amali fizik sce 3105interaksi2

Upload: anneani

Post on 04-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    1/15

    LAMPIRAN 1

    SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN

    Aktiviti Praktikal

    KANDUNGAN

    Praktikal Topik

    1 Pengukuran dalam kehidupan harian

    2 Daya dan Gerakan

    3 Membuat muzik kualiti suara

    4 Mikroskop dan Teleskop

    5 Litar Elektrik

    6 Penjanaan dan penghantaran arus elektrik.

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    2/15

    LAMPIRAN 1

    Praktikal 1: Pengukuran dalam kehidupan harian (4 jam)

    Hasil Pembelajaran: Untuk mengambil dan membanding pengukuran-pengukuran menggunakan pelbagaijenis alat penugukur (instrumen).

    Bahan dan alat pengukur:

    Pembari meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca elektronik, neraca bim,sedikit dawai kuprum, pensel. rambut dan satu sudu teh pasir.

    Aktiviti 1: Mengukur panjang

    Prosedur:

    1. Dengan menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikro-meter, ukur diameter pensel,dawai kuprum dan sehelai rambut anda.

    2. Ulang pengukuran anda.

    3. Jadualkan keputusan anda.

    Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran:

    1. Diantara ketiga-tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang, yang manakah lebih persis?Yang manakah lebih jitu.

    (4 markah)

    2. Jika pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur ketebalan objek, adalah tidak realistik untuk dia

    merekod bacaan sebagai 4.32 cm. Terangkan mengapa?(3 markah)

    3. Apakah alat penugkur yang akan anda guna untuk mengukur ketebalan sehelai kertas? Terangkan.(4 markah)

    Aktiviti 2: Mengukur jisim

    Prosedur:

    1. Dengan menggunkan neraca bim dan neraca elekttronik, ukur jisim sebatang pensel dan satu sudu teh

    pasir.

    2. Ulang pengukuran anda.

    3. Jadualkan keputusan anda.

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    3/15

    LAMPIRAN 1

    Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:

    1. Diantara alat-alat pengukur untuk mengukur jisim, yang manakah lebih persis? Yang manakah lebih jitu?Terangkan.

    (6 markah)

    2. Namakan neraca lain yang boleh digunakan untuk mengukur jisim dalam kehidupan harian.

    (2 markah)

    3. Apakah yang telah anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti ini.(6 markah)

    NOTA:

    1. Kejituan nilai yang diukur: berapa hampirnya dengan nilai sebenar.

    2. Kepersisan tidak sama dengan kejituan. Satu jam tangan digital yang murah yang menyatakan masaialah 9:34:45am adalah lebih persis (masa diberikan dalam saat) tetapi jika jam tersebut berjalan lebihlambat beberapa minit, nilainya dikatakan tidak jitu.

    3. Satu jam (grandfather clock) boleh menjadi lebih jitu (i.e, jika ia memaparkan masa yang betul) tetapijika jam itu tidak mempuyai jarum saat, maka ia tidak lebih persis.

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    4/15

    LAMPIRAN 1

    Praktikal 2: Daya dan Gerakan (4 jam).

    Hasil Pembelajaran: 1) Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan.2) Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.

    Bahan: Blok kayu, bola ping pong, dawai yang diregangkan atas blok kayu, bikar dan buku

    Aktiviti 1: Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan.

    Prosedure:

    1. Letak satu blok kayu di atas lantai.Berikan tolakan kecil pada blok kayu itu dan rekodkan pemerhatian anda.

    2. Baling sebiji bola ping pong keatas ke udara. Rekodkan pemerhatian anda.

    3. Ikatkan dawai dengan tegang di antara dua paku yang telah di ketuk ke dalam blok kayu. Sentuh dawai itu.Rekodkan pemerhatian anda.

    4. Letakkan satu bola ping-pong ke dalam sebuah bikar yang berisi air.Cuba tolakkan bola itu ke dalam air.Rekodkan pemerhatian anda.

