil yang dijual melalui KPK Daerah dan RSPSB. Syarikat

akan bersaing dengan pembeli lain untuk menawarkan harga terbaik kepada pekebun

kecil/KPK Daerah/RSPSB di sekitar Kilang RISDA Durian Mas, Terengganu, Kilang RISDA Ulu

Keratong, Rompin dan Kilang RISDA Sg. Ambat, Mersing.

Program niagatani RSPSB akan memberi tumpuan kepada pembiakan dan pembakaan

kambing kacukan boer. Aktiviti ini bertujuan untuk membekalkan anak kambing yang berkualiti

dengan harga yang rendah kepada pekebun kecil yang menyertai program Aktiviti Ekonomi

Tambahan (AET). Dalam tahun 2006 sebanyak 2,000 ekor induk kambing akan dimasukkan ke

4 buah pusat pembiakan menjadikan jumlah induk sebanyak 8,000 ekor. Bilangan ini mampu

membekal anak kambing jantan untuk projek penggemukan oleh pekebun kecil sebanyak 7,200

ekor setahun.

8.10 Mewujudkan Saluran Pemasaran Yang Cekap

Harga kompetitif yang diterima oleh pekebun kecil akan secara langsung menyumbang kepada

peningkatan pendapatan mereka. Bagi mencapai matlamat ini RISDA perlu mengambil

pendekatan supaya kualiti keluaran getah dan sawit dapat dipertingkatkan dan pemasaran

diurus dengan cekap. Ke arah itu, Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK) akan dikaji dan

diperkenalkan semula bertujuan meningkat mutu keluaran getah pekebun kecil dan penjualan

secara berkelompok.

Pusat-pusat pengumpulan hasil akan diwujudkan dan diinstitusikan di peringkat daerah bagi

membolehkan pelaksanaannya diurus secara berkesan. Dengan adanya entiti yang tersusun,

aktiviti pemasaran akan dapat dilaksanakan secara berkelompok dan memudahkan tindakan

untuk meningkatkan kualiti keluaran hasil pekebun kecil. Melalui pengumpulan getah secara

berkelompok ini usaha-usaha untuk mengeluarkan gred getah yang lebih baik dapat dirancang

dan seterusnya memberi pulangan yang lebih tinggi kepada pekebun kecil. Peranan PRD

membantu jualan berkelompok secara sebutharga dengan kerjasama RSPSB dan KPK.

8.11 SUPER DEALER GETAH

Super Dealer merupakan satu kaedah baru yang akan diperkenal dan diperhebatkan

untuk kemajuan pekebun kecil dan Anak Syarikat RISDA. Di bawah kaedah ini, Koperasi

Pekebun Kecil (KPK) dan RSPSB akan dilantik menjadi Super Dealer dan akan membekal

getah mentah kepada kilang getah SMR MARDEC. Di dalam kawasan operasi kilang

MARDEC, RSPSB atau KPK akan dilantik menjadi Super Dealer untuk mengelak isu

Page 22: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

pertindihan dan perebutan kawasan. Pemilihan dibuat berasaskan "Competitive Advantage"

oleh RSPSB atau KPK.

Pelaksanaan kaedah ini akan mengukuhkan lagi sistem pemasaran kerana ia dapat

memendekkan rantaian pasaran dan memberikan pulangan yang lebih baik kepada pekebun

kecil selaku pengeluar getah.

Kawasan liputan MARDEC yang berpotensi untuk operasi Super Dealer ialah Baling, Kedah;

Kuala Berang, Terengganu dan Mentakab, Pahang.

8.12 Peningkatan Produktiviti Getah Dan Sawit

8.12.1 Program Pemantauan 3:3:1:3

Program pemantauan 3:3:1:3 telah diperkenalkan dalam tahun 2002 dan perlu diambil

perhatian dengan lebih serius dalam pelaksanaannya. Ini adalah penting kerana melalui

program ini, RISDA boleh menggunakan data yang dikumpul untuk melihat kejayaan program

tanam semula.

Program ini perlu dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu proses pengemaskinian data dalam

buku rekod ladang oleh Pembantu Pertanian perlu sentiasa dilakukan. Ketepatan data perlu

diambil berat kerana ia mencerminkan sumbangan RISDA dalam membangunkan sektor

pekebun kecil.

Setiap Pembantu Pertanian perlu memantau 10 bidang kebun bagi setiap tahun sebagai

sampel iaitu 3 kebun getah remaja, 3 kebun getah matang, 1 kebun integrasi, 2 kebun sawit

remaja dan 1 kebun sawit matang. Setiap kebun yang dipantau perlu disediakan rekod ladang

untuk melihat prestasi kemajuannya dan dilaporkan kepada ibu pejabat secara berkala.

Kumpulan tumpuan khas yang perlu diberi perhatian adalah golongan miskin tegar dan miskin.

Ini dapat membantu mereka meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

Program pemantauan ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat seperti berikut:-

i. Memendekkan tempoh keremajaan pokok getah kepada 4 1/2 tahun dan sawit kepada 2

1/2 tahun,

ii. Memaksimumkan penggunaan tanah.

iii. Meningkatkan produktiviti kebun getah kepada 1,800 kg/hektar/tahun dan produktiviti

kebun sawit kepada 20 mt/hektar/tahun.

iv. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui sumbangan pandapatan daripada

aktiviti integrasi dalam kebun getah/sawit.

Page 23: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Untuk mencapai matlamat tersebut, pengamalan teknologi-teknologi getah dan teknologi sawit

yang telah disyorkan oleh RISDA perlu diamalkan oleh pekebun kecil dan Pembantu Pertanian

perlu memantau kebun-kebun tersebut secara berterusan.

Selain daripada pemantauan dalam pengamalan teknologi di kebun, aktiviti lain yang perlu

dilaksanakan dan diberi penekanan adalah kursus, latihan, seminar, tunjuk ajar secara formal

atau informal berkaitan dengan teknologi-teknologi yang sedia ada dan juga yang baru bagi

membantu pekebun kecil menambahkan pengetahuan dan memudahkan pengamalan di

kebun. Bukan sahaja latihan atau kursus diberikan kepada pekebun kecil tetapi juga kepada

pegawai-pegawai pelaksana dan Pembantu Pertanian di lapangan.

Dengan mengambil kira bilangan Pembantu Pertanian seramai 500 orang dan jumlah pekebun

kecil yang perlu dipantau setiap tahun ialah seramai 10 orang bagi setiap Pembantu Pertanian,

maka jumlah pekebun kecil yang dipantau ialah seramai 5,000 orang setahun. Setelah 3 tahun

pemantauan dibuat (bermula tahun 2003) maka jumlah pekebun kecil yang dipantau selepas

tahun 2006, adalah seramai 15,000 orang untuk setiap tahun.

Sistem pelaporan yang telah dibuat pada masa kini adalah dengan menggunakan format

pelaporan yang dikeluarkan oleh BPKR dan pemantauan hanya difokuskan kepada pekebun

kecil di bawah program 3:3:1:3. Pada masa yang sama, Sistem Maklumat Pekebun Kecil

(SMPK) yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Strategik (BPS) sedang dilaksanakan

secara perintis di empat (4) buah PRD. Dengan adanya sistem ini, maka pekebun kecil yang

diluar kategori 3:3:1:3 juga akan dipantau bersama.

Dalam tahun 2006 telah diputuskan supaya peserta 3:3:1:3 adalah dari kumpulan miskin dan

miskin tegar. Bagi peserta-peserta yang telah menyertai 3:3:1:3 dan telah mencapai

pendapatan RM1,200/sebulan sekeluarga, penyertaan mereka perlulah diganti dengan peserta

yang miskin/ miskin tegar. Bagi yang bekas peserta 3:3:1:3 mereka akan dipantau melalui

SMPK supaya terdapat kesinambungan.

