allah subhanahu wata'ala telah berfirman di dalam · web view[maksud surah al-baqarah 02 - 42]...

27
Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam al-Qur'an: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik- baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). [Maksud surah al-Maidah 05 - 05]. Dalam ayat di atas Allah Ta'ala telah menghalalkan bagi kita umat Islam makanan-makanan sembelihan kaum ahli kitab, iaitu sembelihan kaum Yahudi dan Nasrani. Walaubagaimanpun ayat di atas telah menimbulkan beberapa perbincangan yang mendalam di kalangan ahli-ahli ilmuan dan perbincangan mereka akan disalin serta dianalisa berikut ini supaya dapat kita fahami dengan lebih mendalam hukum serta tujuan sebenar ayat di atas. Pertama: Ahli Kitab - Definasi dan Kedudukan Hukumnya. Islam membahagikan umat manusia ini dari sudut agama kepada tiga golongan: 1. Orang-orang yang beriman, iaitu orang Islam. 2. Orang-orang Ahli Kitab. 3. Orang-orang Musyrik. Orang-orang Islam adalah orang yang mentauhidkan Allah sebagai satu-satunya Tuhan sekalian alam manakala RasulNya pula adalah Muhammad bin Abdillah, sallallahu-alaihi- wasallam. Orang-orang Islam adalah orang yang menerima risalah agama yang dibawa oleh al- Qur'an dan Sunnah, tidak risalah-risalah agama sebelum itu atau selain itu. Firman Allah Azza waJalla: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. [ Maksud surah Ali Imran 03 - 19] Orang yang beriman kepada selain risalah agama Islam digelar sebagai orang bukan Islam atau orang kafir dan mereka terbahagi kepada 2 golongan iaitu orang-orang Ahli Kitab dan orang- orang Musyrik. Seluruh ahli-ahli tafsir, ahli hadith serta ahli fiqh sepakat menyatakan bahawa yang dimaksudkan sebagai orang-orang Ahli Kitab ialah kaum yang diturunkan kepada mereka kitab

Upload: buitu

Post on 01-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalamal-Qur'an: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu(memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yangdiberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, danmakanan (sembelihan) kamu adalah halal bagimereka (tidak salah kamu memberi makan kepadamereka). [Maksud surah al-Maidah 05 - 05]. Dalamayat di atas Allah Ta'ala telah menghalalkan bagikita umat Islam makanan-makanan sembelihankaum ahli kitab, iaitu sembelihan kaum Yahudidan Nasrani. Walaubagaimanpun ayat di atastelah menimbulkan beberapa perbincangan yangmendalam di kalangan ahli-ahli ilmuan danperbincangan mereka akan disalin serta dianalisaberikut ini supaya dapat kita fahami dengan lebihmendalam hukum serta tujuan sebenar ayat diatas.

Pertama: Ahli Kitab - Definasi dan KedudukanHukumnya.

Islam membahagikan umat manusia ini dari sudutagama kepada tiga golongan:

1. Orang-orang yang beriman, iaitu orang Islam.

2. Orang-orang Ahli Kitab.

3. Orang-orang Musyrik.

Orang-orang Islam adalah orang yangmentauhidkan Allah sebagai satu-satunya Tuhansekalian alam manakala RasulNya pula adalahMuhammad bin Abdillah, sallallahu-alaihi-wasallam. Orang-orang Islam adalah orang yangmenerima risalah agama yang dibawa oleh al-Qur'an dan Sunnah, tidak risalah-risalah agamasebelum itu atau selain itu. Firman Allah AzzawaJalla: Sesungguhnya agama (yang benar dandiredai) di sisi Allah ialah Islam. [ Maksud surahAli Imran 03 - 19]

Orang yang beriman kepada selain risalah agamaIslam digelar sebagai orang bukan Islam atauorang kafir dan mereka terbahagi kepada 2golongan iaitu orang-orang Ahli Kitab dan orang-orang Musyrik. Seluruh ahli-ahli tafsir, ahli hadithserta ahli fiqh sepakat menyatakan bahawa yangdimaksudkan sebagai orang-orang Ahli Kitab ialahkaum yang diturunkan kepada mereka kitabTaurat, iaitu kaum Yahudi dan kaum yangditurunkan kepada mereka kitab Injil, iaitu kaumNasrani (Kristian). Sementara orang-orang Musyrikpula ialah orang-orang yang menyembah berhala,patung, pokok dan sebagainya. Termasuk dalamgolongan ini ialah kaum yang tidak mempercayaiadanya tuhan atau agama, iaitu kaum atheis danjuga komunis. Selain itu terdapat perbezaanpendapat samada golongan Saabi'in dan Majusi ,

Page 2: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

adakah mereka termasuk dalam golongan AhliKitab atau Musyrik.[1]

Secara lebih tepat Ahli Kitab didefinasikan sebagaiumat-umat di mana agama mereka berasal darikitab-kitab yang telah diturunkan oleh AllahSubhanahu waTa'ala kepada nabi-nabi mereka dimana nama nabi-nabi tersebut telah di sebutsecara jelas di dalam kitab al-Qur'anul Karim.[2]Oleh itu umat-umat dari agama lain seperti Hinduatau Budha tidak termasuk dalam golongan AhliKitab yang dimaksudkan sekalipun merekamempunyai kitab suci masing-masing.[3]

Ahli Kitab adalah satu golongan umat yangberbeza dengan orang-orang yang beriman, iaituorang Islam, sepertimana yang telah dibezakanoleh al-Qur'an dalam ayat berikut: Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu ta'at akan sesuatupuak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yangtelah diberikan kitab itu nescaya mereka ……[Maksud surah Ali Imran 03 - 100]. Ahli Kitabtermasuk ke dalam golongan orang bukan Islam,iaitu orang-orang kafir tetapi mereka tidaktermasuk ke dalam golongan orang musyrik.Pembezaan 2 golongan ini dilakukan oleh al-Qur'an dalam ayat berikut: Orang-orang yang kafirdari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik …… [Maksud surah al-Baiyinah 98 -02]. Ahli Kitab dari golongan Yahudi dan Nasranisebenarnya adalah tergolong dalam kategorimereka sendiri, iaitu tidak beriman dan tidak pulamusyrik, sepertimana yang dikategorikan oleh al-Qur'an dalam ayat berikut: Bahawasanya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, danorang-orang Saabi'in, dan orang-orang Nasrani,dan orang-orang Majusi, serta orang-orangMusyrik……[Maksud surah al-Hajj 22 - 17].

Daripada nukilan beberapa ayat-ayat al-Qur'anyang membahagikan sesuatu umat itu kepadabeberapa golongan, nyata kepada kita bahawaorang-orang Ahli Kitab mempunyai tempat yangtersendiri di sisi ajaran Islam. Mereka bukanlahorang-orang yang beriman tetapi mereka jugabukan orang-orang yang musyrik. Mereka adalahorang-orang yang telah diberi kedudukan yangberbeza dari kaum lain dan dengan kedudukaninilah Islam menghalalkan sembelihan mereka,menghalalkan pernikahan dengan wanita merekaserta mengizinkan persahabatan dengan merekaberbanding dengan kaum-kaum lain. Keistimewanini dikhaskan oleh Islam terhadap mereka keranakaum Yahudi dan Nasrani ini kedua-duanyaberpegang kepada agama yang amat hampirkepada agama Islam. Mereka percaya kepadaTuhan, percaya kepada Malaikat, rasul-rasul danjuga mempunyai kitab-kitab suci yang diturunkan.Dengan itu Islam menghalalkan sembelihanmereka, menghalalkan pernikahan dengan wanita

Page 3: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

mereka dan membolehkan perhubungan sosialyang baik dengan mereka agar dengan itu kitadapat menarik mereka ke arah agama Islam ini.Apabila kita dan mereka dapat hidup dalamsuasana iklim yang lebih erat dan rapat, dapatlahkita memperlihatkan mereka akan kebenaran,kemuliaan, kesyumulan dan keindahan Islam dansekaligus dapat membuka hati mereka ke arahIslam.[4]

