amali makmal

Upload: muaswadirwan

Post on 11-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 amali makmal

    1/7

    BAB 5

    AMALI MEKANIK TANAH

    50 TUJUAN KERJA-KERJA AMALI MAKMAL GEOTEKNIK ATAU

    MEKANIK TANAH.

    Kebanyakan daripada masalah-masalah yang berkaitan

    dengan mekanik tanah dan Kejuruteraan asas boleh

    diselesaikan dengan menggunakan gabungan pengetahuan

    seperti berikut

    1. Pengetahuan teori

    2. Pengetahuan geologi dan serjarah tapak

    3. Pengetahuan sifat-sifat tanah yang diperolehi daripada

    ujian-ujian makmal serta ujian-ujian di tapak.

    4. Pengetahuan mengenai ciri-ciri fungsi struktur yang akan

    dibina. Ciri-ciri ini meliputi aspek ramalan enapan,

    kekuatan tanah, kestabilan, kesan air bumi dan

    ENGINEERING SITE INVESTIGATION |KUMP. 1DKA 5A | JAN 2008

    1

  • 7/23/2019 amali makmal

    2/7

    pertimbangan kesan waktu terhadap faktor-faktor yang

    tersebut di atas.

    ENGINEERING SITE INVESTIGATION |KUMP. 1DKA 5A | JAN 2008

    2

  • 7/23/2019 amali makmal

    3/7

    Untuk tujuan pengiraan rintis atau cadangan rekabentuk

    kasar sesuatu projek kejuruteraan, sifat-sifat tanah yang

    diambilkira adalah pada kebiasannya berdasarkan data-data

    yang diperolehi daripada ujian-ujian yang telah dijalankan di

    dalam makmal pada sampel-sampel tanah yang refresentatif

    yang diambil semasa kerja-kerja penyiasatan tapak dijalankan.

    Bidang serta jenis kualiti kerja-kerja penyiasatan tapak tersebut

    adalah penting dan akan hanya ditentukan setelah

    mengambilkira program ujian-ujian makmal..

    Kerja-kerja penyiasatan tapak dan program ujian adalah

    saling berhubungan. Pada lazimnya penyiasatan rintis serta

    pengambilan sampel tanah dijalankan untuk menentukan jenis

    dan cir-ciri yang disiasat. Hasil daripada penyiasatan rintis ini,

    satu program ujian makmal akan di tetapkan dan program

    tersebut perlu mengambilkira saiz sampel tanah, kualiti sampel

    dan kekerapan mengambil sampel.

    ENGINEERING SITE INVESTIGATION |KUMP. 1DKA 5A | JAN 2008

    3

  • 7/23/2019 amali makmal

    4/7

    5.1UJIAN MAKMAL MEKANIK TANAH.

    Ujian ujian yang biasanya dijalankan di dalam makmal tanah

    ( makmal geoteknik ) adalah seperti berikut :-

    5.1.1Ujian Pengelasan Tanah

    1. Ujian Had Cecair

    2. Ujian Had Plastik

    3. Penentuan Saiz Zarah

    4. Penentuan Graviti Tentu

    5. Ujian Kecutan Lelurus

    6. Ujian Kimia Tanah

    5.1.2Ujian Resipan Dan Kebolehtelapan

    1. Ujian Meter Telap Turus Jatuh

    2. Ujian Meter Telap Turus Tetap

    5.1.3Ujian Kekuatan Tanah

    1. Ujian Tiga Paksi

    2. Ujian Kotak Ricih

    3. Ujian Mampatan Tak Terkurung

    4. Ujian Ram Ricih Makmal

    5.1.4Ujian Pengukuhan

    1. Ujian Odormeter

    5.1.5Ujian Pemadatan Tanah

    1. Kaedah Pelantak 4.5kg

    2. Kaedah Pelantak 2.5kg

    3. Ujian Pemadatan

    ENGINEERING SITE INVESTIGATION |KUMP. 1DKA 5A | JAN 2008

    4

  • 7/23/2019 amali makmal

    5/7

    Daripada 5 jenis ujian, kami telah menjalankan ujian

    pengelasan tanah iaitu Ujian Had Plastik, Penentuan Saiz

    Zarah dan Ujian Had Cecair .

    5.2PENGENALPASTIAN TANAH

    Sebelum sebarang ujian dan analisis dijalankan, adalah

    mustahak untuk mengenal serta mengasingkan sampel tanah

    yang refresentatif. Pada kebiasaannya kerja-kerja ini dilakukan

    oleh juruteknik makmal. Nota akan diambil dan sampel tanah

    akan dikelaskan secara kasar. Butiran-butiran yang perlu di

    catat ialah seperti nombor sampel dan kedalaman sampel

    tersebut diambil. Pengenalan dan gambaran sampel tanah

    hendaklah meliputi ciri-ciri yanag boleh dilihat mata seperti

    rekahan, kelapisan, bahan-bahan organic, lapisan pasir, kerikil

    dan sebagainya. Disamping ini ujian-ujian mudah dengan

    merasa sampel dengan tanah dan jari. Lihat jadual 5.1

    Kerikil & Tanah Berbatu

    Senang dikenali dengan

    melihat sahaja. Ketiadaan kekuatan

    kering menggambarkan

    kamdungan tanah liat

    terlalu sedikit.Pasir & Tanah Berpasir Kebanyakan zarah boleh

    di lihat dengan mata. Terasa berkersik

    (berpasir) bila diramas

    dengan jari, Ketiadaan kekuatan

    ENGINEERING SITE INVESTIGATION |KUMP. 1DKA 5A | JAN 2008

    5

  • 7/23/2019 amali makmal

    6/7

    kering.

    Kelodak

    Tidak terasa berkersik

    (berpasir) Tidak boleh digulung

    menjadi benang apabila

    lembap.

    Tanah liat ( keplastikan

    sederhana LL 35%-50%).

    Tanah liay ( keplastikantinggi, LL lebih daripada

    50% )

    Boleh digulung menjadi

    benang apabila lembap Boleh digulung menjadi

    benang.

    Mengecut dengankebanyaknya apabila

    kering. Terasa licin atau

    berminyak.

    JADUAL 5.1 :- PENGENALPASTIAN

    TANAH

    5.3SAMPEL TANAH

    Sampel tanah yang diambil kerja-kerja penyiasatan tapak

    bolehlah dibahagi kepada dua kategori iaitu :-

    a) Sampel tanah terganggu

    b) Sampel tanah tak terganggu iaitu sampel tanah seperti

    keadaan asalnya

    Sampel tanah tersebut boleh diambil dengan cara seperti

    berikut : -

    a) Lubang ujian

    b) Gerimit tangan

    ENGINEERING SITE INVESTIGATION |KUMP. 1DKA 5A | JAN 2008

    6

  • 7/23/2019 amali makmal

    7/7

    c) Lubang jara.

    Untuk sampel tanah tak tergangggu, tiub sampel yang

    diperbuat daripada keluli diguna untuk mengambil sampel

    tanah tersebut. Tiub sampel itu seterusnya hendaklah ditutup

    dengan lilin dengan segera pada kedua penghujunya yang

    terbuka untuk menahan kehilangan lembapan daripada sampel

    tanah yang ada di dalam tiub. Proses ini adalah mengekalkan

    untuk mengekalkan keadaan sampel tanah seperti asal.

    ENGINEERING SITE INVESTIGATION |KUMP. 1DKA 5A | JAN 2008

    7