8.12.2 Pemantauan Pekebun Kecil Selain Daripada Kumpulan Tumpuan Khas (3:3:1:3)

Bagi memastikan pemantauan keseluruhan pekebun kecil (di luar kumpulan 3:3:1:3), Sistem

Maklumat Pekebun Kecil (SMPK) akan diguna pakai bagi memastikan pelaporan pemantauan

diperolehi dengan cepat dan tepat. Beberapa maklumat tambahan perlu diinput oleh Pusat

Tanggungjawab (PT) ke dalam SMPK. Maklumat yang telah dikenalpasti adalah :

Page 24: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

i. Maklumat pegawai penyelaras

a. jawatan

b. no. pekerja

c. nombor kad pengenalan

ii. Maklumat Peserta

a. nombor kad pengenalan baru atau lama

b. alamat rumah

c. kod negeri/daerah/mukim

d. pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR)

iii. Maklumat kebun

a. nombor geran

b. lokasi - kod negeri/daerah/mukim

c. keluasan projek

Pada masa ini penginputan maklumat akan dibuat oleh PT yang mengguna pakai SMPK

secara perintis. Pemantauan yang menyeluruh akan dapat dicapai apabila SMPK diguna pakai

oleh semua PT.

Dengan adanya sistem ini, maka pekebun kecil selain daripada kategori tumpuan khas

(3:3:1:3), dapat juga bersama-sama dipantau secara berterusan dan efektif. Pemantauan yang

dibuat dapat membantu mereka mempraktikkan serta mengamalkan teknologi-teknologi yang

telah disyorkan oleh RISDA dengan bantuan daripada Pegawai pelaksana di lapangan secara

memberi latihan, kursus atau tunjuk ajar yang bersesuaian. Dengan ini secara tidak langsung,

RISDA dapat membantu mereka meningkatkan produktiviti kebun dan pendapatan serta

mencapai objektif RISDA untuk pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya

RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010.

8.12.3 Penilai Tapak Semaian (Pemverifikasi Klon)

Setakat ini terdapat seramai 13 orang Penilai Tapak Semaian. Untuk tahun 2006, setiap Pusat

Tanggungjawab akan mempunyai Penilai Tapak Semaiannya sendiri.

Perlantikan Penilai Tapak Semaian ini diharap dapat mencapai matlamat dan objektif RISDA

untuk pencapaian tempoh keremajaan getah kurang dari 41/2 tahun dan sawit kurang dari 21/2

tahun serta hasil produktiviti getah sebanyak 1,800 kg/hektar/tahun dan sawit 20

Page 25: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

mt/hektar/tahun menjelang 2010. Misi ini akan menjadi lebih mudah sekiranya benih yang

berkualiti dapat dibekalkan.

Penilai Tapak Semaian akan membuat lawatan ke setiap tapak semaian pada setiap bulan

berbanding sebelum ini di mana hanya 3 kali lawatan sahaja yang dibuat pada setiap tahun

(seperti yang diperlukan dalam Dokumen ISO).

8.13 Pelaksanaan Program KKLW

RISDA telah diarahkan untuk melaksanakan program Skim Pembangunan Kesejahteraan

Rakyat (SPKR) KKLW menggunakan peruntukan Bahagian Pembasmian Kemiskinan. Negeri

yang terlibat adalah Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan

Selangor. Nilai peruntukan yang dianggarkan adalah RM7,329,800.

8.14 Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)

Bagi program SPKR di bawah KKLW yang dilaksanakan oleh RISDA dan berbentuk fizikal

seperti Program Bantuan Rumah, Program Tambahan Makanan Seimbang dan sebagainya,

pendekatan bukti secara bergambar akan digunakan di mana gambar-gambar yang berkaitan

dengan keluarga pekebun kecil terbabit akan digunakan sebelum dan sesudah bantuan

disalurkan. Gambar-gambar ini juga akan digunakan sebagai sokongan dalam segala urusan

yang berkaitan dengan permohonan peruntukan.

Setiap permohonan Program SPKR yang dikemukakan ke KKLW akan disertakan dengan

senarai penerima dan maklumat-maklumat asas penerima berkenaan. Bagi Program

Peningkatan Pendapatan (PPP), selain daripada maklumat di atas, maklumat atau senarai

projek yang akan dilakukan juga perlu disertakan sama.

8.15 Program Latihan Formal Pekebun Kecil

Dalam melaksanakan program ini sama ada melalui peruntukan pembangunan RISDA atau

peruntukan daripada KKLW, keutamaan akan diberi kepada pihak Kolej RISDA selaku

pengendali latihan bagi memastikan kandungan dan pengisian atas satu-satu latihan adalah

seragam disamping memudahkan urusan yang berkaitan dengan penilaian dan kajian

keberkesanan dilakukan.

Satu senarai lengkap jenis latihan yang perlu diberi keutamaan supaya dilaksanakan di semua

peringkat akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat dan

pihak pelaksana perlu memohon kelulusan sekiranya ingin melaksanakan latihan formal selain

daripada yang disenaraikan.

Mulai tahun 2006, kajian keberkesanan latihan akan dikendalikan oleh Bahagian

Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama Bahagian Perancangan

Page 26: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Strategik. Pihak Negeri dan Daerah perlu mengemaskini maklumat pekebun kecil yang pernah

menghadiri kursus formal anjuran RISDA untuk persampelan. Persampelan akan tertumpu

kepada pekebun kecil yang telah menghadiri latihan dalam tahun 2004 dan 2005.

8.16 Program Gerakan Daya Wawasan

Dalam usaha RISDA memastikan Kampung Gerakan Daya Wawasan lebih terserlah, urusan

pemantauan secara lebih terperinci akan dilakukan oleh Bahagian Pengembangan dan

Kesejahteraan Rakyat dan pihak Negeri. Antaranya ialah dengan memantau aktiviti

kemasyarakatan yang dilaksanakan setiap bulan, pengemaskinian profil kampung yang perlu

dibuat dalam bulan November, semakan bilik gerakan Kampung GDW setiap 4 bulan.

Keperluan pengisian kepada program Gerakan Daya Wawasan seperti Pengupayaan GDW,

Ameniti Sosial dan sebagainya perlu dibuat perancangan dengan lebih rapi. Kerjasama dengan

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia akan dilakukan memberi latihan

kepada Penggerak Kampung GDW. Pegawai RISDA yang telah dilatih menjadi Master Core

Trainer GDW akan digunakan sebagai tenaga pengajar kepada Pengerak-Pengerak ini.

8.17 Pembangunan Koperasi Pekebun Kecil

Prestasi tahun 2005 bagi keseluruhan 60 buah KPK menunjukkan peningkatan dari segi

bilangan anggota dan modal syer. Berikut adalah pencapaian setakat Oktober 2005:-

Bilangan anggota : 193,263 orang

Jumlah modal syer terkumpul : RM 28,153,032

Bilangan anggota yang syer penuh : 110,134 orang (57 %)

Pusingan perniagaan : RM 105,500,940

Matlamat pembangunan KPK pada tahun 2006 adalah untuk menjadikan institusi ini sebagai

wahana pembangunan pekebun kecil dari segi ekonomi dan sosial dengan mengambilkira

sepenuhnya prinsip-prinsip koperasi. Dengan menilai semula tahap penglibatan anggota dalam

memajukan KPK , RISDA akan terus meningkatkan peranan PRN , PRD /PRJ dan Pengurus

KPK dalam mengintegrasikan segala sumber dalaman dan luaran demi memastikan semua

KPK berada pada tahap nilai syer melebihi nilai syer masuk.

Dengan mengambilkira Dasar Koperasi Negara di mana gerakan Koperasi adalah diharap

untuk mendominasikan sektor ekonomi negara, koperasi pekebun kecil perlu merancang ke

arah matlamat yang dinyatakan. Koperasi Pekebun Kecil diharap akan dapat membantu

penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara. Koperasi diminta melibatkan diri secara aktif

Page 27: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

dalam program-program baru kerajaan seperti pemberian lesen teksi kepada koperasi, program

francais, program vendor, program Grow Big, program Business Matching dan lain-lain.