Hikmah kedua dihalalkan sembelihan kaum AhliKitab ialah kerana Allah Subhanahu waTa'ala sediamengetahui bahawa mereka, kaum Yahudi danNasrani adalah dua kaum yang dominan di mukabumi ini bersama-sama dengan umat Islam. Salahsatu dari dua kaum ini, antara Yahudi atau Nasraniatau kedua-duanya pasti akan wujud di mana-mana bahagian muka bumi ini sehingga ke akhirzaman. Dengan membolehkan umat Islammemakan hasil sembelihan mereka, umat Islamakan dapat memperolehi makanan di mana sahajamereka berada. Ini amat benar jikalau kitaperhatikan suasana masa kini di mana umat Islamwujud merata-rata di seluruh dunia, ada sebagaimajoriti dan ada sebagai minoriti. Umat Islam yanghadir sebagai majoriti tidak menghadapi masalahpemakanan kerana mudah bagi mereka berusaha-sama menyediakan sumber makanan yang halalbagi diri dan kumpulan mereka. Akan tetapi bagiumat Islam yang wujud sebagai kelompok minoritidi negara-negara non-muslim, seperti di Argentina,Peru, Greenland dan sebagainya, adalah sukarbagi mereka menyediakan makanan halal secarausaha sesama sendiri melainkan denganmemakan hasil sembelihan kaum Ahli Kitab yangwujud di lokasi mereka. Di sini dapat kita renungikembali firman Allah Subhanahu waTa'ala yangmenjadi prinsip syari'at agama Islam ini: Dialahyang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhanAgamaNya); dan Ia tidak menjadikan kamumenanggung sesuatu keberatan dan sudah payahdalam perkara agama. (Maksud surah al-Hajj 22 -78).

Walaubagaimanapun kedudukan istimewa kaumAhli Kitab di sisi Islam hanyalah bagi urusanDuniawi dan tidak pula bagi urusan Ukhrawi keranamereka semua akan tetap dimasukkan ke dalamapi neraka selama-lamanya. Allah Azza waJallatelah berfirman: Sesungguhnya orang-orang yangkafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik ituakan ditempatkan di dalam neraka Jahannam,kekallah mereka di dalamnya. [Maksud surah al-Baiyinah 98 - 06]

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli-ahlifiqh samada kebolehan hukum-hukum tertentuyang khusus di dalam al-Qur'an itu, sepertihalalnya sembelihan mereka dan halalnyapernikahan dengan wanita mereka, adakah ia

Page 4: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

ditujukan kepada seluruh kaum Ahli Kitabsepanjang zaman ataupun terhad kepadabeberapa syarat. Perbezaan ini menyimpul kepadatiga ikatan pendapat iaitu:

1. Kebolehan hukum adalah mutlak bagisemua kaum Ahli Kitab, dahulu, sekarang atauyang akan datang, samada mereka berpegangkepada kitab asal mahupun kepada kitab yangtelah diubah suai.

2. Kebolehan hukum hanya bagi kaum AhliKitab yang hidup di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan keturunan zuriat mereka sahaja.Pemeluk-pemeluk baru dari kalangan agamaYahudi dan Nasrani tidak termasuk dalamgolongan ini.

3. Kebolehan hukum tidak lagi boleh diterimakerana kebanyakkan kaum Yahudi dan Nasranimasa kini tidak lagi memegang kepada kitabmereka yang asal melainkan ianya telahdiubahsuai atau ditukar.

Analisa serta Perbandingan Pendapat.

Pendapat pertama dihujahkan atas dasar bahawaAllah Subhanahu waTa'ala telah membolehkansuatu hukum tanpa meletakkan apa-apa syarattambahan mengenainya padahal Allah sebagaiTuhan yang Maha Mengetahui lagi MahaBijaksana sudah tentu akan melakukansedemikian jikalau Dia merasakan perlu demikebaikan umat Islam. Akan tetapi Allah Ta'alatidak melakukan demikian, yakni tidak meletakkanapa-apa syarat tambahan tetapi sebaliknya Allahtelah meletaknya sebagai salah satu dari sumberhukum yang termasuk dalam sifat-sifatkesempurnaan Islam. Allah Subhanahu waTa'alatelah berfirman: Pada hari ini, Aku telahsempurnakan bagi kamu agama kamu. [Maksudsurah al-Maidah 05 - 03]. Perlu juga digarisbawahibahawa ayat kesempurnaan Deen Islam iniditurunkan serentak dengan ayat yangmembolehkan sembelihan dan pernikahan wanitaAhli Kitab.

Tambahan lagi di dalam al-Qur'an juga tidakdijumpai mana-mana ayat yang meletakkan syarat-syarat tambahan atau had-had tertentu mengenaihukum kebolehan sembelihan Ahli Kitab padahaldi dalam al-Qur'an itu sendiri Allah Azza waJallatelah menerang akan kesempurnaannya, iaitudengan firmanNya: Dan kami turunkan kepadakamu (kitab) al-Qur'an menjelaskan tiap-tiapsesuatu dan menjadi hidayah petunjuk sertamembawa rahmat dan berita yangmenggembirakan bagi orang-orang Islam. [Maksudsurah an-Nahl 16 - 89]. Selain itu beberapa ayatlain di dalam al-Qur'an jelas menunjukkan bahawa

Page 5: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

ia adalah lengkap dan tidak kurang apa-apa juaterutama dalam hukum-hukum syari'at Islam.Antaranya:

Tiada kami (Allah) tinggalkan sesuatupun di dalamKitab al-Qur'an ini. [Maksud surah al-An'aam 06 - 38]

Padahal Allah telah menerangkan satu persatukepada kamu apa yang diharamkanNya ataskamu. [Maksud surah al-An'aam 06 - 119]

Dan tiadalah Tuhanmu itu lupa. [Maksud surahMaryam 19 - 64].

Selain itu juga tidak didapati dalam Sunnah Nabisallallahu-alaihi-wasallam apa-apa keteranganyang memberikan syarat-syarat serta hukum-hukum tambahan dalam hal ini. Sebaliknya apayang jelas dipesan oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ialah segala hukum-hukum agama Islamini yang sedia disyari'atkan adalah lengkap lagisempurna dan apa-apa kekosongan di antaranyaadalah satu kebolehan yang merupakan anugerahdari Allah kepada hamba-hambaNya. Sabda Nabisallallahu-alaihi-wasallam:

Halal adalah sesuatu yang dihalalkan oleh Allah didalam kitabNya (al-Qur'an) dan haram adalahsesuatu yang diharamkan oleh Allah dalamkitabNya (al-Qur'an). Sedangkan sesuatu yangdidiamkanNya maka itu adalah termasuk sesuatuyang diampuniNya.[5]

Dalam satu hadith yang lain Nabi sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda: SesungguhnyaAllah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhumaka janganlah kamu mensia-siakannya. Dan Ia(Allah) telah menetapkan beberapa batas (had)maka janganlah kamu melampauinya. Dan Ia(Allah) telah mengharamkan segala sesuatu (yangperlu diharamkan) maka janganlah kamumencerobohinya. Dan Ia (Allah) telah mendiamkansegala sesuatu sebagai Rahmat kepada kamubukan kerana lupa - maka janganlah kamu cubamenyelidikinya.[6]

Rumusan yang dapat ditarik dari hujah-hujah yangdikemukakan oleh golongan pertama ini adalah -sembelihan kaum Ahli Kitab, iaitu kaum Yahudidan Nasrani adalah halal bagi umat Islam tanpaapa-apa syarat atau had kerana Allah SubhanahuwaTa'ala telah menurunkan hukum kebolehan initanpa meletakkan apa-apa syarat tambahan.Kebolehan ini juga berkuat-kuasa tidak kirasamada kaum-kaum tersebut masih berpegangkepada ajaran kitab mereka yang asli ataupunyang telah diubahsuai. Penghujahan terakhir iniakan diperluaskan penerangannya apabilamenganalisa pendapat golongan ketiga nanti.