    5. Letakkan sebuah buku di atas tangan anda. Rekodkan pemerhatian anda.

    6. Nyatakan inferens-inferens bagi setiap pemerhatian yang dibuat.

    Aktiviti 2: Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.

    Baha-bahan: Jangka masa detik, pita detik, pengapit, bekalan kuasa, dawai penyambung, pemberat 300 g, 450

    g dan 600 g dan selotape

    Prosedur:

    1. Letakkan satu bangku di atas meja. Apitkan jangka masa detik di atas bangku.

    2. Lalukan satu pita detik melalui jangka masa detik dan lekatkan dihujungnya satu pemberat berjisim 300 g .

    3. Hidupkan jangka masa detik dan biarkan jisim jatuh bebas ke bawah.

    4. Potong pita detik setiap 2 detik dan susunkan untuk menghasikan satu carta pita.

    5. Ulangi langkah 3 untuk jisim-jisim 450 g dan 600 g.

    6. Untuk setiap jisim yang digunakan, binakan carta pita dan tentukan pecutannya.

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    5/15

    LAMPIRAN 1

    Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:

    1. Adakah nilai-nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza sama nilainya dengan g?(Pecutan akibat tarikan gravity bumi)?Terangkan.

    (6 markah)

    2. Apakah keismpulan yang dapat dibuat tentang daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas?

    (5 markah)

    3. Jika eksperimen ini di jalankan di bulan, adakah nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbezaini akan sama dengan nilai g? Terangkan jawapan anda.

    (6 markah)

    4. Nyatakan apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti ini. (8 markah)

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    6/15

    LAMPIRAN 1

    Praktikal 3: Kualiti bunyi (4 jam).

    Hasil Pembelajaran: Untuk demonstrasikan dan menerangkan bagaimana kualiti bunyi yang berbeza dihasilkan.

    Bahan: 3 botol gelas yang serupa, air, tala bunyi, besen, pembaris meter dan pensil.

    Aktiviti : Demonstrasikan penghasilan kualiti bunyi yang berbeza.

    Prosedur:

    1. Isikan sebuah besen dengan air. Ketuk satu tala bunyi pada tapak kasut anda. Sentuhkan satu hujung talabunyi pada permukaan air. Apakah yang anda perhatikan?

    2. Ketuk tala bunyi sekali lagi. Ramalkan apa yang akan berlaku bila anda letakkan tala bunyi tersebut

    berhampiran telinga anda. Apa yang anda dengar?

    3. Letakkan air ke dalam tiga botol gelas yang berbeza supaya paras air pada botol A adalah penuh, botol Badalah penuh and botol C adalah penuh.

    4. Ukur jarak daripada atas botol ke permukaan air. Selepas itu, ketinggian air dalam setiap botol. Rekodkanpengukuran anda.

    5. Ramalkan perbezaan pada kelangsingan (pitch)bunyi yang anda akan dengar sekiranya anda tiupmerentasi hujung atas setiap botol. Berikan sebab bagi ramalan anda.

    6. Uji ramalan anda dengan meniup merentasi hujung atas setiap botol. Dengarkan bunyi yang anda hasilkan.

    Terangkan mengenai bunyi dari segi kelangsngannya; rendah, sederhana atau tinggi. Rekodkankelangsingan setiap bunyi.

    7. Bila anda ketuk sisi botol dengan sebatang pensil, anda akan hasilkan satu lagi bunyi. Adalah anda fikirbunyi yang dihasilkan itu sama atau berbeza dengan bunyi yang dihasilkan bila anda meniup merentasihujung atas botol? Terangkan jawapan anda.