NARSCO telah dikenalpasti untuk melibatkan diri dalam program Business Matching.

Berikut adalah halatuju pembangunan KPK untuk tahun 2006 :-

i. Meningkatkan keanggotaan baru setiap KPK sebanyak 50 orang setahun dengan

menarik golongan belia serta peserta MID, PPG, LITS,Tanam Semula, GDW, homestay

menjadi anggota KPK.

ii. Meningkatkan bilangan anggota yang saham penuh (RM100) kepada 80 peratus

daripada bilangan anggota.

iii. Keuntungan minima setiap KPK sebanyak RM 100,000.00

iv. Membayar dividen tahunan sekurang-kurangnya 10 peratus setahun.

v. Menjalankan pendidikan koperasi secara berterusan untuk kakitangan pengurusan

koperasi, Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalam (JAD) dan anggota

koperasi. Kemahiran penggunaan Sistem Pesaka Plus akan ditingkatkan di kalangan

kakitangan pengurusan KPK.

vi. KPK digalakkan melaksanakan sendiri kontrak-kontrak atau subkontrak kepada ahli-ahli

KPK dalam usaha untuk meningkatkan keusahawan ahli KPK ke arah 20 peratus setiap

tahun.

vii. Menggiatkan dan mencekapkan aktiviti pemasaran komoditi (getah dan sawit) anggota

supaya memberi pulangan terbaik kepada anggota.

viii. Digalakkan untuk mengukuhkan projek jangka panjang, KPK akan menguruskan

sekurang-kurangnya 50 hektar tanah milik anggota dengan tanaman komoditi bagi KPK

yang mampu.

ix. Memantapkan hubungan PWPK dengan KPK, di mana KPK akan memberi sokongan

khidmat nasihat dan galakan kepada projek ekonomi PWPK dan semua PWPK akan

diletakkan di bawah Biro Wanita KPK bagi mengukuhkan jaringan kerjasama dengan

KPK.

x. Memantapkan perkongsian bijak KPK dengan Anak Syarikat RISDA/NARSCO pada

tahap 70%. Perkongsian bijak yang jujur dan telus antara Anak Syarikat dengan KPK

perlu dipertingkatkan terutama bagi aktiviti-aktiviti huluan yang memberi faedah kepada

kumpulan sasar. Ini secara tidak langsung dapat membantu KPK meningkatkan

kemahiran dalam bidang yang sama dan secara berperingkat-peringkat mengambil alih

Page 28: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

aktiviti-aktiviti huluan sekarang ini masih dijalankan oleh Anak Syarikat dalam tempoh 5

tahun.

8.18 Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK)

Mulai tahun 2005, Pihak pengurusan RISDA telah bersetuju untuk memulih serta mengaktifkan

semula PWPK yang sedia ada serta mengemaskini maklumat PWPK. Ianya dilaksanakan

melalui latihan informal dan formal dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta dalam

bidang-bidang yang menjurus ke arah peningkatan ekonomi. Sehubungan itu, semua PWPK

diletakkan di bawah JKKK kampung GDW yang sedia ada. Latihan yang diberi juga haruslah

merangkumi golongan generasi kedua pekebun kecil.

Dalam tahun 2006, Pengurusan RISDA akan terus melaksanakan segala program yang

dilaksana dalam tahun 2005 dengan memberi penumpuan kepada dua aspek iaitu

memantapkan pelaksanaan aktiviti dan juga mengukuhkan sistem pemantauan pelaksanaan.

AKP Bil. 1 Tahun 2005 Bertarikh 19 Januari 2005 iaitu Memulih dan Mengaktifkan Semula

Peranan Institusi PWPK dikeluarkan bagi memantapkan institusi ini. Sebanyak RM400,000

diperuntukkan untuk program pemulihan dan pengaktifan institusi ini bagi mencapai skop

matlamat tahun 2006 seperti berikut :

a. Melahirkan usahawan pekebun kecil wanita yang dinamik dan mampu bersaing di dalam

era globalisasi.

b. Mampu menghasilkan barangan/produk yang berkualiti tinggi.

c. Memberi penekanan terhadap kursus-kursus seperti :

- Kursus kemahiran dan teknikal seperti kursus teknik jahitan, masakan kek dan pastry dan

lain-lain lagi.

- Kursus keusahawanan merangkumi aspek kewangan, pengurusan dan pemasaran hasil

keluaran PWPK.

8.19 Penglibatan JKKK Dan Pemimpin Politik Tempatan Dalam Program RISDA

Mulai tahun 2006, semua program RISDA perlulah melibatkan JKKK atau pemimpin politik

tempatan. Ini adalah untuk memastikan agar RISDA akan mendapat kerjasama dan sokongan

JKKK dalam semua projek yang dilaksanakan seperti yang digariskan dalam AKP Bil. 8/2004.

9. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

9.1 Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)

i. Sejajar dengan penekanan Kerajaan terhadap pembangunan modal insan, RISDA akan

terus melaksanakan program latihan kepada pekebun kecil merangkumi aspek

Page 29: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

pembentukan dan peningkatan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu, peningkatan

pengetahuan dan ilmu dalam bidang teknikal dan perubahan sikap dan minda. Dalam

tahun 2006, sejumlah RM150,000 telah diuntukkan di bawah Program Pembangunan

Manusia dan Institusi untuk tujuan latihan bina Insan. Latihan Kemahiran juga diberi

peruntukan yang sama dalam tahun 2006.

ii. Di samping peruntukan di bawah Program Pembangunan RISDA, RISDA juga akan

terus disalurkan peruntukan oleh KKLW bagi melaksanakan Program Pembangunan

Minda Insan melalui latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan tumpuan kepada

keluarga pekebun kecil miskin dan ibu tunggal.

iii. Sebagaimana yang telah dinyatakan, pelaksanaan latihan dan kursus dalam

membangunkan modal insan melalui latihan ke arah perubahan minda akan

dilaksanakan berdasarkan kepada senarai latihan dan kursus yang akan disediakan

oleh BPKR dan dilaksanakan oleh Pihak Kolej RISDA. Sehubungan itu, maklumat-

maklumat mengenai keluarga pekebun kecil miskin dan pekebun kecil ibu tunggal perlu

ada di peringkat Daerah dan Negeri agar kelancaran dalam pemilihan peserta atas

latihan dan kursus yang bersesuaian dengan mereka tidak mengambil masa yang

panjang.

iv. Membangunkan modal insan kepada pemimpin peringkat kampung juga tidak akan

dipinggirkan. Lawatan ke kampung-kampung yang telah berjaya akan didedahkan

kepada pemimpin JKKK. Dalam tahun 2006, KKLW telah melantik RISDA sebagai

pelaksana bagi Program Interaksi Desa Cemerlang (PIDC) dengan peruntukan di

anggarkan sebanyak RM4.55 juta. Pendedahan ini bukan sahaja melibatkan pemimpin

JKKK Kampung GDW seliaan RISDA tetapi juga merangkumi JKKK Kampung GDW

agensi KKLW yang lain. Sehubungan ini, Pegawai RISDA yang dikenalpasti di

peringkat daerah dan negeri akan terlibat secara langsung sebagai Pegawai Pelapor

dan kesempatan ini harus digunakan sebagai modal dalam memberi sumbangan

kepada kaedah yang digunakan dalam membangunkan masyarakat dan kampung

GDW.