Page 6: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Antara tokoh-tokoh mutakhir yang menghujahkankebenaran pendapat pertama ini adalah Prof. Dr.Yusuf Qardhawi, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, Dr.Ahmad al-Syarbashi dan majoriti ahli-ahli tafsirserta ahli-ahli fiqh.[7]

Pendapat kedua menyatakan bahawa kebolehanmemakan sembelihan kaum Ahli Kitab hanyalahterhad kepada orang-orang Yahudi dan Nasraniyang hidup di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan keturunan-keturunan mereka sahaja.Ini adalah kerana ayat yang menghalalkansembelihan Ahli Kitab adalah ia dalam bentukKata yang telah berlalu atau Past tensemenunjukkan bahawa ia ditujukan kepada umatYahudi dan Nasrani yang hidup sebelum turunnyaayat tersebut dan bukan ditujukan kepada umat-umat yang akan datang. Oleh itu keberlakuanhukum ini tidak tertakluk kepada umat-umatYahudi dan Nasrani yang baru memeluk agama itudan ia juga tidak tertakluk kepada umat-umatYahudi dan Nasrani yang tidak dapat dikesannasab keturunan mereka sehingga ke zaman Nabisallallahu-alaihi-wasallam.

Pendapat ini dianggap lemah kerana tafsiran yangsedemikian itu tidak pernah didengar dari Nabisallallahu-alaihi-wasallam mahupun para sahabatradiallahu-anhum padahal merekalah orang yangpaling mengenali al-Qur'an dan paling mengetahuitujuan ayat-ayatnya. Selain itu sememangnyadiketahui bahawa kaum Yahudi dan Nasraniadalah dua kaum wujud sebelum wujudnya Islamdan mereka telah diturunkan kitab Taurat dan Injilsebelum turunnya kitab al-Qur'an. Justeru adalahmemadai al-Qur'an mengalamatkan mereka dalambentuk bahasa yang telah berlalu atau past tense.

Setelah menganalisa pendapat golongan kedua ini,Prof. Dr. Wahbah Zuhaili menolaknya denganhujah beliau: Pendapat ini tidak mempunyai dalilyang kukuh tentang syarat yang mereka katakanitu padahal para sahabat radiallahu-anhum telahmemakan sembelihan ahli kitab dan mengahwiniwanita mereka tanpa menyelidik samadamemenuhi syarat ini atau tidak. (iaitu menyelidiknasab keturunan mereka) [8]

Pendapat Ketiga menyatakan bahawa hukumkebolehan memakan sembelihan kaum Ahli Kitabtidak lagi berhubung-laku di masa kini keranakedua-dua kaum tersebut, Yahudi dan Nasranitelah banyak melakukan perubahan serta ubah-suai akan kitab mereka itu sehingga ianya tidaklagi tulen sepertimana yang wujud di zaman Nabisallallahu-alaihi-wasallam. Selain itu sebahagianbesar orang-orang Yahudi dan Nasrani juga kinitelah tidak lagi mentaati ajaran kitab merekasamada yang tulen mahupun yang diubahsuai

Page 7: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

tetapi banyak pula mengikuti hukum-hukum baruyang direkacipta mereka selari dengan peredaranzaman. Dengan hujah-hujah di atas, golongan iniberpendapat bahawa sembelihan kaum Ahli Kitabtidak lagi halal bagi umat Islam masa kini dan bagiyang akan datang.

Pendapat di atas sekali imbas sememangnyamenampakkan banyak kebenaran dan tiada lubangkelonggaran. Tetapi sebelum diterima pendapat inisebulat-bulat ia perlu dianalisa serta dikaji terlebihdahulu secara ilmiah yang mendalam, sesuaidengan prinsip-prinsip usul tafsir al-Qur'anul Karim.

Al-Qur'an adalah sebuah kitab yang diturunkanayatnya berperingkat-peringkat, setiap penurunanayat ditentukan kadar dan masanya oleh AllahSubhanahu waTa'ala sesuai dengan tahappencernaan ilmu oleh masyarakat ketika itu dankondisi sosial mereka yang dinamis dari satumasa ke masa yang lain. Setiap ayat turunmembawa keterangan serta ilmu pengetahuanyang baru, melengkapkan lagi apa yang sudahditurunkan, mengganti dengan yang lebih baik dariapa yang sudah sememangnya baik sertamengkhususkan lagi apa yang sebelum ini adalahumum.[9] Keterangan di atas mudah difahami daridua firman Allah Azza waJalla berikut ini: Dan al-Qur'an itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkaumembacakannya kepada manusia dengan lambattenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur;dan dalam ayat seterusnya: Apa sahaja ayatketerangan yang kami pinda atau yang kamitinggalkan atau yang kami tangguhkan, Kamidatangkan ganti yang lebih baik daripadanya atauyang sebanding dengannya. Tidakkah engkaumengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atastiap-tiap sesuatu ? [Maksud surah al-Isra' 17 - 106dan surah al-Baqarah 02 - ayat 106.[10]]

Ayat yang menghalalkan sembelihan kaum AhliKitab bagi umat Islam, iaitu dalam surah al-Maidah05, ayat ke 5 adalah antara ayat yang terakhirditurunkan sebelum lengkapnya al-Qur'an ini dansebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam.Ayat ini dijangkakan turun kira-kira 81 hari ataulebih sedikit sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan ia adalah serangkap denganayat yang menerangkan tentang kesempurnaanIslam, iaitu firman Allah Ta'ala: Pada hari ini, Akutelah sempurnakan bagi kamu agama kamu.[Maksud surah al-Maidah 05 - 03].[11] Di sampingitu surah al-Maidah adalah juga surah terakhiryang diturunkan antara kesemua 114 surah-surahyang terkandung di dalam al-Qur'an.[12]

Hakikat turunnya ayat yang menghalalkansembelihan Ahli Kitab sebagai salah satu dari ayat-ayat terakhir dalam al-Qur'anul Karim memberikantitik pengkajian yang amat besar lagi berat dalam

Page 8: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

analisa hukum berkaitan. Ini adalah kerana ayat initurun setelah turunnya beberapa ayat-ayat yangsedia mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitabyang telah mengubah-suai, menukar sertamencampur-aduk ajaran agama mereka.

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihanAhli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpunmengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitabtersebut yang mengubah-ubah ayat-ayat dalamkitab mereka. Al-Qur'an menyatakan: ……padahalsesungguhnya telah ada satu puak dari merekayang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudianmereka mengubah dan memutarkan maksudnyasesudah mereka memahaminya, sedang merekamengetahui (bahawa perbuatan itu salah).[Maksud surah al-Baqarah 02 - 75].