    8. Uji ramalan anda dengn mengetuk sisi setiap botol dengan sebatang pensil. Rekodkan kelangsingan setiapbunyi tersebut.

    Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:

    1. Dalam prosedur 6, botol manakah yang menghasilkan kelangsingan yang paling tinggi?(4 markah)

    2. Terangkan bagaimana bunyi dihasilkan dalam prosedur 8. Botol manakan menghasilkan kenyaringan yangpaling tinggi? Apakah yang menyebabkan perbezaan dari boto ke botol yang lain?

    (6 markah)

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    7/15

    LAMPIRAN 1

    3. Bandingkan bunyi yang anda hasilkan melalui meniup merentasi hujung atas botol-botol dengan bunyi yangdihasilkan dengan mengetuk botol-botol tersebut. Apakah perbezaan kelangsingan pada setiap botol?Terangkan pemerhatian anda.

    (4 markah)

    4. Dengan merujuk pada jadua data anda, bagaimanakan ketinggian turus udara mempengaruhi

    kelangsingan? Bagaimana ketinggian turus air mempengaruhi kelangsingan?(4 markah)

    5. Apakah kesimpulan yang anda boleh buat tentang perkaitan antara bunyi-bunyi yang dihasilkan denganmedium di mana bunyi bergerak?

    (3 markah)

    6. FIKIRKAN: Biola adalah instrument yang bertali. Seruling dan klarinet mempunyai turus udara, dan trumpetadalah instrument brass. Apakah persamaan yang ada pada setiap alat musik ini?

    (4 markah)

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    8/15

    LAMPIRAN 1

    Praktikal 4: Mikroskop dan teleskop (4 jam)

    Hasil Pembelajaran: Untuk menentukan keadaan-keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasapembesaran teleskop astronomi dan mikroskop majmuk.

    Bahan-bahan:

    Pemegang kanta, plastisin, pemegang kanta, kanta cembung (+2.5 D, +7 D, +14 D, + 20D), skrin lutcahaya, lampu, pembaris meter

    Aktiviti 1: Membina satu teleskop astronomi ringkas

    Prosedur:

    1. Anda diberi kanta-kanta penumpu yang mempunyai panjang-panjang fokus yang berbeza. Terangkandengan bantuan gambarajah, bagaimana anda hasilkan satu teleskop astronomi yang ringkas.

    2. Bina teleskop astronomi anda dan cubakannya dengan mengfokuskan kepada satu objek yang jauh.

    Tentukan pembesaran teleskop yang anda hasikan.

    3. Bagaimanakah anda tingkatkan kuasa pembesaran teleskop anda? Uji idea anda.

    Aktiviti 2: Membina sebuah mikroskop majmuk

    Prosedur:

    1. Anda diberi kanta-kanta penumpu dari panjang-panjang fokus yang berbeza-beza. Terangkan denganbantuan gambarajah bagaimana anda hasilkan satu mikroskop majmuk.

    2. Bina mikroskop majmuk anda dan ujikannya dengan mengfokuskannya pada satu objek yang kecil.Tentukan pembesaran mikroskop majmuk anda.

    3. Bagaimana anda tingkatkan kuasa pembesaran mikroskop majmk anda? Uji idea anda.

    Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:

    1. Nyatakan fungsi-fungsi kedua-dua kanta objek dan kanta mata dalam satu teleskop astronomi.(4 markah)

    2. Bagaimana anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop majmuk?(5 marks)

    3. Apakah langkah berjaga-jaga yang telah anda ambil semasa menjalankan projek ini? Mengapa?(8 markah)

    4. Apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti di atas?(8 markah)

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    9/15

    LAMPIRAN 1

    Praktikal 5: Litar litar elektrik (4 jam).

    Hasil Pembelajaran : Untuk menentukan kebaikan dan keburukan litar selari dan litar sesiri.

    Bahan: Pemegang bateri, beberapa dawai penebat, ammeter, voltmeter dan mentol lampu.

    Aktiviti 1: Membina litar sesiri dan litar selari ringkas.

    Prosedur:

    1. Bina kedua-dua litar di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa dawai penebat dan duabuah lampu mentol. .