9.2 Program Latihan Dan Pendidikan.

Kolej sentiasa menyedia dan mengadakan kursus untuk pegawai RISDA dan Ahli Lembaga

Pengarah Syarikat. Tidak ketinggalan ialah masyarakat pekebun kecil, di mana kursus

disediakan untuk ahli keluarga pelapis. Kursus yang disediakan termasuk kursus kemahiran

dan vokasional untuk anak-anak pekebun kecil dan masyarakat luar bandar sebagai langkah

Kolej menyahut panggilan RISDA supaya memperkasakan masyarakat pekebun kecil untuk

Page 30: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

melahirkan lebih ramai usahawan dan membasmi kemiskinan. Yang terkini, Kolej RISDA akan

mengadakan kursus perhotelan menggunakan kemudahan dalaman di RISTEC.

9.3 Latihan Kepada Staf

Pengurusan RISDA akan terus memberi tumpuan kepada latihan yang berbentuk performance-

related yang akan menjurus kepada peningkatan Attitude, Skill dan Knowledge ( ASK ) staf

untuk mengurangkan jurang (gap) antara prestasi semasa staf dengan prestasi yang

diharapkan oleh pihak pengurusan ( current performance vs required performance )

Dalam konteks ini, penekanan akan diberikan kepada faktor sebenar yang mengwujudkan 'gap'

tersebut sama ada ianya masalah attitude, keperluan kepada skill tertentu ataupun keperluan

kepada knowledge tambahan. Ini adalah untuk memastikan latihan yang diberikan benar-benar

memenuhi keperluan setiap staf secara individu yang secara tidak langsung akan memberi

faedah kepada pembangunan RISDA secara keseluruhan.

Usaha kita ini akan selaras dengan dengan usaha-usaha ke arah merealisasikan pembentukan

sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai

nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Prestasi pelaksanaan kerja-kerja pengembangan di kalangan pegawai dan staf RISDA amat

rendah. Tugas ini patut diberi penekanan terutama di peringkat Pegawai Luar. Strategi PSM

ke arah meningkatkan kemahiran teknikal staf melalui 'Training For Trainer' di mana Pegawai

Luar terpilih di PT dihantar kursus kemudahan mengajar kepada staf luar melalui 'Insitu' di

peringkat PT.

Staf perkeranian perlu juga dilibatkan dalam apa jua kursus 'Insitu' dan Kursus Sehari yang

dijalankan di peringkat PT jika bersesuaian dengan tugas mereka.

Di sini Kolej RISDA diberi keutamaan sebagai pengendali kursus agar sejajar visi RISDA agar

tidak akan berlaku kebocoran kontrak. Di samping itu Kolej akan menjadi lebih wibawa dan

memahami hasrat RISDA.

10. PEMANTAUAN

10.1 Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) (KPI) Di RISDA.

Dalam usaha mencapai taraf dunia dalam perkhidmatan awam, Unit Permodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri menghendaki semua

agensi kerajaan melaksanakan KPI berpandukan kepada garis panduan yang dikeluarkan

melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2005 bertarikh 14 April

2005. Garis panduan ini dalam pelaksanaannya memberi fokus kepada lima bidang iaitu

Page 31: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

merangkumi minda dan sikap yang mengejar kecemerlangan, etika yang luhur, pembangunan

tenaga manusia yang berpengetahuan dan mahir, budaya kerja yang berasaskan prestasi dan

akhirnya daya kepimpinan yang kukuh.

Pelaksanaan budaya kerja berasaskan prestasi ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti

penyampaian perkhidmatan (delivery system) agensi kerajaan. RISDA dalam konteks ini telah

pun secara tidak langsung membuat pengukuran dan pemantauan prestasi program teras yang

dijalankan seperti tanam semula melalui budaya 41/2 tahun dan 1,800 kg. sehektar setahun

dan bagi kelapa sawit pula kaedah 3:3:1:3 dan penghasilan 20 metrik tan sehektar setahun.

Namun demikian pengukuran ini belum mencukupi bagi memantau program-program yang

telah dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan apatah lagi dengan

peruntukan yang besar diberikan sebanyak RM1.47 bilion dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9) pengukuran dan pemantauan yang lebih teliti dan terperinci serta

komprehensif mestilah dilaksanakan. Dengan bilangan program yang akan dilaksanakan dalam

RMK-9 yang meliputi lapan(8)program sambungan dan empat(4) program baru KPI semestinya

diperlukan.

Bagi tujuan penggubalan KPI yang lebih komprehensif dan memberi peluang kepada Pengarah

Program memikirkan petunjuk-petunjuk yang sesuai bagi setiap program di bawah

tanggungjawab mereka, RISDA dengan kerjasama MAMPU akan mengadakan bengkel

penggubalan KPI secara hands-on pada Januari 2006 nanti yang akan dihadiri oleh semua

Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri dan Pegawai Kanan yang terpilih. Dengan

adanya bengkel ini nanti diharap pelaksanaan dan pengukuran prestasi setiap program yang

dijalankan akan lebih cekap dan berkesan supaya objektif RISDA untuk memastikan setiap

keluarga pekebun kecil memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan pada akhir RMKe-9 dapat

direalisasikan dan menjadi kenyataan.

10.2 Sistem Pemantauan Projek II ( SPP II )

Kerajaan telah membangunkan Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) untuk memantau prestasi

pelaksanaan program/projek pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun mulai RMK-8.

Pada tahun 2005 RISDA telah berjaya menginput dan mengemaskini data program/projek

pembangunan yang dibiayai Bantuan Langsung Kerajaan mengikut seperti yang telah

ditetapkan.

Walau pun terdapat masalah dari segi pengendalian sistem ini seperti kesukaran untuk

melaksanakan proses replikasi (sama ada untuk mendapat data terkini atau menghantar data

ke server KKLW ) dan masalah teknikal sistem, RISDA dapat mengatasi masalah tersebut

dengan kerjasama yang rapat dengan ICU, JPM dan Pejabat Pembangunan Negeri.

Page 32: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

SPP II akan diteruskan pada tahun 2006. Justeru itu, Bahagian Perancangan Strategik,

PRN/PRD hendaklah komited dan memastikan penginputan data sentiasa kemas kini supaya

memberi gambaran yang sebenar mengenai prestasi di lapangan.

11. MEMPERHEBATKAN SEKTOR ICT

11.1 Mewujudkan Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat akan diwujudkan selaras dengan usaha Kerajaan kepada

pemantapan ICT dan E-Kerajaan. Objektif utama pewujudan Bahagian Teknologi Maklumat

ialah supaya RISDA menjadi sebuah organisasi yang bermaklumat dalam merancang aktiviti

pembangunan masyarakat pekebun kecil. RISDA sebagai peneraju masyarakat pekebun kecil

sedang berusaha dalam menerapkan budaya ICT dalam pengurusannya di semua peringkat

sama ada di Ibu Pejabat, Pejabat RISDA Negeri, Pejabat RISDA Daerah dan Pejabat RISDA

Stesen.

Bahagian ini berfungsi sebagai bahagian guna sama yang memberi perkhidmatan kepada

semua Pusat Tanggungjawab. Ianya mempunyai Unit Penyelidikan dan Pembangunan

Sistem, Unit Multimedia dan Laman Web, Unit Penyenggaraan Sistem, Unit Penyenggaraan

Perkakasan dan Rangkaian.

11.2 Projek ICT 2006

Pembangunan Sistem dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) khususnya dalam

tahun 2006 adalah untuk meningkatkan penggunaan sistem maklumat/aplikasi serta prasarana

asas seperti perkakasan komputer, rangkaian komputer dan perisian ke tahap yang

membolehkan ICT menjadi pemangkin pembangunan organisasi dan masyarakat pekebun kecil

bagi mencapai misi dan objektif RISDA. Projek ICT yang dicadangkan dalam tahun 2006

khususnya dan dalam RMK-9 bertujuan untuk :

i. Memperbaiki sistem penyampaian (delivery systems) kepada pelanggan dalaman dan juga

kumpulan sasar iaitu pekebun kecil dengan memantapkan lagi operasi Sistem Maklumat

Bersepadu supaya lebih mesra pengguna.

ii. Meningkatkan prasarana asas ICT di semua Pusat Tanggungjawab seperti bekalan

komputer dan perkakasan komputer yang mencukupi dengan nisbah 1 : 15 iaitu sebuah

komputer bagi lima belas orang staf.

iii. Meningkatkan aliran maklumat antara Pusat Tanggungjawab dengan Ibu Pejabat melalui

pelaksanaan RISDA*Net agar maklumat yang terkini tentang projek RISDA secara fizikal dan

kewangan diperolehi dengan cepat untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian.