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihanAhli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpunmengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitabtersebut yang mencampur-adukkan ajaran merekaserta menyembunyikan kebenaran ayat-ayat kitabmereka. Al-Qur'an menyatakan: Dan janganlahkamu campur adukkan yang benar itu denganyang salah, dan kamu sembunyikan yang benaritu pula padahal kamu semua mengetahuinya.[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihanAhli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpunmengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitabtersebut yang memilih-milih ajaran agama mereka,sebahagian diambil dan sebahagian ditinggalkan.Al-Qur'an menyatakan: Sesudah itu makapatutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian(dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akansebahagian yang lain ? [Maksud surah al-Baqarah02 - 85]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihanAhli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpunmengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yangmenjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai Tuhanmereka dan pendita-pendita sebagai yang berhakuntuk menukar ajaran kitab mereka. Al-Qur'anmenyatakan: Mereka menjadikan pendita-penditadan ahli-ahli mereka sebagai pendidik-pendidikselain dari Allah, dan juga (merekamempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahalmereka tidak diperintahkan melainkan untukmenyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia. MahaSuci Allah dari apa yang mereka sekutukan.[Maksud surah at-Taubah 09 - 31]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihanAhli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpunmengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yangmenjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai anak

Page 9: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Allah. Al-Qur'an menyatakan: Mereka (kaum AhliKitab) berkata: "Allah mempunyai anak". MahaSuci Allah (dari apa yang mereka katakan itu).[Maksud surah Yunus 10 - 68]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihanAhli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpunmengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yangmewujudkan konsep Tuhan Bertiga atau Trinity. Al-Qur'an menyatakan: Wahai Ahli Kitab (Yahudi danNasrani), Janganlah kamu melampaui batas dalamperkara ugama kamu, dan janganlah kamumengatakan sesuatu terhadap Allah melainkanyang benar; sesungguhnya Al-Masih 'Isa ibniMaryam itu hanya seorang Pesuruh Allah,danKalimah Allah yang telah disampaikanNya kepadaMaryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya.Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamumengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah(daripada mengatakan yang demikian), supayamenjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allahialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allahdaripada mempunyai anak. Bagi Allah jualahsegala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (YangMentadbirkan sekalian makhlukNya). [Maksudsurah an-Nisaa' 04 - 171]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihanAhli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpunmengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yangadakalanya mempersoalkan kesahihan agamamereka sendiri. Al-Qur'an menyatakan: Wahai AhliKitab, Mengapa kamu berani mempertengkarkantentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat danInjil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada(zaman) Ibrahim, patutkah (kamu berdegilsehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal ?[Maksud surah Ali Imran 03 - 65]

Himpunan keterangan-keterangan di atas tidak lainmenunjukkan bahawa apabila hukum kebolehanmemakan hasil sembelihan kaum Ahli Kitabditurunkan, al-Qur'an telahpun dari awal menerangakan perbuatan mereka, kaum Yahudi dan Nasraniitu yang menyeleweng dan menyimpang dariajaran mereka yang asal. Malah lebih buruk lagimereka sejak dari awal lagi telahpun melakukantuduhan syirik yang amat besar terhadap AllahSubhanahu waTa'ala dengan menuduhNyamempunyai anak dan sebagainya. Tetapiperbuatan-perbuatan sebegini oleh kaum Ahli Kitabtersebut tidaklah menjadi penghalang bagi AllahSubhanahu waTa'ala untuk tetap menurunkanhukum menghalalkan sembelihan mereka kepadaumat Islam seluruhnya.

Nah ! Jikalau sejak dari dini lagi al-Qur'an telahmenghalalkan sembelihan Ahli Kitab untuk umat

Page 10: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Islam seluruhnya sekalipun dalam suasana ketikaitu kaum-kaum Ahli Kitab telahpun melakukanberbagai-bagai kesalahan, apakah pula bezanyadengan umat-umat Ahli Kitab masa kini ? Sudahtentu tidak ada bezanya. Mereka tetap juga samasebagaimana generasi mereka yang lalu. Makadengan itu juga tidak ada sebarang perbezaan bagikeberlakuan hukum-hukum al-Qur'an terhadapmereka, samada masa kini atau masa yang akandatang.

Justeru itu pendapat ketiga ini yang mengatakanbahawa keberlakuan hukum-hukum Islam terhadapkaum Ahli Kitab tidak lagi sah masa kini atasalasan mereka telahpun menyeleweng dari ajaranyang asal tidak dapat diterima. Pendapat ini tidakmempunyai alasan mahupun dalil sokongan yangkukuh melainkan ianya adalah satu sikap yangterlalu berhati-hati sehingga berlawanan puladengan ketentuan ilmiah agama Islam ini.

Kesimpulan dari analisa serta perbandingan antaratiga pendapat yang berkitar pada persoalan:Adakah Hukum-hukum Ahli Kitab berhubung-lakusehingga masa kini menampakkan bahawa hujahpendapat yang pertama adalah yang paling tepatkepada kebenaran dalil-dalil serta ruh tuntutanagama. Iaitu bahawa kebolehan hukum-hukumadalah mutlak bagi semua kaum Ahli Kitab,dahulu, sekarang atau yang akan datang, samadamereka berpegang kepada kitab atau ajaran yangasal mahupun kepada yang telah diubah suai.

Kedua: Sembelihan Ahli Kitab yang Dibolehkan.

Perkara kedua yang menjadi subjek perbahasanpara ahli fiqh ialah hukum-hukum yang berkisarpada kaedah sembelihan itu sendiri. Ianyaterbahagi kepada 4 sub-topik perbahasan, iaitu:

1. Jenis haiwan sembelihan yang boleh kitamakan.

2. Hukum membaca nama Allah oleh kaumAhli Kitab ketika menyembelih.

3. Hukum membaca nama selain Allah olehkaum Ahli Kitab ketika menyembelih.

4. Hukum sembelihan kaum Ahli Kitab yangdilakukan sempena hari perayaan mereka.

5. Kaedah atau cara sembelihan yangdibolehkan.

Analisa Pengkajian

Pertama: Jenis haiwan sembelihan yang boleh kitamakan.[13]

Page 11: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Dipersetujui oleh majoriti para fuqaha bahawadaging-daging yang telah diharamkan dalam Islamtidak boleh dimakan oleh umat Islam sekalipun iadisembelih oleh kaum Ahli Kitab. Oleh itu umatIslam tidak boleh memakan daging babi yangdisembelih oleh umat Nasrani. Menjadi titikperbezaan di sini ialah Islam membolehkansembelihan kaum Ahli Kitab tetapi tidakmembolehkan semua jenis daging-daging yangmereka sembelihkan. Justeru itu sembelihan kaumAhli Kitab hanya dihalalkan oleh Islam apabilayang disembelih itu adalah haiwan-haiwan yanghalal menurut syari'at Islam.

Kedua: Hukum membaca nama Allah oleh kaumAhli Kitab ketika menyembelih.

Menyebut nama Allah ketika menyembelih atassalah satu dari syarat sembelihan mengikutsyari'at Islam, sebagaimana firman AllahSubhanahu waTa'ala di dalam al-Qur'an: Danjanganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allahketika menyembelihnya. [Maksud surah al-An'aam06 - 121]

Walaubagaimanapun menyebut nama Allah ketikamenyembelih tidak menjadi syarat bagimenghalalkan sembelihan yang dilakukan olehkaum Ahli Kitab. Ini adalah kerana ayat yangmenghalalkan sembelihan kaum Ahli Kitabditurunkan oleh Allah Subhanahu waTa'ala selepasturunnya ayat-ayat yang memerintahkan agarsesuatu sembelihan itu perlu dibacakan Basmalah.

Hakikat ini memperlihatkan pengkhususan danpengecualian kepada sembelihan kaum Ahli Kitabdaripada sembelihan kaum Muslimin, dimana iamenunjukkan bahawa sembelihan mereka (AhliKitab) terkecuali dari perintah bacaan Basmalah.[14] Lebih dari itu apabila Allah SubhanahuwaTa'ala menghalalkan sembelihan Ahli Kitab,sudah tentu diketahuiNya bahawa mereka tidakakan menyebut Bismillah ar-Rahman ar-Rahimatau Bismillahi Allahu Akbar ketika menyembelihkerana sudah sememangnya mereka itu bukanorang Islam tetapi adalah orang Yahudi danNasrani. Sekalipun jikalau ada kaum Ahli Kitabyang menyebut Basmalah ketika meyembelih, ituhanyalah sebutan dimulut dan bukan keranasesuatu yang timbul dari sebab keimanan di hati.

