alhamdulillah

6
REFLEKSI PERKHEMAHAN Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya Program Perkhemahan Bina Insan Guru Unit Beruniform2014 telah melabuhkan tirainya pada 6 September lalu. Program ini telah bermula pada 2 September dan ianya berlangsung selama 5 hari 4 malam di SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat AJK Induk dan AJK Pelaksana atas usaha yang dilakukan dalam menjadikan program ini berjalan dengan lancar sesuai dengan objektif yang telah dipersetujui bersama dengan pengarah. Tidak lupa, ucapan terima kasih ini saya tujukan buat Pensyarah Penasihat, Pn Siti Rapiah Abd Rahman dalam menjadikan pergerakan dan aktiviti unit PPIM ini berjalan dengan baik dan menjadi antara aktiviti yang terbaik yang telah dijalankan. Banyak aktiviti yang menarik berlangsung semasa perkhemahan. Antaranya ialah aktiviti Sahabatku Sahabatmu, pengembaraan, roti lilit, persembahan kebudayaan dan membuat kraftangan. Walaupun PPIM hanya melalui jalan pengembaraan yang pendek berbanding unit beruniform yang lain, tapi kami dapat juga merasa untuk mendaki bukit – bukit di ladang getah. Stamina dan semangat yang kuat perlu ada dalam diri untuk meneruskan pengembaraan. Ada hikmahnya juga jalan pengembaraan kami pendek, kerana ada salah seorang ahli PPIM tercedera semasa pengembaraan dan terpaksa didukung untuk dibawa ke jalan besar. Sesungguhnya, sepanjang berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini, saya telah belajar banyak perkara yang mana saya kira sangat berharga. Jika saya tidak menyertai aktiviti ini, mana mungkin saya akan menimba begitu banyak pengalaman yang boleh membantu saya dalam menjadi guru yang cemerlang.

Upload: zuwaidahahmadsuhaimi

Post on 17-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

Page 1: Alhamdulillah

REFLEKSI PERKHEMAHAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya Program

Perkhemahan Bina Insan Guru Unit Beruniform2014 telah melabuhkan tirainya pada 6

September lalu. Program ini telah bermula pada 2 September dan ianya berlangsung selama 5

hari 4 malam di SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat AJK Induk dan AJK Pelaksana atas

usaha yang dilakukan dalam menjadikan program ini berjalan dengan lancar sesuai dengan

objektif yang telah dipersetujui bersama dengan pengarah. Tidak lupa, ucapan terima kasih ini

saya tujukan buat Pensyarah Penasihat, Pn Siti Rapiah Abd Rahman dalam menjadikan

pergerakan dan aktiviti unit PPIM ini berjalan dengan baik dan menjadi antara aktiviti yang

terbaik yang telah dijalankan.

Banyak aktiviti yang menarik berlangsung semasa perkhemahan. Antaranya ialah aktiviti

Sahabatku Sahabatmu, pengembaraan, roti lilit, persembahan kebudayaan dan membuat

kraftangan. Walaupun PPIM hanya melalui jalan pengembaraan yang pendek berbanding unit

beruniform yang lain, tapi kami dapat juga merasa untuk mendaki bukit – bukit di ladang getah.

Stamina dan semangat yang kuat perlu ada dalam diri untuk meneruskan pengembaraan. Ada

hikmahnya juga jalan pengembaraan kami pendek, kerana ada salah seorang ahli PPIM

tercedera semasa pengembaraan dan terpaksa didukung untuk dibawa ke jalan besar.

Sesungguhnya, sepanjang berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini, saya telah belajar

banyak perkara yang mana saya kira sangat berharga. Jika saya tidak menyertai aktiviti ini,

mana mungkin saya akan menimba begitu banyak pengalaman yang boleh membantu saya

dalam menjadi guru yang cemerlang.

Di sana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami

sepenuhnya. Contohnya dalam pembuatan gajet. Kami telah membahagikanahli-ahli PPIM

kepada beberapa kumpulan dan membuat gajet yang berlainan. Seronok rasanya dapat

mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Pembelajaran secara teori tidaklah seseronok

apabila kita dapat mempraktikkanya.

Disana saya belajar tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak bekerjasama

tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan selesa disana. Kami membahagikan tugas

dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali. Saya

sangat berterima kasih kepada semua ahli PPIM kerana mereka sungguh ikhlas apabila

melaksanakan tugas dan sanggup membantu saya apabila dalam kesusahan. Apabila saya

Page 2: Alhamdulillah

sakit, mereka sangat prihatin tentang keadaan saya dan membantu saya mengurangkan

kesakitan.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan

ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Bertolak ansur,

memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama antara ahli pasukan ialah perkara yang saya

dapat disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. InsyaAllah saya akan gunakan ia

untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang.

