amali 1 awan dan cuaca

14
Amali 1 Awan dan Cuaca Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar: iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut : Peringkat Kawasan Tropika Kawasan Berhawa Sederhana Kawasan Kutub Tinggi 6 - 18 km 5 - 13 km 3 - 8 km Pertengah an 2 - 8 km 2 - 7 km 2 - 4 km Rendah Dari paras muka bumi ke 2 km Dari paras muka bumi ke 2 km Dari paras muka bumi ke 2 km Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat seperti berikut: 1. Awan peringkat rendah: Stratokumulus dan stratus.

Upload: lee-chee

Post on 27-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Amali 1

Awan dan Cuaca

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang

dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar: iaitu yang

berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk

dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera.

Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang,

paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut :

Peringkat Kawasan

Tropika

Kawasan

Berhawa

Sederhana

Kawasan Kutub

Tinggi 6 - 18 km 5 - 13 km 3 - 8 km

Pertengahan 2 - 8 km 2 - 7 km 2 - 4 km

Rendah Dari paras muka

bumi ke 2 km

Dari paras muka

bumi ke 2 km

Dari paras muka

bumi ke 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat

seperti berikut: 

  1. Awan peringkat rendah: Stratokumulus dan stratus. 

  2. Awan peringkat pertengahan: Altokumulus. 

  3. Awan peringkat tinggi: Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.

Genera selebihnya tidak tergolong ke dalam peringkat-peringkat di atas sepenuhnya. Awan-

awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain

seperti berikut: 

1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke

peringkat tinggi.

2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah.

Page 2: Amali 1 Awan Dan Cuaca

3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat

rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar awan berikut diambil di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Negeri

Selangor pada bulan Mei, Jun dan Julai 2002. Warna kekuningan oren sesetengah awan

adalah disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari

terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi semua genera yang disebut di atas tetapi akan

ditambah dan/atau disemak semula dari masa ke masa dan diganti dengan gambar-gambar

awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan

pola awan berkaitan di Malaysia.

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds)

Kumulonimbus (Cb)

Ini adalah satu pandangan jarak jauh deretan awan Kumulonimbus (Cb) di Selat Melaka.

Awan-awan ini tinggi berwarna putih / gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian kira-kira

1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35000 kaki.

Pembentukan deretan awan ini merupakan satu ciri biasa pada awal pagi Monsun Barat

Daya. Kedudukan sel-sel Cb yang begitu rapat menyebabkan awan-awan itu kelihatan

bersambung. Warna kuning keemasan itu disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang

terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan di atas puncak awan Cb menunjukan

kewujudan udara stabil mengalir di atas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap

Page 3: Amali 1 Awan Dan Cuaca

bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat

Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa

hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.

Kumulus Kongestus

Ini adalah satu pandangan jarak dekat awan (Kumulus Kongestus) yang sedang

berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan permukaan

tanah dan perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti popcorn dengan tepian

nyata(clear outline). Warnanya putih pada puncak kerana semua gelombang sinar suria

dipantulkan pada kadar yang sama. Warna gelap itu disebabkan oleh penembusan

terhad sinar suria dan juga kadar serapan yang bertambah terhadap gelombang

selebihnya kerana titisan air besar. Dengan kandungan kelembapan dan penaikan

udara mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan menghasilkan hujan panas. Dalam

keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir berlaku pada waktu petang

atau lewat petang.

Page 4: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Kumulus Humilis

Kumulus humilis ialah sejenis awan berwarna putih dengan ketinggian terhad.

Songsangan suhu pada paras atas atmosfera menghalang pertumbuhan terus awan

lalu berlaku penghamparan yang menyebabkannya kelihatan memanjang. Rupa

serabut puncak awan dan langit biru menunjukan kewujudan udara kering di atas awan.