Persoalan menyebut nama Allah ketikamenyembelih juga pantas terjawab dengan hadithsahih berikut ini:

A'isyah radiallahu-anha berkata, sekumpulan orangtelah datang bertemu Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu bertanya: Beberapa orang telahmenghadiahkan kami daging padahal kami tidak

Page 12: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

tahu samada mereka menyebut nama Allah atautidak ketika menyembelihnya. Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab: Sebutlah nama Allahke atasnya dan makanlah.[15]

Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa sesuatusembelihan yang tidak disebut nama Allahatasnya, ataupun tidak diketahui samada disebutnama Allah atau tidak ketika menyembelihnya, iatetap boleh dimakan dengan menyebut nama Allaholeh orang yang akan memakannya itu sendiri.Walaubagaimanapun hadith di atas terhadkebolehannya kepada sembelihan umat Islam dankaum Ahli Kitab sahaja kerana sedia diketahuimelalui banyak dalil-dalil lain yang berkaitanbahawa sembelihan kaum-kaum lain pada asalnyatetap tidak halal bagi kita umat Islam tanpamengira samada mereka atau kita adamenyebutkan nama Allah ke atasnya atau tidak.

Ketiga: Hukum membaca nama selain Allah olehkaum Ahli Kitab ketika menyembelih.

Persoalan seterusnya yang perlu dianalisahukumnya ialah apabila kaum Ahli Kitabmelakukan sembelihan tanpa menyebut namaAllah ke atasnya tetapi menyebut pula nama-namatuhan mereka seperti Jesus son of God, al-Masihatau al-Uzair dan sebagainya. Termasuk dalamkategori ini adalah menyembelih dengan tujuankorban bagi tuhan-tuhan mereka atau wali-walimereka (saints) atau sebagai nazar atau sebagaimemperoleh berkat, pahala dan sebagainya. Makadalam kes ini kita tidak boleh menerimasembelihan mereka kerana Allah Azza waJallatelahpun berfirman: Diharamkan kepada kamu(memakan) bangkai (binatang yang tidakdisembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dandaging babi dan binatang-binatang yangdisembelih kerana yang lain dari Allah. [Maksudsurah al-Maidah 05 - 03] Ayat ini adalahsekumpulan dan diperkira turun bersama-samadengan ayat yang menghalalkan sembelihan ahlikitab. Oleh itu hukum menyembelih keranasesuatu selain Allah adalah haram dimakan dan iatetap berhubung-laku samada bagi sembelihanumat Islam ataupun umat Ahli Kitab. Ini adalahkerana menyembelih bagi tujuan sesuatu selainAllah atau dengan nama selain Allah adalahsesuatu yang mengandungi unsur-unsur syirik didalamnya dan syari'at Islam sememangnya tidakmemberikan kelonggaran dalam hal-hal yang adamengandungi unsur-unsur syirik, sekalipun hanyabayang-bayangnya.

Walaubagaimanapun sesuatu sembelihan yangdilakukan oleh kaum Ahli Kitab yang tidak kitaketahui apakah nama yang mereka sebut keatasnya adalah halal untuk kita makan keranakita, mengikut kaedah usul fiqh, sememangnya

Page 13: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

tidak diwajibkan untuk menyelidik sesuatu yangtidak mungkin dapat diketahui hakikat asal-usulnya. Dalam hal ini para fuqaha amatcenderong kepada hujah dua orang sahabat Nabisallallahu-alaihi-wasallam yang terkenal, iaitu az-Zuhri dan Ali bin Abi Talib radiallahu-anhuma yangberkata: Tidak ada salahnya memakan haiwansembelihan kaum Nasrani Arab. Akan tetapijikalau kamu mendengar orang yang menyembelihhaiwan itu menyebut suatu nama selain dari namaAllah maka janganlah kamu makan, dan jikalaukamu tidak mendengar nama apakah merekasebut (maka makanlah) kerana Allahsememangnya telah menghalalkan memakan hasilsembelihan mereka dalam suasana Allah sediamengetahui kekafiran mereka.[16]

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi juga telah menulis: Yangtidak kita ketahui tidak kita tanyakan dan kitatidak perlu bertanya mengenai sesuatu yangbukan urusan kita. Hanya sahaja apabila kitaketahui bahawa makanan tersebut berasal dariorang Ahli Kitab maka pada saat kita hendakmemakannya kita sebut sahaja nama Allah.[17]

Keempat: Hukum sembelihan kaum Ahli Kitabyang dilakukan sempena hari perayaan mereka.

Adakalanya sesuatu sembelihan itu dilakukan olehkaum Ahli Kitab adalah bersempena dengan hari-hari perayaan mereka, seperti Hari Natal,Thanksgiving Day[18], Hari Ulangtahun Gereja,Perlantikan Paderi atau Rahib, Majlis Perkahwinandi Gereja dan sebagainya. Maka dalam hal inimajoriti para fuqaha dari Mazhab Maliki, Shafiedan Hanbali[19] meletakkan hukum makruh bagikita untuk turut serta memakan makanan yangdisembelih sempena perayaan-perayaan mereka.Makruh juga untuk kita turut serta dalam majlismakan yang mereka anjurkan ketika itu.Kemakruhan dalam dua suasana ini adalah keranakita umat Islam tidak mahu turut serta ataubersubahat dalam majlis-majlis keagamaanmereka. Kehadiran atau penerimaan kita terhadapmakanan atau sembelihan mereka dalam majlis-majlis keagamaan tersebut seolah-olahmenampakkan sokongan kita terhadap agamamereka padahal kita dilarang dari berbuatdemikian.

Akan tetapi apabila seseorang muslim itumenerima atau membeli daging hasil sembelihanAhli Kitab padahal dia tidak mengetahui bahawadaging tersebut disembelih sempena sesuatumajlis perayaan mereka, maka daging itu tetaphalal kerana sesuatu yang tidak diketahui tidakakan dijadikan sumber patukan hukum baginya.

Walaubagaimanapun sebahagian ahli fiqhberpendapat bahawa sembelihan kaum Ahli Kitab

Page 14: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

yang dilakukan sempena perayaan-perayaanmereka adalah dihalalkan tanpa apa-apa syarathukuman. Pendapat ini didasarkan kepadapendapat seorang sahabat Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang terkenal, iaitu Abu Darda radiallahu-anhu. Diriwayatkan bahawa:

Telah bertanya seorang lelaki kepada Abu Dardasamada bolehkah dia memakan daging seekorkambing yang telah diberikan kepadanya, yangtelah disembelih sempena hari perayaan GerejaSt. George. Abu Darda menjawab: Ya Allah !Maafkanlah ! Bukankah mereka itu kaum AhliKitab, di mana makanan mereka adalah halal bagikami dan makanan kami halal bagi mereka ? AbuDarda kemudian menyuruh lelaki tersebut untukmemakan daging kambing tersebut.[20]

Sebenarnya pendapat para fuqaha di atas tidaklahbertentangan dengan pendapat Abu Darda. Parafuqaha lebih memberikan perhatian kepadapertimbangan keseluruhan ruh agama manakalaAbu Darda hanyalah memberikan pendapat beliauantara dua hukum, iaitu halal atau haram. Justerusembelihan Ahli Kitab sempena perayaan merekapada dasarnya adalah tetap halal untuk kitamakan, hanya sahaja ia adalah makruh dari sudutkeutamaannya demi menjaga maruah agama.

Kelima: Kaedah atau cara sembelihan yangdibolehkan.

Terdapat beberapa pengusaha pusatpenyembelihan kaum Ahli Kitab masa kini yangmenyembelih binatang-binatang mereka denganmenggunakan kaedah kejutan elektrik, iaituselepas binatang itu dibaringkan terlebih dahuludengan ubat tidur. Perubahan teknologisembelihan ini membawa ahli fiqh kita kepadatopik perbincangan yang baru, iaitu adakahsembelihan kaum Ahli Kitab boleh kita terimadengan cara kejutan elektrik atau adakah kitahanya boleh menerima sembelihan yang dilakukanmengikut syari'at asal mereka, iaitu memotong dileher binatang dengan pisau tajam ?