ANALISIS SWOT PERKHEMAHAN

KEKUATAN

(STRENGHT)

- Pelbagai aktiviti menarik yang mencabar minda bakal guru

- Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina insan guru

ini.

- Semangat kerjasama antara peserta dipupuk sepanjang program

inidijalankan.

- Dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta.

- Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan melancarkan

perjalananprogram ini.

- Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan

setiap aktiviti boleh melahirkan guru yang berwibawa.

- Kemudahan yang disediakan lengkap untuk kegunaan para

peserta.

KELEMAHAN

(WEAKNESS)

- Masa yang terlalu lama

- Aktivit tidak padat

PELUANG

(OPPURTINITY)

- Dapat menimba ilmu baharu daripada aktiviti baharu.

- Dapat menerokai dan merasai pengalaman yang melibatkan

kehidupan seharian sebagai guru

- Dapat merapatkan hubungan antara pelajar PISMP ambilan Januari

2013.

ANCAMAN

(THREAT)

- Cuaca hujan yang tidak menentu

- Kawasan angin bertiup kuat sehingga menyebabkan ketakutan

kerana gusar ada pokok yang tumbang

Page 3: Alhamdulillah

REFLEKSI KHIDMAT MASYARAKAT

Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap

penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru

Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari

segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada

pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang

terutamanya kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.

Alhamdulillah, BIG Khidmat Masyarakat pada kali ini telah berjaya dilaksanakan

mengikut perancangan.

Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu,

setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas

seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru

lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai

(komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan

kata lain, seorang guru perlulah sentiasa ‘up to date’ dengan mengamalkan adab-adab yang

terpelihara.

Apa yang saya perolehi dari pelaksanaan sepanjang melaksanakan aktiviti khidmat

masyarakat ini ialah saya dapat memahami kepentingan semangat berpasukan, bekerjasama

dan tanggungjawab terhadap profession, masyarakat dan negara selain memupuk kesedaran

tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial. Saya dapat bekerjasama

dengan rakan – rakan kelas saya dengan baik dan saling bantu meringankan beban antara satu

sama lain. Saya juga dapat berhubung dengan staf-staf IPG dengan baik dalam memastikan

semua proses yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap guru

pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan tapak

perkhemahan tersebut. Benarlah kata pepatah, yang berat sama dipukul, yang ringan sama

dijinjing. Saya sangat bertuah mempunyai rakan sekelas yang saling membantu. Segala tugas

yang diberi menjadi mudah.

Di samping itu, saya juga dapat melatih keupayaan berfikir secara reflektif dan kritis ke

atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan

Page 4: Alhamdulillah

secara berterusan. Ianya juga membantu menghayati konsep kerja sebagai ibadah serta

meningkatkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran. Selain

itu, kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan

juga dapat saya pelajari melalui khidmat masyarakat ini. Saya mengharapkan selepas ini saya

akan lebih berupaya berfikir secara reflektif dalam menilai kelemahan dan kekuatan diri untuk

melakukan penambahbaikan.

Tambahan lagi saya dapat mempelajari betapa pentingnya kebersihan dan keceriaan

terhadap suatu komuniti masyarakat. Usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan

pada kawasan tapak perkhemahan adalah sesuatu perkara yang sangat mulia dan kesedaran

ini perlu diterapkan pada bakal-bakal guru seperti kami untuk mendidik generasi yang akan

datang.

ANALISIS SWOT KHIDMAT MASYARAKAT

KEKUATAN (STRENGHT) - Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina

insan guru ini.

- Semangat kerjasama antara peserta dipupuk sepanjang

program ini dijalankan.

- Dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta.

- Komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar melancarkan

perjalanan program ini.

- Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam

melakukan setiap aktiviti boleh melahirkan guru yang

berwibawa.

- Peruntukan dan kemudahan yang disediakan lengkap

untuk kegunaan pelajar.

- Aktiviti Outdoor yang melibatkan kemahiran serta tidak

terikat dengan peraturan

- Melibatkan fizikal dan mental peserta

KELEMAHAN

(WEAKNESS)

- Masa yang terlalu singkat untuk melaksanakan semua

program dengan sempurna.

PELUANG (OPPURTINITY) - Sumber kewangan dari peruntukkan yang mencukupi.

Page 5: Alhamdulillah

- Sokongan daripada mentor.

- Dapat membina hubungan yang erat dengan

masayarakat setempat.

ANCAMAN (THREAT) - Cuaca hujan dan basah.