Page 33: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

iv. Meningkatkan tahap penggunaan ICT di kalangan pengurusan pertengahan dan atasan

RISDA dengan menyediakan sistem maklumat yang khusus untuk kegunaan mereka dalam

membuat keputusan (decision support systems).

v. Melaksanakan aplikasi kerajaan elektronik yang diarahkan oleh agensi pusat seperti SPPII

dan HRMIS dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah digariskan oleh

Pelan Perancangan Strategik ICT Sektor Awam.

11.2.1 RISDA*Net

RISDA*Net adalah rangkaian dalaman RISDA untuk menghubungkan Ibu Pejabat dan Pusat

Tanggungjawab melalui rangkaian kawasan luas yang selamat dan bersepadu. Ianya

membolehkan penghantaran data yang lebih efisien daripada Pusat Tanggungjawab ke Ibu

Pejabat dan sebaliknya. Rangkaian ini membolehkan pelaksanaan sistem berasaskan web

(web-based systems) terutamanya Sistem Maklumat Pekebun Kecil secara meluas dan

pemprosesan laporan dengan cepat. RISDA*Net akan siap dipasang dan digunakan oleh Pusat

Tanggungjawab pada Januari 2006.

11.2.2 Sistem Maklumat Bersepadu (SMB)

Sistem ini akan menjadi satu-satunya sistem yang mengendalikan urusan operasi Pusat

Tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada pekebun kecil. Pada masa kini sistem

ini mengendalikan urusan memproses permohonan tanam semula, bekalan dan bayaran

bantuan kepada pekebun kecil. Sistem ini juga mengendalikan urusan kewangan dan

perakaunan Pusat Tanggungjawab. SMB akan ditingkatkan kapasiti pangkalan data daripada

MS-Access kepada SQL Server 2000 bagi meningkatkan prestasi capaian dan keselamatan

data. SMB yang ditingkatkan tersebut dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Mac 2006.

Modul lain akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pengguna seperti

yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja SMB.

11.2.3 Sistem Maklumat Eksekutif

Sistem ini bertujuan memberi kemudahan kepada pihak pengurusan mendapatkan, mengolah

dan menganalisa data bagi mengeluarkan maklumat yang boleh membantu pihak pengurusan

membuat keputusan. Sistem ini akan membolehkan pihak pengurusan mengukur petunjuk

prestasi utama (key performance indicator) bagi perkhidmatan utama RISDA kepada pelanggan

khususnya kepada pekebun kecil. Sistem ini dijangka dapat dibangun dan dilaksanakan dalam

tahun 2006.

11.2.4 Pelaksanaan Sistem Aplikasi Melalui Portal Perkhidmatan Awam

RISDA menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan Portal Perkhidmatan Awam bagi

meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Portal tersebut akan menjadi gerbang kepada

Page 34: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

rakyat bagi mendapatkan segala maklumat dan perkhidmatan secara atas talian daripada

semua agensi kerajaan. Dua aplikasi yang sedang dibangunkan untuk dimasukkan dalam

Portal Perkhidmatan Awam iaitu permohonan tanam semula secara 'on-line' dan permohonan

jawatan dalam perkhidmatan RISDA secara 'on-line' dijangka dapat beroperasi pada awal

tahun 2006.

11.3 Bekalan Komputer Dan Perkakasan Komputer Kepada Pejabat RISDA Stesen

Bekalan komputer kepada Pejabat RISDA Stesen sedang diuruskan dan dijangka semua

Pejabat RISDA Stesen akan menerima bekalan komputer dan pencetak selewat-lewatnya pada

awal tahun 2006.

11.4 Medan Info Desa (MID) Dan Mini MID

RISDA telah diberi kepercayaan oleh KKLW untuk menganggotai Pasukan Inspektorat MID

Baru 2006. Seramai 14 orang Pegawai RISDA terlibat dalam kerja-kerja penginspektoran ini

yang telah bermula pada bulan November. Kerja ini akan diteruskan dalam fasa 2 pada bulan

Januari 2006 dan fasa 3 pada bulan Mac 2006. Kesempatan ini perlu digunakan dalam

membantu RISDA merancang penubuhan MID baru di dalam kampung-kampung GDW supaya

masyarakat pekebun kecil mendapat faedah dengan penubuhan MID di kampung-kampung

berkenaan.

Dalam masa yang sama, RISDA harus tidak lupa supaya pengisian atas MID sedia ada dibuat

dengan lebih terancang. Urusan pembinaan 3 MID dalam tahun 2005 iaitu di Kampung Shafie

Pahang dan Kampung Bagan Tiang dan Kampung Siputih di Perak perlu dipantau supaya ianya

dapat beroperasi dalam tahun 2006. Pegawai di lapangan khususnya Penyelaras

Pengembangan Negeri dan daerah perlu merangka program pengisian kepada MID sedia ada.

12. MEMPERBANYAKKAN USAHAWAN PEKEBUN KECIL

12.1 Teman Usahawan Pekebun Kecil

i. Setakat ini, RISDA telah berjaya menubuhkan sebanyak 524 buah PWPK dengan keahlian

sebanyak 9,908. Ahli-ahli PWPK bergerak dalam satu kumpulan untuk menjalankan aktiviti

ekonomi secara sampingan. Di sinilah pekebun kecil diberi pendedahan, ditanamkan minat dan

daya kemahuan untuk menjadi usahawan luar bandar.

ii. RISDA telah menetapkan supaya 15 peratus daripada ahli PWPK ini dilatih untuk menjadi

usahawan. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telahpun mendefinasikan

usahawan luar bandar sebagai:

Page 35: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

' Pemilik-pengusaha bagi sesebuah perniagaan atau perusahaan yang beroperasi secara

bersendirian atau berstatus majikan dan sanggup menanggung risiko dengan menjadikan

perniagaan sebagai salah satu sumber utama di kawasan luar bandar. Mereka boleh terdiri

daripada pengeluar, peruncit, pengedar dan pemborong. '

iii. Bagi memperkukuhkan kegiatan keusahawanan ahli-ahli PWPK, AET dan PITG yang

bertaraf usahawan, RISDA menggalakkan supaya usahawan ini bersatu di bawah naungan

Teman Usahawan Pekebun Kecil (TUPK). Penubuhan TUPK adalah sepertimana dalam

Arahan Ketua Pengarah Bilangan 10/2003. Bagi 2006, RISDA mensasarkan sekurang-

kurangnya satu daerah satu TUPK.

iv. Antara faedah boleh diperolehi melalui TUPK adalah memperbanyak jaringan (networking)

antara pengeluar, peruncit, pengedar dan pemborong. Ini akan memberi peluang kepada

pekebun kecil memasarkan produk mereka ke kawasan yang lebih luas.

13. MEMPERHEBATKAN ANAK SYARIKAT UNTUK KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

13.1 Pembiakan Baka Lembu Untuk Pekebun Kecil

ESPEK telah mengenal pasti lima (5) ladang yang berpotensi untuk program ini dimana

keseluruhannya akan memuatkan sejumlah 1,500 ekor lembu induk untuk menghasilkan benih

baka terpilih yang akan dibekalkan kepada pekebun kecil miskin sebagai projek membasmi

kemiskinan. Projek ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 50 hingga 65 orang pekebun

kecil miskin mulai 2007.