Dalam menganalisa persoalan ini penulis mengutippenerangan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi yang telahberkata: Apa sahaja kaedah sembelihan yangdikatakan sebagai halal oleh kaum Ahli Kitabadalah juga halal bagi kita sekalipun kaedahsembelihan mereka berlainan dengan kaedahsembelihan kita. Dan apa sahaja kaedahsembelihan yang dikatakan haram oleh merekamaka kita juga menerima keharamannya (iaitudengan tidak memakannya). Apabila mereka kaumAhli Kitab melakukan penyembelihan, merekamenyembelih dengan tujuan agar sembelihanmereka itu adalah halal dijadikan sebagaimakanan mengikut syarat-syarat agama mereka.

Page 15: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Ini adalah merupakan hujah pendapat sebahagiandari para fuqaha Mazhab Maliki.

Dari keterangan ini, maka dapat kita yakinibahawa daging-daging yang dimpot dari negara-negara Ahli Kitab seperti ayam dan lembu adalahhalal untuk kita makan sekalipun adakemungkinan bahawa ia telah disembelih denganmenggunakan kejutan elektrik atau apa-apa yangseumpama. Asalkan sahaja mereka kaum AhliKitab berpendapat bahawa kaedah ini adalah halalmenurut syari'at agama mereka maka ia jugaadalah halal untuk kita. Inilah sebenarnya maksudtujuan surah al-Maidah yang telah menghalalkansembelihan mereka.[21]

Penerangan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi di atasbermaksud bahawa kita telahpun dihalalkan untukmemakan sembelihan kaum Ahli Kitab apabilamereka menyembelih binatang-binatang merekamenurut ketentuan syari'at mereka. Apa sahajayang dipandang halal oleh mereka dari sudutkaedah sembelihan, maka ia juga adalah halalbagi mereka. Ini adalah kerana kita dihalalkanuntuk menerima sembelihan mereka tanpadibebani dengan syarat penyelidikan ke atas cara-cara sembelihan mereka.

Tambahan lagi apabila Islam mensyari'atkankebolehan memakan hasil sembelihan kaum AhliKitab, telah sedia diketahui bahawa kaum AhliKitab ini melakukan berbagai-bagai perubahandalam syari'at-syari'at agama mereka. Makatidaklah menjadi satu keasingan jikalau merekamasa kini juga melakukan perubahan-perubahanyang seumpama dan akan terus melakukannyapada masa-masa akan datang. Justeru perubahankaedah sembelihan adalah sesuatu yang sudahsedia dijangkakan sejak dari awal lagi dan ia tidakmenjadi penghalang pada masa lalu, maka denganitu ia juga tidak sepatutnya menjadi faktorpenghalang pada masa kini.

Walaubagaimanapun kebanyakkan pusat-pusatpenyembelihan kaum Ahli Kitab masa kini masihmenggunakan teknik sembelihan dengan pisautajam di leher binatang tersebut.[22] Teknik inimasih menjadi pilihan mereka kerana daging yangdisembelih sebegini lebih baik mutu dan kualitinyadaripada daging yang 'dikejut' dengan sambaranelektrik. Lebih dari itu sembelihan dengan kaedahpotongan di leher juga menjadi pengesyoran pakar-pakar kesihatan kerana darah yang memancut-mancut keluar dari leher binatang yang disembelihitu dipersetujui sebagai bermanfaat dari sudutkesihatan manusia.

Ketiga: Beberapa Nota Tambahan.

Pertama Negara-negara Ahli Kitab.

Page 16: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Apabila kita merujuk kepada kaum Ahli Kitab bagimemakan sembelihan mereka, kita jugasebenarnya merujuk kepada tempat-tempatkehadiran mereka. Definasi Ahli Kitab umummewakili umat-umat Yahudi danNasrani (Kristian),oleh itu apabila kita merujuk kepada negara AhliKitab, ia adalah umum ditujukan kepada negara-negara di mana majoriti penduduknya, atau agamarasminya adalah Yahudi atau Nasrani atau kedua-duanya. Oleh itu yang dimaksudkan sebagainegara-negara Ahli Kitab ialah Australia, NewZealand, Amerika, Canada, England, Germany dansebagainya. Di negara-negara ini seluruhsembelihan mereka diperkira sebagai sembelihanAhli Kitab yang halal untuk kita makan[23].

Bagi negara-negara di mana penduduk majoritimereka bukan beragama Nasrani atau Yahudiseperti di Afrika, Amerika Selatan dan sebagainya,maka harus kita mencari komuniti mereka bagimenerima sembelihan mereka. Bagi negara-negaradi mana penduduk yang menganut agama Yahudiatau Nasrani wujud dalam bilangan yang kecil,seperti di Jepun, Rusia dan China, wajib kitapastikan terlebih dahulu bahawa makanan ataudaging yang mereka sediakan adalah disembeliholeh orang-orang Yahudi atau Nasrani sebelumkita boleh menerimanya sebagai halal. Ini adalahkerana orang-orang Yahudi atau Nasrani yanghadir secara minoriti di negara-negara iniadakalanya menerima daging sembelihan darikaum-kaum lain yang bukan dari agama merekasendiri.

Tidak perlu diperiksa kadar keimanan atauketaatan umat-umat Yahudi atau Nasrani di negara-negara ini terhadap agama mereka masing-masing. Islam hanya menghalalkan sembelihanmereka tanpa mewajibkan kita menyemak syari'atmahupun amalan mereka. Islam hanyamembenarkan sembelihan mereka, bukan pulamembenarkan agama mereka.

Di sini perlu ditegur sikap sesetengah pihak yangmeletakkan pelbagai syarat-syarat ketat bagimenerima sesuatu kaum atau negara itu sebagaikaum Ahli Kitab padahal dalam waktu yang samapihak-pihak ini lupa pula untuk mengenakan syarat-syarat yang sama terhadap umat Islam. Pihak-pihak ini berkata orang-orang Yahudi dan Nasranimasa kini tidak lagi mentaati ajaran agamamereka padahal dalam waktu yang sama pihak-pihak ini lupa bahawa umat Islam masa kini jugaramai yang amat longgar ketaatan merekaterhadap ajaran agama sendiri. Pihak-pihak iniberkata bahawa ramai umat Nasrani masa kinitidak lagi pergi ke gereja di hari Ahad padahalmereka lupa bahawa umat Islam juga ramai yangtidak pergi ke masjid di hari Jumaat.

Page 17: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Kritikan di atas tidak lain hanyalah bermaksuduntuk menyedarkan sesetengah pihak yang telahmengharamkan hukum agama berdasarkanberbagai-bagai syarat yang tidak perludisyaratkan. Agama Islam yang syumul ini telahmemudahkan untuk umatnya beberapa perkaradan meluaskan juga beberapa hukum demikemaslahatan mereka maka tidaklah sepatutnyakemudahan ini kita tolak atau sempitkan atassikap terlalu berhati-hati yang tidak ditafsirberdasarkan kepada nilai-nilai syari'ah secarailmiah.

Tegur Allah Subhanahu waTa'ala di dalam al-Qur'an: Katakanlah: Siapakah yang (berani)mengharamkan perhiasan Allah yang telahdikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dandemikian juga benda-benda yang baik lagi HALALdari rezeki yang dikurniakanNya ? Katakanlah:Semua itu adalah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ………[Maksud surah al-A'raaf 07 - 32]

Kedua: Perbezaan antara sembelihan danmasakan.