    2. Sambung semua dawai dan perhatikan cahaya lampu.

    3. Sekarang sambungkan ammeter dan voltmeter dalam kedua-dua litar. Buat jadual yang sesuai untukmerekod bacaan.

    4. Sekarang longgarkan skru satu lampu mentol di dalam setiap litar. Perhati kecerahan mentol lampu yangsedia ada dan rekodkan juga bacaan kedua dua ammeter dan voltmeter dalam setiap litar.

    5. Sekarang sambungkan mentol lampu yang lain secara sesiri dalam litar A. Perhati kecerahan mentol mentollampu dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter.

    6. Sekarang sambungkan mentolo lampu yang lain secara selari dalam litar B. Perhati kecerahan mentol danrekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter.

    Soalan Penguasaan Pegetahuan dan Kemahiran.:

    1. Apakah yang terjadi kepada mentol lampu di dalam litar sesiri jika satu mentol lampu terbakar? Terangkan.(3 markah)

    2. Apakah yang terjadi kepada mentol lampu di dalam litar selari jika satu mentol lampu terbakar? Terangkan.(3 markah)

    3. Anda membina se jalur (string) lampu menggunakan pelbagai mentol. Bagaimanakah kecerahan lampuberhubung dengan sama ada anda sambung secara sesiri atau selari.

    (4 markah)

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    10/15

    LAMPIRAN 1

    4. Apakah terjadi kepada mentol mentol lampu dalam litar sesiri jika ada satu mentol lain disambung secarasesiri didalam litar itu? Terangkan.

    (3 markah)5. Apakah terjadi kepada mentol mentol didalam litar selari jika ada satu mentol lain disambung secara selari

    di dalam litar itu? Terangkan.(3 markah)

    Aktiviti 2: Membina gabungan litar sesiri dan selari.

    Prosedur:

    1. Bina litar seperti ditunjukkan di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa dawaipenyambung dan tiga mentol lampu.

    2. Sambung suis dan perhatikan kecerahan mentol lampu.

    3. Sekarang sambung ammeter dan voltmeter untuk mengukur arus dan beza keupayaan melalui setiapmentol. Buat jadual yang sesuai untuk merekod bacaan.

    4. Sekarang keluarkan mentol 1. Perhati kecerahan mentol mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeterdan voltmeter.

    5. Sekarang keluarkan mentol 2. Perhati kecerahan mentol mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeterdan voltmeter.

    Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiaran:

    1. Apakah terjadi kepada kecerahan lain-lain mentol di dalam litar jika mentol 1 dikeluarkan? Terangkan.(3 markah)

    2. Apakah terjadi kepada lain-lain mentol jika mentol 2 dikeluarkan? Terangkan.(3 markah)

    3. Adakah anda mahu litar litar di rumah anda di pasang secara sesiri atau selari atau gabungan kedua-duanya? Terangkan alasan anda. (3 markah

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    11/15

    LAMPIRAN 1

    Praktikal 6: Penjanaan dan penghantaran arus elektrik (4 jam).

    Hasil Pembelajaran: Untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang dijana.

    Bahan: Dawai kuprum, galvanometer dan magnet.

    Aktiviti 1: Menyiasat arus yang dijana.

    Prosedur:

    1. Lilitkan dawai kuprum sebanyak 10-20 lilitan di dua jari anda. Sambungkan hujung bebas kepadagalvanometer yang peka. .

    2. Siasat apa yang berlaku bila:

    (a) Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gelung?(b) Kutub utara magnet digerakkan keluar dari gelung?(c) Kutub utara digerakkan dengan cepat ke dalam gelung?

    (d) Gelung digerakkan kearah magnet?(e) Magnet di biarkan kekal di tengah tengah gelunbg?

    3. Ulang alngkah langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub selatan magnet.

    4. Sekarang, lingkarkan 40 lilitan gelung kuprum sekitar dua jari anda. Sambung hujung bebas kepadagalvanometer yang peka. Ulang langkah langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub Utara magnet.