13.2 Pemberian Kontrak Kerja/Bekalan Kepada Koperasi Pekebun Kecil

Dalam operasi harian Ladang-Ladang RISDA, kerja-kerja seperti pembangunan tanah,

penyelenggaraan kawasan, bekalan input dan sebagainya akan ditenderkan kepada

kontraktor/pembekal. Seperti pada masa-masa yang lepas ESPEK telah memberi keutamaan

untuk memilih Koperasi Pekebun Kecil Daerah dan Kontraktor Bumiputera untuk melaksanakan

kerja-kerja tersebut. Pada tahun 2006, ESPEK bercadang menanam semula 1,301 hektar

Ladang-Ladang RISDA di samping keperluan bekalan 46,000 mt baja. Ini akan memberi

peluang kepada KPK Daerah dan Narsco untuk menawarkan perkhidmatan mereka dan secara

tidak langsung memberi faedah kepada pekebun kecil.

13.3 Skim Khairat Pekebun Kecil

PROTAC telah memperkenalkan satu Skim Insurans yang dikhaskan kepada Pekebun Kecil

yang dikenali sebagai Skim Khairat Pekebun Kecil. Dengan had umur sehingga 75 tahun serta

bayaran premium serendah RM12.00, skim insurans ini dapat membantu pekebun kecil dan ahli

Page 36: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

keluarganya jika berlaku musibah. Skim insurans ini telah dipasarkan melalui Koperasi

Pekebun Kecil. Dengan memasarkan skim insurans ini, PROTAC juga telah memainkan

peranannya secara tidak langsung dalam Memperkasakan Pekebun Kecil Ke Arah Kemiskinan

Sifar.

14. MEMANTAPKAN SISTEM PENYAMPAIAN

14.1 Bekalan Input Pertanian

i. Memantau keperluan benih, baja dan lain-lain input pertanian secara tahunan dan suku

tahun agar pihak pembekal dapat membuat perancangan dan pengeluaran dan

seterusnya melaksanakan penyelarasan di antara pihak pelaksana dengan pembekal-

pembekal khususnya bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul di peringkat

perlaksanaan pembekalan. Pendekatan yang dilaksanakan meliputi:

a) Mesyuarat bulanan

b) Komunikasi secara bersemuka , telefon,internet dan lain-lain

c) Lawatan/perbincangan/pemeriksaan

d) Mendapatkan maklum balas berkaitan.

e) Sebagai timbang tara di antara pembekal dengan pihak pelaksana.

ii. Melaksanakan pemeriksaan ke pusat pengeluaran, pengangkutan dan pekebun kecil

agar bekalan yang diterima oleh pekebun kecil adalah bermutu tinggi.

iii. Bekalan akan dilaksanakan mengikut "trend" tanaman semula setiap

Negeri/Daerah/Jajahan serta diselaraskan dengan keupayaan pusat pengeluaran baja,

benih dan lain-lain input pertanian.

iv. Memastikan agar kualiti baja, benih dan lain-lain input pertanian mengikut spesifikasi

yang telah ditetapkan :

a) Bagi baja, penentuan kandungan nutrien menjadi fokus utama. Persampelan akan dan

terus dilakukan di dua (2) peringkat:

1. Tindakan persampelan baja di peringkat kilang.

2. Tindakan persampelan baja di peringkat sektor pelaksana.

Analisa kandungan nutrien dilakukan oleh pihak makmal yang dilantik iaitu ERAS.

Bagi melaksanakan ini setiap PRD/PRJ akan dilatih oleh dua (2) orang pegawai/kakitangan

berkaitan agar aktiviti persampelan baja mengikut piawai. Peralatan telah dibekalkan dan

kursus di beri sebelum akhir tahun 2005 ini.

Page 37: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Di peringkat Negeri/Daerah/Jajahan, pegawai yang pada penetapan kualiti baja di peringkat

pelaksana bertanggungjawab adalah Ketua Unit Tanam Semula dan Perladangan. Setiap

pelanggaran mutu baja daripada segi kandungan nutrien, kualiti pembungkusan, berat dan

keadaan fizikal baja akan diambil tindakan penguatkuasaan seperti yang termaktub dalam

perjanjian.

b) Bagi memastikan pekebun kecil menerima benih yang bermutu tinggi, beberapa

pendekatan dan tindakan yang akan dan terus dilaksanakan meliputi:

• Hanya Benih BCMP 2 Tingkat Daun Keras dibekalkan kepada

pekebun kecil.

• Benih BCMP mesti subur, tidak berpenyakit menggunakan beg

yang berkualiti dan media tanah yang sesuai.

• Bagi memastikan benih getah mengikut klon yang ditetapkan

pegawai pemverifikasi klon setiap negeri diwujudkan. Pegawai

baru akan di beri kursus formal manakala pegawai lama akan

diberikan kursus "refresher".

• Pegawai pemeriksa tapak semaian akan dikukuhkan dengan

perlantikan baru di mana yang tiada. Pegawai-pegawai penting

dalam membantu/menilai benih-benih bermutu untuk bekalan

kepada pekebun kecil.

• Pelaksanaan kaedah pembekalan benih mengikut zon bagi

negeri-negeri yang mempunyai matlamat tanam semula yang

tinggi mencadangkan kontrak pengeluaran benih getah kepada

KPK oleh KSSB mencukupi.

• Pengesyoran klon kelas 1 yang terbukti penghasilan tinggi

mendapat kelulusan pengurusan RISDA dan seterusnya diterima

pakai oleh pekebun kecil.

Ke arah ini, Bahagian Bekalan dan Kejuruteraan akan melaksanakan penguatkuasaan ke atas

pembekal yang didapati sah tidak mengikut ketetapan juga kepada pihak pengangkutan yang

didapati cuai mengakibatkan kerosakan kepada benih mengikut perjanjian yang telah

ditandatangani. Walaubagaimanapun ini merupakan tindakan terakhir setelah lain-lain tindakan

seperti peringatan, pengesyoran, bimbingan tindakan pembetulan tidak dilaksanakan oleh pihak

berkaitan.

Page 38: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

c) Bagi lain-lain input pertanian, pemeriksaan setor akan dibuat bagi memastikan input-input

mengikut spesifikasi dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada pembekal yang

melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

v. Bagi memastikan baja dan lain-lain input pertanian disimpan dalam keadaan baik dan

selamat sebelum dibekalkan kepada pekebun kecil, cadangan pembaikan daripada semua

setor yang diuruskan oleh PRN/PRD/PRJ akan dinilai dan diberi kelulusan yang sewajarnya

berpandukan peruntukan yang diperolehi bagi tahun 2006. Pelaksanaan adalah secara one-

stop centre yang dianggotai oleh sesuatu task force terdiri daripada wakil BBK, BKB, BTSP dan

BPKR.

14.2 Tapak Semaian Mini

i. RISDA dengan kerjasama dari anak syarikat iaitu RSSB telah melaksanakan satu

sistem penyelarasan dan pemantau kualiti bagi memastikan hanya benih yang berkualiti

dan tepat masanya untuk dibekalkan kepada pekebun kecil.

ii. Masih terdapat ruang-ruang kosong yang perlu diperbaiki bagi meningkatkan lagi kualiti.

Pihak RISDA akan mewujudkan Tapak Semaian Mini di setiap daerah bagi mengatasi

masalah kekurangan benih. Tapak Semaian Mini ini juga berfungsi sebagai satu tempat

persinggahan sementara bagi anak benih yang diangkut dari jarak jauh bagi

memastikan benih ini subur sebelum dibekalkan kepada pekebun kecil.

iii. Pihak RISDA telah memperuntukan di bawah program R&D (Khidmat Pengembangan)

di mana sebanyak RM8,000.00 dalam tahun 2005 untuk mewujudkan Bush Nursery.