Selama ini kita telah menganalisa sertamembicarakan hal-hal berkaitan dengansembelihan kaum Ahli Kitab, belum lagi tentangmasakan kaum Ahli Kitab. Antara dua ini terdapatperbezaan yang nyata, di mana yang dihalalkanhanyalah sembelihan mereka manakala masakanmereka pula wajib mengikuti syarat-syarat agamakita. Justeru itu apabila kita pergi ke negara-negara Ahli Kitab lalu hendak makan di sana,wajib kita pastikan terlebih dahulu bahawa dagingdan ayam mereka dimasak mengikut hukum-hukum Islam.

Yang dimaksudkan sebagai masakan mengikuthukum-hukum Islam ialah daging-daging tersebuttidak dimasak dalam minyak yang disaring darilemak binatang (animal oil) kerana sebahagianbesar dari sumber minyak binatang adalah berasaldari lemak-lemak babi (lard). Sekalipun sesebuahrestoran itu menggunakan minyak sayuran, perludipastikan bahawa minyak itu tidak dicampuri ataudiulang-guna untuk beberapa jenis masakan yangmengandungi daging babi. Demikian juga tidakboleh makan di restoran yang menyedia masakandaging lembu dan daging babi dalam dapur yangsama kerana sudah pasti mereka akanmenggunakan alat-alat memasak yang sama.Adakala juga sesetengah resipi mereka yangdisalingi dengan minuman wine yang dicampurkanbersama ketika memasak bagi menambahkankelazatan. Ini juga tidak boleh kita terima.

Penerangan di atas tidak memberikan kita banyak

Page 18: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

pilihan kecuali mencari restoran-restoranmasyarakat Ahli Kitab yang sememangnya tidakmempunyai menu masakan daging babi dan iajuga tidak menggunakan minyak masak dari lemakbinatang. Ini dapat kita lakukan dengan bertanyakepada tuan kedai tersebut dan menantikanjawapan yang menyakinkan darinya. Satu alternatiflain ialah memilih masakan atau restoran yangmenyediakan pemakanan Kosher atau KosherDietry. Apakah itu Kosher ? Persoalan ini akandijawab dalam huraian berikut ini.

Ketiga: Pemakanan Kosher.[24]

Kosher (Kashruth) adalah sebuah terminologi Bhs.Hebrew yang bermaksud betul atau lengkap. Darisegi definasinya ia bermaksud sesuatu sumberpemakanan yang disediakan secara betul lagilengkap mengikut syarat-syarat hukum agamayang tertera dalam kitab Taurat, Kitab Moses yanglima (The Pentateuch) dan kitab Injil. PemakananKosher adalah lebih merupakan syaratpengkhususan oleh kaum orthodox Yahudi yangmasih ketat memegang kepada ajaran-ajaranagama mereka.

Sembelihan dan masakan Kosher disediakandalam suasana pengawasan yang ketat olehbadan-badan keagamaan mereka. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sembelihanatau masakan mereka disahkan sebagai halalmenurut agama mereka ialah:

1. Tukang sembelih adalah seorang Yahudiorthodox yang kuat pegangannya terhadap agama.

2. Binatang yang hendak disembelih bukanlahsesuatu yang telah mati (bangkai) dan bukan jugasesuatu yang mati kerana tercedera atau disiksa.

3. Rumah sembelihan dan alat-alat sembelihanhanya khusus untuk kegunaan kaum Yahudiorthdox ini. Tiada percampuran dibenarkan dengansembelihan kaum lain sekalipun bagi kaum-kaumYahudi dan Nasrani.

4. Binatang yang disembelih adalah dari jenishaiwan yang dihalalkan oleh agama. Babi danhasil-hasil sampingannya tidak termasuk sebagaisalah satu haiwan yang dihalalkan.

5. Sembelihan hendaklah dilakukan denganpisau tajam yang dapat memotong leher haiwantersebut secara pantas sehingga tidak terasakesakitannya. Sembelihan dengan kejutan elektriktidak diterima.

6. Daging-daging tersebut diekspot secaraberasingan, dalam bekas dan bungkusanberasingan, tidak boleh bercampur dengan hasil-

Page 19: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

hasil sembelihan kaum lain.

7. Daging-daging tersebut hanya bolehdimasak di dapur dan restoran yang hanyamenyajikan masakan kosher mengikut resepi-resepi kosher. Ini adalah kerana resepi koshermengandungi beberapa syarat tambahan sepertidaging yang hendak dimasak tidaklah berdarahlagi, susu dan daging tidak boleh dimasakbersama, makanan laut yang bercengkerang tidakboleh diterima dan beberapa jenis lemak juga tidakditerima. Sebarang percampuran dengansembelihan atau menu atau resepi masakan kaumlain sekalipun Yahudi dan Nasrani adalah tidakditerima.

8. Masakan kosher tidak boleh disediakandalam minyak yang berasal dari lemak binatang.Penggunaan wine dalam masakan hanyadibolehkan apabila wine itu dimasak dengansempurna dalam masakan tersebut, tidak hanyadituang ke atasnya. Walaubagaimanapunseseorang itu boleh meminta agar wine tidakdicampur sama ke dalam masakan yang merekapesan.

9. Setiap restoran Kosher mempunyai sijil-sijilpengesahan mereka yang disahkan oleh badan-badan berwajib keagamaan Yahudi orthodox.

Syarat-syarat pemakanan kosher di atas jelasmemberikan keyakinan yang diperlukan oleh kitaumat Islam. Yang utama bagi kita umat Islam ialahpemakanan kosher disediakan tanpa dicampuridengan masakan daging babi atau apa-apa hasilsampingan haiwan tersebut. Restoran-restoranserta kedai-kedai makan Kosher mudah didapati dimana-mana lokasi diseluruh dunia terutamanya diEropah dan Amerika Syarikat. Makanan-makanandalam bentuk sejuk beku juga mudah diperolehi dipasaraya-pasaraya, dikenali dengan lambang dansijil pengesahan Kosher Certified. Selain itu jugakita akan dapati barangan-barangan sampinganseperti Kosher Ice Creame, Kosher Yoguhrt,Kosher Bread, Kosher Cooking Oil, KosherCheese dan berbagai lagi yang terjamin bersih darihasil-hasil sampingan yang diharamkan,terutamanya yang berasal dari makhluk babi.

Masakan kosher juga boleh diperolehi dalam menupermintaan khas di kebanyakkan syarikat-syarikatpenerbangan antarabangsa. Kosher menu perludiminta terlebih awal, kira-kira 24 jam sebelumwaktu penerbangan dan ia akan diserahkan dalampesawat nanti. Walaubagaimanapun sesetengahsyarikat penerbangan antarabangsa ada jugamenyediakan masakan Islam sebagai menupermintaan khas.

Keempat: Mengutamakan pemakanan Umat Islam.

Page 20: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

Sekalipun dibolehkan memakan hasil sembelihanKaum Ahli Kitab, perlu ditegaskan di sini bahawayang utama adalah tetap memilih sembelihanserta masakan Umat Islam sendiri. Keutamaan iniadalah berdasarkan konsep kita umat Islam yangseharusnya memberi prioriti dan pilihan terataskepada urusan sesama umat daripada urusanantara berlainan umat dan kaum. Oleh itusembelihan umat Islam harus diutamakan daripadasembelihan umat Ahli Kitab dan lebih dari itu,sembelihan umat Islam yang kuat ketaqwaannyalebih patut diutamakan daripada sembelihan umatIslam umumnya.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Kaum Saabi'in adalah penyembahmalaikat manakala kaum Majusi adalahpenyembah matahari. Kajian lebih lanjut sila lihatmana-mana kitab tafsir yang membicaranyasecara mendalam, antaranya Tafsir al-Maraghi,17/166-167. Bagi hukum sembelihan mereka lihatpenerangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili dalam Fiqhdan Perundangan Islam, 3/753.