    5. Buat magnet yang lebih kuat dengan menggunakan dua atau tiga magnet yang dilekat bersama-samadengan kesemua kutub utara berada pada penghujung yang sama. Ulang langkah2 (a) hingga (e) denganmagnet magnet yang lebih kuat.

    Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:

    1. Apakah terjadi bila magnet digerakkan ke dalam gelung? Terangkan.(2 markah)

    2. Apakah terjadi bila magnet di biarrrkan kekal di tengah tengah gelung? Terangkan.

    (2 markah)

    3. Apakah terjadi bila magnet digerakkan dengan cepat ke dalam gelung? Terangkan.(2 markah)

    4. Apakah terjadi bila magnet yang lebih kuat digerakkan ke dalam gelung? Terangkan.(2 markah)

    5. Apakah terjadi bila magnet yang mempunyai banyak lilitan di masukkan ke dalam gelung? Terangkan. .

    (2 markah)

    6. Apa yang mesti anda buat untuk meningkatkan magnitud arus yang dijana? (1 markah)

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    12/15

    LAMPIRAN 1

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    13/15

    LAMPIRAN 1

    Aktiviti 2: Membina transformer injak turun dan injak naik.

    Hasil Pembelajaran: Untuk mendemonstrasikan peggunaan transformer dalam penghantaran elektrik.

    Bahan:

    Dawai kuprum bersalut PVC, teras-C besi lembut, bekalan kuasa AC, suis, mentol, ammeter AC, voltmeter AC, danpengapit G.

    Prosedur:

    1. Lilitkan 10 lilitan dawai kuprum bersalut PVC pada teras-C besi lembut dan sambungkan gelung itu kebekalan kuasa AC dan suis. Gelung ini dipanggil gelung primer.

    2. Lilitkan 25 lilitan dawai kuprum pada teras-C besi lembut yang lain dan sambungkan kedua dua hujunggelung ke mentol. Gambarajah dibawah menunjukkan bagaimana meter-meter disambung untuk mengukurarus dan beza keupayaan di dalam gelung primer.

    3. Sekarang sambungkan meter-meter untuk mengukur arus dan beza keupayaan di dalam gelung sekunderseperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    14/15

    LAMPIRAN 1

    3. Di dalam transformer di atas, bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih besar daripada gelung primer.Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan rekod pengukuran anda.

    5. Sekarang terbalikkan sambungan kedua-dua gelung primer dan sekunder. Bilangan lilitan dalam gelungsekunder adalah lebih kecil berbanding gelung primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis danrekod pengukuran anda.

    Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:

    1. Untuk transformer injak naik, arus yang manakah yang anda jangka lebih besar arus primer atau arussekunder?

    (1 markah)

    2. Bagaimana anda mengukur kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak naik dan apakah nilai

    nilainya(2 markah)

    3. Kira nisbah kuasa output kepada kuasa input. Apakah nama nisbah ini?(2 markah)

    4. Dalam penghantaran elektrik, kehilangan kuasa dalam setiap kabel dikira dengan menggunakan formula,

    Kuasa hilang dalam setiap kabel = I2 R di mana I adalah arus dan R adalah rintangan kabel.

    Bagaimana kehilangan kuasa boleh dikurangkan?(2 markah)

    5. Terangkan peranan transformer injak naik di dalam membantu mengurangkan kehilangan kuasa semasapenghantaran leketrik

    (2 markah)

    6. Untuk transformer injak turun, arus yang manakah yang anda jangka lebih besar arus primer atau arussekunder?

    (1 markah)

  • 7/29/2019 Amali Fizik Sce 3105interaksi2

    15/15

    LAMPIRAN 1

    7. Apakah nilai-nilai kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak turun?(2 markah)

    8. Terangkan peranan transformer injak turun di dalam penghantaran elektrik.

    (2 markah)