Stratokumulus

Stratokumulus(Sc) ialah awan berwarna kelabu/putih yang terjadi apabila bahagian

puncak awan kumulus yang terbentuk pada waktu petang menghampar di bawah

Page 5: Amali 1 Awan Dan Cuaca

songsangan suhu. Awan-awan ini terjadi pada lewat petang dan senja apabila

atmosfera mula menjadi stabil. Warna kekuningan muda adalah disebabkan pantulan

sinaran suria pada waktu senja. Stratokumulus juga akan boleh terjadi tanpa

penghamparan awan kumulus.

Fracto kumulus dan Kumulus cuaca cerah

Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Ini boleh adilihat pada

bahagian atas gambar. Kumulus cuaca cerah (Fair weather cumulus) yang juga

kelihatan putih kecuali pada bahagian bawah dimana warnanya kegelapan sedikit,

mencapai ketinggian terhad seperti di bahagian bawah foto. Kejadian kedua-dua jenis

awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering.

Page 6: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Frakto stratus

Frakto stratus ialah awan berupa cebisan kain koyak terbentuk dalam udara lembab

bergelora pada paras rendah atmosfera selepas hujan. Warna kekuningan muda latar

belakang adalah disebabkan oleh pantulan sinaran suria waktu senja oleh sirrostratus

yang terjadi selepas aktiviti ribut petir pada waktu petang.

Awan Peringkat Pertengahan

Altokumulus (Ac)

Altokumulus (Ac) dilihat tegak di atas kepala. Tiap-tiap elemen nampak jelas tersisih

antara satu sama lain dengan warna keputihan dan kelabu yang mana

membezakannya daripada Sirokumulus.

Page 7: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Altokumulus (Ac)

Altokumulus(Ac), awan berwarna kelabu/putih dilihat pada waktu senja. Sinaran suria

waktu senja yang menyebabkan awan-awan ini berwarna kekuningan muda dapat

dilihat menerusi awan-awan itu. Elemen-elemen awan itu nampaknya sedang berubah

disebabkan penghamparan di bawah atmosfera yang sedang menjadi stabil.

Altostratus (As)

Altostratus(As), awan kekelabuan meliputi hampir keseluruhan langit. Matahari nampak

malap menerusi awan ini. Gambar ini diambil pada awal senja selepas sedikit hujan.

Page 8: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Altostratus (As)

Altostratus(As), awan kekelabuan (bergantung kepada ketebalan) peringkat

pertengahan yang menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan ini terjadi

dalam lapisan atmosfera stabil dan boleh menjadi tebal apabila cukup kelembapan dan

penyejukan. Hujan berterusan pada waktu senja dan malam selepas aktiviti ribut petir

pada lewat petang dan senja adalah disebabkan perkara ini. Awan-awan di atas

terbentuk pada waktu senja dan malam hari terdahulu, mula menghilang apabila

matahari terbit pada awal pagi. Awan-awan berlapis ini masih boleh dilihat pada

bahagian bawah gambar.

Page 9: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Awan Peringkat Tinggi

Sirus (Ci)

Sirus(Ci), awan berupa filamen/cangkuk ditiupkan dari kanan ke kiri dalam angin

timuran yang begelora. Awan-awan ini terdiri daripada hablor ais yang terjadi

disebabkan suhu terlalu dingin pada paras tinggi atmosfera.

Sirus (Ci)

Awan Sirus(Ci) ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna putih

dengan pinggiran tidak jelas terdiri daripada hablur-hablur ais.

Page 10: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Sirus (Ci)

Jaluran awan Sirus(Ci) ditiup oleh angin timuran yang bergelora. Warna merah

keputihan yang menakjubkan itu adalah disebabkan sinaran suria semasa matahari

terbit. Awan-awan ini bergerak pantas dari timur ke barat Kuala Lumpur pada kira-kira

0000Z pagi dalam bulan Mei 2002.

Sirus Beralun

Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit.

Page 11: Amali 1 Awan Dan Cuaca

Sirokumulus (Cc)

Sirokumulus(Cc) diperhatikan pada awal pagi kira-kira 0000Z di Petaling Jaya dalam

bulan May/Jun 2002. Elemen-elemen awan itu kelihatan seperti sisik ikan dibawah

sinaran suria putih.