[2] Dr. Ahmad Sukarja - PerkahwinanAntara Berbeza Agama Menurut Hukum Islam, ms8, sebuah kertas kajian yang dimuatkan dalambuku Problematika Hukum Islam Kontemporer,ketua editor Dr. Huzaimah Yanggo dan Drs. HafizAnshari.

[3] Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Halal andHaram in Islam, pg 63, fn 03. Bagi analisa lanjutkihat buku Dr. M. Quraish Shihab - Wawasan al-Qur'an, ms 366-369.

[4] Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Halal andHaram in Islam, pg 59-60.

[5] Maksud hadith dari Salman al-Farisiradiallahu-anhu, Sunan Ibnu Majah - no: 3367.

[6] Maksud hadith dari Abi Tha'labahradiallahu-anhu, diriwayatkan oleh Imam ad-Daruquthni dan dinilai sebagai hadith hasan olehImam an-Nawawi dalam Syarh Matn Arba'in - no:31.

[7] Prof. Dr. Yusuf Qardhawi - HadyuIslam: Fatwa al-Mua'shirah, ms 812 ; Dr. Ahmadas-Syarbashi - Yas 'Alunaka fi ad-Din wal al-Hayah, 1/519-522 ; Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqhdan Perundangan Islam, 3/750 dan lain-lain lagi.Lihat juga penerangan konsep halal dan haramdalam Islam oleh Prof. Abdul Rahman I. Doi dalam

Page 21: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

buku beliau Shari'ah: The Islamic Law, pg 406-410.

[8] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh danPerundangan Islam, 3/752.

[9] Kajian lebih jauh lihat Sejarah danDasar Pengajian al-Qur'an, ms 48-65 oleh ShaikhM. Ali as-Shabuni.

[10] Ayat al-Baqarah 106 di atasditerjemahkan selari dengan pengkajian ilmuNasikh dan Mansukh yang dikemukakan olehkebanyakkan ahli ilmu mutakhir, antaranya olehShaikh Muhammad Abduh dan Rashid Risdadalam Tafsir al-Manar , serta oleh Dr. M. QuraishShihab dalam Membumikan al-Qur'an, ms 143-150.

[11] Ayat 'kesempurnaan agama Islam'diturunkan pada 81 hari sebelum wafatnya Nabisallallahu-alaihi-wasallam menurut kiraan ahlisejarah dan ulama' tafsir, lihat Sejarah dan DasarPengajian al-Qur'an, ms 15 oleh Shaikh M. Ali as-Shabuni. Dikatakan bahawa ayat ke 5 dari surah al-Maidah ini turun pada 81 hari sebelum kewafatanNabi atau mungkin awal sedikit kerana ia adalahserangkap termasuk dalam golongan ayat ke 3dalam surah yang sama, sepertimana yangdikategorikan oleh al-Hajj Ta'lim Ali (T.B. Irving)dalam muqaddimah kitab tafsir beliau terhadapsurah al-Maidah, dalam The Qur'an: Translationand Commentary , pg 53.

[12] Lihat penerangan Imam Ibnu Kathir -Mukhtasar Tafsir al-Qur'anul Adzim Ibnu Kathir, 3/1.

[13] Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Halal andHaram in Islam, pg 60 ; Shaikh Abdul Rahman al-Jaziri - Fiqh 'Alal Madzahibil Arba'ah, 3/34.

[14] Lihat penerangan Imam Ibnu Kathir -Mukhtasar Tafsir al-Qur'anul Adzim Ibnu Kathir,3/30.

[15] Maksud hadith dari Sahih Bukhari -no: 5507.

Imam Baihaqi berkata bahawa daging tersebutdiberikan oleh sekumpulan orang yang baru sahajamemasuk Islam lalu mereka belum tahusepenuhnya tatacara sembelihan menurut ajaranIslam, sehingga diragui samada mereka telahmenyebut nama Allah atau tidak ketikamenyembelihnya. Lalu Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menyuruh mereka sendiri yangmembaca nama Allah. Berkata Imam Ibnu Kathir,hadith ini menunjukkan bahawa bacaan Basmalahitu tidak wajib kerana seandainya ia wajib, sudahtentu Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak akanmengizinkan mereka memakannya kecuali setelahdibuktikan terlebih dahulu, iaitu dengan pergi

Page 22: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

bertanya kepada orang-orang tadi yangmenghadiahkan daging tersebut. [Mukhtasar Tafsiral-Qur'anul Adzim Imam Ibnu Kathir, 3/310]Sememangnya membaca Basmalah ketikasembelihan diperselisihkan hukumnya oleh parafuqaha. Antaranya ada yang menafsirkan ayatperintah membaca nama Allah itu adalah sebagaimelarang sesuatu sembelihan itu dilakukan atassebab-sebab bukan kerana Allah. Rujuk mana-mana kitab fiqh muktabar dalam hal ini.Walaubagaimanapun kebanyakkan ahli fiqhmembenarkan kita memakan hasil sembelihankaum Ahli Kitab dengan membaca Basmalahsecara sendiri (yakni kita sendiri yangmembacanya) berdasarkan hadith di atas. LihatHadyu Islam: Fatwa al-Mua'shirah, ms 812 olehProf. Dr. Yusuf Qardhawi.

[16] Maksud atsar sahabat dari SahihBukhari - no: 5507, vol 7, pg 329. Bagi kajianpendapat para fuqaha sila lihat kitab Shaikh AbdulRahman al-Jaziri - Fiqh 'Alal Madzahibil Arba'ah,3/33-36.

[17] Prof. Dr. Yusuf Qardhawi - HadyuIslam: Fatwa al-Mua'shirah, ms 812.

[18] Thanksgiving Day adalah satu hariupacara keagamaan dan bukan sahaja sekadaradat kebiasaan di benua Amerika Utara. Hari inidianjurkan sebagai satu tanda kesyukuran merekake atas tahun yang telah berlalu dan segalakebaikan yang mereka perolehi dalam tahuntersebut. Hari ini juga disambut dengan upacarakhusus di gereja-gereja. Bagi kajian lanjut sila lihatThe Oxford Dictionary of World Religions.

[19] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh danPerundangan Islam, 3/751.

[20] Maksud atsar sahabat diriwayatkanoleh Imam at-Tabari dikemukakan oleh ShaikhAhmad Mustafa al-Maragi dalam Tafsir al-Maragi,5/111. Lihat juga analisa Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Halal and Haram in Islam, pg 61.

[21] Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Halal andHaram in Islam, pg 62.

[22] Prof. Dr. Hamka misalnya, bagi tujuanmemuaskan hatinya, telah pergi ke Amerika untukmenyelidik kaedah-kaedah penyembelihan disana. Beliau telah melawat sebuah pusatsembelihan lembu secara komersial yang amatbesar, di mana dalam satu hari sahaja merekamenyembelih 14, 000 ekor lembu. Lembu-lembuitu tetap disembelih dengan cara memotong lehermereka dengan pisau yang tajam.Walaubagaimanapun bagi memudahkan kawalanlembu yang sedemikian banyak bilangannya,

Page 23: Allah Subhanahu waTa'ala telah berfirman di dalam · Web view[Maksud surah al-Baqarah 02 - 42] Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun

lembu-lembu tersebut ditidurkan terlebih dahuludengan gas pelali agar tidak terkejar-kejar parapekerja kilang tersebut untuk menangkap lembu-lembu itu. [ Prof. Dr. Hamka - Tafsir al-Azhar,3/1628]

[23] Lihat penerangan Dr. Ahmad as-Syarbashi - Yas 'Alunaka fi ad-Din wal al-Hayah,1/519-522.

[24] Kajian lanjut sila lihat - The KosherCompanion: A Guide to Food, Cooking, Shoppingand Services oleh Trudy Garfunkel ; The ShengoldJewish Encyclopedia - Kosher / Dietry Law ; TheOxford Dictionary of World Religion - Kosher/DietryLaw ; The Penguin Handbook of Living Religions,pg 34 dan lain-lain.