Kewujudan Bush Nursery dengan kerjasama KPK Negeri Sembilan di Bukit Tunggal,

Negeri Sembilan akan digunakan sebagai satu sumber untuk mendapatkan mata tunas.

iv. Matlamat RISDA untuk Program Tanam Semula sebanyak 20 ribu hektar setahun

hampir terlaksana dengan perwujudan dua KPK sebagai perintis iaitu KPK Daerah Larut

Matang Berhad dan KPK Gabungan Negeri Perak Berhad menyediakan sebanyak 1 juta

benih. Ini amat penting bagi memastikan matlamat ini tercapai.

14.3 Penurunan Kuasa

Satu lagi usaha ke arah meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian

perkhidmatan adalah melalui penurunan dan perwakilan kuasa. Ini berdasarkan kepada faktor

bahawa pemusatan peringkat membuat keputusan merupakan salah satu faktor utama yang

sering menghalang penyampaian perkhidmatan yang tepat dan cekap. Dalam hal ini, RISDA

telah lama mengorak langkah dengan adanya Arahan Pentadbiran Bil. 9/90 bertarikh 01 Julai

1990, dengan melaksanakan pendekatan penurunan dan perwakilan kuasa bagi memastikan

perkhidmatan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan cekap.

Page 39: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Sejajar dengan perubahan yang berlaku, Jawatankuasa Penurunan dan Perwakilan Kuasa

telah beberapa kali bersidang untuk mewakili semula prosedur proses-proses penyampaian

perkhidmatan utama organisasi dengan tujuan untuk menurun atau mewakilkan kuasa

membuat keputusan kepada peringkat yang lebih rendah. Pada awal tahun 2006, Arahan

Ketua Pengarah akan dikeluarkan untuk kuasa diturunkan atau diwakilkan kepada pegawai di

peringkat yang terendah sekali. Setelah mengambil kira aspek-aspek kebolehan, kepercayaan,

keupayaan dan akauntabiliti pegawai yang akan diberi atau diwakilkan kuasa. Disini peranan

BIAD akan diperluaskan dan diperkukuhkan agar tidak timbul penyelewengan atau salah guna

kuasa di peringkat lapangan.

14.4 Penstrukturan Semula

Untuk tahun 2006, pengurusan RISDA berusaha bersungguh-sungguh untuk memantapkan

sistem penyampaian melalui penstrukturan semula dan pewujudan Bahagian-Bahagian Baru.

Penyusunan Semula Organisasi RISDA adalah berdasarkan kepada usaha penambahbaikan

sistem penyampaian untuk menjadikan RISDA satu organisasi yang lebih cekap dan berkesan;

dan meningkatkan peluang kerjaya kepada staf RISDA. Kali terakhir Penyusunan Semula

Struktur Organisasi RISDA dilaksanakan adalah pada tahun 1994. Usaha ini adalah juga

selaras dengan pendekatan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan sektor pertanian sektor

ketiga penting sebagai penyumbang kepada ekonomi Negara.

Jumlah keseluruhan tambahan jawatan yang dicadangkan adalah sebanyak 1,401 manakala

jawatan yang di 'trade-off' adalah sebanyak 976. Ini bermakna jumlah tambahan jawatan

sebenar yang dicadangkan adalah sebanyak 425.

Dalam Cadangan Penyusunan Semula Struktur Organisasi RISDA yang dikemukakan, pihak

RISDA telah mencadangkan sepuluh (10) bahagian di Ibu Pejabat di mana terdapat beberapa

perubahan yang telah dilakukan iaitu penggabungan dua (2) bahagian iaitu Bahagian Tanam

Semula dan Perladangan dengan Bahagian Estet menjadi Bahagian Tanam Semula dan

Perladangan, Bahagian Khidmat Kejuruteraan telah ditukar menjadi Bahagian Bekalan dan

Kejuruteraan penambahan dua (2) bahagian baru iaitu Bahagian Teknologi Maklumat dan

Bahagian Korporat manakala Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

dipecahkan kepada dua (2) bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan

Bahagian Pentadbiran Am. Bahagian-bahagian lain yang dikekalkan ialah Bahagian

Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat, Bahagian Peningkatan Ekonomi, Bahagian

Perancangan Strategik dan Bahagian Kewangan dan Belanjawan.

Dalam usaha mempercekapkan sistem penyampaian, RISDA juga mencadangkan supaya

diwujudkan lapan (8) buah Pejabat RISDA Daerah yang baru iaitu Pejabat RISDA Daerah

Page 40: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Mersing, Pejabat RISDA Daerah Negeri Sembilan Selatan, Pejabat RISDA Daerah Perak

Tengah/Kinta, Pejabat RISDA Daerah Bera, Pejabat RISDA Daerah Padang Terap, Pejabat

RISDA Daerah Sik, Pejabat RISDA Daerah Setiu dan Pejabat RISDA Daerah Kemaman.

Pusat Tanggungjawab (PT) yang dicadangkan berjumlah 60 iaitu 1 Pejabat Ketua Pengarah, 10

Bahagian di Ibu Pejabat, 11 Pejabat RISDA Negeri (PRN), 39 Pejabat RISDA Daerah (PRD)

dan Pejabat RISDA Stesen (PRS) berjumlah 130 buah.

15. MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGGUNAAN TENAGA

15.1 Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN)

Bagi RISDA pelaksanaan PIN adalah selaras dengan konsep utama PIN, iaitu " membentuk

sebuah organisasi dimana para warganya mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur ".

Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam pelaksanaan PIN iaitu :

i. mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;

ii. meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi

karenah birokrasi dan penyelewengan;

iii. meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

iv. memantapkan institusi keluarga; dan

v. meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

15.1.1 Disiplin Dalam Perkhidmatan

Tatakelakuan adalah teras kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Sesungguhnya kesedaran kepada tatakelakuan ini akan melahirkan pegawai dan staf yang

sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas masing-masing dengan penuh kecekapan,

kejujuran dan bertanggungjawab. Oleh itu, tatakelakuan dan tatatertib (atau disiplin) harus

dicorakkan supaya ia sejajar dengan objektif yang dicita-citakan berasaskan kepada matlamat-

matlamat berikut :-

i. Supaya pegawai RISDA melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan

bertanggungjawab.

ii. Supaya pegawai RISDA meletakkan kepentingan RISDA lebih utama daripada

kepentingan diri mereka sendiri, dan

iii. Supaya pegawai RISDA sentiasa menjaga imej perkhidmatan RISDA.

Dalam hubungan ini, satu peraturan tatatertib baru iaitu Peraturan Tatatertib Badan-Badan

Berkanun di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605) telah

Page 41: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

digunakan dalam perkhidmatan RISDA berkuatkuasa 1 November 2000. Sebarang

pelanggaran terhadap mana-mana tatakelakuan yang ditetapkan di dalam peraturan tersebut

oleh mana-mana pegawai akan membolehkan tindakan tatetertib diambil terhadapnya.

Untuk ini, pegawai yang menyelia tidak kira di peringkat mana sekalipun hendaklah mengambil

berat dan mengambil tahu akan tindak tanduk pegawai di bawah seliaan masing-masing

terutamanya di dalam waktu pejabat. Salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah

penyelewengan di kalangan pegawai RISDA ialah melalui pemupukan sikap dan nilai positif

supaya mereka dapat menghayati nilai-nilai etika yang baik untuk menjadi pegawai RISDA yang

bersemangat dinamis dan bermotivasikan kecemerlangan.

Integriti biasanya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai yang harus diamalkan oleh setiap pegawai

RISDA iaitu taat-setia, amanah, bersih dan jujur, bertanggungjawab, berkecuali, adil dan

saksama, prestasi yang cemerlang dan berkualiti, ketepatan masa, perkhidmatan yang ramah

dan mesra serta sikap berjimat cermat.

Penghayatan nilai-nilai tersebut boleh menentukan arah dan memberi makna kepada

pemikiran, tindakan dan tingkahlaku pegawai RISDA dalam menjalankan tanggungjawab dan

peranan yang disebutkan di atas. Oleh itu, pegawai RISDA hendaklah berhati-hati terhadap

bahaya penyelewengan, tindakan yang tidak jujur, cuai serta penglibatan dalam pelbagai

kepentingan peribadi.

15.1.2 Sistem Kerja

Kerajaan telah menyarankan supaya budaya kerja berasaskan prestasi diterapkan dalam

perkhidmatan awam. Sehubungan ini, RISDA boleh mencapai tahap kerja yang berkualiti

melalui pelaksanaan program-program yang memberi fokus kepada minda dan sikap yang

mengejar kecemerlangan, etika yang kukuh, pembangunan tenaga manusia yang

berpengetahuan dan mahir, budaya kerja yang berasaskan prestasi dan daya kepimpinan yang

kukuh. Pelaksanaan program-program ini akan menjurus kepada sistem kerja yang diamalkan

oleh organisasi. Bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti sejajar

dengan fungsi, misi dan visi RISDA, maka sistem kerja yang diamalkan adalah berpandukan

kepada program kualiti dan peningkatan prestasi seperti berikut :

i. Sasaran kerja tahunan

ii. Pengukuran kecekapan sistem pengurusan kualiti melalui pelaksanaan MS ISO 9000.

iii. Pengurusan kualiti menyeluruh.

iv. Keupayaan menyelesaikan masalah secara inovatif melalui Kumpulan Meningkatkan

Mutu Kerja (KMK).

v. Menanda aras amalan-amalan terbaik melalui pelaksanaan anugerah-anugerah kualiti.

Page 42: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

vi. Program pelanggan

vii. Manual Prosedur Kerja

viii. Fail Meja

15.1.3 Manual Prosedur Kerja (MPK)

Dalam usaha untuk penambahbaikan kepada proses kerja dan selaras dengan perubahan

struktur organisasi semasa, maka beberapa pindaan dan pengubahsuaian telah dibuat kepada

MPK yang lama. Terdapat 14 bidang, 120 aktiviti dan 400 prosedur telah dikenalpasti

melengkapkan MPK RISDA untuk diterima pakai bagi keseluruhan Pusat Tanggungjawab.

Semakan kertas draf awal MPK sedang giat dijalankan oleh Jawatankuasa Penyediaan

Dokumen sebelum Jawatankuasa Induk MPK memperakukan sebagai dokumen MPK yang

sahih. Dengan adanya MPK, maka keseragaman tugas antara Pusat Tanggungjawab

memudahkan urusan kerja harian dan melaksanakan arahan dengan jelas.

15.1.4 Fail Meja

Fail Meja memberi arahan jelas untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan sempurna dan

memudahkan staf yang akan mengambil alih tugas memahami prosedur dan tidak membuang

masa untuk mengajar semula bagaimana tugas tersebut dijalankan. Dalam usaha ini, Fail Meja

bagi setiap jawatan sedang disediakan berpandukan kepada MPK yang diperakukan.

15.1.5 Pensijilan MS ISO

RISDA telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9002:1994 pada tahun 2000 dan telah tamat hayatnya

pada 09 Oktober 2003. Semua badan dan organisasi yang memperoleh sijil tahun 1994 perlu

bertukar kepada versi terkini iaitu MS ISO 9001:2000 selaras dengan kehendak Pekeliling

Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002 bertarikh 16 Disember 2002.

Menyedari hakikat ini, Pengurusan RISDA turut mengambil langkah untuk menukar sijil yang

sedia ada kepada sijil MS ISO versi 2000. Pasukan Penyediaan Dokumen sejak awal 2003 lagi

telah bermesyuarat untuk menyediakan dokumen yang relevan ke arah mencapai hasrat

tersebut termasuk menulis semula semua prosedur yang didokumenkan dalam standard 1994

kepada standard 2000. Hasil usaha yang gigih dengan semangat kerjasama yang amat baik,

dokumen ISO yang menepati keperluan versi 2000 telah siap disediakan.

Sehubungan ini, sesi penerangan (road show) pelaksanaan MS ISO versi 2000 akan dijalankan

oleh Pasukan Audit Kualiti dalam tempoh 3 bulan setelah RISDA melaksanakan MS ISO versi

2000. Pengurusan RISDA berkeyakinan bahawa Pasukan Kualiti berupaya untuk mendapatkan

sijil MS ISO 9001 versi 2000 sebagaimana yang telah dicapai untuk versi 1994. Dalam masa

itu, urusan dengan pihak pemberi Akreditasi (SIRIM QAS) akan diusahakan sehingga ke

peringkat pensijilan pada bulan Jun 2006.

Page 43: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

15.2 PERANAN BIAD

Peranan BIAD adalah untuk membantu Pengurusan mengkaji perjalanan organisasi dan

pelaksanaan program pembangunan supaya dilaksana secara efektif, penggunaan sumber-

sumber secara efisien serta mendatangkan hasil selaras dengan objektif yang ditentukan.

BIAD akan menilai tahap keupayaan sistem kawalan dalaman bagi mencegah berlaku

fenomena negatif yang akan menghalang atau melambatkan kejayaan. BIAD akan terus

menggunakan kaedah 'Risk Based' dalam auditan bagi tahun 2006. Auditan ke anak-anak

syarikat akan diperluaskan lagi bagi memastikan kawalan dalaman anak syarikat lebih mantap

dan berdaya maju. BIAD akan membuat auditan bagi memastikan pelaksanaan program dan

aktiviti di pusat tanggungjawab ke arah 'zero defect'.

16. PENUTUP

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmatnya jua pekebun kecil,

khususnya pekebun kecil getah hari ini telah dapat menikmati peningkatan pendapatan

berikutan harga getah yang meningkat. InsyaAllah dengan usaha yang gigih serta padu oleh

seluruh warga RISDA di semua peringkat, terutamanya mereka yang berada di lapangan, saya

berkeyakinan matlamat utama pelaksanaan Program Pembangunan RISDA untuk

meningkatkan pendapatan pekebun kecil akan dapat direalisasikan bersesuaian dengan tema

Amanat Pengurusan 2006 ini, iaitu untuk Memperkasakan Pekebun Kecil Ke Arah Kemiskinan

Sifar .

RISDA GAGAH

Tatkala pekebun kerdil minta dibela

Kau dilahirkan dengan seribu harapan

Moga pekebun kerdil sejahtera

Dimartabatkan menjadi wira

Pendokong ekonomi negara

Kau membesar di alam pancaroba

Duri onak engkau rentasi

Suka duka silih berganti

Adakala terpampang nama di dada akhbar

Page 44: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2006 · bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu menetap dan memantapkan strateginya untuk memastikan dapat membantu

Alangkah hiba tidak terperi

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Namun semangatmu kental

Kau gagahi dugaan takdir Ilahi

Masih gigih membelai pekebun kerdil

Menghulur bantuan tingkatkan hasil

Kini, tiga dekad berlalu pergi

Kau bertambah matang, bijaksana, berhemah tinggi

Mekar di era siber, globalisasi, liberalisasi

Kau berada di merata menabur bakti hingga ke senja

Ramai pekebun kerdil menjadi sejahtera, wira

Bakinya perlu terus dibela

Wahai RISDA usah kau leka lantaran jaya yang dicipta

Usah sengketa sesama kita

Usah iri hati bak pesanan Pak Menteri malam tadi

Ayuh kita berfikiran positif

Tingkatkan pengetahuan dan inovasi

Kekalkan semangat setiakawan bekerja sepasukan

Ayuh basmi kemiskinan di negara bertuah

Semoga diberkati Allah, RISDA bertambah gagah

Membawa Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

INSYAALLAH

Nukilan...

Rakan Seperjuangan

Arman.HA

Sempena Hari Kualiti dan Amanat Pengurusan

22 Disember 2005